nuffnang ads

Thursday, September 30, 2010

HELIKOPTER TEMPUR SINGAPURA TERHEMPAS PETANG TADI

SEBUAH helikopter tempur milik Tentera Udara Singapura dari jenis Apache AH-64 Longbow terhempas ketika cuba membuat pendaratan cemas di padang berdekatan kediaman di Woodland kira-kira jam 4 petang tadi.

Sehingga kini tidak dketahui nasib juruterbangnya, tetapi helikopter berkenaan terbelah dua manakala beberapa bahagian termasuk ekornya terpelanting jauh. Difahamkan helikopter itu dalam penerbangan rutin dari markas udara Sembawang.

Helikopter tempur dimiliki tentera udara Singapura ini adalah antara helikopter tercanggih dan sesuai digunakan untuk membawa bahan tembakan seperti pelancar misil dan mesingan berkuasa tinggi.

WAKIL BANGSA BUGIS DAN TIDUNG CAPAI KATA SEPAKAT TAMATKAN PERGADUHAN DI TARAKAN.

Gabenor Kalimantan Timur. Awang Faroek Ishak (tengah) bergambar bersama dua wakil kelompok Tidung dan Bugis pada majlis menandatangani persepakatan menamatkan pertumpahan darah di Tarakan, Kalimantan Timur.

KETUA Polis Indonesia, Jeneral Bambang Hendarso Danuri, memaklumkan kata sepakat telah dicapai bagi menamatkan segera pertumpahan darah membabitkan dua kelompok keturunan Bugis dan Tidung di bandar Tarakan, Kalimantan Timur.


NOTIS KEPADA SEMUA CALON SIJIL PELAJARAN MALAYSIA: SPM BERMULA 23 NOVEMBER 2010

TARIKH PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AKAN BERMULA MULAI 23 NOVEMBER DAN BUKANNYA 22 NOVEMBER DEPAN.

KEMENTERIAN PELAJARAN DALAM SATU KENYATAAN, MEMAKLUMKAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA (LPM) TELAH PUN MEMAKLUMKAN SEMUA JABATAN PELAJARAN NEGERI BERHUBUNG PERKARA ITU.

PERUBAHAN MENGENAI TARIKH ITU TURUT DIMUATKAN DI DALAM LAMAN SESAWANG LPM DAN SEMUA CALON DIJANGKA TELAH MAKLUM MENGENAI PERUBAHAN ITU.

MENURUT KENYATAAN ITU LAGI, SECARA RASMI JADUAL PEPERIKSAAN SPM AKAN BERMULA PADA 23 NOVEMBER DAN BERAKHIR PADA 2O DISEMBER 2010.

10 POLIS TERMASUK SEORANG PEGAWAI DITAHAN KERJA TANPA GAJI DISYAKI MENCURI DADAH DAN MEMBUAT LAPORAN PALSU

SEPULUH polis termasuk seorang berpangkat pegawai daripada kontinjen polis Pahang ditahan kerja tanpa gaji atas dakwaan mencuri dadah dan membuat laporan palsu berkait satu kes dadah yang dikatakan terbesar di negara ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun, berkata tindakan itu telah diambil sebelum Mahkamah Tinggi Kuantan mengarahkan siasatan berkenaan dilakukan ke atas mereka, semalam.

"Kesemua mereka tertakluk kepada siasatan dalaman dan kita sedang mengkaji dan meneliti kes itu daripada aspek tidak amanah dan tidak efisien. Kes itu sedang disiasat oleh polis Pahang," katanya.

Rabu lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir mengarahkan tindakan diambil ke atas kesemua polis terbabit. Pada masa yang sama tertuduh dalam kes yang ada kaitan dengan kes itu, Lee Yong Toe, 48, dibebaskan selepas didakwa mengedar 700 kg methampethamine.

Bagaimanapun, Lee ditangkap semula selepas 15 minit dibebaskan mengikut Akta Langkah-Langkah Pencegahan Dadah Berbahaya.

YAHOO! YABEDABEDU! SAMY VELLY LETAK JAWATAN JANUARI DEPAN!!!

DENGAR baik-baik. Baik-baik dengar wahai sekelian orang kampung. Presiden MIC S Samy Vellu hari ini mengumumkan keputusannya untk meletakkan jawatan secara rasmi bermula Januari depan dan sekaligus menyerahkan tampuk kepimpinan parti itu kepada timbalannya.

"Hari ini saya secara rasmi mengumumkan keputusan untuk meletak jawatan dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada timbalan saya bermula Januari tahun depan," katanya pada satu sidang media.

Menurut Samy Vellu, keputusannya untuk meletak jawatan sebagai presiden MIC juga telah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC.

"Saya tak mahu tunggu hingga akhir penggal saya pada 8 Mac 2012. Ini akan memberi peluang kepada parti untuk membuat pembaharuan. Kepemimpinan parti juga boleh merangka rancangan mereka demi untuk kebaikan masyarakat India" tambahnya.

Samy Vellu, 74, menduduki teraju parti MIC sejak 1979 selepas kematian Tan Sri V Manickavasagam dan terus menduduki kerusi presiden selama 11 penggal berterusan sehingga menyebabkan ada pihak berasa muak dan bosan.

Dengan keputusan ini, kita tunggu dan lihat!

GELARAN TEMENGGONG TENGKU MUHAMMAD FAKRY DITARIK BALIK

SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad ke-V, hari ini menarik balik tauliah pelantikan gelaran Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Amat Mulia DiHormat (DK) (Al-Yunusi) daripada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakry Petra Sultan Ismail Petra.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, dalam satu sidang akhbar jam 10 pagi tadi mengumumkan penarikan gelaran dan tauliah itu .

Turut ditarik balik ialah tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagai Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi) yang ditauliahkan sebelum ini.

BADAK MERAH JAMBU DI KENYA

Badak merah jambu ini berjaya dikesan oleh beberapa jurugambar di Kenya sehingga menimbulkan minat pelbagai pihak. Cuma kalau terjumpa di negara ini, nahas badak ini sebab orang kita bukan boleh tengok yang pelik sikit. Habis dibuatnya ubat kuat!

DUA BATALION TENTERA DAN POLIS DIHANTAR KE TARAKAN

KERAJAAN Indonesia menghantar dua batalion polis dan tentera ke bandar Tarakan di Kalimantan Timur sebagai cara terakhir untuk menangani konflik pergaduhan antara masyarakat yang sehingga kini telah mengorbankan tujuh nyawa.

Penghantarann ketumbukan tentera dan polis itu selaras dengan kehendak Presiden Susilo Bambang Yudiyhono yang mahu konflik itu dihentikan segera.
Tentera dihantar ke Tarakan, bagi menghentikan pergaduhan yang telah meragut tujuh nyawa sehingga kini

Susilo dipetik berkata, kerajaan negara itu tidak mahu lagi mendengar berlakunya pergaduhan atau konflik dan cara paling baik ialah dengan menghantar jumlah tentera dan polis yang ramai ke kawasan terbabit.

MELISSA HILANG: HUBUNGI BALAI POLIS TERDEKAT

Melissa Natasha dilaporkan hilang sejak 15 September lalu
SEORANG gadis sunti, Melissa Natasha Mohd Nasir, 14, dilaporkan hilang dari rumahnya sejak 15 September lalu.

Ibu gadis berkenaan, Hashimah Ujang, 45, merayu orang ramai yang mengetahui di mana anaknya itu berada supaya menghubungi balai polis terdekat.

Menurut Hasimah, anaknya itu hilang dari rumah mereka di Taman Universiti, Johor Bahru dipercayai mengikut teman lelakinya.

Bercerita urutan kehilangan Meliisa, beliau berkata pada hari dilaporkan hilang, dia dan anak-anak yang lain berada di Melaka manakala Melissa pula baru pulang dari Singapura selepas menyambut hari raya dengan neneknya.

"Melissa ada meminta izin daripada ayahnya untuk keluar melawat kawan lelakinya bernama Azrul. Dan selepas itu dia tidak lagi dapat dihubungi, apatah lagi Melissa tidak mempunyai telefon bimbit," katanya.

Orang ramai yang prihatin digesa menghubungi balai polis terdekat memaklumkan tentang di mana anaknya itu berada. BERSAMA MENCEGAH JENAYAH

PETUGAS KEDAI MAKAN R&R SEREMBAN KURANG AJAR

SAYA amat kasihan dan berasa malu pada diri sendiri sebaik sahaja terlihat insiden yang amat mengaibkan berlaku di sebuah kedai makan R&R Seremban arah selatan, semalam. Insiden melibatkan petugas wanita muda dan pelanggan lelaki warga emas yang bertongkat!

Insiden itu berlaku melibatkan kata-kata kurang sopan dan kurang ajar diucapkan oleh petugas kedai makan berkenaan ketika melayan pelanggan warga emas itu. Puncanya hanya kerana pelanggan berkenaan bertanyakan tentang kelewatan melayan pelanggan!


PELAJAR CEMERLANG DILIWAT SENIOR DI BILIK MUZIK

MANGSA, berusia 13 tahun dan peliwatnya pula seorang pelajar senior berumur 16 tahun - kedua-duanya adalah pelajar cemerlang yang bakal menjadi pemimpin harapan negara pada masa akan datang. Kedua-duanya dikatakan pelajar dari acuan mentaliti kelas pertama, tetapi entah kenapa si pelajar senior dirasuk nafsu melakukan perbuatan dalam katogeri kelas ketiga!


INDONESIA TERUS DIUJI RUSUHAN. 100 PENDUDUK LOMBOK BARAT SERBU MARKAS POLIS DAN DI JAKARTA 3 TERBUNUH DALAM PERTEMPURAN DI LUAR MAHKAMAH

Sebahagian lelaki yang terbabit dalam pertempuran dalam rusuhan di depan pejabat Pengadilan Negeri Jakarta Selatan sempat dirakamkan membawa senjata tajam ketika bertempur.
Lebih 100 penduduk merusuh dan menyerbu markas polis Lombok Barat, menuntut dua rakan mereka yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam satu kes pembunuhan. Polis terpaksa menggunakan meriam air untuk menyuraikan mereka.


OH DARLING! MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR DENDA DARLING RM15,000

DIA didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan atas dakwaan menggunakan dokumen cagaran berharga yang palsu "Director's Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn Bhd' berterikh 16 Ogos 2007.

Kesalahan itu pula dilakukannya di pejabat RHB Bank Berhad, di Jalan Razak. Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri, 27, mengaku bersalah. Dan hari ini Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhi hukuman denda RM15,000 atau tiga bulan penjara ke atas pelakon drama itu.

Terdahulu, peguambela Darling, Amir Feisal Ariff, dalam rayuannya memohon mahkamah agar anak guamnya dikenakan hukuman berbentuk bon berkelakuan baik atau denda.

 Darling menjelaskan denda berkenaan.

Wednesday, September 29, 2010

TIMBALAN MENTERI DATUK M SARAVANAN DIPERINTAH MEMBAYAR RM1.6 JUTA

TIMBALAN menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan hari ini diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM1.6 juta kepada sebuah syarikat kerana melanggar kontrak perjanjian berhubung pembekalan barangan logam bagi projek penyelenggaraan lebuh raya.



TERKINI: TUJUH TERBUNUH, EMPAT CEDERA. 32,000 PENDUDUK BANDAR TARAKAN MELARIKAN DIRI MENCARI PERLINDUNGAN DI KEM TENTERA.

Sebahagian yang ketakutan akibat pergaduhan di bandar Tarakan dibantu berpindah menggunakan kenderaan tentera
Salah seorang korban pergaduhan antara kelompok masyarakat di bandar Tarakan diperiksa tentera
PERGADUHAN antara kelompok masyarakat di bandar Tarakan, Kalimantan Timur semakin parah. Sehingga lewat petang ini, tujuh dilaporkan terbunuh dan empat cedera parah, manakala 32, 000 penduduk melarikan diri bersembunyi di beberapa kem tentera kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Pada masa yang sama, konflik masuk hari kedua itu menyebabkan Tarakan terus lumpuh. Semua pejabat dan kedai ditutup dan penduduk berdepan masalah baru, iaitu sukar mendapatkan makanan.

Sementara Presiden Susilo Bambang Yudiyono pula memberi amaran kepada pihak berkuasa agar tindakan komprehensif diambil segera bagi memulihkan keamanan di bandar itu.

Malah Susilo ternyata amat bimbang, konflik yang semakin parah itu, mengulangi tragedi pergaduhan antara etnik di Sampit, Kalimantan Tengah lebih 10 tahun lalu yang menyaksikan banyak korban.

Sehingga kini sebahagian besar 32,000 penduduk yang melarikan diri itu berlindung di beberapa kem tentera dan markas polis seperti markas TNI AL, markas TNI AU, Markas Batalion Infantri 613/Raja Alam, Satuan Radah dan Mapolresta.


ASHRAF SINCLAIR: APAKAH INI BENAR ANAKKU?

PERTANYAAN itu membawa dua konotasi yang berbeza. Pertama sama ada ia benar sebagai menandakan suatu kegembiraan yang teramat sangat menerima kehadiran anak lelakinya, manakala konotasi kedua membawa makna wasangka yang tiada siapa pun tahu.

Namun, Ashraf hanya tersenyum. Ketika ditemui selepas menerima berita kelahiran anak lelakinya yang kini diberi nama Noah Sinclair, dia hanya senyum sambil mendukung bayinya itu.

 "Apakah benar ini anakku?" katanya seolah berbisik kepada diri sendiri sambil bermanja dengan Noah yang di dalam pangkuannya.

Menurut Ashraf, banyak orang berkata anak itu mirip wajahnya. Noah Sinclair adalah anak hasil perkongsian hidup Bunga Citra Lestari dengan Ashraf.

Ashraf bersama Bunga Citra Lestari dan anak mereka Noah Sinclair (Kompas.Com)

BANDAR TARAKAN KEMBALI LUMPUH: PERGADUHAN DUA ETNIK MELETUS SEMULA PAGI INI

SELEPAS amukan ratusan penduduk berjaya ditenteramkan malam tadi, pagi ini lebih 1,000 penduduk daripada dua etnik berbeza di bandar Tarakan, Kalimantan Timur kembali bertempur menyebabkan seorang mati dan tiga cedera parah.

Konflik yang bermula akibat kematian seorang warga emas yang juga imam bernama Abdullah, 54, Jumaat lalu semakin parah apabila etnik mewakili mangsa mahu menuntut bela.

Sehingga jam 6 pagi tadi, kumpulan bersenjatakan pedang samurai, parang dan tombak memenuhi sekitar bandar itu untuk bertempur walaupun cuba dileraikan paskan polis. Difahamkan juga pejabat, kedai dan pengangkutan awam di bandar itu telah lumpuh.

Kumpulan bersenjatakan pedang samurai dan tombak melalui depan pejabat Persatuan Suku Asli Kalimantan (Pusaka) di Tarakan, Kalimantan Timur
Polis kini bersiap sedia menghantar lebih banyak anggota bagi memastikan pertumpahan darah dapat dielakkan sekaligus mengembalikan semula keamanan di bandar itu.

SUSULAN TIGA GADIS 14 TAHUN DI KAMPAR HILANG SEJAK RAYA: PEMUDA MENGAKU TIDAK BERSALAH MELAKUKAN SEKS ORAL

SEORANG pengawal keselamatan, Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19  tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabie dengan meminta seorang remaja perempuan 14 tahun melakukan seks oral.
  
Mohammad Akmal didakwa melakukan perbuatan itu di bilik 204 Rope Walk Hotel, Jalan Pintal Tali, di antara jam 11 malam dan 2 pagi pada 14 September lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail, memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh yang berasal dari Kampung Gajah, Perak tetapi dia yang tidak diwakili merayu supaya jaminan itu dikurangkan kepada RM4,000.

 Hakim Sitarun Abdul Aziz bagaimanapun mengarahkan jaminan RM8,000 ke atas tertuduh dan menetapkan 15 Oktober depan sebagai tarikh sebutan kes.

Sebelum ini, media melaporkan tiga gadis berusia 14 tahun dari Kampar, Perak hilang dari rumah masing-masing ketika beraya di rumah rakan mereka pada 11 September lalu.

Dua daripada mereka adalah adik beradik kembar dan seorang lagi rakan sekolah yang sama kemudian ditemui sepasukan polis  di sebuah flat di Paya Terubung, Pulau Pinang bersama dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun selepas keluarga masing-masing membuat laporan polis.

Akhbar juga melaporkan mereka dikatakan ada melakukan hubungan dengan kedua-dua pemuda disyaki teman lelaki masing-masing itu.

PEMANDU BAS KILANG HAMPIR HILANG KEMALUAN DISERANG DUA LELAKI BERPARANG

NASIB seorang pemandu bas kilang berusia 32 tahun bukan sahaja teruk dibelasah, tetapi turut berdepan risiko kehilangan anunya, apabila diserang oleh dua lelaki berparang dalam satu kejadian di tempat letak kereta Rifle Range di Georgetown, Pulau Pinang.

Mangsa dikatakan sedang memasuki basnya untuk mengambil pekerja kilang kira-kira jam 6 pagi tadi apabila dua lelaki berparang menyerangnya.

Dia dipaksa ke bahagian belakang bas berkenaan, sebelum ditumbuk dan ditendang. Kedua-dua penyerang kemudian cuba memotong kemaluannya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan. Namun jeritannya tidak didengari sesiapa.

Dia ditinggalkan dalam kesakitan sebelum disedari seorang rakan mangsa yang mahu memulakan tugas dan segera menghantarnya ke Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Geogetown, ACP Gan Kong Meng, mengesahkan kejadian.

50 ORANG BERHIMPUN DEPAN DEWAN PERHIMPUNAN CINA KUALA LUMPUR BANTAH PELANCARAN ALBUM BERBAUR PERKAUMAN NAMEWEE

Antara yang membantah pelancaran album Namewee di depan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, malam tadi (The Malaysian Insider)
SEPATUTNYA tindakan paling baik bagi mengelak kekecohan ialah dengan mengambil tindakan merampas album milik Namewee, seperti dilakukan ke atas buku kartunis Zunar baru-baru ini.

Tindakan itu pasti dapat  mengelak kekecohan seperti berlaku di depan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam semalam, daripada terjadi.

Dalam kekecohan itu, 50 orang ahli Perkasa membantah sambil membawa beberapa sepanduk tertulis nama pertubuhan itu dan gambar Namewee yang dibakar sebagai menyatakan protes tindakan Namewee melancarkan albumnya kira-kira jam 8.30 malam semalam.

Seramai 100 anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Dang Wangi berkawal di sekitar dewan itu bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, semua bersurai dalam tempoh 40 minit.

Tindakan tegas mesti diambil dalam apa bentuk sekalipun jika jelas ia boleh menjejaskan keharmonian dan mencetuskan perbalahan berpunca daripada isu yang membabitkan perkauman.

Jumaat lalu, kartunis Zunar yang dijangka melancarkan bukunya bertajuk Cartoon-O-Fobia pada sebelah malamnya, telah ditahan dan buku-bukunya dirampas kerana dipercayai sensitif. Mungkin tindakan sama boleh diambil ke atas Namewee malam tadi bagi mengelak tanggapan negatif pelbagai pihak.

POLIS GELEDAH LAGI PEJABAT PEGUAM SUSPEK UTAMA PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI

PEJABAT peguam, suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain digeledah semula pagi semalam, sebagai apa yang dikatakan usaha berterusan pihak polis untuk menyiasat kes itu sehingga ke akar umbi.

Beberapa ikatan fail dibawa keluar daripada pejabat peguam suspek utama pembunuhan Sosilawati (Gambar Berita Harian)
Kira-kira jam 11.15 pagi, empat kakitangan wanita dan seorang lelaki dilihat mengiringi polis memasuki pejabat berkenaan dan sejam kemudian keluar dengan membawa lapan ikatan fail dipercayai mengandungi dokumen yang boleh membantu siasatan.

Kerja keras polis menyiasat kes itu dengan lebih mendalam diakui oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

"Kita akan menyiasat kes ini sehingga ke akar umbi," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

ANGGOTA POLIS BERDUA-DUAAN DENGAN ISTERI ORANG DIBELASAH PENDUDUK

BARANGKALI kerana terlalu marah dengan sikap seorang anggota polis yang masih mahu menegakkan benang basah apabila ditegur mengenai perlakuannya berdua-duaan dengan isteri orang di dalam sebuah rumah, penduduk di sebuah kampung di Batu 3 1/2, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan menggunakan hukum rimba membelasahnya malam Ahad lalu.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, seorang penduduk tak mahu dikenali berkata, beberapa penduduk telah pergi ke sebuah rumah selepas mendapati seorang lelaki yang juga anggota polis berdua-duaan dengan isteri orang. Penduduk dikatakan mahu menegur anggota polis itu mengenai sikap buruk yang memalukan itu.

Bagaimanapun, ketika pintu rumah diketuk, anggota polis itu yang hanya berkain pelikat memarahi pula penduduk yang menegur perlakuannya.

Anggota polis berusia 50 tahun itu dikatakan bersikap kasar apabila menjawab teguran menyebabkan berlaku pertikaman lidah dengan penduduk. Ia kemudian berlanjutan menjadi pergaduhan apabila penduduk dikatakan telah membelasah dia sehingga cedera.

Difahamkan, penduduk telah lama menyedari perbuatan mangsa sering berada di rumah wanita itu tetapi sejak kebelakangan ini semakin hilang sabar.

Ketika kejadian dikatakan tiga anak wanita berkenaan turut berada di rumah berkenaan.

TUNANG LARI IKUT ORANG LAIN

Seorang ibu, Salmah Hassan, 49 di Pendang, Kedah merayu supaya anaknya, Siti Rohani  Abidin, 21 pulang segera ke rumah selepas keluar dari rumah mengikuti dua teman lelakinya sejak beberapa hari lalu.

Siti Rohani dirayu pulang
Siti Rohani baru sahaja bertunang dengan lelaki di Pulau Pinang. Orang ramai yang mengetahui di mana Siti Rohani berada, dirayu memaklumkan balai polis terdekat.

BANDAR TARAKAN HAMPIR LUMPUH APABILA RATUSAN PENDUDUK MENGAMUK

Panglima Kumbang mewakili penduduk sedang berusaha menenangkan penduduk mengamuk di bandar Tarakan di Kalimantan, semalam.
KECEKAPAN polis menahan segera tiga yang disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang ketua masyarakat dan imam di bandar Tarakan, Kalimantan Timur berjaya meredakan amukan penduduk. Sekaligus mengembalikan semula ketenangan bandar itu daripada kekecohan yang tercetus apabila ratusan penduduk mengamuk mahu membalas dendam di atas kematian mangsa, Abdullah, 45 tahun.

Pembunuhaan Abdullah yang berlaku Jumaat lalu, menyebabkan ratusan penduduk bersenjatakan parang dan tombak berkeliaran di sekitar bandar Tarakan, bertujuan mencari pembunuh imam berkenaan.

Ketua Perhubungan Awam Polis Kalimantan Timur, Antonius Wisnu Sutirta, berkata polis bertindak segera memburu dan berjaya menahan tiga yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu, sekaligus meredakan kemarahan penduduk yang mengamuk.

Ketiga-tiga lelaki berusia antara 16 dan 20 tahun itu kini ditahan di balai polis selepas dipercayai membunuh Abdullah dengan menikam mangsa menggunakan senjata tajam.

1,000 TERBUNUH TRAGEDI BUKIT RUNTUH DI MEXICO

HAMPIR 1,000 dikhuatiri terbunuh apabila bukit setinggi 200 meter yang menjadi kediaman penduduk, runtuh dalam satu kejadian awal pagi semalam dan menimbus lebih 300 rumah di wilayah Santa Maria de Tlahnitoltepec, Mexico.

Datuk Bandar Oaxaca, Ulises Ruiz, berkata pihaknya menjangkakan 500 orang masih tertimbus dan tidak diketahui nasib mereka dalam bencana itu.

Tragedi tanah runtuh di Mexico ini dikhuatiri telah meragut 1,000 nyawa (gambar AFP)
Tragedi itu dikatakan berlaku ketika penduduk dikatakan sedang lena tidur. Pasukan penyelamat dan para medik terdiri daripada ratusan anggota kini dikejarkan ke lokasi tragedi yang terletak kira-kira 80 kilometer di timur bandar Oaxaca.

Tuesday, September 28, 2010

10 MATI DITEMBAK DI FLORIDA DAN BOSTON

Seramai 10 orang mati, seorang lagi kritikal dipercayai ditembak dalam dua kejadian berasingan dalam tempoh 48 jam mulai malam kelmarin, di kawasan perumahan Selatan Florida dan Boston.

Dalam kejadian pertama di Selatan Florida, enam dipercayai sekeluarga mati, ditembak dalam kereta di depan sebuah rumah kira-kira jam 12 malam kelmarin.

Jurucakap polis Riviera Beach, Rose Anne Brown, berkata polis menerima maklumat berhubung bunyi tembakan dari sebuah kereta dan menghantar anggota membuat pemeriksaan.

Menurutnya, ketika tiba berdekatan kereta berkenaan, seorang lelaki keluar dari kenderaan itu lalu menembak diri sendiri. Dia mati di tempat kejadian. Pemeriksaan lanjut katanya, menemui lima yang lain termasuk kanak-kanak dan wanita dipercayai telah ditembak terlebih awal.

Sementara itu, kira-kira 18 jam tadi, empat lagi terbunuh menjadi manga senjata api di Boston, membabitkan dua lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak berusia di antara 2 dan 3 tahun. Seorang lagi mangsa tembakan, seorang lelaki kini dalam keadaan kritikal dan dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Jurucakap polis, Elaine Driscoll, berkata penyiasat sedang mencari bukti pembunuhan itu tetapi tidak menolak
Pihak berkuasa memujuk seorang wanita yang kesedihan selepas kejadian tembakan membunuh empat orang di Boston.
kemungkinan mangsa dan penembak saling mengenali.

SUSULAN TIMBALAN PENGARAH BTN RASIS: CHUA SOI LEK PULA DIMINTA DAPATKAN RAWATAN KAUNSELING!

SELAIN bersetuju Timbalan Pengarah BTN, Hamim Hussin diarahkan menjalani rawatan kaunseling kerana bersikap rasis, orang ramai juga berpendapat Presiden MCA, Chua Soi Lek turut menjalani rawatan serupa bagi memastikan beliau layak menduduki kerusi tertinggi MCA.

Mohd Shah berpendapat, rawatan kaunseling amat perlu dijalani oleh Soi Lek bagi memastikan beliau betul-betul sihat untuk menerajui MCA, terutama bagi menilai tahap kesihatannya bagi memastikan beliau tidak lagi mengulangi perbuatan melakukan seks dengan wanita selain isteri yang didaftarkan perkahwinannya.

Kata Mohd Shah, kes salah laku seks Soi Lek yang pernah menjadi kontroversi menerusi penyebaran video mengenai hubungannya dengan seorang wanita di sebuah hotel dulu mesti dipastikan tidak berulang. Ini bagi memastikan imej Barisan Nasional sentiasa terpelihara.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Maimunah pula, mendakwa kecenderungan Soi Lek mencari salah pegawai atau pemimpin Melayu juga dilihat sebagai antara ciri-ciri pemimpin yang rasis juga.

Oleh itu, tidak wajar Hamim sahaja menjalani rawatan kaunseling. Soi Lek juga katanya mesti mendapatkan rawatan yang sama.

Menurut Maimunah lagi, rawatan kaunseling bukan bertujuan merendah-rendahkan kewibawaan pemimpin tetapi sebaliknya ia amat berguna bagi memastikan mereka mendapat rawatan pencegahan.

PENERJUN WANITA TERBUNUH KETIKA LATIHAN DI MENARA ALOR SETAR

SEORANG penerjun wanita terbunuh apabila payung terjunnya gagal berfungsi dalam satu latihan di Menara Alor Ster, Kedah petang tadi.
Marion terbunuh apabila payung terjunnya tidak terbuka dalam satu latihan terjunan dari atas Menara Alor Setar ini.

Tantikey Lie Marion, 42, warganegara Australia dipercayai terjun menggunakan payung terjunnya dari atas menara itu kira-kira jam 4.15 petang dan jatuh terhempas di atas simen. Dia dikatakan terbunuh serta merta akibat kecederaan parah.

Marion bersama 19 penerjun tempatan dan antarabangsa menggunakan menara itu yang merupakan menara kedua tertinggi di negara ini sebagai latihan sebelum menyertai acara Penerjunan Antarabangsa Menara Kuala Lumpur yang diadakan pada 7 Oktober depan.

CHUA SOI LEK MAHU TIMBALAN PENGARAH BIRO TATANEGARA (BTN) MENJALANI RAWATAN KAUNSELING

PRESIDEN MCA, Chua Soi Lek, menggesa kerajaan menghantar Timbalan Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Hamim Hussin, menjalani rawatan kaunseling dan dilatih semula kerana disifatkannya sebagai tidak layak menduduki jawatan berkenaan.

Ini kerana menurut Chua, Hamim telah meninggung perasaan rakyat keturunan Cina dan India menerusi kenyataannya yang berbaur perkauman dalam satu majlis baru-baru ini. Kenyataan itu ada kaitan dengan kedudukan orang Melayu yang disifatkan sebagai perlu memimpin negara ini, berbanding kaum lain.

"Di dalam negara demokrasi, bukan orang tertentu menentukan pihak yang dipilih untuk memimpin negara ini, tetapi rakyat yang berkuasa menentukan siapa layak memimpin negara" katanya.

Hamim dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ketika menghadiri dan berucap pada satu majlis melibatkan Puteri Umno baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok pula menggesa polis mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan terhadap Hamim.

Isnin lalu, Naib Presiden MIC, Datuk Dr S Subramania, turut mengesa tindakan tegas diambil ke atas Hamim yang mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman.

Nah, sekarang lihat sendiri. Mereka langsung tidak boleh disentuh. Kasihan Umno, 360 darjah tidak mempunyai ruang untuk menggunakan strategi memujuk dan menarik orang Melayu kembali kepada parti itu!

BAPA TIRI ROGOL BUDAK EMPAT TAHUN DI MUAR. DI ULU TIRAM TENTERA ROGOL ANAK KANDUNG 13 TAHUN

SEORANG bapa di Muar tergamak merogol anak tirinya berumur 4 tahun, ketika kanak-kanak itu diamanahkan ibunya untuk dijaga sepanjang ibunya dirawat di hospital.

Sehingga kini tidak diketahui lelaki itu jenis apa, tetapi disahkan bukan binatang kerana dia mempunyai kad pengenalan, nama dan agama. Pengesahan identitinya sebagai manusia juga sukar dibuat kerana berdasarkan kajian sifat dan perangai, seseorang manusia tidak akan melakukan perbuatan sekeji itu. Apatah lagi ke atas seorang kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa tentang seks.

Di Kota Tinggi pula, seorang tentera berpangkat sarjan didakwa di Makamah Sesyen atas dakwaan merogol anak kandungnya yang berumur 13 tahun. Lelaki itu meminta dibicarakan selepas didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa telah memasuki bilik tidur anak pada 16 September lalu kira-kira jam 2.15 pagi dan merogolnya sebelum mengugut supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.

Perbuatan tertuduh hanya disedari ibu mangsa apabila terbaca mesej pada sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada tertuduh yang berbaur ugutan mengenai kejadian itu.

Apakah kerana bapa tidak melahirkan anak, maka mereka tergamak melakukan perbuatan sebegini? Atau ada sebab lain?

PRESIDEN KOREA UTARA LANTIK ANAK BONGSU SEBAGAI JENERAL HARI INI

PRESIDEN Korea Utara, Kim Jong Il yang dilaporkan tenat di sebuah hospital, melantik anak bongsu lelakinya, Kim Jong Un, 27, sebagai jeneral penuh, berkuatkuasa hari ini.

Pemerhati politik dan ketenteraan menyifatkan perlantikan itu sebagai bermulanya penggantian kepemimpinan utama Korea Utara, ekoran keadaan Jong Il yang dikatakan tenat selepas diserang stroke sejak 2008.

Dalam upacara ringkas hari ini, Jong il turut melantik anak saudara perempuannya, Kyong Hui, sebagai jeneral tentera, bertujuan membantu Jong Un menerajui hieraki ketenteraan negara berkenaan.

Kimm Jong Il, presiden Korea Utara (berbaju putih) dilaporkan kritikal dan telah melantik anak bongsunya, Kim Jong Un, 27 dan anak saudara perempuannya sebagai jeneral dalam majlis ringkas hari ini. Ini dipercayai menandakan bermulanya peralihan kuasa di negara komunis itu.
Akhbar KCNA dalam laporannya menyebut, anak bongsu presiden itu mendapat pendidikan di Switzland dan sering dilaporkan mendapat latihan dan pengalaman ilmu ketenteraan di beberapa negara seperti Rusia dan Cuba sebelum ini.

LAMAN BLOG PELAJAR KOLEJ YANG GAMBAR SEPARUH BOGELNYA TERSIAR DI FACEBOOK, TELAH DISEKAT!!

Laman facebook milik seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta di Terengganu telah disekat oleh pihak berkuasa, sebaik sahaja pelajar terbabit membuat laporan polis mendakwa ada pihak menyebarkan gambar-gambar separuh bogel koleksi peribadinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsudin, mengesahkan perkara itu dan percaya mereka yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar berkenaan, iaitu dipercayai teman-teman mangsa akan dapat diberkas dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, ayah mangsa seorang penoreh getah berusia 44 tahun yang tidak mengerti apa-apa tentang laman facebook berharap sangat polis dapat menangkap secepat mungkin mereka yang terbabit dan dibawa ke muka pengadilan.

Lelaki itu yang terlalu sedih dengan kejadian menimpa anaknya juga memberitahu, mangsa kini trauma dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu dan telah memohon cuti panjang daripada sesi pembelajarannya di kolej tempat dia belajar.

Simpati juga diberikan oleh pengurusan kolej berkenaan apabila membenarkan mangsa bercuti bagi menenangkan fikiran serta mencari semula keyakinan diri berdepan cabaran yang dihadapinya itu.

Difaham ramai terbabit mengedarkan gambar separuh bogel pelajar berkenan dan kesemuanya dikatakan rakan mangsa di kolej tempat dia belajar. Seelok-eloknya pergi saja ke balai polis terdekat dan serahkan diri anda.

PEREMPUAN BERTUBUH LOROT DAN MELELEH

INI sebahagian kekuasaan Tuhan. Diberinya manusia pelbagai bentuk dan wajah. Namun kadang kala yang telah berwajah sempurna, masih juga mencari kecantikan berlebih-lebihan. Bayangkan kalau perempuan diberikan tubuh badan seperti wanita bernama Tan, 43 tahun ini. Bayangkan betapa sukarnya untuk berdepan realiti hidup. Tan menghidap penyakit Neurofibromatosis ini sejak 20 tahun lalu. Dia kini warganegara Indonesia, berpindah dari China.

PEKERJA BUAT LAPORAN POLIS: PAKAR MOTIVASI BERGELAR DOKTOR MEROGOLNYA

SEORANG pembantu koordinasi yang bertugas di sebuah pejabat milik seorang pakar motivasi membuat laporan polis mendakwa dirogol dan diperdaya untuk berkahwin secara sindiket dengan pakar motivasi bergelar doktor itu.

Pekerja yang hanya dikenali sebagai Ima itu mendakwa, dia bekerja sendirian bersama pakar motivasi itu di sebuah pejabat yang besar di tengah ibu kota.

Menurutnya, dalam satu kejadian dia telah dirogol oleh pakar motivasi itu sebelum kemudiannya dilarikan ke Danok, Thailand untuk berkahwin secara sindiket.

Ima juga mendakwa, dirinya terasa seperti dipukau setiap kali bersama pakar motivasi itu kerana diarahkan sentiasa memandang ke arah mata lelaki itu setiap kali berkomunikasi dengannya.

Siapakah pakar motivasi itu? Sama-sama kita tunggu kerana dia tentu pernah ke udara di dalam media elektronik dan tentang laporan dibuat Ima itu pula, biar polis menjalankan siasatan. Namun hakikatnya, cerita semacam ini bukan kali pertama terdengar.

ERNI DEKRITAWATI MALU-MALU MENJAWAB RAHSIA HATINYA DENGAN PEMBACA BERITA BERNAMATV

ANAK sulung Datuk Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana, 25, atau lebih manja dipanggil Rita, seolah-olah enggan mengulas bila ditanya mengenai hubungannya dengan Zulkifli Bujang, pembaca berita BernamaTV ketika Rita ditemubual dalam rancangan Kerusi Panas semalam.

Rita seolah-olah berahsia sebenarnya. Tak apalah Rita...bolehlah. Kalau ada berdetik hati di dalam untuk menyayangi seseorang lelaki, tak salah sebenarnya. Dan tak salah pula kalau mengakui rahsia hati yang tersimpan kini.

Cantik dan menawan juga si Rita ni...
Okay apa...Zul pun okay juga tu walaupun Zul sebelum ini pernah memberitahu yang dia hanya seorang kenalan dan memang telah lama mempunyai hubungan baik dengan keluarga Sosilawati.

Kepada Rita dan Zul! Tak salah bercinta beb. Ada orang lelaki 60 tahun kahwin wanita 18 tahun. Ada wanita jutawan kahwin seorang lelaki bekerja sebagai kerani. Ada wartawan menikahi artis wanita. Ada pemandu berkahwin wanita pensyarah bergelar Dr. Ada peon kahwin CEO. Ada gadis sunti kampung berkahwin jurutera!

Rita dan Zul! Buka sahaja dimensi baru. Bercinta tak salah walaupun cinta kadang kala harus dipupuk perlahan-lahan. Perlahan-lahan beb.

Kepada Rita dan Zul! Maafkan pak cik. Pak cik ni terhidu sambal tempoyak pulak.

IBU DAKWA ANAK PEREMPUANNYA ADA DUA SUAMI

KISAH di Kota Bharu lain sedikit. Seorang ibu, Muliani Mahmud, 54, mendakwa anak perempuannya yang telah berkahwin, mempunyai seorang lagi suami apabila bernikah dengan 'suami' kedua baru-baru ini walaupun dia tidak pernah diceraikan suami pertama.

Menurut Muliani, anak perempuannya, Shazlinda Che Ali, 35, mempunyai seorang suami bernama Hashim, 48, seorang kontraktor dan telah pun mempunyai seorang anak berusia dua tahun.

Namun baru-baru ini dia dijemput anaknya itu untuk menghadiri majlis perkahwinannya dengan seorang lelaki lain, seorang kakitangan kerajaan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, dia tidak memenuhi jemputan itu kerana tidak mahu bersubahat.

Berikutan tindakan songsang anak perempuannya berkahwin lagi, Muliani begitu bimbang dan rungsing kerana perbuatan anak perempuannya itu jelas menyalahi hukum agama dan merayunya berfikir untuk kembali ke pangkal jalan.

"Saya keliru sangat dengan status perkahwinan anak perempuan saya itu sebab selama ini dia tak pernah pun bercerai dengan suami pertama itu," keluh Mulaini seperti dilaporkan Rosliza Mohamed, Harian Metro, edisi Timur.

Namun kini difahamkan, Shazlinda telah diceraikan pula oleh suami keduanya itu dengan talak maksimum. Bagaimanapun, kata Muliani anak perempuannya itu masih tinggal sembumbung dengan suami keduanya tanpa mengendahkan pandangan orang sekeliling.

Kenapa jadi begini? Nafsu tak terbendung? Atau akal tak terfikir?

SELUDUP TEMAN LELAKI MASUK BILIK SELEPAS DATUK DAN NENEK TIDUR

GARA-gara tak tertahan 'menanggung geli-geleman digeletek nafsu', seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sanggup menunggu lampu di rumah datuk dan neneknya padam semata-mata mahu menyeludup masuk teman lelakinya, untuk diajak menjadi teman 'bersengkong-sengkong'.

Taktik remaja tingkatan tiga membawa masuk teman lelaki 17 tahun  ke biliknya, dipercayai sudah kerap berlaku. Dia dikatakan sentiasa menunggu datuk dan neneknya masuk ke bilik memadam lampu untuk melakukannya.

Pada malam Sabtu lalu, gelora nafsunya dikatakan semakin membuak-buak dan sebaik sahaja menyedari ahli keluarga lain pergi menziarahi keluarga sakit, dia percaya peluang semakin terbuka. Tidak sabar-sabar dia menunggu datuk dan neneknya tidur.

Namun dalam kejadian itu, tindakannya terkantoi apabila ibu saudaranya yang tinggal di rumah berdekatan masuk ke biliknya untuk mengejutkan supaya dia pergi ke sekolah.

Pergggghhhh!!...Alangkah terkejutnya ibu saudara remaja perempuan itu apabila dia mendapati ada seorang lelaki rupanya sedang bersembunyi di dalam almari baju, dipercayai menyorokkan diri bimbang kehadirannya dikesan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, mengesahkan polis menerima satu laporan mengenai kejadian itu. Gadis berkenaan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Remaja perempuan itu dikatakan telah tinggal di rumah keluarga datuknya sejak berusia lapan tahun lagi selepas ibu kandungnya meninggal dunia.

Nah...sesal dulu pendapatan!

SAYA TAK MAHU MENANGIS. SAYA PERLU TABAH DAN KUAT

Anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati tak mahu menangis lagi. Biarlah segala dukacita dan kesakitan yang amat pedih ekoran kehilangan ibu tercinta, menjadi sejarah. Yang penting bagi Erni, dia mahu kuat dan tabah. Dia tidak mahu adik-adik menangis.

Dia mahu kuat berdepan cabaran amat memedihkan ini. Baginya legasi sebuah perniagaan yang ditinggalkan oleh ibunya mesti diteruskan. Dia mahu mengemudi legasi itu dengan kuat dan tabah, sambil tangannya memimpin adik-adik yang masih memerlukan sokongan.

Erni berkata demikian ketika ditemubual Radio Bernama24 dalam rancangan Kerusi Panas, petang semalam. Semoga kekuatan datang dan sentiasa ada dalam diri Erni.

Monday, September 27, 2010

RAKAN KONGSI PUSAT KESIHATAN DAN ANAK LELAKINYA MATI, TIDAK LAMA SELEPAS MENUTUP PERNIAGAAN

(Gambar Berita Harian Singapura) SPA milik Shariffudin bersama dua yang lain ditutup operasi dan ditawarkan kepada pihak berminat untuk diambilalih, sebelum dia dan anak lelakinya, Shah Amin ditemui mati pagi semalam.
SEORANG rakan kongsi syarikat Health SPA Fitness Centre di Jalan Guilemard, di Singapura, Shariffudin Abdul Kader, 56, dan anak lelakinya Shah Amin, 19, ditemui mati selang dua jam di dua tempat berbeza pagi semalam.

Shariffudin ditemui mati di bawah blok 35 Marsiling Drive jam 5.30 pagi manakala anak lelakinya pula mati di dalam bilik Hotel Corpthome Orchard, dua jam kemudian.

Kematian anak beranak ini amat memeranjatkan kerana Sharifuddin dikatakan bersama rakan kongsinya baru sahaja menutup operasi perniagaan mereka untuk diambilalih pihak lain. Malah notis tawaran pengambialihan itu masih tertampal di dinding SPAnya.

Berita Harian Singapura melaporkan, allahyarham Shariffudin adalah seorang peniaga yang berjaya, malah memiliki 40 peratus saham di dalam pusat kesihatan yang ditutup operasinya itu. Namun tidak diketahui punca sebenar kenapa perniagaan itu ditutup.

Pada 2004, Shariffudin pernah memberitahu The New Paper yang beliau membenarkan pemain bola sepak Home United, menggunakan SPAnya sebanyak dua kali sebulan.

Dua rakan kongsinya dalam SPA itu iaah Jasmin Abdullah @ Chong Guat Lean yang mempunyai 10 peratus saham dan Tan Chui Poh Michael, memiliki 50 peratus saham.

PADERI STEPHEN BENJAMIN HINA ISLAM. JANGAN SAMPAI ORANG PIJAK KEPALA

TINDAKAN seorang paderi, Benjamin Stephen menghina Islam dalam ceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak tidak boleh dipandang ringan olah pihak berkuasa. Kini ada pihak semakin berani menghina Islam sehingga jelas memijak kepala umat Islam.

Kalau dulu, Katy Lim Li Lian mungkin menghina Islam kerana tidak mempunyai ilmu, tetapi apabila seorang paderi melakukan hal yang serupa, apa lagi alasan yang boleh diberi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengulas penghinaan itu dengan sedikit pesanan. Katanya, jangan menghina mana-mana agama sehingga boleh mencetuskan ketegangan.

Nampaknya, ada pihak yang masih belum melihat makna ketegasan sehingga mereka masih berani mengulangi perbuatan menghina Islam. Duduk di dalam negara Islam, diberi kebebasan beragama dan diberi peluang bersuara tidak cukupkah untuk menuturkan terima kasih?

MENIPU/PECAH AMANAH: 290 PEGUAM DISIASAT. 35 DITAHAN UNTUK SIASATAN DAN 30 PEGUAM DISINGKIRKAN DARIPADA MAJLIS PEGUAM SETAKAT INI.

POLIS sedang menyiasat 290 kes membabitkan peguam disyaki menipu, pecah amanah dan memalsukan afidavit penjualan tanah dan harta berkaitan. Dan dalam tempoh 9 bulan tahun ini, 35 pengamal undang-undang itu juga ditahan polis untuk disiasat berkaitan beberapa laporan yang diterima.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Norryah Md Anvar, berkata kebanyakan kes pecah amanah dan penipuan itu membabitkan penjualan tanah dan pemalsuan dokumen termasuk afidavit.

Sementara Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan pula dilaporkan berkata, lebih 13,000 peguam menjadi ahli majlis itu setakat ini. Bagaimanapun, 30 orang di antara mereka telah disingkirkan selepas didapati bersalah dalam kes tertentu termasuk pecah amanah.

Beberapa kes melibatkan peguam dalam perbuatan salah laku dilaporkan kebelakangan ini termasuk kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain, di mana dua beradik yang juga peguam kini ditahan kerana disyaki menjadi suspek utama.

Ragunath pula ketika mengulas kes peguam yang terbabit dalam jenayah dan salah laku, menyokong tindakan polis menyiasat dan memberi jaminan pihaknya bersedia memberi kerjasama.

PENYERANG BERANI MATI REPTILIA DIKESAN DI BILIK ATLET SUKAN KOMANWEL

KETIKA pelbagai negara mempersoalkan kemampuan India menjaga keselamatan atlet yang bertanding dalam Sukan Komanwel seminggu lagi, penyerang berani mati dari spesies repitilia berjaya menyusup masuk ke dalam bilik atlet Afrika Selatan.

Penemuan ular tedung dewasa itu menimbulkan kekecohan sehingga Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan, Harris Mbulelo Mejeke berang kerana ia boleh mengancam nyawa atlet negaranya.

Dan bertindak daripada rasa tidak puas hati kontinjen benua Afrika itu, sepasukan kumpulan Wildlife SOS India diketuai Kartick Satyanaryan, dipanggil untuk menangkap ular berkenaan.

Sukan Komanwel yang dianjurkan India kali ini merupakan antara edisi sukar antarabangsa yang mendapat kritikan paling banyak kerana banyak negara menyifatkan India seperti tidak bersedia. Banyak kemudahan masih terbengkalai manakala beberapa kejadian seperti laluan atlet yang runtuh seminggu lalu menimbulkan kesangsian tentang kemampuan India menganjurkan sukan itu.

ADUN GALAS KEMBALI KE RAHMATULLAH

AHLI Dewann Undangan Negeri Kawasan Galas, Kelantan, Che Hashim Sulaiman, meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang tadi di Hospital Al-Islam, Kuala Lumpur selepas kritikal diserang barah usus.

Allahyarham mendapat rawatan di hopsital berkenaan sejak dua hari lalu. Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim mengesahkannya.

Dalam pilihanraya lalu, Che Hashim menang dengan majoriti 646 undi menewaskan calon daripada Barisan Nasional (BN)

Al-Fatihah.

TIGA KEMBAR YANG MENGGEMBIRAKAN KELUARGA DAN ORANG MELAYU

NADIAH, NADIRAH DAN NADRAH binti Kamarudin adalah lambang kejayaan sebuah keluarga di Ampang. Mereka bertiga menerima pingat sebagai antara graduan cemerlang UTM sempena Konvokesyen universiti itu semalam.

Kembar bertiga yang cemerlang. (Gambar oleh Roslan Khamis)
Semoga kejayaan cemerlang mereka di dalam akademik menjadi contoh kepada anak Melayu yang lain. Tahniah!

MAT REMPIT YANG BANGSAT DAN BIADAP

ANAK SIAPAKAH agaknya mereka? Keturunan manakah mereka? Kebiadapan dan gaya hidup tanpa berpandukan hukuman agama dan peraturan kehidupan menyebabkan sekumpulan Mat Rempit tergamak mengelar leher seorang siswa IPTA tanpa belas.

Kejadian kira-kira jam 2.30 itu berlaku tidak jauh dari susur keluar ke Padang Jawa berdekatan sebuah stesyen minyak di Shah Alam, menyebabkan remaja dikenali Faris, 21, cedera parah. Sekumpulan 10 Mat Rempit menyamun dan merampas barangan milik mangsa.

Tindakan tegas adalah amat dituntut ke atas mereka yang melakukannya. Dan cadangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya tindakan 'perang' ke atas Mat Rempit yang sering membahayakan nyawa orang lain mesti disokong dan dilaksanakan seberapa segera.

Leher mangsa dikelar 10 Mat rempit. Cari sampai ke lubang cacing pelakunya. (Gambar Harian Metro, akhbar nombor satu Malaysia)
Namun amatlah sedih, dadah, dadah dan dadah menjadi segala punca. Dadah juga mesti dihapuskan sama.

JURUTERBANG PESAWAT TERHEMPAS DI PERTUNJUKAN UDARA BANDUNG, MATI PAGI TADI

ALEXANDER SUPELLI, 54, juruterbang pesawat Decathlon PK-NZP Cessna yang terhempas ketika menyertai Pertunjukan Udara Bandung, di Lapangan Udara Hussein Sastranegara, kelmarin mati kira-kira jam 6.30 pagi ini waktu Malaysia.

Dia yang cedera parah dan terbakar 60 peratus di badannya disahkan meninggal dunia oleh seorang pakar bedah, Dr Bambang Sultana selepas dua hari mendapat rawatan di Rumah Sakit Hassan Sadikin (RSHS) di Bandung.

Dalam kejadian kelmarin, pesawat dipandunya terhempas selepas gagal melakukan aksi 'rolling back'.

UNIVERSITI RIAU MUSNAH DALAM KEBAKARAN SUBUH TADI

KAMPUS lama Universiti Riau di Pekan Baru, Riau yang menempatkan Fakulti Ilmu Sosial dan ilmu Politik (FISIP) musnah dalam satu kebakaran besar berlaku kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Selain bilik kuliah, turut musnah ialah pejabat Ilmu Politik, pejabat Ilmu Pentadbiran Negara dan pejabat Ilmu Sosiologi.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan punca dan jumlah kerugian.

GAMBAR SEPARUH BOGEL PELAJAR KOLEJ DI TERENGGANU TERSEBAR DALAM FACEBOOK

BEBERAPA keping gambar daripada koleksi peribadi seorang pelajar kolej swasta di Kuala Terengganu, sebahagiannya gambar separuh bogel, kini tersebar di dalam akaun facebooknya, gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab seorang rakan lelaki sekolejnya.

Pelajar perempuan berusia 18 tahun itu dalam laporannya di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kuala Terengganu mendakwa, seorang rakan lelaki sekolejnya ada meminjam pendrivenya baru-baru ini bertujuan menyalin kerja kursus mangsa.

Dipercayai ketika memformat pendrive berkenaan, rakan mangsa secara tidak sengaja telah terjumpa koleksi gambar separuh bogel itu lalu bertindak membuat beberapa salinan sebelum dimasukkan semula ke dalam akaun facebook mangsa tanpa kebenaran.

Ekoran itu, gambar berkenaan dikatakan telah berjaya dinikmati oleh mata-mata keranjang. Mangsa pula hanya menyedari koleksi gambar separuh bogelnya itu tersebar selepas dimaklumkan oleh kakaknya.

Mangsa yang ditemani oleh seorang rakan kemudiannya bertindak membuat satu laporan polis malam semalam di IPD Kuala Terengganu kerana bimbang gambar berkenaan akan tersebar luas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Superintendan Azmi Adam mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu.

MENYAMAR DATUK PADUKA: LAGI PENJENAYAH DIKEHENDAKI MENYAMAR GELARAN ISTANA

SEORANG daripada empat penjenayah dikehendaki yang juga bekas banduan Penjara Simpang Renggam di Johor yang ditahan semalam, turut menggunakan modus operandi menyamar sebagai penerima anugerah Datuk Paduka bagi meloloskan diri daripada diberkas polis.

Namun taktik 'kitar semula' lelaki berusia 27 tahun itu gagal apabila dia yang dikehendaki berhubung beberapa kes jenayah ditahan sepasukan polis bersama beberapa rakannya ketika berada di sebuah pusat hiburan di sebuah plaza beli belah di Kuala Lumpur.

Menurut sumber polis, ketika ditahan dia turut memakai baju kalis peluru, taktik sama setiap kali dia melakukan rompakan berkumpulan sebelum ini.

"Ketika ditahan dia mengugut polis supaya tidak sewenang-wenang menahannya dengan dakwaan dia seorang penerima gelaran Datuk Paduka daripada sebuah negeri di utara. Namun taktiknya gagal apabila polis tidak mengendahkannya,"kata sumber itu.

Difahamkan, lelaki dikehendaki itu baru sahaja sebulan dibebaskan daripada penjara Simpang Renggam dan sebelum ini dikehendaki berhubung beberapa kegiatan jenayah rompakan dan peras ugut terhadap ahli perniagaan.

Malah sebelum diberkas semalam, dia dan tiga penjenayah lain dikatakan sedang memeras ugut pemilik kafe siber dengan meminta wang perlindungan. Tiga rakan penjenayah itu pula sangat dikehendaki kerana terbabit dalam kes dadah.

DENGARLAH LUAHAN ANAK SULUNG SOSILAWATI DI RADIO BERNAMA24 JAM 6.30 PETANG ESOK

MARILAH bersama kita mendengar luahan anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, tentang pelbagai cerita dan isu berkaitan masa depan syarikat kosmetik yang kini diterajuinya serta serba sedikit tentang kehilangan ibunya yang tercinta menerusi radio Bernama24 (93.9 FM) jam 6.30 petang esok.

Menurut jurucakap stesyen radio berkenaan, Erni Dekritawati Yuliana akan bersama dalam program Kerusi Panas.

Kepada peminat, pengedar dan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang masa depan dan peluang perniagaan yang boleh diperolehi daripada syarikat Nouvelle Visage diharap tidak melepaskan peluang. Sekurang-kurangnya kita akan mendengar sendiri cerita dari hati ke hati Erni tentang masa depan perniagaan yang diwasiatkan ibundanya tercinta yang telah pergi meninggalkan kita.

DUA PEROMPAK YANG LARI KE GUNUNG SINGGALANG MUNGKIN BOLEH DIBAHAM HARIMAU

Polis Indonesia pasti nasib dua perompak dalam kes samun tiga mesin ATM di kampus Universitas Bung Hatta, pagi kelmarin yang melarikan diri ke hutan Gunung Singgalang di Sumatera Barat hanya separuh-separuh. Kemungkinan mereka dibaham binatang buas seperti harimau juga tidak boleh ditolak.

Ini kerana hutan gunung berkenaan amat tebal dan luas dan tidak dimasuki orang sehingga kini. Walaupun polis mengelilingi gunung berkenaan untuk memburu perompak yang masih bebas, namun polis memberi masa sehingga dua minggu bagi menentukan nasib kedua-duanya.

Ketua Perhubungan Awam Polis Sumatera Barat, Agus b Kawedar yang dihubungi dari Jakarta oleh wartawan Kompas.com memberitahu pasukan polis kini semakin mendekati kawasan berkenaan bagi memburu kedua-dua perompak yang melarikan diri itu.

"Hutan gunung itu amat gede, luas dan jarang dimasuki orang. Nasib mereka hanya 50-50," katanya.

Dalam kejadian rompakan tiga mesin ATM itu, 10 lelaki dipercayai ada kaitan dengan kumpulan pengganas melarikan hampir RM300,000. Tiga di antara mereka ditembak mati manakala lima yang lain telah diberkas, termasuk ada yang cedera ketika berbalas tembak dengan pasukan polis.

SUSPEK UTAMA PEMBUNUHAN SOSILAWATI LAPOR POLIS DAKWA DIPUKUL

SUSPEK utama pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain di ladang Gadong, Tanjung Sepat, hari ini membuat laporan polis mendakwa dikasari anggota polis ketika berada dalam tahanan bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Suspek yang juga seorang peguam membuat laporan itu petang tadi di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Petaling Jaya, mendakwa turut mengalami kecederaaan di belakang badannya akibat dipukul termasuk menggunakan getah paip.

Ravi Nekko, peguam suspek mengesahkan laporan itu dibuat dan memberitahu pihak polis telah mmberi kerjasama baik. Suspek dijangka dihantar ke hospital pada masa yang akan ditetapkan bagi mendapatkan rawatan.

Pada 23 September lalu, peguam D P Vijandran memaklumkan kepada media suspek mendakwa dirinya dikasari sehingga cedera di belakang badan.

Ekoran itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, meminta suspek membuat laporan polis jika benar dia dikasari ketika dalam tahanan.

Sunday, September 26, 2010

BEKAS KETUA POLIS DAERAH: DIA TAHU SAYA ADA TANDA LAHIR DI PUNGGUNG

"AKU tak bohonglah Mid! Ini bukan cerita lawak tahu. Ini betul-betul berlaku. Dia boleh tahu ada tanda lahir dekat punggung aku ni!"  cerita seorang bekas Ketua Polis Daerah di negara kita kepada saya. Walaupun telah lama cerita ini, ada orang masih mahu tahu mengenainya.

Menurut cerita bekas pegawai polis itu lagi, dia pergi berkursus di Indonesia berkait hal-hal menangani jenayah yang sukar dirungkai. Contohnya macam jenayah yang dikatakan ada kaitan dengan ilmu hitam dan jenayah yang sukar dikenalpasti punca dan pelakunya.

Hendak dijadikan cerita, sebaik tiba di Indonesia, pegawai itu dan rakannya disambut oleh pengendali kursus yang dikatakan mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang jenayah yang sukar dirungkai itu.

"Duduk-duduk berbual, tiba-tiba pegawai kanan polis Indonesia itu terus bertanya sesuatu. Dia tanya betul tak ada tanda lahir pada punggung aku. Memang betul pun ada tanda lahir. Cuma aku hairan, terror jugak dia meneka," kata bekas ketua polis daerah itu yang berpangkat ACP sebelum bersara.

Saya pun bertanya balik. "Mungkin dia agak-agak aje kot?"

Tapi bekas pegawai polis yang pernah berkhidmat di Bukit Aman, Petaling Jaya dan Johor itu menolak andaian saya. "Bukan itu sahaja. Dia banyak menunjukkan sesuatu yang luar biasa. Dia ada kemahiran dalam bidang yang kebanyakan orang tak mahir"

Dan tadi, bekas seorang pegawai tentera yang pernah menjalani kursus komando di negara itu juga menceritakan hal yang lebih kurang serupa. Katanya, dalam sesetengah hal kebanyakan kita hanya melihat dan berfikir secara logik.

"Hal-hal tentang sesuatu yang di luar dugaan atau luar biasa macam ilmu hitam kita jarang percaya. Sebenarnya ia ada dan boleh diatasi. Begitu juga dalam kehidupan kita. Cuma kita perlu mempelajari ilmunya untuk mengatasi masalah itu kalau ia menimpa kita"

Bekas mejar itu juga melontarkan pandangan lebih jauh mencadangkan universiti dan institusi pengajian tinggi di negara ini membuka cabang pendidikan dalam bidang mengatasi kejadian atau jenayah berkaitan luar logik atau pada pandangan orang biasa dikenali sebagai ilmu hitam.

"Kalau kita jadikan bidang itu sebagai cabang sains tentu menarik. Tentu lagi menarik kalau ia ditawarkan di peringkat diploma dan ijazah," katanya.

AWANG SELAMAT BERLAGAK PANDAI. TOLONGLAH DENGAR NASIHAT ORANG.

SERONOK membaca jawapan Awang Selamat terhadap teguran Nazri Aziz. Seronok betul. Betul-betul seronok. Kata Awang Selamat, Utusan telah lama memperjuangkan Umno dan orang Melayu. Konon agenda itulah yang diusung sehingga kini.

Dan tadi, membaca komen Nazri Aziz terhadap jawapan Awang Selamat lagilah seronok. Seronok betul. Dan betul-betul seronok. Selepas ditimbang, diukur nyatalah Awang Selamat hanya kail sejengkal tapi bernafsu besar menduga laut dalam!

Konon Awang berkata, Utusan telah lama memperjuangkan kepentingan Umno dan orang Melayu. Maknanya, Utusan sekarang amat simpati dan sayangkan orang-orang Melayu. Kalau begitulah kata Awang Selamat baguslah, tapi janganlah sampai macam tiada baik langsung orang Melayu bukan dalam Umno dan bukan Melayu yang berada di dalam pembangkang. Awang Selamat jangan terkeliru dengan jawapannya sendiri. Kalau Utusan menjaga kepentingan orang Melayu, akhbar itu tidak meperlekeh dan menghina orang Melayu bukan Umno!

Atau Awang memang keliru, konon melihat orang Melayu dan Umno itu sama dan sinonim. Sebenarnya orang Melayu di luar Umno, termasuk di dalam pembangkang dan orang Melayu tanpa berparti semakin ramai dan tidak mustahil angkanya melebihi orang Melayu di dalam Umno! Mereka itu Awang Selamat pun kena jaga kepentingannya dan tidak pula boleh memperlakukan yang buruk-buruk sahaja kepada mereka.

Awang Selamat sekarang mesti membuka jendela minda lebih luas bertaakulan untuk memikirkan bahawa adakah selama ini Awang Selamat dan Utusan masih duduk di dalam kepompong sempit atau ada hasrat untuk keluar dan melihat realiti politik negara secara lebih luas.

Kalau sikap Awang Selamat macam umang-umang, menghulurkan sepit keluar daripada cengkerang yang dipinjam setiap kali mendengar orang bersiul itu maknanya, Awang Selamat dan Utusan masih di takuk lama. Masihg berada di dalam cara pemikiran yang purba.

Dan seronok untuk diulas sedikit tentang KEJUJURAN Awang Selamat yang mendakwa perjuangan Utusan memang untuk Umno dan orang Melayu.

Tertanyalah pula tentang laporan ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang dibantai oleh Utusan kerana masuk ke dalam surau. Konon lagi, Teo menyampaikan tazkirah. Maka daripada itu, banyaklah perkara hangat telah tercetus, termasuk tindakan mengambilalih pengurusan surau yang terlibat oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Terkedulah pengurusan surau itu. Awang Selamat tentu sedar pengurusan surau itu adalah orang Melayu tapi berada di bawah kerajaan negeri pembangkang. Awang Selamat tentulah juga sedar pemimpin negeri itu diketuai oleh menteri besarnya seorang orang Melayu. Tapi Utusan mengambil sikap menyerang dan menyondol sesuka hati. Utusan telah mengguris hati bukan sahaja orang Melayu, tetapi perasaan bukan Melayu yang mahu berbaik-baik dengan suasana hidup orang Melayu dan Islamnya. Tidak pun Utusan melaporkan tujuan sebenar kehadiran Ahli Parlimen itu adalah untuk menyampaikan sumbangan membaiki pagar surau. Sebaliknya Utusan melaporkan ahli Parlimen itu mahu memberi tazkirah!

Kemudian tertanyalah pula orang Melayu dan bukan Melayu tentang kes Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor mewakili MIC, komponen Barisan Nasional yang masuk masjid,  juga di dalam negeri Selangor. Orang Melayu sebenarnya tidak mempertikaikan kehadiran Kamalanathan kalau benar itu tugas yang mesti dilaksanakan, tetapi orang Melayu marah kenapa Utusan mengamalkan sikap berpilih untuk melaporkan dua kejadian yang sama melibatkan seorang daripada BN dan seorang daripada parti pembangkang ini. Utusan terus senyap dan tidak melaporkan hal yang berlaku itu. Apakah dalam keadaan ini Awang Selamat tidak sedar bahawa Utusan yang Awang Selamat kendalikan adalah suratkhabar yang telah mengamalkan sikap yang tidak JUJUR.

Maka bertanyalah banyak orang,  jujurkah Utusan seperti dakwaan Awang Selamat kononnya akhbar itu mahu menjaga kepentingan dan nasib orang Melayu/Islam. Sedangkan Utusan mengamalkan laporan berpilih dalam kes masjid dan surau yang tentunya dikendalikan oleh orang Melayu?!

Sebenarnya, perjuangan Utusan yang betul ialah untuk kepentingan orang Melayu dalam Umno yang sebulu dengan pihak-pihak yang tertentu SAHAJA. Diulangi, untuk orang Melayu dalam Umno yang mungkin tidak sealiran seperti Nazri Aziz misalnya. Utusan bukan berjuang untuk kepentingan orang Melayu secara keseluruhan. Kalau Utusan berminat berjuang menjaga kepentingan orang Melayu keseluruhan, dalam kes masuk masjid dan masuk surau, akhbar itu akan membuat laporan sama rata. Dua-dua kena belasah demi menjaga kemuliaan tempat ibadat orang Melayu dan orang Islam. Ini adalah satu daripada sebegitu banyak contoh laporan dalam akhbar yang boleh dijadikan model kes menguji jujur atau tidaknya Awang Selamat dan Utusan.

Selepas ini, pemimpin tertinggi Umno janganlah malu-malu. Rombak sahaja pengurusan tertinggi Utusan supaya ia tidak menjadi senjata yang boleh memakan diri, atau soldadu barisan depan yang tidak berfungsi, sebaliknya hanya sering membenarkan diri menjadi kuda tunggangan.

KES BUNUH SOSILAWATI: BOMBA KELUARKAN AIR DARI KUBUR

Pasukan polis mendapatkan kerjasama dan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengepam keluar air yang bergenang di dua lubang dipercayai dijadikan kubur bagi mangsa pembunuhan Datuk Sosilawati di ladang Gadong, Tanjung Sepat tanah milik seorang peguam yang juga suspek utama kes berkenaan.

Cuaca hujan sejak seminggu kebelakangan ini dipercayai menyebabkan air bertakung dan menyukarkan sedikit pasukan penyiasat mencari bahan bukti di dua lubang yang dikatakan telah ditunjukkan oleh suspek pembunuhan itu sebelum ini.

Polis juga dipercayai akan berkampung di kawasan berkenaan bagi meneruskan kerja mencari bukti di dua lubang kubur berkenaan, salah satunya di kuarters pekerja. Beberapa kenderaan polis dilihat membawa alat dan khemah memasuki ladang itu petang tadi.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis tidak akan mendedahkan jumlah suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan itu. Jumlah keseluruhan mangsa dipercayai dibunuh oleh suspek dan pekerjanya juga masih tidak dapat ditentukan.

KES TERTEMBAK KETIKA BERBURU: SATU LAGI KES DI BESUT

KES tertembak ketika berburu berulang lagi. Kali ini seorang lelaki 42 tahun menjadi mangsa apabila ditembak oleh rakannnya ketika mereka berburu baru di sebuah kebun getah di Kampung Pak Sik, Hulu Besut, Terengganu, semalam.

Mangsa dikatakan mengekori rakannya dari belakang di dalam keadaan gelap. Menyangka ia seekor babi, rakannya melepaskan tembakan, menyebabkan mangsa cedera di perut.

Minggu lalu, Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Ahmad Fazdillah Mohamed, tertembak rakannya ketika berburu di hutan Kemasul, Pahang.

Rakannya, Abdul Ghani Midon, 49, buat sebelah mata akibat tembakan itu.

CHONG WEI KALAHKAN LIN DAN AKHIRNYA

LEE CHONG WEI membanggakan negara apabila berjaya 'menghadikkan' Lin Dan dalam pertandingan akhir perseorangan Badminton Kejohanan Super Series 2010 yang berlangsung di Tokyo tadi.

Chong Wei menang dengan 22-20, 16-21 dan 21-17. Kemenangan ini menaikkan sedikit imejnya sebagai pemain badminton nombor satu dunia.

Bagaimanapun, pasangan bergu negara, Khoo Kien Kiat/Tan Boon Heong tumpas kepada pasangan China Cai Yun/Fu Haipeng 21-18, 14-21 dan 12-21.

PEMUDA MIC BERI KSN 2 MINGGU AMBIL TINDAKAN KE ATAS PENGETUA RASIS

PEMUDA MIC, barangkali mahu menunjukkan pergerakan itu bukan sekadar dilihat sebagai  pejuang parti kaum India, tetapi juga mesti dipandang oleh orang lain sebagai badan yang mempunyai autoriti atau berkuasa. Ini terbukti menerusi kenyataan ketuanya, T Mohan yang mahu Ketua Setiausaha Kerajaan (KSN) Tan Sri Sidek Hassan mengambil tindakan ke atas dua pengetua yang didakwa mengucapkan kata-kata perkauman dalam tempoh dua minggu!

T Mohan dipetik berkata, pihaknya akan menghantar memorandum mengenai perkara itu kepada Jaafar, Rabu depan selepas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Muhyiddinn\ Yassin, berkata beliau tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan tindakan ke atas kedua-dua pengetua terbabit.

Menurutnya, dalam memorandum itu pemuda MIC berharap KN dapat mengambil tindakan ke atas kedua-dua pengetua itu dalam tempoh dua minggu. Omaak ooi...baru bagi cota dah macam dapat senapang!

Tidak pula kita mendengar beliau atau MIC bising minta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak berkuasa bertindak keras atau segera ke atas Katy Li Li Lian yang menghina Allah atau Namewee yang menghina orang Melayu dan negara menerusi video klipnya.

Kalau semua mahu membuat tindakan mengikut emo dan sentimen perkauman, orang Melayu nampaknya kenalah mendesak supaya semua pembunuh Datuk Sosilawati dan tiga yang lain dikenakan hukuman bakar dan gantung!

TELEFON BURUK PUN BOLEH HILANG DI HOSPITAL SUNGAI BULOH

KONON dengan adanya sebuah telefon bimbit, mudahlah waris menghubungi pesakit yang tinggal di wad. Namun lain pula ceritanya bagi seorang pesakit warga emas. Sudahlah matanya tidak nampak, telefon bimbit buruk miliknya juga dikebas orang.

Kalau mahu dikatakan pelawat yang punya angkara, tidak mungkin. Ini kerana pelawat di wad dia dirawat boleh dikira dengan jari, dan telefon itu pula ada di sebelah bantalnya.

Kalau mahu dikatakan jururawat yang punya kerja, itu adalah mustahil kerana waris pesakit kenal sangat. Dari air muka mereka pun dapat dibaca mereka bukan jenis begitu. Lagipun, sebuah telefon bimbit yang buruk, tetapi mengandungi senarai nombor yang amat penting itu tidak mungkin menimbulkan rasa ingin mereka untuk memiikinya.

Barangkali pekerja pembersihan dan pencucian? Entahlah. Kejadian itu menimpa seorang pesakit di Hospital Sungai Buloh sejak tiga hari lalu. Walaupun pesakit redha, namun hakikatnya perbuatan mengambil barang milik mereka yang tidak berkeupayaan, tua, hilang penglihatan dan sakit adalah satu perbuatan yang amat buruk bunyinya.

Namun, tiada siapa yang dapat dipersalahkan lagi. Dalam keadaan begini, kehilangan adalah tanggungjawab sendiri-sendiri. Realitinya, kejadian sekecil ini  berlaku juga di sebuah hospital yang amat canggih dan mampu memberi perkhidmatan terbaik berbanding hospital lain. Maknanya, semua ini terletak pada hati dan sifat manusia. Bukan salah hospital tetapi salah manusia yang tidak berhati perut!

TUJUH PERTANYAAN SELEPAS TUJUH LANGKAH MENINGGALKAN PUSARA SAHABAT

1.TUMPANG TANYA ENCIK. BOLEH BERITAHU APA SEBENARNYA WARNA ANGIN

2.TUMPANG TANYA CIK. JALAN KE SYURGA IKUT MANA YA

3.TUMPANG TANYA BANG. BERAPA HELAI DAUN-DAUN POKOK YANG ADA KAT DUNIA

4.TUMPANG TANYA KAK. BERAPA LITER SEBENARNYA JUMLAH AIR LAUT SELAT MELAKA

5.TUMPANG TANYA TUAN. KENAPA HUJAN TURUN KE BAWAH, TAK NAIK KE ATAS

6.TUMPANG TANYA PUAN. KENAPA MANUSIA DAN HAIWAN BERJALAN KE DEPAN, TAK MENGUNDUR.

7.TUMPANG TANYA DIK. SEBAB APA KITA MANDI GUNAKAN AIR

TAUFIK HIDAYAT DIBURU, KETUAI MILITAN ROMPAK CIMB NIAGA DI MEDAN

TAUFIK HIDAYAT, nama terkenal menjadi semakin terkenal apabila salah seorang pengguna nama itu kini menjadi antara empat buruan penting polis Indonesia, berhubung beberapa siri keganasan dan rompakan di negara itu.

Ketua Polis Indonesia, Jeneral Bambang Hendarso Danuri, berkata selain Taufik, turut dikehendaki dan sedang diburu kini ialah Mustofa @ Abu Tholut, Jefri @ Kamal dan Alex Cecep Gunawan. Ketika mengedar gambar semua dikehendaki itu kepada wakil media, Bambang turut menjelaskan latar belakang Taufik Hidayat yang amat berbahaya.

Menurutnya, Taufik adalah ketua kumpulan militan yang mendalangi rompakan bank milik kepentingan Malaysia CIMB Niaga di Medan, Ogos lalu. Dia juga terbabit membunuh anggota polis, Manuel Simanjuntak yang berkawal di bank berkenaan.

Bambang menunjukkan gambar antara yang dikehendaki, termasuk Taufik Hidayat
"Taufik telah merampas M-16 milik Simanjuntak dan kini dipercayai menjadikannya sebagai senjata melindungi diri. Dia lelaki berbadan tegap dan uniknya semua arahannnya kepada ahli kumpulan lain dalam misi mereka akan dilakukan menggunakan isyarat tangan" jelas Bambang.

ATLIT KARATE MALAYSIA MENANG EMAS DI INDONESIA

SHAKARUDIN JAMALUDIN, atlit karate negara melepaskan tendangan ke arah lawannya, Alin Sukma Pranato dalam pertemuan akhir katogeri individu Kejohanan Karate Terbuka Indonesia, di Denpasar semalam. Shakarudin berjaya merangkul emas dalam pertandingan itu.

KETUA POLIS DAERAH TEMERLOH BERTUKAR KE BUKIT AMAN

KETUA Polis Daerah Temerloh, ACP Ahmad Fadzillah Mohamed, disahkan bertukar ke Bukit Aman dan menjawat jawatan Penolong Pengarah Perjawatan (Audit 11) Jabatan Pengurusan menggantikan ACP Mohd Nor Mansor.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, dalam kenyataannya berkata Mohd Nor akan menggantikan tempat Ahmad Fadzillah. Pertukaran ini bertujuan memudahkan siasatan berhubung kes salah tembakan dilakukan Ahmad Fadzillah ketika berburu.

Dalam insiden minggu lalu, Ahmad Fadzillah yang keluar berburu secara berkumpulan di Hutan Kemasul Pahang, telah secara tidak sengaja tertembak seorang rakannya, Penolong Pegawai Risda, Abdul Ghani Midon, 49, menyebabkan rakannya itu cedera dan kehilangan sebelah matanya.

LAGI GAMBAR PENGGANAS ROMPAK MESIN ATM

UPDATE: TIGA PENGGANAS ROMPAK MESIN ATM MATI DTEMBAK

POLIS Indonesia menembak mati tiga daripada 10 disyaki anggota kumpulan pengganas yang merompak mesin ATM di Universitas Bung Hatta, Padang dan menahan lima yang lain dalam tempoh 24 jam selepas kejadian. Polis turut menemui kira-kira RM14,000 daripada kira-kira RM300,000 yang dilarikan. Dua anggota kumpulan itu kini melarikan diri di Gunung Singgalang.

Saturday, September 25, 2010

DUA MAYAT PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI DIPERCAYAI DITANAM DI LADANG GADONG

SISI baru maklumat diperolehi polis dikatakan membawa sudut baru penyiasatan apabila DUA MAYAT dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga lelaki lain yang disyaki dibunuh kumpulan didalangi suspek bergelar peguam, dipercayai ditanam di ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Kedua-dua lokasi penanaman mayat itu dikatakan satu terletak di dalam kawasan berpagar manakala satu lagi di luar kawasan. Hari ini menyaksikan jentolak memasuki ladang berkenaan dipercayai mengesan lokasi penanaman dua mayat berkenaan.

Polis menurut laporan Bernama, dikatakan memeprolehi petunjuk itu hasil maklumat empat suspek yang dibawa masuk ke ladang berkenaan kira-kira jam 4 petang tadi.

Bagaimanapun, dipercayai kerja mengorek dua lubang mayat itu akan dilakukan esok tanpa diketahui sebabnya. Namun sisi baru maklumat ini mencerminkan kesungguhan polis memburu petunjuk baru sehingga ke lubang cacing.

Dan cacing-cacing itu pula tentunya sedang kepanasan kerana menyedari semakin hari semakin terbongkar satu rahsia pembunuhan yang paling kejam dan boleh dianggap  sebagai sejarah perbuatan tidak bertamadun di negara ini.

Empat mangsa, Sosilawati, pemandunya, Kamarudin, peguam, Ahmad Kamil dan pegawai bank, Noorhisham dipercayai mangsa pembunuhan oleh sekumpulan lelaki diketuai dua beradik peguam yang kini ditahan polis bagi membantu siasatan.

TANDAS HUTAN REKREASI NEGERI SEMBILAN SAMA SAJA. PENUH BERTAHI

SINGGAH di tandas Hutan Lipur di Bukit Putus Jelebu dan di  Bukit Tangga, Kuala Pilah. Sama sahaja. Singgah di tandas Hutan Rekreasi Tanjung Agas dan di Pasir Panjang, Port Dickson, pun serupa. Belanja tandas yang dicat cantik dari luar begitu tinggi, tapi sayang ia hanya dimanfaatkan sebagai setor menyimpan najis manusia!

Pengotor betul. Betul-betul pengotor. Tiada langsung tandas yang layak digelar tandas di kesemua tandas yang dilawati. Ia seolah-olah tandas untuk kegunaan orang yang tiada mata dan kehilangan kompas. Di tandas Hutan Rekreasi berhampiran sebuah kolej universiti swasta di Pasir Panjang, misalnya najis manusia boleh dilihat bersepah-sepah dari pintu masuk hinggalah ke sinki!

Apa makna semua ini? Apakah sifat manusia pengguna tandas awam di hutan lipur atau rekreasi itu sememangnya mewakili sifat haiwan? Kalau difikirkan, kucing mahu membuang hajat pun sanggup mengais pasir untuk menutup bahan buangannya. Inikan manusia. Tandas cantik tidak dimanfaatkan sebagai tandas untuk kegunaaan manusia.

Apakah perancangan dalam membina tandas awam ini berkonsep 'Bina dan Buang'. Maknanya, apabila tender dikeluarkan dan kontraktor menyiapkannya, pengguna pula boleh membuang sesuka hati, tanpa adanya pemantauan daripada pihak berkuasa? Sifat buruk dalam penggunaan tandas awam di negara ini, terutama yang terletak di hutan-hutan rekreasi bukan cerita baru. Ia telah menjadi legenda tahun bertahun.

Kalaulah pelancong asing dari Jepun dan Singapura tersesat ke tandas di semua hutan lipur yang saya maksudkan, tentu ada di antara mereka akan pengsan kerana terkejut melihat hiasan dalaman yang direka dengan pelbagai aneka tompok najis manusia! Alangkah malunya kita. Alangkah malunya kita!

Jika pengguna sudah demikian sifat buruknya, di manakah pula peranan pihak berkuasa tempatan. Apakah kontraktor yang diberi tugas membersihkan tandas berkenaan hanya tahu mengutip bayaran pada hujung bulan, sedangkan mereka sendiri tidak pernah masuk ke dalam tandas berkenaan?

Ayuh Negeri Sembilan! Jangan malukan waghih yang datang melawat. Saya cadangkan pergilah ke tandas hutan lipur berkenaan. Anda akan menikmati satu suasana yang memberikan pengalaman sudah tentu amat sukar  untuk dilupakan!

ORANG MELAYU PALING KUAT

TIGA TEPUKAN GEMURUH BUAT MEREKA. DI KIRI IBRAHIM ALI, DI SEBELAHNYA TUN MAHATHIR MOHAMED. MEREKA BERTUNGKUS LUMUS MAHU MENYEDARKAN ORANG MELAYU. (Selendang TDM macam rebeh aje tu...)

KARTUNIS ZUNAR DIBEBASKAN

Kartunis Zunar yang ditahan polis semalam atas dakwaan melakukan kesalahan mengikut Akta Hasutah, dibebaskan hari ini atas jaminan polis. Beliau atau nama sebenarnya Zulkilfee Anwar Alhaque juga adalah kartunis Malaysiakini.

Beliau dibebaskan daripada Balai Polis Sepang selepas polis hanya mendapat perintah tahanan reman selama hari ke atas kartunis itu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayub mengesahkan pembebasan itu. Semalam Zunar ditahan di pejabatnya di Brickfields kerana disyaki menghasilkan buku CARTOON-O-PHOBIA yang dikatakan banyak mengandungi isu sensitif.

Antara isu yang disentuh dalam buku terbaru yang dijangka dilancarkan hanya beberapa jam sebelum beliau ditahan itu ialah isu Rosmah Mansor, pembunuhan Altantunya, isu Allah, konspirasi ke atas Anwar Ibrahim dan kapal selam Scorpene yang didakwa tidak boleh menyelam.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10