Panglima Kumbang mewakili penduduk sedang berusaha menenangkan penduduk mengamuk di bandar Tarakan di Kalimantan, semalam. |
Pembunuhaan Abdullah yang berlaku Jumaat lalu, menyebabkan ratusan penduduk bersenjatakan parang dan tombak berkeliaran di sekitar bandar Tarakan, bertujuan mencari pembunuh imam berkenaan.
Ketua Perhubungan Awam Polis Kalimantan Timur, Antonius Wisnu Sutirta, berkata polis bertindak segera memburu dan berjaya menahan tiga yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu, sekaligus meredakan kemarahan penduduk yang mengamuk.
Ketiga-tiga lelaki berusia antara 16 dan 20 tahun itu kini ditahan di balai polis selepas dipercayai membunuh Abdullah dengan menikam mangsa menggunakan senjata tajam.