nuffnang ads

Monday, April 18, 2011

E-MEL TIPU RM5,000 MILIK WANITA


SEORANG pelanggan sebuah bank di Klang kerugian RM5,000 apabila terpedaya selepas menerima e-mel memintanya mengemaskini akaunnya bagi mengelak daripada dibekukan.

Mangsa dkenali Ayu, 29, mendakwa menerima e-mel disangkanya dari bank yang memintanya mengemaskinikan nombor akaun dan kata laluan.

Bagaimanapun, selepas memberikan maklumat diberikan dia menyedari wang dari akaunnya dipindahkan ke dalam akaun lain.

Sehubungan itu beliau telah menghubungi bank terbabit bagi meminta penjelasan dan satu laporan polis mengenai kejadian itu juga telah dibuatnya.

MRSM BENTONG DITUTUP SEMENTARA


KERAJAAN terpaksa menutup Maktab Rendah Sains Mara, Bentong di Pahang untuk sementara waktu berikutan kejadian tanah runtuh.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakop, berkata penutupan itu perlu bagi menjamin keselamatan pelajaran ekoran kedudukan struktur tanah di kawasan berkenaan yang boleh membahayakan.

Beliau berkata, kajian sedang dilakukan bagi menangani masalah itu ekoran keadaan air bawah tanah yang menyebabkan sebahagian tanah di kawasan bangunan MRSM itu turun perlahan-lahan.

POLIS KENALPASTI REMAJA PECAHKAN CERMIN KERETA


POLIS Georgetown mengenalpasti kira-kira 20 remaja dipercayai terbabit dalam kejadian memecahkan cermin kereta milik seorang wanita di Kampung Pisang, Air Itam, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, AP Gan Kong Meng, berkata dalam kejadian itu pemilik kereta berkenaan berusia 45 tahun terbabit dalam kemalangan dengan seorang penunggang motosikal.

Penunggang yang cedera dilaporkan menghubungi kawan-kawannya yang kemudian datang bertindak ganas memecahkan cermin kereta mangsa.

Sunday, April 17, 2011

KES VIDEO SELESAI: KES DISIASAT MENGIKUT SEKSYEN 292 KANUN KESEKSAAN


POLIS mengesahkan siasatan ke atas video dikatakan melibatkan seorang tokoh pembangkang telah selesai. Kertas siasatan kes itu dijangka akan diserahkan kepada pejabat peguam negara, bila-bila masa sahaja.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Mengenai jam Omega pula, beliau berkata polis tidak boleh memaksa syarikat pengeluar jam berkenaan menyalurkan maklumat pemiliknya kepada pihak berkuasa.

GAMBAR: AYAM JINAK MASUK SANGKAR DI PULAU PINANG


AYAM jinak @ ayam asing termasuk perangkap semalam, selepas diserbu sepasukan polis Bukit Aman di sebuah premis di Pulau Pinang. Premis menempatkan ayam @ ayam hutan itu tidak serik-serik walaupun diserbu pihak berkuasa lebih 23 kali. -pix:bernama

Saturday, April 16, 2011

REMUK HATIKU: LUAHAN ISTERI APABILA SUAMI DITANGKAP KHALWAT


TAK SANGKA tergamak abang buat saya begini. Tergamak abang menduakan saya, curang dan mengkhianati cinta kita. Mengkhianati saya, anak-anak dan keluarga kita.

Kenapa abang begini kejam dengan saya? Apakah kerana pangkat dan wang ringgit yang melimpah ruah menyebabkan abang lupa? 

Tak apalah bang, mungkin saya hanyalah isteri yang tidak lagi bernilai pada mata abang. Mungkin saya sudah tidak mampu membahagiakan abang. Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang perempuan bergelar isteri yang sering tertipu oleh janji manis selama ini.

Namun demi anak-anak, saya pendam remuk redam hati ini. Demi anak-anak, saya pendam semua dukacita yang abang hadiahkan pada saya.

Pesan saya pada abang, janganlah lupa bahawa segala rezeki dan kemewahan yang abang ada, sebenarnya adalah rezeki kita sekeluarga. Rezeki anak-anak kita bang. Rezeki yang Allah berikan yang sepatutnya abang tahu menilai dan menghargainya.

Ingat juga saat kita susah di awal perkahwinan dulu bang. Ingatlah, betapa setianya saya sehingga ke hari ini. Namun kecurangan ini juga yang abang kalungkan ke tubuh saya sebagai tanda kasih sayang abang!

GAMBAR: TAIB MAHMUD NAIK ROLL ROYCE PERGI MENGUNDI


TIDAK salah menaiki Roll Royce sebab Taib Mahmud mampu. Tahniah. -pix:TMI

GAMBAR: LORONG PUN MAHU BERUBAH, INIKAN PULA RAKYAT SARAWAK


LORONG UBAH. Lorong pun mahu berubah di Sarawak!-TMI

BALASUNGKAWA: SEMOGA AMAN PERGIMU


Jangkasuhu politik sejak awal tahun 2011 sebenarnya menunjukkan darjah kepanasan di Sarawak telah melampaui suhu biasa. Neraca yang mengukur kekuatan Barisan Nasional (BN) juga memperlihatkan mata dacingnya senget dan condong menyebelahi ke arah bawah - zon luar kawalan.

Kabus yang sering terapung di ruang udara negeri penuh hijau itu mulai hilang disingkap bilah-bilah cahaya yang ditebar oleh sang suria - matahari yang selama ini ditutup mendung selama 30 tahun. Jalur-jalur cahaya semakin terang dan jelas.

Namun perubahan suhu politik ini tetap cuba disembunyikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Genggaman kuasanya tetap tidak mahu dilepaskan, walaupun beliau merasai sendiri genggaman pada kuasa itu sebenarnya semakin longgar. Abdul Taib tetap menyanyikan lagu-lagu lama - persis dondang sayang yang meratip di luar musim. Persis seekor harimau yang telah ketiadaan taring tapi masih bernafsu mahu memburu habuan mangsa yang berdaging mentah.

Abdul Taib sebenarnya semakin jauh tersilap beraksi di luar masa. Ketika orang duduk, dia bangun. Ketika orang tidur, dia jaga. Ketika orang menangis, dia ketawa. Sayang, Abdul Taib tidak mampu lagi membaca barometer yang ada untuk mengukur sepatutnya dia harus berada di mana ketika ini.

Hari ini, 16 April satu sejarah bakal tercatat. Sejarah luka dalam politik Abdul Taib bakal tertulis. Sejarah pedih dalam politik Barisan Nasional. Rakyat Sarawak yang selama ini patuh dan mendengar sahaja senandung politik Abdul Taib, kini mula berubah selera. Janji Abdul Taib semakin tidak menarik ingin halwa telinga mereka untuk mendengarnya. Hari ini, rakyat Sarawak mulai bangkit, bangun menunjukkan mereka tidak lagi mahukan Abdul Taib. Maka, seluruh negara akan menyaksikan bagaimana satu persatu kerusi tumbang - dihadiahkan rakyat kepada parti lain, parti pilihan mereka.

Penolakan terhadap BN di Sarawak kali ini, sebenarnya telah lama berbunga. Ia kemudian mekar dan berputik. Selepas lama berputik hari ini, penolakan rakyat terhadap Abdul Taib dan BN akan sempurna menjadi buah! Maka akan sempurnalah ketewasan seorang lelaki berusia 79 tahun di dalam sejarah politik Sarawak - kekalahan penuh cemar oleh kesilapan sendiri.

Generasi muda Sarawak telah lama berhijrah ke negeri lain di Semenanjung. Penghijrahan mereka bukan sekadar hijrah biasa. Mereka berhijrah untuk mempelajari sesuatu yang Abdul Taib tidak jangkakan. Generasi muda Sarawak hari ini pulang dengan satu semangat. Dalam diri mereka penuh luka melihat pembangunan 30 tahun di Sarawak yang jauh ketinggalan apabila dibandingkan dengan pembangunan di negeri yang mereka pergi di Semenanjung. Generasi muda Sarawak telah mula membuka mata. Mereka sedar pembangunan pada darjah yang amat tidak seimbang dalam tempoh 30 tahun di bumi kelahiran mereka berbanding pembangunan yang berlaku di Selangor dan Lembah Klang misalnya, membuatkan mereka nekad dan tekad melakukan perubahan. Mereka sedih melihat jalan raya di Selangor berbanding jalan raya di kampung halaman. Mereka melihat bagaimana rakyat di Semenanjung menikmati kemudahan elektrik, air dan pelbagai prasanara lain dengan cukup mewah sedangkan masih banyak keluarga mereka di Sarawak menadah air hujan dan menggunakan pelita minyak tanah selama 30 tahun.

Ya, anak muda Sarawak hari ini menyumbang peratusan terbesar ke arah mencatat sejarah memalukan dalam politik Abdul Taib. Anak muda Sarawak yang hanya bergaji sekitar RM400 jika bekerja di ladang-ladang dan hutan-hutan Sarawak tetapi boleh meraih melebihi RM1,500 apabila bekerja di Semenanjung, mulai membaca sesuatu yang dinamakan ketidakadilan dan ketidakseimbangan selama negeri itu dipimpin oleh Abdul Taib. Maka mereka pun akan membetulkan keadaan itu melalui undi pada hari ini.

Pandangan terkini tentang menang kalah BN di Sarawak boleh dibaca lebih kurang begini. BN dijangka tidak akan mendapat lebih daripada 30 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan besar pembangkang yang sebelum ini hanya meraih lapan kerusi pada 2006 adalah manifestasi rasa tidak puas hati di atas keangkuhan ahli politik yang tidak faham apa yang dimaksudkan dengan perkataan selamat jalan dan selamat tinggal! Dua perkataan yang bergelora dalam dada rakyat Sarawak yang mahukan lebih daripada sekadar janji manis.

Hasrat Najib untuk menjadikan prestasi cemerlang Sarawak pada pilihanraya ini sebagai kayu ukur dan pemangkin untuk PRU ke 13 juga bakal menjadi mimpi ngeri. Selepas beberapa siri kemenangan berterusan dalam pilihanraya kecil di Semenanjung yang dikatakan konon adalah petanda rakyat menyokong parti memerintah, menjadi di sebaliknya dengan kekalahan begitu banyak kerusi BN di Sarawak kali ini. Betul kata orang tua-tua, sabar itu ada hadnya. Apabila sabar telah tiada, maka perubahan di luar jangka akan berlaku. Dan inilah yang bakal kita saksikan di Sarawak.

Untuk memudahkan kita memahami siapa menang dan siapa kalah sebenarnya amat mudah. Jika keputusan yang diumumkan di televisyen dan radio malam ini seakan-akan pergerakan seekor siput, itu adalah tanda BN dan Abdul Taib sedang memujuk hati. Lebih parah kalau-kalau ada pula yang memupuk segenggam garam ke pangkal luka di hatinya.


Friday, April 15, 2011

MEREKA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN AGAMA


SEMOGA Allah melindungi mereka. Mereka mempertahankan kedaulatan agama. Mungkin ada di antara mereka hanya buruh kasar, tetapi jiwa dan perasaan mereka amat mulia, mempertahankan sesuatu yang sesetengah pemimpin sendiri seperti kurang memahami.

MELAYU TAK MALAS, TAPI MELAYU SELALU MALANG,. DIMALANGKAN BANGSANYA SENDIRI


BERKURUN memerhatikan kedai-kedai runcit warga asing, kedai permaidani milik orang luar, pengusaha 'bawa masuk' pekerja asing dan peniaga pelbagai benda yang boleh diniagakan di negara ini yang juga dimiliki warga asing. Berkurun jugalah hairan menjadi pelik, pelik menjadi kagum dan kagum bertukar-tukar perlahan-lahan menjadi meluat.

Bukan kepada peniaga asing itu, tetapi kepada pemegang polisi yang memberi benar mereka untuk berniaga di negara ini. Bukan sekadar berniaga, tetapi berniaga secara mudah dan kurang sangat ancamannya, berbanding kalau perniagaan yang dilakukan oleh orang Melayu.

Tak terjawab sepenuhnya sehingga kini, kenapa terlalu ramai peniaga Pakistan menjual dan membuka kedai karpet di negara ini. Kenapa pula mudah sangat mereka berniaga kalau hanya sekadar memegang pasport. Tentu mereka ada MyKad atau dalam bahasa mudah telah menjadi warga negara. Begitu juga warga asing dari Indonesia, dari Afrika dari China dan dari segala ceruk rantau. Mereka boleh berniaga dengan senang di negara ini. Kalau sebagai pelancong sudah tentu mereka tidak boleh berniaga di negara ini. Fikir bodohnya ialah sudah tentu mereka ada MyKad. Ini sebahagian soalan yang belum terjawab. Macam mana pula mereka boleh mudah dapat MyKad, sedangkan ada anak kelahiran dari darah Melayu yang lahir di negara ini, masih memegang sijil kelahiran dan ada juga memegang kad pengenalan berwarna merah - pemastautin.

Apakah bangsa asing berbeza darjatnya berbanding anak Melayu. Kalau bangsa asing cepat sangat dijadikan saudara dan adik beradik angkat, tetapi kalau dengan anak Melayu hantar emel pun tak berjawab!

Benarkah Melayu malang dan rugi, sesuai dengan terjemahan Malaysia yang bermakna MelayuRugi? Banyak dukacita anak Melayu tak terbasuh oleh bantuan daripada orang Melayu. Di depan, dipujuk anak Melayu ini supaya berusaha lebih gigih. Di belakang dikutuknya anak Melayu itu kononnya pemalas!

Kalaulah mahu memohon bantuan atau pinjaman, amatlah susah bagi anak Melayu. Tapi kalau sesetengah bangsa asing, berjuta-juta pinjaman boleh pula ditolong! Apakah anak Melayu ini hanya sampah yang maruahnya sebangsat-bangsat maruah d negara sendiri?

Apabila anak Melayu mula merajuk menentang dan membantah, mulailah disindir dikecam konon Melayu tak pernah bersyukur dan berterima kasih. Memanglah mudah untuk memukul ular yang menjalar. Cuba letakkan diri sebagai ular dan ular itu pula sebagai kita yang mempunyai kayu untuk memukul!




NORMAN DAN MEMEY KENA WARAN TANGKAP


PASANGAN artis Norman Hakim dan Memey dikenakann waran tangkap!

Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap itu selepas mendapati pasangan itu menerusi peguam mereka gagal memberi penjelasan munasabah di atas ketidakhadiran mereka.

Norman difahamkan memberitahu peguamnya yang dia sakit manakala Memey pula berada di luar kawasan namun tiada sijil cuti sakit dikemukakan kepada mahkamah.

Pasangan itu sepatutnya hadir pada prosiding kes khalwat mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jumaat.

DI MANA PERKASA DALAM ISU AL-KITAB


DI MANA Perkasa dalam isu Al-Kitab? Kalau dalam isu lain, misalnya video seks, Perkasa boleh bersuara, di manakah Perkasa dalam isu paling besar melibatkan agama, bangsa dan negara ini?

Amat jelas biar difahami dan diresapi dalam jiwa kita bahawa kejujuran dalam perjuangan adalah paksi yang dilihat orang. Paksi ini terletak dan lekat pada hati. Terima kasih NGO lain yang membela agama Islam dalam isu AlKitab ini. Terima kasih.

Kita mahukan kejujuran dalam perjuangan. Kejujuran dalam soal merancang dan membuat tindakan. Terima kasih NGO lain yang mempunyai perasaan, hati dan jiwa untuk mempertahankan sesuatu yang amat berharga dan berdaulat dalam isu ini. Terima kasih NGO yang terlibat. Terima kasih.


SALAM TERAKHIR BUAT TAIB MAHMUD


SALAM terakhir buat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud. Salam teristimewa, sempena pilihanraya dan kedegilaannya memahami kehendak rakyat Sarawak.

Esok semua akan menyaksikan. Ketua Menteri paling lama memerintah negeri Sarawak itu akan berdepan satu suasana yang mungkin tidak pernah dialaminya sejak sekian lama. Sebaik sahaja keputusan diumumkan, tercetuslah satu fenomena lagu popular allahyarham Datuk Sudirman Arshad berjudul Salam Terakhir.

Tidak ada bomoh dan tabib yang mampu membantu. Kembalilah bermuhasabahlah di depan cermin diri, mencari di mana salah dan silapnya.

Sifat roda ada atas dan bawahnya. Dulu mungkin putaran roda sengaja diperlahankan, tetapi barangkali Tuhan menginginkan roda itu berputaran laju, maka kedudukan atas akan berubah turun ke bawah.

Hanya satu saja pilihan. Berdoalah kepada Allah semoga Taib Mahmud mampu menang. Memang tidak ada pilihan lain. Hanya Allah yang boleh membantunya dan hanya Allah sahaja yang boleh melucutkan kedudukan dan kuasanya.

Salam Terakhir!

LELAKI 65 TAHUN DISAHKAN MATI OLEH DOKTOR, TIBA-TIBA HIDUP SEMULA 2 JAM KEMUDIAN


KEJADIAN aneh berlaku di Butterworth, Pulau Pinang apabila seorang lelaki 65 tahun yang disahkan meninggalkan dunia, hidup semula selepas lebih dua jam disahkan kematiannya.

Sebelum kejadian, lelaki terbabit dipercayai bertengkar dengan abangnya yang berusia 70 tahun. Dia kemudian tidak sedarkan diri dan doktor di Hospital Seberang Jaya, menunggu dua jam sebelum mengesahkan kematiannya.

Bagaimanapun, ketika anaknya berusia 26 tahun dalam perjalanan untuk membuat laporan kematiannya di balai polis, doktor mendapati lelaki itu bernafas semula dan memberikan alat bantuan pernafasan.

Kejadian hidup mati semula ini dikenali sebagai Sindrom Lazarus dalam dunia perubatan dan difahamkan terdapat 38 dilaporkan di seluruh dunia setakat ini.

Thursday, April 14, 2011

HAHAHA!!!! ADA ORANG CARI KOLEKSI GAMBAR MALAM PERTAMA TAIB MAHMUD!!!!


SAYA jawab dulu, sebelum sambung ulas. Jawabnya tak ada lagi koleksi gambar malam pertama Taib mahmud dik!

Perkahwinan itu bukankah rahsia, apatah lagi mahu dirakamkan gambar malam pertama lalu mahu dijadikan koleksi. Saya ketawa, jangan marah ya. Inilah antara carian yang saya temui secara tidak sengaja di dalam internet malam ini.

Lucu dan saya gelak ya dik. Jangan marah. Siapalah jurugambar bertuah kalau betul ada koleksi malam pertama pengantin ya dik! Hahahahaha...

GAMBAR TAIB MAHMUD DAN ISTERI MUDA

Pix:Sarawakreport

BENARKAH TAN SRI RAFIDAH AZIZ ANAK ANGKAT DARI KELUARGA CINA?


SAYA tertarik apabila terbaca catatan dalam laman facebook Tan Sri Rafidah Aziz, bekas menteri kanan yang ditulis oleh seorang bernama Lai Fatt San.

Peminat Rafidah itu menulis: "Are you adopted by your father from a poor China school teacher in Port Dickson? If your origin is Chinese, then you have a younger sister who is residing in Cheras, Kuala Lumpur.."

Lebih kurang begini maksud tulisan Lai Fatt San: "Adakah anda diambil sebagai anak angkat oleh ayah anda daripada seorang guru sekolah Cina yang  miskin di Port Dickson? Jika anda memang keturunan Cina, anda mempunyai seorang adik perempuan yang kini tinggal di Cheras, Kuala Lumpur."

Saya termenung sejenak membaca catatan itu. Mungkin Tan Sri Rafidah boleh meluangkan masa menjawab catatan ini. Walaupun soalan itu ditanyakan pada 19 September 2010, namun saya baru terbaca mengenainya.

PANTUN APRIL


SAYANG-SAYANG BUAH KEPAYANG
    PUCUK BETIK KELAT RASANYA
HILANG-HILANG BIARLAH HILANG
    ESOK INGAT MANA SILAPNYA

HILANG-HILANG BIARLAH HILANG
    ESOK INGAT MANA SILAPNYA
PULANG-PULANG MARILAH PULANG
    BIAR YANG LAIN MEMERINTAH PULA.
 

VIDEO SEKS: POLIS DAH KENAL LELAKI DALAM VIDEO. KENAL DAH. DAH KENAL


KETUA Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenalpasti lelaki di dalam video yang didakwa banyak pihak menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dah kenal dah. Kenal dah. Dah kenal.

Bagaimanapun polis tidak mendedahkan identiti lelaki itu dan Ismail percaya siasatan dijangka siap sepenuhnya minggu depan.


GAMBAR: BEGINIKAH AHMAD SARBANI JATUH?


Aksi pelakon lagak ngeri terpaksa digunakan untuk membantu siasatan kematian penolong pengarah kastam, Ahmad Sarbani Mohamed. Beginikah keadaan allahyarham jatuh?

Wednesday, April 13, 2011

DAP TUNJUK VIDEO 4 WANITA SERAH KERTAS UNDI POS KEPADA LELAKI SEMALAM


DAP memiliki dan menunjukkan kepada awam apa yang didakwa sebagai video lebih kurang seminit menunjukkan 4 wanita menyerahkan kertas yang didakwa kertas undi pos kepada seorang lelaki semalam. Insiden itu dirakamkan oleh salah seorang petugas DAP yang memantau sistem pengagihan undi bos semalam.

Dipetik dari TMI
Sama ada benar atau tidak, siasatan mesti dilakukan untuk memberi keadilan dan kesaksamaan.

GAMBAR CALON BN BUKIT ASSEK DISIMBAH CAT MERAH


STEADYLAH beb...kesian tengok. Gambar calon BN N45 di Bukit Assek, disimbah cat merah di Sibu. Jangan pula ada tuduh-menuduh. Polis sedang siasat.-Pix:MStar

KEGAGALAN PALING MEMALUKAN IALAH.....


KEGAGALAN paling memalukan seperti ditulis oleh Moshe Dayan ialah apabila seseorang yang cuba menyamar, tidak menyedari perbuatannya menyamar telah lama diintai dan diketahui orang. Keadaan menjadi lebih menyeronokkan apabila orang yang menyamar itu terus melakukan perbuatannya kerana berasa tiada sesiapa pun tahu akan perbuatannya menyamar.

Pada masa yang sama orang yang mengetahui setiap inci helah penyamaran itu pula, sengaja  buat-buat muka toya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Penyamaran yang diketahui oleh pihak musuh ini dikatakan Moshe Dayan sebagai kegagalan paling memalukan. Menyamar boleh tapi jangan buat samar-samar.

Tuesday, April 12, 2011

KHAIRUL FAHMI BOLOS, PERAK MENANG 4-0


AKHIRNYA, kekebalan Khairul Fahmi di depan gawang berjaya dirobek penyerang Perak, apabila pasukan itu menumpaskan Kelantan 4-0 malam ini.

Kekalahan ini mengejutkan banyak pihak, terutama di kalangan penyokong Kelantan. Namun mereka menerima kekalahan itu seadanya.

Tahniah Perak. Turut menyumbang gol ialah bekas penyerang kebangsaan, Akma Rizal.

BAPA FRANCESSCA PETER MENINGGAL DUNIA DI RUMAH SEWA


Penyanyi Francessca Peter yang popular di tahun 80-an kehilangan ayah kandungnya malam semalam, selepas ayahnya itu meninggal dunia di rumah sewanya di Taman Seri Dungun, Kuala Terengganu.

Gaberial Peter Abdullah, 78, adalah bekas wartawan New Straits Times (NST) sekitar 70-an. Mayatnya ditemui oleh rakan salah seorang anak allahyarham.

Difahamkan, Gaberial memeluk Islam pada tahun 2007 dan jenazahnya dikebumikan hari ini.

POLIS DAPAT KLU: AHMAD SARBANI MUNGKIN TIDAK MEMBUNUH DIRI, KATA PEGUAM KELUARGA ALLAHYARHAM


PEGUAM  keluarga Ahmad Sarbani Mohamed, Penolong Pengarah Kastam yang ditemui mati di bangunan SPRM, baru -baru ini dipetik dari Bernama, menyebut polis menemui beberapa klu termasuk kemungkinan allhayarham tidak membunuh diri.

Peguam Ghazali Mohd Ramli, dilaporkan berkata maklumat terbaru ini dipercayai ada percanggahan dengan keterangan pihak lain.

"Terdapat beberapa perkembangan baru yang berkaitan dengan kematian Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed khususnya terdapat klu dan keterangan bahawa kemungkinan allahyarham tidak bunuh diri," katanya dipetik dari laporan Bernama.

Ahmad Sarbani ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April lalu.

Kematian beliau amat mengejutkan semua pihak terutama di kalangan saudara dan rakan-rakan yang mengenali latar belakangnya.

AMENG DIPENJARA LAPANN TAHUN DAN SEBAT 10 KALI


Ameng atau nama sebenar, Wan Aminudin Wan Ali, penyanyi kumpulan Spring dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Seysen, selepas didapati bersalah kes dadah.

Ameng, 42, disabitkan kesalahan di atas tiga tuduhan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini.

Turut didakwa ialah isterinya yang dibebaskan mahkamah.

LATAR BELAKANG KAPTEN SAHIMI GHAZALI YANG TERKORBAN NAHAS HELIKOPTER


KAPTEN Sahimi Ghazali, 38,  pernah bertugas di dalam PDRM sebelum menyertai Sabah Air dan membawa helikopter jenis Bell 206 yang terhempas di Sibu kelmarin.

Mempunyai masters dalam Sains Komputer, allahyarham amat berminat menjadi juruterbang sejak kecil. Meninggalkan empat cahaya mata dan seorang isteri, allahyarham dikebumikan di Kelantan hari ini.

Diucapkan takziah kepada keluarganya.

TAKZIAH: JURUTERBANG HELIKOPTER TERHEMPAS MENINGGAL DUNIA


KAPTEN SAHIMI GHAZALI, juruterbang helikopter yang terhempas di Dataran Sibu semalam meninggal dunia malam tadi selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan dialaminya.

Sahimi dari Kajang, membawa helikopter jenis Bell 206 terbabit dalam kemalangan selepas menghantar tiga anggota rombongan TPM ke Sibu semalam. Helikopter itu terhempas akibat angin kencang.

TPM berkata, bantuan peribadi akan diberikan kepada keluarga allahyaham. Keluarga allahyarham juga dilihat tiba di Hospital Sibu tengah malam tadi untuk membuat pengecaman dan seterusnya menguruskan kepulangan jenazah untuk dikebumikan.

Monday, April 11, 2011

LELAKI MENYAMAR KASTAM DITAHAN DI KAJANG


POLIS Kajang menahan seorang lelaki kerana disyaki menyamar sebagai pegawai kastam untuk memperdayakan seorang pemilik kedai runcit.

Ssupek berjaya memperdayakan mangsa dengan membawa keluar beberapa kotak rokok Surya atas alasan untuk disiasat.

Menerima laporan, polis menahan lelaki terbabit bersama sebuah van jenis Kia Pregio, selain menemui rokok kretek yang diambil dari kedai runcit dan wang RM3,000.

Ini mesti dah biasa menyamar ni. Sumbattttt!!!

GAMBAR HELIKOPTER TERHEMPAS DI SIBU


BEGINILAH keadaannya helikopter yang terhempas di Sibu tengah hari tadi, selepas menurunkan beberapa anggota rombongan TPM dalam lawatannya. Turut serta ialah setiausaha akhbar Menteri Pelajaran.-Bernama

HELIKOPTER HANTAR ROMBONGAN TAN SRI MUHYIDDIN TERHEMPAS


Salah sebuah daripada tiga helikopter yang menghantar rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan terhempas di sebuah padang di Sibu sekitar jam 2 petang tadi.

Bagaimanapun, hanya juruterbangnya dilaporkan parah kerana ketika kejadian helikopter itu beberapa minit selesai menjalankan tugasnya.

Timbalan Perdana Menteri tiba menaiki pesawat lain, beberapa minit sebelum helikopter berkenaan dilaporkan terhempas.

LAMAN SARAWAKREPORT DIGODAM DAN DIKITAI


Laman SarawakReport yang menjadi tumpuan ratusan ribu pengunjung, dengan maklumat terkini, menyakinkan dan sering menggigit Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan pendedahan yang kebanyakannya berdasarkan laporan penyiasatan, telah digodam sejak semalam.

Laman itu kini sukar dilayari terutama oleh mereka yang mahukan pendedahan dan berita terkini, terutama menjelang pilihanraya ke 10 Sarawak.

Namun pemilik laman berkenaan dikatakan sedang sedaya upaya memperbaiki masalah yang berlaku dan berita mengenai Sarawak yang hangat-hangat dann suam-suam boleh dibaca menerusi laman facebook.

Sunday, April 10, 2011

DIMERSING, WANITA MUDA DIBUNUH DAN DIBAKAR. DI BALAI POLIS SALAK SELATAN, KONSTABEL MATI DENGAN KESAN TEMBAKAN DI KEPALA


SEORANG anggota polis ditemui mati dalam satu kejadian di Balai Polis Salak Selatan, Kuala Lumpur hari ini dipercayai terkena tembakan.

Anggota berpangkat konstabel itu ditemui dengan kesan tembakan di kepala.

Di Mersing, dua anggota tentera terjumpa mayat dipercayai wanita 20-an, dibunuh dan dibakar di tepi pantai Sekakap, ketika sedang mencari kayu sebagai pancang memasang jaring.

Di Kuala Lumpur juga, seorang pemandu sebuah kereta mati rentung dipercayai dibakar dalam keretanya oleh beberapa lelaki.

KANDUNGAN TELEFON BIMBIT AHMAD SARBANI DIANALISIS FORENSIK


ANTARA barangan yang dianalisis untuk membantu siasatan kes kematian Penolong Pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, ialah telefon bimbit miliknya.

OCCI Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dipetik berkata, pasukan Forensik sedang menjalankan siasatan dan penelitian terhadap banyak perkara termasuk kandungan telefon bimbit allahyarham.

Bagaimanapun, tiada tempoh ditetapkan untuk siasatan itu tetapi tidak mustahil ia akan dapat disiapkan secepat mungkin.

Kita akan tahu banyak selepas ini kerana kandungan dalam telefon bimbit mungkin boleh membuka sedikit cerita.

SARAWAK NAMPAK SULIT DAN RUMIT KALI INI


MENGIKUT beberapa maklumat daripada mereka yang telah berada di Sarawak, senario pilihanraya kali ini jauh berbeza sama sekali dengan pilihanraya sebelum ini.

Beberapa kawasan yang sebelum ini duduk tenang bersimpul malu bagai perawan kampung, telah bertukar menjadi zon bebas cukai! Pengundi mulai semakin terbuka meluahkan sokongan kepada parti pembangkang.

Di kalangan kawasan yang menjadi deposit selamat BN selama ini dikatakan juga, angin perubahan mulai bertiup kencang. Slogan mahukan perubahan menurut empunya mulut bagai lagu-lagu yang semakin enak berkumandang.

Kata kawan-kawan, rumit dan sulit kali ini. Sengit pertandingan kali ini buat Tan Sri Abdul Taib Mahmud, apatah lagi bloggers dan laman siber yang memihak pembangkang terbukti bekerja keras.

Menurut kawan yang lain, walaupun hanya tinggal beberapa hari lagi, tidak mungkin Sarawak boleh selamat menjadi negeri deposit yang selamat buat BN. Maksud kawan itu, pilihanraya kali ini macam manusia disambar buaya. Kalau tak dapat dibawa ke dasar sungai, paling tidak kaki, tangan atau kepala akan hilang kali ini!


Saturday, April 9, 2011

APABILA TAIB MAHMUD BERKATA, MELETAKKAN CAP PADA BIBLE BERBAHASA MALAYSIA SATU IDEA BODOH


KETUA MENTERI SARAWAK yang amat hebat dan cemerlang seantero dunia menyifatkan tindakan mengecop pada kulit Bible berbahasa Malaysia oleh kerajaan sebagai satu idea bodoh dan mengarut.

Katanya, peraturan itu tidak sepatutnya dipakai di Sarawak. Terima kasihlah pandangan Taib yang bernas ini.

TIGA SEKELUARGA MAUT: KERETA DIHEMPAP LORI 10 TAN


TIGA sekeluarga yang dalam perjalanan pulang selepas bercuti di kampung mereka di Kampar, Perak terbunuh apabila kereta mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan tar seberat 10 tan, awal pagi tadi.

Kejadian jam 6.30 pagi itu berlaku di Serendah, Selangor apabila kereta dipandu mangsa dikenali sebagai Mohd Farid, bersama isterinya, Erlina dan anak mereka Muhamad Faiz dirempuh sebuah lori.

Akibat rempuhan itu, kereta mangsa terhumban ke tebing curam sedalam dua meter. Enjin kereta Proton Satria dipandu Mohd Farid terputus dua akibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahaya Affandi, berkata pemandu lori terbabit dalam lingkungan 40-an ditahan bagi membantu siasatan.

ANGGOTA POLIS DITAHAN MINTA WANG DARI ISTERI PEGAWAI KASTAM YANG DITAHAN SPRM


SEORANG anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan SPRM selepas dia didakwa meminta suapan berupa wang dan makanan daripada seorang isteri pegawai kastam yang ditahan dalam Operasi Khas SPRM ke atas beberapa pegawai kastam di seluruh negara, baru-baru ini.

Anggota polis terbabit didakwa meminta suapan itu bagi membenarkan isteri pegawai kastam berkenaan bertemu suaminya yang ditahan SPRM di pusat tahanan Air Molek, Johor Bahru.

Bagaimanapun, perbuatan anggota polis berkenaan berjaya dihidu SPRM dan menyedari tindakannya diketahui suspek dikatakan menyerah diri kepada SPRM beberapa hari lalu.

Menarik betul cerita operasi ini. Saling kait berkait pula.

GAMBAR IBU DANN AYAH AHMAD SARBANI MOHAMED


MOHD ITAM dan Aisyah Abdul Raof mempunyai pandangan tersendiri terhadap anak mereka, allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, Penolong Pengarah Kastam Selangor. Mereka memaklumkan, anaknya dulu memang gagal dalam pelajaran ketika berusia 15 tahun tetapi tetap berusaha untuk memperbaiki masa depan sehingga mampu menggapai segolong ijazah.
 
Dapatkan berita mengenainya di dalam The New Straits Times.

Friday, April 8, 2011

TENTANG ALLAHYARHAM AHMAD SARBANI MOHAMED


DICERITAKAN mereka yang mendakwa sebagai sahabat, rakan sekerja dan yang mengenali allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed. Latar kehidupan allahyarham amat berwarna-warni dan jika benar dakwaan rakan-rakan allahyarham, tidak hairanlah kenapa ramai menangisi dan meratap pemergiannya.

Kita ketepikan soal yang sedang disiasat pihak berkuasa. Kita jurus kepada latar kehidupan masa lampaunya. Allahyaraham dikatakan pernah mengambil LCE sebanyak tiga kali tetapi tidak pernah putus asa sehingga akhirnya berjaya sehingga memasuki universiti.

Allahyarham pernah bekerja di Pejabat Pos Ipoh dan Hospital Kuala Lumpur, dilaporkan seorang yang peramah dan amat suka membantu mereka yang dalam kesusahan. Hubungan dengan teman sekampung juga erat, manakala ketika tinggal di Kuarters Kelana Jaya, allahyarham dikatakan seorang yang amat rajin bersolat Subuh, Magrib dan Isyak di masjid Kelana Jaya.

Allahyarham diceritakan juga sering ke kuliah Subuh setiap hujung minggu di surau sama dan dilaporkan juga allahyarham dijangka menunaikan haji tahun ini. Allahyarham mengikut cerita telah menghadiri 5 minggu kursus asas haji.

Diceritakan lagi anak sulung allahyarham telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Namun kini Ahmad Sarbani telah tiada. Yang tinggal tentulah kenangan yang tak mungkin pudar dari ingatan mereka yang mengenalinya.

(Ini adalah sebahagian daripada pandangan mereka yang mendakwa mengenali allahyarham di dalam blog ini)

GAMBAR: BUDAK 13 TAHUN TUNGGANG MOTOSIKAL MASUK PARIT, NYARIS TAK LEMAS


APABILA tiada lesen memandu, anda dikira haram berada di jalan raya sambil menunggang motosikal. Hal ini berbeza bagi penunggang basikal. Penunggang basikal tidak memerlukan lesen untuk berada di jalan raya kecuali tidak boleh masuk ke kawasan yang diwartakan.

Masalahnya, masih ada ibu bapa memandang ringan masalah ini apabila membenarkan anak-anak bawah umur menunggang motosikal tanpa menyedari itu adalah perbuatan boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan orang lain.

Ini (gambar) adalah contoh bagaimana seorang budak 13 tahun termasuk ke dalam parit bersama motosikalnya selepas terbabit kemalangan dengan seorang budak 10 tahun yang menunggang basikal. Kejadian ini berlaku petang kelmarin, di Klang. Dia memandu tanpa lesen, tanpa topi keledar.

Bernasib baik...berjaya naik selepas termasuk parit.
Nyaris budak lelaki itu lemas kerana dia bersama motosikalnya terhumban ke dalam parit berdekatan selepas kemalangan. Ingatlah, nyawa anak-anak bukannya murah. Mereka adalah generasi pelapis akan datang. Awasi pergerakan anak anda.

RAKAN-RAKAN AHMAD SARBANI MOHAMED YANG INGIN MENCORET LUAHAN, SILAKAN TINGGAL CATATAN/KOMEN DI SINI


KEPADA rakan-rakan atau sesiapa yang mengenali allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, Penolong Pengarah Kastam (KDRM) Pelabuhan Klang, bolehlah mencatat atau merakamkan ucapan takziah di ruangan komen di bawah.

Semoga roh allahyarham tenang dan semoga seluruh ahli keluarganya tabah berdepan ujian sebegini.

Thursday, April 7, 2011

GURU PEREMPUAN PATAH HIDUNG DITUMBUK PELAJAR


Apabila pelajar semakin biadap.
SEORANG guru perempuan, Mariati Mat Ail, 37, patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar tingkatan dua ketika cuba meleraikan pergaduhan membabitkan dua pelajar lelaki di sebuah sekolah di Ketri, Kangar, Perlis.

Kejadian berlaku tengah hari tadi, kira-kira jam 12.40. Ketika cuba meleraikan pergaduhan itu, salah seorang pelajar terbabit melepaskan tumbukan padu ke hidungnya.

Satu satu kejadian memalukan berlaku.

SEPARUH HARI MERABA TELUR: TAPI TAK JUMPA JUGA TELUR ITU


WALAUPUN separuh hari puas meraba telur yang dijual di beberapa tempat, belum lagi ketemu telur yang dikatakan diimport dari China yang diperbuat daripada idea manusia -telur tiruan.

Kata orang, kulitnya lebih licin seperti berlilin. Namun jangan kita pandang ringan kehadiran telur palsu ini kerana ia boleh termasuk ke dalam kuali kita, jika kita tidak berhati-hati.

Soalnya kenapa boleh masuk ke sini. Itu baru telur. Apa kata benda lain. Tentu banyak yang palsu telah ada di negara ini.


YANG PERGI KITA IRINGI DOA: NAMUN DUKACITA KAMI FAHAM TAK SEMUDAH ITU DIUSIR DARI PANGKAL KALBU.

KASIH SEORANG ISTERI MENGHANTAR SUAMI KE NEGERI ABADI (Pix:TMI)
SANAK SAUDARA DAN SAHABAT HANDAI GAGAL MENGEMPANG AIR MATA (Pix:TMI)

DUA PEGAWAI SPRM DIGANTUNG KERJA KES KEMATIAN AHMAD SARBANI


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) hari ini menggantung tugas dua pegawainya bagi membantu siasatan kes kematian penolong pengarah kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, kelmarin.

Kenyataan SPRM dipetik memaklumkan penggantungan tugas dua pegawai terbabit bertujuan membantu siasatan menyeluruh kes berkenaan.

Mereka terpaksa digantung tugas selepas didapati melanggar peraturan yang menghendaki setiap pelanggan SPRM mesti ditemani sepanjang berada di bangunan agensi itu.

Wednesday, April 6, 2011

SEMOGA PERGIMU AMAN AHMAD SARBANI MOHAMED. AMIN.


SEMOGA pergimu aman, Ahmad Sarbani Mohamed. Amin.

GAMBAR SEDIH MENGIRINGI PEMERGIAN ALLAHYARHAM AHMAD SARBANI MOHAMED


HIBA...antara rakan sekerja yang bersedih di atas pemergiaan Ahmad sarbani (TMI)
PILU...isteri allahyarham. Semoga tabah berdepan ujian (pix: TMI)
RAKAN yang mengenali allahyarham Ahmad Sarbini seperti dipetik dalam TMI mendakwa mustahil penolong pengarah itu membunuh diri. Mereka kenal allahyarham sebagai seorang yang tidak mudah bertindak begitu. Apa pun kita harapkan semoga keluarga dan sanak saudara allahyarham bersabar berdepan ujian ini. Kami juga tumpang bersedih. Semoga Allah menyayanginya.

APA HAL FAIZAL TAHIR CAKAP ORANG PUTIH MASA ABPBH?


AGAK dah. Mesti ada bunyi-bunyi dan cakap. Si Faizal Tahir tu, apa hal cakap orang putih saja masa diberi ruang untuk berucap selepas menang.

Memang betul. Malam anugerah ABPBH itu ditonton oleh majoritinya orang Melayu. Itulah masanya untuk artis memartabatkan Bahasa Melayu. Itu bukan anugerah Grammy Award beb!

Nampak macam senget betul suasana malam itu dibuatnya. Alangkah indahnya kalau berbahasa ibunda dan kalau gian sangat mahu berbahasa Inggeris, tambah selepas ucapan berbahasa Melayu.

Entahlah, baru menang lari 100 meter peringkat mukim, gahnya bagaikan menang 100 meter Olimpik. Sori...

MUKA DEPAN AKHBAR ESOK: PENOLONG PENGARAH KASTAM DITEMUI MATI DAN HARI PENAMAAN CALON PILIHANRAYA KE 10 SARAWAK


DUA TAJUK utama telah dikenalpasti untuk siaran muka depan akhbar utama negara esok.

Berita pertama mengenai sekitar hari penamaan calon pilihanraya ke 10 Sarawak manakala laporan berita kedua ialah kematian mengejutkan seorang penolong pengarah kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di tingkat satu bangunan SPRM pagi ini.

Kepada keluarga allahyarham Ahmad Sarbani didoakan semoga sabar menempuhi saat-saat diuji begini. Semoga semua dilindungi Allah.

GAMBAR MAYAT PENOLONG PENGARAH KASTAM YANG DITEMUI MATI DI BANGUNAN SPRM HARI INI


MAYAT Ahmad Sarbani Mohamed, penolong pengarah kastam yang ditemui mati di bangunan SPRM hari ini dibawa keluar dari tempat kejadian -pix: TMI

PENOLONG PENGARAH KASTAM SELANGOR, DITEMUI MATI DI BANGUNAN SPRM PAGI INI


PENOLONG Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di tingkat satu bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, pagi ini.

Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata Ahmad Sarbani bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditahan Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes rasuah dan beberapa kes yang dikatakan melibatkan banyak wang.

Mangsa dimaklumkan datang ke pejabat SPRM pagi ini untuk bertemu seorang pegawai penyiasat SPRM.

Setakat ini SPRM telah menahan 62 orang pegawai dan kakitangan kastam, 53 lelaki dan sembilan yang lain perempuan.

PEGAWAI KASTAM DISIASAT SPRM TERBUNUH, JATUH TINGGKAT TIGA


SEORANG pegawai kastam terbunuh dalam keadaan berlumuran darah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Mangsa sebelum kejadian sedang disiasat SPRM berhubung kes rasuah melibatakan duit yang terlalu banyak seperti dilaporkan sejak seminggu lalu.

Ini adalah kes kedua mati dari bangunan ketika disiasat SPRM, selepas kes Teoh Beng Hock.

Tuesday, April 5, 2011

POLITEKNIK METRO AKAN DIBINA DI MUKAH SARAWAK


KEMENTERIAN pengajian tinggi akan membina sebuah Politeknik Metro di Mukah, Sarawak bagi menampung 1,500 pelajar tidak lama lagi.

 Politeknik Metro itu akan dibina dengan kos RM20 juta.

ANAK-ANAK BERUSIA 21 TAHUN KE ATAS, MOHON DAFTARLAH JADI PENGUNDI


Bagi generasi muda yang telah berusia 21 tahun ke atas, mohon pergilah mendaftar untuk mengundi. Gunakanlah hak anda untuk mengundi demi masa depan negara.

Undi pada tangan anda akan menentukan corak masa depan negara. Undi yang ada pada anda amat berharga. Percayalah, mungkin sekarang anak-anak berasa seperti tiada apa-apa, tetapi sebenarnya undi pada tangan anak-anak adalah amat berharga.

Satu undi yang anda berikan, boleh menjadi penyebab kepada kekalahan atau kemenangan. Daftarlah mengundi kerana anda diberi hak dan mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara.

Mari kita corak masa depan negara dengan undi.

TAHUN LALU KERAJAAN HABISKAN 14.2 BILION UNTUK SUBSIDI: KALAU RM108 BILION YANG DISONGLAP KASTAM TU, TENTU BANYAK TAHUN BOLEH BAGI SUBSIDI!


Donald Lim memberitahu di Parlimen, tahun lalu kerajaan membelanjakan RM14.2 bilion sebagai subsidi kepada pelbagai barangan termasuk minyak, gula dan apa bagai lagilah.

Minggu ini pula kita dikejutkan dengan penyelewengan, perampokan dan pemuntahkedarahan duit sebanyak RM108 bilion oleh sindiket kebanyakannya pegawai kastam. Duit sebanyak itu kalau digunakan untuk subsidi kepada rakyat boleh sampai tujuh lapan tahun tu.

Ikut logik kalau betul cara kita pantau, tak berlaku hilang RM108 bilion ini. Agak-agaknya ini mesti salah rakyat sebab tak bagi tahu kerajaan maklumat ini lebih awal ehemmm. Encik menteri yang jaga hal-hal kastam ni ehemm. ehemm. Jangan ehem..ehemm ketua pengarah kastam saja.

WAN AZIZAH KATA BUKAN, HISHAMUDDIN KATA TAK TAU..


SELEPAS menonton klip video yang konon aksi Anwar Ibrahim dengan perempuan lacur, isterinya Wan Azizah berserta ahli keluarganya menolak bahawa pelaku dan pelakon dalam video itu adalah Anwar Ibrahim.

Kata Wan Azizah, dia kenal dengan susuk tubuh Anwar dan menyifatkan semua itu fitnah untuk merosakkan masa depan politik suaminya.

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein pula memberitahu kerajaan tidak tahu siapa yang memuatkan klip video itu ke dalam internet sehingga mampu ditonton oleh sesiapa sahaja semalam.

TOLONG! TOLONG! 109 PENDATANG ASING MERUSUH DAN LARIKAN DIRI DARI TAHANAN DI LENGGENG


ANDA ada maklumat? Segera tolong! Lagi kejadian rusuhan berlaku di Kem Tahanan Imigresen di Lenggeng, Negeri Sembilan berlaku malam tadi.

Seramai 109 PATI merusuh dan membakar bangunan kira-kira jam 10 malam, sebelum bertindak melarikan diri. Ini adalah antara kes terbesar melibatkan ramai PATI bolos dari kem tahanan.

Setakat ini difahamkan tujuh berjaya ditahan. Selebihnya masih bersembunyi. Ayuh...tengok muka pucat dan lain macam saja, laporkan kepada polis.

Cuma tertanya-tanya, susah sangatkah mengawal kem tahanan ini? Kes sebegini bukan kali pertama!

ENCIK KURNIA INSURAN TAK TERIMA MOTOSIKAL BERUSIA 12 TAHUN


SEBUAH motosikal kesayangan hari ini berusia 12 tahun. Maka untuk menjadikan ia sah berada di jalan raya di negara ini, terutama kerana ia digunakan seorang anak lelaki untuk bekerja sambilan sementara menunggu keputusan kemasukan IPT, maka insuran dan cukai jalannya pun diperbaharui.

Tiba di pejabat pos, encik kerani pun dengan lapang dada membantu. Lepas 10 minit, muka encik kerani berkerut. Dengan penuh sopan encik kerani memberitahu bahawa encik Kurnia Insurans tidak dapat menerima pembaharuan insuran motosikal itu kerana telah masuk tahun ke 12.

Saya terkejut. Sekarang bukan macam dulu-dulu. Motosikal itu pun diinsurankan first party sejak sekian lama. Sebelum-sebelum ini pun insurannya diperbaharui menerusi syarikat encik Kurnia Insuran. Saya terdiam. Saya beritahu encik kerani macam mana agaknya kalau tak boleh diperbaharui, sedangkan motosikalnya tip top tip dan tip tip, top top!

Encik kerani pejabat pos pun anggukkan kepalanya sambil meminta saya bersabar seketika. Tekun dia menelusuri beberapa syarikat insuran lain. Akhirnya Allianz, sebuah syarikat insuran bersedia menerima pembaharuan insuran motosikal itu.

TERIMA KASIH encik kerani dan terima kasih Syarikat ALLIANZ. Encik Allianz memang wajar diberi pujian kerana memahami keadaan ini. TERIMA KASIH SYARIKAT encik ALLIANZ, sebuah syarikat insurans yang berlapang dada.

Dalam keadaan itu saya tertanya-tanya kenapalah encik Kurnia enggan menerima pembaharuan selepas 12 tahun. Tidakkah encik Kurnia mengenang betapa kasih sayang kita saling memberi dan menerima insuranssejak sebelum ini. Selepas 12 tahun, kami pun bercerai dengan talak tiga. Tak apalah encik Kurnia. Mungkin encik Kurnia ada alasan. Saya ucapkan terima kasih sajalah kepada encik Kurnia.

Kini saya mahu menyatakan sesuatu kepada encik Perdana Menteri kita pula. Wahai encik Perdana menteri yang bijaksana, hamba merayu kaji dan lihatlah masalah yang sedang berlaku melibatkan insuran kenderaan sejak akhir-akhir ini.

Tolonglah encik Perdana Menteri. Motosikal hamba yang berusia 12 tahun itu nasib baik masih boleh diterima oleh syarikat Allianz untuk diinsuranskan. Jika tidak, berkuburlah motosikal itu tidak boleh berada secara sah di jalan raya.

Kasihanilah kami wahai encik Perdana Menteri. Kalau hamba orang berada, hamba akan simpan motosikal itu di dalam stor dan bangkainya biar luluh ditelan zaman. Sayangnya, hamba orang miskin. Hamba amat memerlukan insurans untuk menggunakan motosikal berusia 12 tahun itu. Dan encik Perdana menteri yang hamba muliakan, bukan hamba seorang sahaja berdepan masalah itu. Ribuan orang miskin seperti hamba berdepan kerenah insurans sejak kebelakangan ini.

Wahai encik Perdana menteri yang bestari, kasihanilah orang miskin seperti hamba ini. Orang miskin seperti pelajar IPTA yang menggunakan motosikal lama turun termurun milik keluarga. Begitu juga penoreh getah, petani dan nelayan. Sudahlah insuransnya meningkat harga berganda-ganda, ada pula tarikh luput untuk memperbaharui insuransnya.

Maafkan hamba wahai encik Perdana Menteri. Ketika kita sibuk mentranformasikan ekonomi, hamba merayu dengan rendah diri tolonglah transformasikan banyak perkara dalam negara tercinta ini, termasuklah kemelut insurans yang sering membuat orang miskin menangis meratap diri.

Ampun maaf encik Perdana Menteri. Terima kasih Allianz! Berniaga bukan sekadar untuk mencari keuntungan, tetapi menjadi jalan untuk menabur bakti kepada orang lain. Terima kasih.

Monday, April 4, 2011

GAMBAR: KARTUN TARIAN POCO-POCO @APOCOT


HASIL idea dan tangan yang kreatif Datuk Lat.

GAMBAR: KETIKA KITA MABUK POLITIK, MARI RINGANKAN KEPALA LIHAT GAMBAR KILAFAIRI DAN IBUNYA, ROHANA JALIL


GAMBAR pasangan anak dan ibu, Kilafairi dan Rohana Jalil ini dirakamkan jurugambar Nstp malam tadi sempena anugerah ABPBH di Genting Highlands.

KERANA KUASA DAN POLITIK, ORANG MELAYU TERLUPA BANGSANYA DAH JAUH TERTINGGAL


DICAKAP marah, disindir bengang. Hakikatnya bangsa Melayu menjadi bangsa yang semakin bodoh. Hanya kerana politik dan kuasa, bangsa Melayu bagai orang hilang pedoman. Atau lebih jelas lagi, bagai orang mabuk - hilang tujuan, arah dan haluan.

Tanpa sedar ketika bercakaran sesama Melayu, anak-anak Melayu tercicir di belakang. Kalau ada yang mengikut pun, menjadi tukang sorak dan tukang gelak. Mereka tanpa sedar bagai hilang akal menyorak dan menggelak bangsa sendiri.

Yang salah dikatakan betul. Yang betul dikatakan salah. Bangsa Melayu seperti keliru. Berebut kuasa dan politik bagai khinzir menyodok sana-sini, tanpa sedar ekonomi bangsa sendiri masih tercicir. Pendidikan tercicir, agama pun tercicir.

Maaf cakaplah. Orang Melayu bawahan kebelakangan ini telah banyak bersuara. Mereka banyak mengata bangsa sendiri memang seperti bangsa yang bodoh. Kadang-kala kalau lama didengar, marah pula rasa hati disindir dan dimaki sedemikian hina. Tapi bolehkah disangkal pandangan mereka sepenuhnya?

Politik telah menjadi keutamaan segala-galanya bagi bangsa Melayu kebelakangan ini. Pemimpin bagai hilang suara untuk menegah anak-anak yang dipimpin supaya tidak melangkau batas, hanya kerana berjuang untuk politik. Kononnya!

Yang melakukan maksiat dipuja, yang lurus disingkir. Yang rasuah menghisap darah bangsa sendiri disanjung, yang menjadi jarum mencucuk sentiasa dibersihkan karatnya!

1957 kita merdeka. Telah merdekakah bangsa bernama Melayu? Hidup merangkak dari menumpang kekuatan pada kanji ubi kayu sehinggalah cuba berlari selepas berpeluang memakan nasi, masih tidak betul larinya. Melayu berlari jatuh dan bangun. Malangnya ketika berlari, Melayu banyak jatuh daripada bangun!

Ketika bangsa lain yang berkongsi hidup dengan bangsa Melayu di tanah makmur ini senang lenang menghirup madu setiap hari, kita terlupa majoriti Melayu masih meneguk kopi pahit. Kalau ada pun yang meneguk kopi bergula, hanya segelintir. Ini pun tidak mahu diakui oleh Melayu, khususnya oleh pemimpin Melayu!

Hal yang orang Melayu suka sangat adalah bercerita dan bertekak fasal politik. Konon politik akan memberi kuasa dan kuasa akan menjamin bangsa. Realitinya bukankah selama ini Melayu telah diberi kuasa untuk berkuasa. Namun sejauh mana kuasa itu menjamin gah dan bangga bangsa yang bergelar Melayu ini?

Sudah-sudahlah Melayu. Baliklah ke pangkal jalan. Melayu di sebelah kanankah, Melayu di sebelah kirikah, bukan arah duduk kita yang penting ketika ini. Tetapi maruah keseluruhahn bangsa kita yang paling utama. Apa guna Melayu tertawa, kalau banyak lagi Melayu menangis. Apa guna Melayu menang, kalau banyak lagi Melayu yang kalah!



BEZA ENGGANG DAN TOUCAN.

INI TOUCAN
INI ENGGANG

SUDAH ADA DALAM YOUTUBE: BANYAK ORANG KATA VIDEO SEKS MUKA MACAM ANWAR DAH ADA DALAM INTERNET!


BANYAK dah orang cakap, video seks konon didakwa membabitkan aksi pemimpin politik tertentu dah ada dalam youtube.

Dengar cerita budak sekolah pun suka tengok sama. Entahlah. Jauh sampai ke sini benda-benda ini boleh disebarkan. Untuk apa ya? Entahlah. Melayu oh Melayu.

Sepatutnya tunggu mahkamah. Biar mahkamah tentukan. Kalau Anwar buat, dia kena tanggung. Kalau bukan Anwar sendiri mahu ingat.

GAMBAR: MALEK NOOR DAH SIHAT


DATUK Malek Noor yang rebah ketika bermain bola, kembali sihat. Alhamdulillah.-pix:The Star

GAMBAR: JAMBU UMBAI


GAMBAR JAMBU KESUKAAN UMBAI.

GAMBAR: BERENANG BERSAMA JERUNG DI MIRI


IBU DAN ANAK berenang bersama jerung di Miri-nstp

Sunday, April 3, 2011

SERI BAYU SEMPAT TULIS LIRIK "SEBELUM AKU PERGI" SEBELUM MENINGGAL DUNIA


SEBUAH lirik lagu sempat ditulis oleh Seri Bayu, sebelum beliau meninggal dunia. Seri Bayu menulis lirik dengan judul "Sebelum Aku Pergi".

Kini dia telah benar-benar pergi ke negeri abadi. Semoga disayangi Allah.

PEMENANGNYA IALAH LISA SURIHANI!


ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR ABPBH ialah LISA SURIHANI.

SHAIFUL SYAZANI, PELAJAR ANAK YATIM DIPUKUL WARDEN ASRAMA MENINGGAL DUNIA


SHAIFUL SYAZANI, pelajar 7 tahun yang dipukul warden asrama sebuah sekolah agama rakyat di Jejawi Perlis, meninggal dunia di Hospital Alor Setar, jam 8.50 pagi ini. Dia dimasukkan hospital Jumaat lalu.

Anak yatim itu dilaporkan dipukul warden berusia 26 tahun kerana dikatakan mencuri, tetapi tidak dapat dipastikan punca sebenar. Ibunya telah meninggal dunia.

Sementara ayahnya pula tinggal berasingan kerana tugas manakala warden disyaki telah ditahan untuk siasatan.

KASTAM OH KASTAM!


KASTAM Oh Kastam! Mengapa engkau makan duit? Macam mana aku tak makan duit, orang tak berapa tahu. Oh orang oh orang kenapa engkau tak berapa tahu? Macam mana aku tak berapa tahu, sebab orang tak beritahu aku. Orang oh orang kenapa tak beritahu kastam? macam mana aku nak beritahu kastam, aku pun sama juga. Aku pun sama juga.

Kalaulah boleh dilagukan! Namun penahanan berpuluh pegawai kastam selepas terbongkar penyelewengan duit membabitkan bilion ringgit tidak melibatkan semua pegawai atau kakitangan kastam. Menuduh kastam secara organisasi sebagai tempang, tentulah tidak adil.

Namun menteri yang menjaga kastam dan pegawai paling besar dalam kastam, tentu tahu apa yang mesti mereka lakukan apabila terbongkarnya penyelewengan hasil negara yang dianggap amat besar sekali ini. Tentu mereka tahu, bahawa rakyat akan membuat kesimpulan apa di atas insiden amat buruk ini! Tentu sekali. Patutlah duit tak cukup-cukup!

CHONG WEI: BILA DAPAT GADING BERTUAH, TANDUK TIDAK BERGUNA LAGI?


SATU kejutan berlaku apabila keluar dari mulut Lee Chong Wei, seakan-akan tidak memerlukan lagi khidmat atau sentuhan emas dari Datuk Misbun Sidek, semalam.

Sukan Berita Minggu melaporkan, andai berpandu kepada kata-kata yang terbit dari mulut Chong Wei, semalam jaguh badmintonn negara itu seperti tidak lagi memerlukan 'sentuhan emas' Datuk Misbun Sidek.

Chong Wei yang berjaya mempertahankan kejuaraan Seluruh England, bulan lalu menyifatkan dia kini 'mampu menjaga diri sendiri dan memperbaiki kelemahan.'

 "Ia terbukti apabila saya mengekalkan kejuaraan dalam tiga kejohanan setakat ini. Saya tidak boleh mengharapkan kepada satu jurulatih sahaja kerana saya perlu menjalankan tanggungjawab yang berat, termasuk berlatih bersungguh-sungguh" katanya selepas majlis amal 'Hope & Smile' di Dewan Tunku Geodosi Dome, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi mengumpul RM1 juta untuk mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.

Apakah sebenarnya yag tersirat di sebalik kata-kata Chong Wei ini. Benarkah dia menganggap Misbun tidak lagi satu keutamaan dalam dirinya. Jika benar, tidak mengapalah Chong Wei.

Semoga Misbun sabar dan segala pengorbanannya melatih Chong Wei selama ini anggaplah sebagai jasa yang amat ikhlas walaupun terpaksa berdepan penderitaaan isteri yang nazak di hospital. Semoga Misbun tenang dan selamat kembali mencari permata baru dalam dunia badminton negara.

A R BADUL NAFI CABUL PELAJAR TAPI SERAH KEADA POLIS SIASAT


BERITA Minggu melaporkan, pelawak A R Badul menafikan terbabit kes cabul pelajar berusia 13 tahun tetapi menyerahkan kes itu kepada polis untuk menyiasatnya.

Dia yang dihubungi Berita Minggu semalam, dipetik berkata akan bertemu seorang pegawai Bahagian Serangan Jenayah Seksual dan Penderaan (D11) di IPK Kuala Lumpur, Selasa ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau juga dipetik berkata ada pihak yang menyamar sebagai pegawai polis memintanya hadir ke IPKKL petang kelmarin.

SERI BAYU MENINGGAL DUNIA


PENULIS lirik yang banyak mencipta lirik lagu popular satu ketika dulu, Seri Bayu meninggal dunia jam 8.30 malam Sabtu ketika dirawat di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan.

Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaludin Sulik, 47, dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 12, Teluk Pelandok, Port Dickson.

Allahyarham sebelum ini pernah berkahwin dan telah mengidap penyakit saraf kronik. Semoga Allah menyayanginya. AlFatihah.

Saturday, April 2, 2011

PANTUN MAGHRIB


SAYUP AZAN JENTIK KALBU
   SAYANG AGAMA SAYANGKAN SEMUA
KHABAR BARU SAYU HATIKU
   HAMPIR SEMUA TAK LAGI BERHARGA

PANTUN


POK AMAI-AMAI
  BELALANG KUPU-KUPU
GOSOK BIAR PANDAI
   DEPAN BELAKANG BOLEH LALU

 POK AMAI AMAI
   BELALANG KUPU-KUPU
 DUDUK-DUDUK SANTAI
   KITA TIBAI ORANG MELAYU

 POK AMAI AMAI
   BELALANG KUPU-KUPU
 MELAYU MEMANG PANDAI
   BALING BALING BATU

 POK AMAI AMAI
   BELALANG KUPU-KUPU
 MASANYA AKAN SAMPAI
   MELAYU MENYESAL TAK BERLAGU
   

AYUH BARISAN NASIONAL: KITA LAWAN PEMBANGKANG DENGAN CARA BETUL


SESEKALI boleh disamakan perlawanan politik dengan siaran gusti yang agendanya kita tahu lebih besar dari semata-mata hanya untuk hiburan.

Sesiapa yang menonton rancangan gusti tentu sudah masak dan lali dengan kerenah pengadil yang kadang-kala ditampilkan membawa watak manusia yang tidak adil sama sekali. Bila lawan sudah tumbang dan ditindan, punyalah lambat mahu mengira satu sampai tiga. Semuanya kerana pengadil adalah pro dan memihak kepada penggusti tertentu.

Penonton akan geram. Emosi penonton akan diusik dan diguris dengan sikap ketidakadilan. Tapi mahu diapakan. Ia adalah perlawanan yang diatur dan ditontonkan untuk duit dan duit dan duit. Namun lama kelamaan, penonton akan masak dengan kerenah yang dipaparkan menerusi gusti ini. Penonton akan meluat dan akhirnya, penonton tidak lagi menjadi ketagih menonton siaran gusti yang memaparkan aksi pengadil yang tidak adil.

Berbalik kepada politik. Ayuh Barisan Nasional. Kita buktikan kata-kata dan dakwaan bahawa BN mengamalkan rasuah setiap kali menjelang piliharaya adalah tidak benar dan tidak berlaku lagi. Janji pembangunan dengan memberikan peruntukan kewangan begitu besar kita hentikan sahaja. Mari kita jadi bersih dan kelihatan bersih dalam soal ini. Kita hentikan janji pembangunan menjelang pilihanraya dan kita adakan pembangunan di luar waktu pilihanraya. Kita bina jalan jauh dari tempoh pilihanraya akan diadakan. Kita bina sekolah, kita naikkan elaun, kita bagi macam-macam kepada rakyat daripada duit yang kita dapat daripada cukai rakyat tanpa mengira parti itu ketika pilihanraya tidak diadakan. Maka, kita akan berjaya menutup tohmahan bahawa BN mengamalkan rasuah menjelang pilihanraya.

Mari kita wujudkan satu suasana bertanding dalam keadaan yang amat 'gentle'. Kita tidak mahu dilihat seperti pertandingan tinju yang tidak adil pula. Peninju kita bertanding tanpa 'glove' manakala lawan kita terpaksa memakai glove. Peninju kita  bebas, tetapi peninju lawan kita ikat dan gari tangan mereka.

Ayuh BN. Sebenarnya kita kuat. Kita tunjukkan kekuatan secara gentle. Kita hentikan janji pembangunan begitu ketara menjelang pilihanraya. Kenapa? SEBAB SEBUAH KERAJAAN YANG KUAT TIDAK PERLU MENJANJIKAN APA-APA MENJELANG PILIHANRAYA. SEBUAH KERAJAAN YANG KUAT AKAN DISOKONG OLEH RAKYAT WALAUPUN KITA TIDAK MENJANJIKAN PERUNTUKAN BERBILION RINGGIT. KEKUATAN KITA DILIHAT OLEH RAKYAT MENERUSI APA YANG TELAH KITA BUAT. Rakyat akan memandang rekod kita dan bukannya janji-janji peruntukan melibatkan wang ringgit. Ayuh BN. Kita tutup mulut pembangkang dan kita buktikan bahawa kita bersedia bertanding secara terbuka. Kekuatan kita adalah apa yang telah kita buat selama berpuluh tahun memerintah. Ayuh BN. Jangan takut atau bimbang. Kali ini jangan kita janjikan peruntukan macam-macam menjelang pilihanraya. Kemenangan kita nanti tentu amat bermakna dan tidak disaluti dengan tohmahan pembangkang. Selamat berpilihanraya walaupun PASTI sangat pilihanraya umum tidak MUNGKIN diadakan tahun ini.

PELAWAK OTAI CABUL PELAJAR: ALA YANG KURUS-KURUS TINGGI TU!


RAMAI yang tertanya-tanya siapa pelawak otai yang mencabul pelajar 13 tahun seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Jawabnya ialah yang lelaki sedikit tinggi tapi kurus tu. Perutnya taklah boroi sangat. Bahunya juga tidaklah lebar sangat. Yang banyak berlakon dan mengarah filem tu. Ala semua orang kenal la.

Isunya, kenapa dia melakukan perbuatan itu? Bukan sekali. Tiga kali. Jawabnya ialah sebabnya dia lelaki. Walaupun dah berusia 63 tahun, dia masih kuat dan kadang-kadang tak terasa pula umurnya telah mencecah 63 tahun.

Alahai.

Friday, April 1, 2011

MISBUN KEMBALI SEMULA MELATIH CHONG WEI


DATUK Misbun Sidek menarik semula surat perletakan jawatannya sebagai jurulatih di dalam BAM. Surat itu dihantar beberapa hari lalu dan disahkan oleh Presiden BAM Datuk Nadzmi Salleh.

Satu kontrak baru dengan terma baru kini dirangka untuk memberi laluan Misbun kembali menerajui sekali gus membantu dan memperkukuhkan diri Datuk Lee Chong Wei menuju landasan betul untuk merealisasikan impian menggapai pingat emas acara perseorangan badminton di Sukan Olimpik akan datang.

PETROL RON 97 NAIK 20 SEN LEPAS TENGAH MALAM INI


PENGGUNA minyak RON97 akan berdepan harga baru petrol gred berkenaan apabila ia dinaikkan 20 sen seliter bermula selepas tengah malam ini.

Ini menjadikan minyak berkenaan dijual pada harga RM2.70 seliter.

SABARLAH: ADA KILANG MULAI SURUH PEKERJANYA BERCUTI


SABARLAH. Mendengar rintihan beberapa pekerja kilang milik Jepun di Shah Alam yang mendakwa diarah bercuti dengan kadar gaji 75 peratus, sedih dan simpati.

Dakwa mereka, bukan sebuah kilang. Banyaklah juga yang mula buat tindakan serupa. Semuanya berpunca apabila Jepun dilanda gempa bumi. Banyak bahan diperlukan tidak sampai. Kerja tidak boleh dilakukan. Sementara stok yang ada pula telah kehabisan.

Bahan yang dimaksudkan itu berkaitan dengan enjin kenderaan, cat kenderaan dan komponen lain-lain yang amat diperlukan dalam pemasangan kenderaan baru. Malah seorang pekerja kilang membuat kereta pula mendakwa enjin bagi sejenis kereta baru yang diimport dari Jepun hanya tinggal 30 hingga 40 ketul sahaja! Sedangkan yang menempah kereta itu mencecah ribuan orang.

Sabarlah. Kita tidak mahu meminta kesusahan datang. Namun kita rasa seolah-olah harga kenderaan seakan mahu naik jika keadaan ini berterusan. Malah membimbangkan lagi apabila ada pemilik syarikat kereta terpakai mendakwa kebelakangan ini suasana ketika kereta terpakai dilelong juga menunjukkan keadaan yang amat luar biasa.

Tinjauan pemilik syarikat kereta terpakai itu ke sebuah syarikat yang mengendalikan lelongan kereta mendapati semua kira-kira 40 kereta yang dilelong habis ditempah orang. Ini jauh berbeza dengan jumlah kereta yang dilelong sebelum ini yang dikatakan mencecah hampir 100 buah dan tidak pernah habis pula dibeli pelanggan.

Jelas ini adalah isyarat tentang satu petanda berlaku satu kocakan dalam ekonomi sekarang. Bersabar dan berhati-hatilah menempuh dugaan yang sedang berlaku ini. Semoga kocakan kecil ini tidak menjadi semakin besar seperti tsunami bakal menenggelami kehidupan kita.

KETUA POLIS SAHKAN VIDEO SEKS TULEN


KETUA Polis Negara mengesahkan video yang disiasat, konon melibatkan aksi pemimpin parti politik adalah tulen.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan siapa pelakon dalam video itu.

MAAF: AKHIRNYA AKU JADI PEMBUNUH SELEPAS ENGKAU TERUS MENCABAR


Dalam tempoh seminggu, setiap kali menjelang senja seekor ular sawa masih muda, sebesar lengan sentiasa memanjat cermin tingkap dapurku. Jeriji tingkap dapur tak ubah seperti peralatan gimnastik untuk latihan bergayut.

Sekali memanjat kubiarkan. Dua kali memanjat kubiarkan. Tiga kali memanjat kuusir engkau jauh-jauh. Kusangka engkau faham dan tidak lagi memanjat tingkap dan dinding dapur rumahku. Rupanya tidak. Selang sehari selepas kuusir, engkau datang lagi memanjat tingkap dan dinding yang sama, kemudian berlingkar di lubang angin, seolah-olah ia telah menjadi kamar sewamu.

Esoknya, engkau datang lagi. Memanjat lagi. Lusanya datang, lagi dan memanjat lagi. Kuusir juga seperti setiap kali kedatangan engkau sebelum ini.

Namun satu senja aku hilang sabar apabila masih tidak faham-faham. Selepas kutanya, apa yang engkau mahu memanjat rumahku setiap senja, aku pun membuat keputusan. Kuusir engkau dengan sebatang tongkat rotan panjang sedepa. Aku tidak memukulmu. Aku hanya mengusirmu!

Kusangka engkau faham kenapa aku menggunakan tongkat rotan itu untuk mengusirmu. Rupanya engkau memang tidak pernah faham, apatah lagi banyak kejadian ganjil berlaku sebelum ini di sekitar rumahku!

Aku sangka engkau akan pergi jauh, rupanya tidak. Engkau sanggup menyusur keliling rumahku dan akhirnya berlingkar seolah-olah angkuh di bawah kerusi tempat duduk biasaku di beranda rumah.

Hampir sahja kakiku engkau gigit. Syukur selepas bangun dari duduk aku terpandangkan engkau sedang berlingkar dalam keadaan sedia untuk mematuk!

Ketika itu aku usir engkau menggunakan rotan bersama anakku. Engkau masih berdegil, masih mahu memanjat dinding rumah di beranda pula, sedangkan dinding itu simen dan tidak mempunyai jeriji untuk engkau membelit naik!

Maka apabila kedegilan engkau amat luar biasa, tidak seperti kebanyakan ular yang akan pergi apabila diusir, aku tidak mempunyai pilihan.

Praaaaappp! Empat lima kali hayun, engkau pun pergi ke negeri jauh! Aku meminta maaf kerana jadi pembunuh, tapi aku tidak mahu menanggung risiko terutama kalau-kalau engkau mencuri masuk dan melingkar di sebelah tidurku pada sebelah malam!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10