nuffnang ads

Sunday, October 31, 2010

JANGAN PANJANG SANGAT, SEDANG-SEDANG AJE PUN CUKUP DAH

BAIE kalau dah baca pandangan saya, emel sahaja. Bukan apa, selain privasi ia memberi ruang banyak untuk Baie tulis apa yang belum jelas.

Tentang begitukah...Ya! Benar dan betul. Tak perlu dihairankan dan pelik kerana menulis berita bertujuan memberitahu. Mesti  ringkas tetapi jelas. Ada apanya, ada bilanya, ada siapanya, ada bagaimananya dan ada di mananya!

Kalau semua itu ada, 80 peratus orang tak akan bertanya lagi kecuali selebihnya untuk bertambah faham dan mendalam.

Berita mesti ringkas dan jelas. Satu lagi sebaiknya padat. Dalam dunia terlalu banyak yang Baie boleh tulis. Saya bagi contoh. Setiap saat ada sahaja benda dan peristiwa berlaku di sekeliling kita. Itu kalau kita berdiri tegak. Contohnya, masa kita berdiri, ada orang sedang membuka pintu. Pada masa yang sama ada telefon berbunyi. Ada bunyi kereta membrek di jalan. Kadang-kadang ada bunyi anjing, bunyi kucing. Kalau nasib baik pada saat yang sama kita terpandang di tepi tingkap rumah jiran, seorang suami tengah bertekak dengan isterinya. Itu contoh benda berlaku dalam satu saat. Belum kira satu minit. Dalam satu minit ada 60 saat. Itu belum kira dalam satu jam. Dalam satu jam ada 60 minit. Maknanya, kalau dalam satu saat ada sesuatu benda atau peristiwa yang boleh kita jadikan berita, dalam satu minit kita ada 60 peritiwa untuk ditulis. Itu baru dikira satu minit. Kalau dikira satu jam yang ada 60 minit, kita akan ada 3,600 peristiwa yang pelbagai jenis. Peristiwa kecil dan besar yang ada nilai berita. Tak perlu kita ambil kesemuanya. Ambillah dua sahaja peristiwa dalam satu jam. Kalau kita bekerja 5 jam, kita sudah ada 10 peristiwa penuh dengan nilai berita untuk dituliskan!

Fasal lecturer tak pernah beritahu hal itu, jawapannya ialah, di dalam bilik kuliah lain. Di luar bilik kuliah lain. Di dalam bilik kuliah Baie diberi pancing sahaja. Di luar bilik kuliah Baie kena cari umpan dan tempat sesuai untuk memancing! Ikan yang digambarkan menerusi teori tidak sama warna, berat dan jenisnya dengan ikan yang diajar di dalam bilik kuliah. Nanti bila dah konvo, masuk dunia kerja, Baie akan reti dan faham perlahan-lahan.

Setakat ini pak cik nak beritahu. Jurnalisme itu dunia orang kertas. Jangan biar kertas sentiasa kosong!

LAGI GAMBAR NAHAS SETIU

Zabedah Teh 49, kehilangan 3 anak dan seorang cucu dalam kemalangan ini yang berlaku di Jalan Penarik, Setiu (pix:published in NST)

DALAM TEMPOH 10 BULAN: ZABEDAH HILANG SUAMI, HILANG 3 ANAK DAN HILANG 1 CUCU

KESEDIHAN tak terungkap. Baris-baris sayu di wajahnya bak mendung memberat. Sesekali tak terempang air mata, mengalir juga menuruni di antara lurah pipinya, kemudian perlahan-lahan menakung di bucu bibirnya. Hati yang menanggung pilu tak siapa mampu mengongsinya.

Demikian dukacita yang dipendamnya dalam tabah hati yang amat walang, sewaktu menuntut jenazah tiga anak dan seorang cucunya yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jalan Penarik, Bandar Permaisuri jam 1.30 tengah hari tadi.

Zabedah Teh, 49, menerima takdir dengan kekuatan seorang perempuan. Namun sejauh manalah kekuatan hati seorang wanita, apatah lagi dalam tempoh 10 bulan - kehilangan suami tercinta, kemudian dituruti pemergian tiga anak dan cucu serentak.

Zabedah yang tinggal Kampung Bukit Cina, Pasir Akar, Setiu memberitahu kesemua anaknya itu dalam perjalanan pulang selepas membeli ikan di pusat jualan ikan di Pantai Penarik.

Sabarlah kak! Yang pergi kita iringi dengan doa seharum kasturi moga roh mereka di tempatkanNya di sisi golongan yang beriman dan dipermudahkan Allah bagi yang masih tinggal di dunia ini.

GAMBAR KEMALANGAN MAUT DI SETIU

Empat sekeluarga dalam kereta Proton Wira ini maut dalam kemalangan di Setiu jam 1.30 tengah hari tadi. (pix:HM-Nojie Nadzirah)

SENARAI MAUT NAHAS DI SETIU

MEREKA YANG MENINGGAL DALAM KEMALANGAN DI SETIU, SEPERTI BERIKUT:

 Noorazdy Yelwy Sidek - 32 (pemandu Proton Wira)

 Noorazry Elmy - 29 (adik Noorazdy)

 Noor Afzan Efilzalman - 16

 Nor amisya Maisara - setahun (anak Noorazry Elmy)

 Mek Wook Yaakup - 76 (penumpang van)

SATU LAGI KEMALANGAN MAUT: 5 TERKORBAN, TERMASUK 4 SEKELUARGA DI SETIU

TRAGEDI nahas membunuh 7 penumpang bas di Genting Sempah masih ditangisi, berlaku lagi satu kemalangan maut membabitkan 5 korban, termasuk 4 sekeluarga di kilometer 67.5 Jalan Penarik Bandar Permaisuri, di Setiu hari ini.

Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan van yang membawa 13 penumpang. Mereka yang terkorban ialah tiga sekeluarga dalam kereta Proton Wira dan seorang bayi. Bayi berkenaan mati di Hospital Setiu. Seorang lagi yang terkorban ialah penumpang van.

Pertembungan antara dua kenderaan itu berlaku apabila salah sebuah daripada kenderaan berkenaan termasuk ke jalan bertentangan.

Kemalangan ngeri yang menyedihkan ini berlaku membabitkan semua anak Melayu, sama seperti di Genting Sempah. Ia berlaku ketika jalan licin kerana hujan lebat.

 Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Shaik Othman Abdul Hamid mengesahkan kejadian.

GAMBAR PASARAYA TERBAKAR DI WANGSA MAJU

Musnah...pasaraya musnah dalam kebakaran di Wangsa Maju pagi tadi (pix:coutersy NST)

PORT DICKSON BANDAR HAB HIBURAN BERDADAH, BUKAN LAGI BANDAR TENTERA

MAHU atau tidak, malu atau tidak kita kena menerima hakikat, Port Dickson semakin laju dan maju menjadi bandar hab berdadah (istilah untuk lokasi pesta hiburan mentedarah dadah) berbanding mahu dilihat sebagai bandar tentera, seperti diungkap pada kempen pilihanraya kecil Bagan Pinang dulu.

Semakin banyak kes kumpulan berpesta dadah dikesan menjadikan hotel dan rumah penginapan di sekitar bandar itu. Terbaru awal pagi tadi apabila sekumpulan 17 orang ditahan kerana meracau dan lalok selepas berpesta dadah di dalam bilik sebuah hotel di bandar itu.

Meriahnya pesta itu boleh dilihat daripada jumlah 9 wanita yang ditahan berbanding 8 lelaki. Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Baljeet Singh mengesahkan tangkapan itu. Menambahkan makna meriahnya pesta yang mereka adakan ialah dengan wujudnya gangguan sehingga menjejaskan keharmonian penghuni bilik hotel yang lain.

Tangkapan pagi tadi bukan kali pertama dilaporkan. Sebelum ini media mewah dengan berita seumpama itu, termasuk juga berita khalwat dan zina. Maknanya, hotel dan rumah penginapan di Port Dickson adalah satu lokasi yang amat menarik keinginan orang luar untuk datang ke situ berpesta-pestaan.

Pelancong atau pengunjung sudah menganggap Port Dickson bandar hab berdadah yang selamat dan murah! Kalau dilakukan operasi serentak ke atas setiap bilik di hotel di Port Dickson, tentu banyak lagi pesta serupa akan dapat dikesan. Percayalah!

Apakah  kegiatan berpesta dadah ini terutama yang berlaku pada malam minggu atau musim cuti akan terus dibenar dan didiamkan oleh kerajaan negeri, ketika laungan untuk menjadikan bandar itu sebagai bandar tentera semakin senyap pula laungannya. Satu ketika dulu Baitul Hilal yang menjadi tempat melihat anak bulan juga sering menjadi mangsa pesta maksiat dan dadah.

Kini dengan meningkatnya bilangan hotel yang tegak bagai cendawan tumbuh, mampukah kita berdepan serangan penyakit sosial ini dan membendungnya agar tidak terus berleluasa? Cerita bandar hab berdadah ini hanyalah cerita di atas karpet yang boleh disapu. Tentang cerita di bawah karpetnya yang tersembunyi begitu banyak sub-gejala sosial seperti kegiatan menyewa bilik untuk melampiaskan nafsu oleh golongan muda pula, bagaimana?

Bukalah mata kita. Bandar Port Dickson jangan terus dijadikan bandar bacang yang licin kulitnya tapi sarat dengan ulat di dalamnya!

14 TERBUNUH DITEMBAK KETIKA BERSIAP PERTANDINGAN BOLA SEPAK

SEKUMPULAN lelaki menaiki dua kenderaan melepaskan ratusan das tembakan senjata api ke arah sekumpulan pemuda yang sedang bersiap untuk menyertai pertandingan bola sepak di padang permainan di San Pedro Sula, Honduras semalam.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Leonel Sauceda, berkata sepuluh mangsa mati serta merta di padang manakala empat yang lain mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Wilayah San Pedro Sula memang terkenal sebagai salah satu kawasan panas pengedar dadah dan sering berlaku pertelingkahan sehingga membawa pertumpahan darah.

Sebelum ini pada September lalu, seramai 17 mangsa menjadi korban apabila ditembak sekumpulan lelaki dipercaya kumpulan yang ada kaitan dengan pengedaran dadah. (Reuters)

APA BAGUS SANGATKAH NAJWA MAHIADDIN (MUHYIDDIN)?

JANGAN marah peminat Najwa. Bagi yang tak minat atau belum kenal, artis baru yang gebu itu adalah anak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selepas Najwa ditemuramah oleh radio Hot FM, tiga empat hari lalu banyak orang masih keliru. Ada yang masih mempertikaikan kekeliruan dan kecelaruan nama ayah Najwa. Sebenarnya, nama TPM Malaysia sekarang dalam kad pengenalannya dulu memang Mahiaddin. Itu fasal nama Najwa anaknya itu kekal namanya berejaan Mahiaddin.

Banyak orang banyak pandang. Ada yang kata Najwa belum cukup bagus untuk jadi penyanyi. Ada yang lain membantah kerana Najwa kata mereka hebat.

Apa bagus sangatkah Najwa itu? Kalau bagus di mana bagusnya? Ada orang kata Najwa tidak bagus. Orang itu melihat ketidakbagusan bukan Najwa sebagai penyanyi semata-mata, tetapi dinilainya Najwa sebagai penyanyi, merangkap anak pemimpin negara.

Ada orang suka tengok cara Najwa berpakaian. Ada orang meluat. Yang meluat itu kata, kalau jadi anak TPM atau pemimpin negara, dia kenalah serba sedikit jaga imej bapanya sebagai pemimpin. Ibunya bertudung, ayahnya sering sahaja bercerita soal kebaikan dalam ceramah dan nasihatnya kepada rakyat. Jadi, Najwa kenalah fikir-fikirkan hal itu.

Kata orang Najwa dan Yuna lambang atau ikon generasi artis baru dalam dunia nyanyian. Ada orang angguk kenyataan ini. Ada orang pula geleng kepala. Mereka kata, Yuna dan Najwa masih berjarak kedudukan mereka. Yuna di atas sedikit. Dan ada lagi pendapat kata, kalau anak pemimpin negara jadi artis, mereka suka melihat dia berpesonaliti macam Yuna. Entahlah. Mungkin orang mahu menganggap anak pemimpin negara yang jadi penyanyi itu adalah Yuna??

Peminat Najwa jangan marah. Hakikatnya Najwa ada potensi jadi artis dan ada peluang untuk lebih berjaya. Cuma tidak seperti Yuna, Najwa kena pikul beban lebih berat di bahunya. Iaitu kena menjaga agar susila dan imej pemimpin yang dibawa ayahnya tidak calar dan kena cakar!

JAWAPAN KEPADA PERMINTAAN MAAF TERBUKA PEMANDU BAS YANG KEMALANGAN DI GENTING SEMPAH

SAMA ADA permohonan maaf kamu akan diterima, itu tidak penting. Yang kamu perlu faham ialah tujuh nyawa telah terkorban.

Kamu kata kamu kesal dengan apa yang berlaku, terutama kerana kamu tidak memiliki lesen. Soalan pertama ialah kalaulah kamu tidak berdepan kemalangan ini, adakah kamu menyesal untuk membawa bas pada masa depan sedangkan hakikatnya kamu tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Kamu kata kamu telah beritahu kepada pemilik bas yang kamu tidak ada lesen untuk memandu dan kamu juga tahu bas itu menghadapi masalah brek. Kenapa kamu terima tugas itu? Ini menunjukkan kamu tidak pernah meletakkan nyawa orang lain sebagai paling utama dalam tugas kamu.

Kamu kata kamu dulu pernah memiliki lesen tetapi lesen terbang? Kenapa sebodoh itu kamu lakukan. Tidak susah untuk mendapat lesen di negara ini jika kamu ada niat dan hasrat untuk memilikinya. Tidak ada masalah dalam sebarang ujian atau ceramah yang perlu kamu duduki. Ujian undang-undang berkomputer? Kenapa? Kamu tidak faham Bahasa Malaysia? Itulah ruginya kalau rakyat Malaysia tidak mahu belajar bahasa Malaysia, sedangkan masing-masing mengaku anak Malaysia!

Kamu telah memohon maaf dan mengaku melakukan kesalahan dan kamu pun faham nyawa tidak akan kembali lagi. Kamu mesti bersedia menerima hakikat untuk berasa bersalah sepanjang hayat kerana kesalahan itu kamu lakukan dengan sedar. Kamu mesti terganggu oleh tangis waris-waris penumpang yang telah meninggal dunia. Kamu pasti berhadapan semua ini dan itu hanya sedikit daripada pembalasan di atas kesalahan kamu.

Bagaimanapun, terima kasih juga sebab kamu berani memohon maaf secara terbuka. Terpulang kepada waris mereka yang kembali ke negeri asal. Dan kamu juga mesti faham permohonan maaf tidak akan melupuskan hasrat waris mangsa untuk mengambil tindakan undang-undang.

Dan terimalah hakikat yang bersalah pasti menerima hukuman. Itu sepatutnya lebih beruntung, berbanding mereka yang telah kehilangan insan yang tersayang gara-gara perbuatan kamu.

PASARAYA TERBAKAR: KERUGIAN RM1 JUTA

SEBUAH pasaraya terbakar di Jalan 2/7A di Wangsa Maju, Kuala Lumpur awal pagi tadi menyebabkan kerugian lebih RM1 juta.

Kebakaran itu disedari penduduk kira-kira jam 5 pagi lalu bertindak menghubungi talian kecemasan. Tiga kereta Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian bersama 25 anggota dan berjaya mengawal keadaan dalam tempoh 45 minit.

Difahamkan, pasaraya berkenaan telah beroperasi sejak lebih lima tahun lalu.

PDRM TERIMA 514 MOTOSIKAL: TINDAKAN SEMAKIN PANTAS

POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) menerima 514 buah motosikal jenis Modenas Kriss 120H Sport, untuk diagihkan penggunaannya di empat balai polis dan 24 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara, sebagai antara langkah membantu mempercepatkan lagi pergerakan untuk bertindak di beberapa kawasan dikenalpasti.

Sebahagian 514 motosikal yang diterima PDRM untuk digunakan di beberapa kawasan hot spot di empat negeri.(pix:PDRM)
Majlis penyerahan motosikal itu disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Risikan/Operasi (JSJ), merangkap Pengerusi NKRA PDRM, Datuk Hadi Ho Abdullah, di Dataran Kawad Pulapol 28 Oktober lalu.

Kesemua motosikal berkenaan dilengkapi topi keledar, kotak serbaguna dan lock U selain pelbagai kemudahan lain dan akan digunakan di kawasan hot spot di empat negeri, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Semoga dengan penyerahan motosikal berkenaan akan menyemarakkan lagi semangat anggota PDRM berkhidmat penuh cemerlang.

DUA PELAJAR TEKAP SETERIKA KE BADAN WARDEN DAN BAS TERBALIK PEMANDU MAUT TAPI SEMUA PENUMPANG SELAMAT

ADA sahabat saya mencadangkan kalaulah waktu boleh ditukar dan sejarah serta kejadian boleh dipadam, banyak benda di dalam dunia ini boleh bertukar dari cerita sedih kepada berita gembira. Dari kisah pilu menjadi berita lucu.

Dia memberi contoh. Berita dua pelajar ditekap dengan seterika oleh warden sehingga cedera mungkin lain jadinya kalau ia terbalik dan dipaparkan menerusi tajuk berita yang membawa maksud berbeza. Dia memberi contoh, kalaulah warden itu pula yang ditekap dengan seterika oleh pelajar berkenaan, tajuknya lebih kurang begini: "WARDEN CEDERA DITEKAP DENGAN SETERIKA OLEH DUA PELAJAR"

Begitu juga dia berharap kalau sejarah boleh dipadam, kejadian bas terbalik di Genting Sempah melibatkan pemandu tanpa lesen dan pemilik bas yang mempunyai 30 saman itu, bertukar tajuk begini: "NAHAS BAS: PEMANDU MAUT, 44 PENUMPANG SELAMAT"

Tapi sahabat saya berkata kemudian, segalanya telah berlaku. Takdir tak boleh diubah dan waktu tak boleh berputar semula. Manusia sahaja yang perlu beringat dan belajar dari pengalaman peristiwa yang berlaku.

SITI BALQIS DIMINTA JALANI RAWATAN KAUNSELING DAN PSIKIATRIK

Siti Balqis Mohd Noor, 22, yang menggemparkan masyarakat dengan cerita-cerita dibawa lari dan disorok jin akan dibantu oleh kerajaan negeri untuk menjalani rawatan psikiatrik dan kaunseling bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kemudahan Awam dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, berkata Siti dan ibunya boleh pada bila-bila masa menjalani rawatan itu dengan bantuan kerajaan negeri.

Beliau juga berkata, berdasarkan rekod perubatannya, Siti Balqis disahkan seorang pengidap thalassaemia dan kebiasaannya pengidap penyakit itu mudah tertekan dan mengalami ketidakstabilan di segi emosi.

Siti Balqis hilang kali terakhir dari rumahnya Ahad lalu dan menghubungi ibunya, Norizan Said mendakwa dia dilarikan jin ke Gunung Jerai di Kedah.

Bagaimanapun, semua itu hanyalah rekaan semata-mata apabila polis menemuinya di sebuah rumah sahabat penanya di Kuala Klawang Jelebu. Penemuan itu adalah hasil siasatan polis ke atas isyarat penghantaran SMS yang dilakukan Siti menerusi telefon bimbitnya.

Dia dikatakan keluar kira-kira jam 9 malam dari rumahnya dan terus menaiki bas dari Jertih menuju ke Shah Alam sebelum ke Seremban dan mengambil teksi untuk pergi ke rumah sahabat penanya di Kuala Klawang, Jelebu.

Bagaimanapun, menurut Norizan, anaknya itu kini terus berubah sikap menjadi pendiam dan bengis sejak dibawa pulang dari Jelebu. Norizan mendakwa perubahan itu mungkin berpunca daripada gangguan makhluk halus yang dihadapi anaknya selama ini dan laporan media.?????

GUNUNG MERAPI TIDUR HARI MINGGU

Tentera dan sukarelawan menjalankan gerakan mencari mangsa dari rumah ke rumah, di sekitar lereng Gunung Merapi. Awas bung...kalau-kalau gunung itu terjaga dari tidurnya dan terbatuk lagi. (pix:AP)
TIADA pergerakan luar biasa dilaporkan berlaku pada Gunung Merapi yang telah beberapa kali terbatuk dan memuntahkan debu volkanik sehingga mencecah ke bandaraya Yogyakarta.

Selepas usaha dilakukan mencari dari rumah ke rumah, pihak berkuasa mengesahkan lebih 60 terbunuh sejak gunung berapi itu meletus kali pertama Isnin lalu. Kini usaha mencari dan menyelamat giat diteruskan bagi mencari yang hilang, sementara gunung itu masih lena.

WARGA JERMAN HILANG DI TAMAN GURUN AUSTRALIA

Pelancong Jerman dilaporkan hilang di Kakadu National Park ini
SEORANG pelancong Jerman berusia 63 tahun, dilaporkan hilang selepas berjalan sendirian di Kakadu National Park, di Australia semalam menyebabkan isterinya bimbang kerana lelaki itu bersendirian tanpa membawa bekalan air di kawasan taman bersuhu tinggi, mencecah 38 celcius itu.

Polis Australia yang menjalankan gerakan mencari menggunakan jalan darat dah udara gagal menemuinya dan tidak menolak mangsa terbunuh kerana kawasan itu mempunyai kepanasan yang melampau.

ABANG IPAR TEOH BENG HOCK CEDERA DISERANG DI GUA MUSANG

Soh Chai cedera dalam insiden ini
ABANG ipar Teoh Beng Hock, bekas wartawan dan bekas pembantu politik seorang Exco Selangor yang terbunuh ketika dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, mendakwa dirinya diserang ketika cuba mendekati Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, di satu majlis di Gua Musang, Kelantan malam semalam.

Soh Cher Hai, mendakwa dia ditolak dengan kasar dipercayai oleh ahli MCA sehingga terjatuh, apabila timbalan menteri itu enggan menemuinya untuk menyatakan sesuatu.

Cher Hai membuat laporan di IPD Gua Musang.

KAU JANJI KAU AKAN BERUBAH...KAKAK SEDIH PERANGAI ADIK

SEORANG kakak 20 tahun yang sedih dengan sikap adik perempuannya yang berusia 16 tahun kerana masih tidak berubah, terbabit dalam gejala rempit, aktiviti tidak bermoral dan ponteng sekolah tidak mampu menahan kekecewaanya.

Dia dan ibunya datang ke IPK memberi pengajaran berguna untuk adiknya itu.

Ketia dia menampar adiknya sebanyak tujuh kali, terdengar si kakak yang amat kecewa berkata :"You janji you sudah berubah!

Si adik yang terlalu takut dengan pelajaran diberikan si kakak kemudian cuba bersalam meminta maaf, sebelum terdengar si kakak berkata lagi : "Kau jangan sentuh aku!"

Demikian babak kecewa seorang kakak. Kata-katanya hanyalah luahan kekecewaan itu, namun kita tahu jauh di sudut hatinya, dia amat menyayangi si adik agar dapat menjadi insan berguna.

Kepada adik-adik, hargailah kasih sayang kakak, abang, ibu bapa dan keluarga tercinta! Betapa pun pedih kata-kata terlontar, itulah hanya manifestasi betapa kecewanya mereka dengan sikap adik-adik yang mencalar imej keluarga.

GAMBAR PILIHAN: KAKAK TAMPAR ADIK DI IBU PEJABAT KONTINJEN POLIS

Terlampau geram...kakak berusia 20 tahun menampar tujuh kali adiknya yang sering memalukan keluarga. Dia ditampar di IPK Pulau Pinang, semalam selepas ditahan menjadi samseng jalanan.

SUNGAI BALUI DI BELAGA, SARAWAK HILANG!!

SUNGAI Balui di Belaga, Sarawak yang sejak sekian lama menjadi nadi pengangkutan utama 300 penduduk rumah panjang kaum Kayan, dilaporkan 'hilang' sebaik sahaja projek Stesyen Hidro Bakun memulakan kerja pengepaman airnya beberapa minggu lalu.

Sungai Balui telah kering kontang bak gurun Sahara (Wan Luhan)
Sungai itu kering kontang menyebabkan alat utama pengangkutan air seperti bot tidak lagi berfungsi. Akibatnya, penduduk berdepan kesukaran untuk menghantar anak ke sekolah, berurusan di bandar dan membeli belah di Bazar Belaga.

Sudahlah kemudahan jalan raya tiada, kini penduduk terbabit tertekan dan terpaksa membayar harga mahal dengan mendapatkan khidmat kenderaan sewa menggunakan laluan lori balak yang mengenakan caj sebanyak RM70 seorang bagi perjalanan sejauh 30 kilometer!

Kasihanilah mereka. Penduduk terbabit adalah warganegara Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan sejak 53 tahun lalu. Inikah manisnya kemerdekaan yang dapat mereka kunyah? Aduhhhh. (Ehsan Wan Luhan -SUD)

KAKAK TAMPAR ADIK TUJUH KALI

Kakak bagi pengajaran...tujuh das tamparan ke muka adik
SEORANG kakak tidak dapat menahan marah apabila adik perempuannya yang di bawah umur sering sahaja menimbulkan masalah kepada keluarga mereka. Dan semalam kemuncak hilang sabarnya, dia menampar adiknya itu sebanyak tujuh kali.

Kakak berusia 20 tahun itu menampar adiknya di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Pulau Pinang sebanyak tujuh kali sambil diperhatikan ibunya. Mereka datang ke IPK selepas mengetahui remaja bawah umur itu ditahan kerana terbabit dalam samseng jalanan.

Difahamkan, remaja terbabit sering ponteng sekolah dan selalu pula terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Semalam dia ditahan dalam operasi di Jalan Bukit Gambir.

Seramai 122 samseng jalanan termasuk enam di bawah umur ditahan.  Mereka diarah menyorong motosikal sejauh 15 kilometer ke IPK.

LAMA TUNGGU..BARU DAPAT. KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA

KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA (pix:MStar)

ALAHAI ROZITA CHE WAN

Rozita Che Wan..wow..wow..wow
I PREFER TO BE SILENT..wow..wow.. itu kata Rozita yang dipetik Harian Metro.
Tentang hubungannya dengan Shah, jejaka Singapura Rozita hanya geleng-geleng, angguk-angguk. Katanya dia tak terdesak...itu aje. Tapi jejaka Malaya cubalah tanya, ketuk pintunya...ada ruang kosong dengar khabarnya. Selamat!

GAMBAR DUA BERADIK DITEKAP SETERIKA OLEH WARDEN

Muhamad Al Hakim (kanan) menunjukkan kesan lekap seterika panas di lengan adiknya Muhamad Fairuz, serta laporan polis dibuat. Bertuah punnya warden...cuba anak kau sendiri dicopmohorkan dengan seterika tu....(Pix:Harian Metro)
MUHAMAD Al-Hakim Mat Nawi, 16 dan adiknya Muhamad Fairuz melalui pengalaman ngeri apabila diseterika oleh warden asrama sebagai cara untuk mengejutkan mereka bangun dari tidur, kira-kira jam 6.15 12 Oktober lalu.

Mereka juga tidak menyangka warden berkenaan sanggup bertindak membelakangkan akal dan kemanusiaan sehingga menggunakan seterika sebagai alat bahan bantu untuk mendidik mereka. Kedua-duanya adalah pelajar sebuah sekolah agama di Pasir Mas, Kelantan.

Ibu mereka, Siti Fatimah Mat Yusof, 52, berkata beliau mengetahui kejadian itu apabila rakan anaknya menghantar Muhamad Fairuz, 14, pulang ke rumah.

Saturday, October 30, 2010

KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA

KELANTAN berjaya menebus kekalahannya kepada Negeri Sembilan tahun lalu, apabila membenam juara bertahan itu dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil yang baru sahaja berakhir.

Walaupun Negeri Sembilan membuka gol pendahuluan pada separuh masa pertama, namun jentera serangan Kelantan diperkemaskan pada separuh masa kedua sehingga berjaya menjaringkan dua gol menerusi gerakan cantik.

Tahniah Kelantan.

AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS: PERTEMUAN DUA BERADIK KOREA UTARA DAN KOREA SELATAN

KIM HO DAE yang tinggal di Korea Selatan menitiskan air matanya apabila dipertemukan dengan saudara kandung perempuannya, Kim Ho Sook (kanan) yang kini warga Korea Utara. Mereka terpisah sekian lama dan dipertemukan pada satu majlis petang tadi.

Air dicincang tak akan putus! Benar!

SEPARUH MASA PERTAMA: NEGERI LANCARKAN SERANGAN BERBAHAYA, DAHULUI 1-0

SEPARUH masa pertama, pasukan Negeri Sembilan berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Kelantan menerusi beberapa gerakan menarik.

Dengan gerakan cantik dan teratur, serangan Negeri Sembilan yang banyak digerakkan oleh Gunalan dan Ching Hong Aik beberapa kali memaksa penjaga gol Kelantan bekerja keras menyelamatkan pintu gawangnya.

Negeri Sembilan memperolehi gol pendahuluan apabila dihadiahkan penalti oleh pengadil. Shamsurain tidak menghampakan. Tendangan cantiknya walaupun diarah mengulangi sepakan selepas sepakan pertama dibatalkan, berjaya memperdayakan penjaga gol Kelantan.

Separuh masa pertama, Negeri Sembilan mendahului Kelantan 1-0.

PERAHU HANTAR BANTUAN MANGSA TSUNAMI TERBALIK

SEBUAH bot laju terbalik di Saumanganyah,, Pagai Utara petang tadi ketika dalam perjalanan menghantar barangan makanan kepada mangsa Tsunami di Pulau Mentawai.

Seorang daripada enam petugas yang menaiki bot itu pengsan apabila bot berkenaan dipukul ombak besar. Bagaimanapun, semuanya dapat diselamatkan.

ADA LESEN "L" PUN DAH MATI 13 TAHUN LALU.

Menteri Pengangkutan kata pemandu yang bawa bas sehingga mengorbankan tujuh penumpang semalam, S Muthumani tidak pernah ada lesen kecuali lesen L. Lesen L itu pun telah lama mati.

Untuk pengetahuan, lesen L atau LDL bermakna Learner Driving Licence. Bagi pemegang lesen L katogeri B atau motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal dengan syarat penting menampal L pada bahagian depan dan belakang motosikal mereka. Syarat utama lain ialah, mereka tidak dibenarkan untuk membawa pembonceng!

Bagi lesen L kelas D atau kereta, pemegang lesen itu sama sekali tidak layak berbuat seperti pemegang lesen L kelas motosikal. Dia tidak boleh memandu kereta dan menampal pelekat L di depan atau belakang kereta. Dia juga tidak boleh memandu kereta walaupun ada orang di sebelah yang telah lama memiliki lesen penuh atau lebih CDL (Competent Driving Licence).

Pemegang lesen L kelas kereta hanya boleh memegang stereng dan memandu kereta dengan syarat menggunakan kereta sekolah memandu atau institut memandu yang sah, dengan syarat ada pengajar di sebelahnya yang mesti pula memiliki Sijil Pengajar Instiut Memandu (SPIM) yang sah.

Dalam kes S Muthumani ini, kita yakin dulu dia hanya memiliki lesen L kelas D. Maknanya, usahkan bas, kereta pun dia tidak boleh memandu bersandarkan lesen L itu! Persoalannya, bagaimana pemilik bas begitu mudah memberinya memandu bas dan membawa ramai penumpang untuk perjalanan yang jauh pula. Pandai memandu kenderaan, bukan bermakna dia boleh memandu dengan selamat dan berhemah sebab terlalu banyak hal-hal berkaitan undang-undang jalan raya dan peraturan berada di jalan raya yang perlu difahami yang hanya akan diketahui apabila dia telah sempurna mempelajari kaedah dan tata cara pemanduan yang betul daripada pengajar yang berkelayakan.

Untuk pengetahuan umum, beribu pemandu yang sama seperti S Muthusamy berada di jalan raya kita sekarang sebab tinjauan rambang mengenainya pernah dilakukan sebelum ini. Kebanyakannya adalah pemandu kenderaan berat seperti lori dan bas! Mereka hanya ada lesen kereta, tetapi memandu kenderaan yang lebih besar daripada itu.

Salah pemandu sudah pasti, tapi salah JPJ ialah lemah di segi penguatkuasaan!

RATUSAN PEMINAT ARIEL SERBU RUMAH TAHANAN KEBON BARU

Fanatik tak bertempat...sebahagian peminat Ariel menyerbu perkarangan Rumah Tahanan Kebon Baru, sambil ada di antaranya membawa sepanduk menuntut dia dibebaskan?????
RATUSAN peminat fanatik Ariel, penyanyi kumpulan Peterpan yang kini ditahan, menyerbu perkarangan Rumah Tahanan Kebon Baru, Bandung hari ini sambil membawa sepanduk berbunyi "Bebaskan Ariel, Tegakkan Keadilan" dan "Free Ariel"

Ternyata peminat buta hati itu belum reti apa sebenarnya yang telah berlaku dalam video yang tersebar sebelum ini, membabitkan hubungan seks Ariel dengan Luna Maya dan Cut Tari.

Malah lebih 100 peminat yang lain dikatakann turut mengunjungi kediaman kekasih Ariel, Luna Maya bagi menyatakan sokongan.

Ariel ditahan di Rumah Tahanan Kebon Baru, Bandung sejak 19 hari lalu sementara menanti kesnya dibicarakan di mahkamah Bandung.

S MUTHUMANI, PEMANDU BAS DIREMAN EMPAT HARI

S MUTHUMANI, 40, pemandu bas yang terbabit dalam nahas di Genting Sempah sehingga mengorbankan tujuh penumpangnya semalam, ditahan reman selama empat hari.

Dia yang patah kaki, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sambil dikawal anggota polis dan tiada pelawat dibenarkan menemuinya.

Muthumani disahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JJ) dan polis trafik tidak mempunyai lesen memandu, tetapi telah membawa begitu jauh 44 penumpang menaiki bas 'maut' dari Kedah ke Lembah Klang. Dia juga dipercayai membawa laju bas berkenaan sehingga tidak mampu dikawal lalu terbabas.

KELANTAN TOP: PARAH NEGERI SEMBILAN KALAU TAK BETUL

BERTANYA dari mulut ke mulut sudah, beremel sudah. Tadi cuba-cuba hantar empat lima sms kepada kawan-kawan minta pandangan kalau-kalau ada harapan Negeri Sembilan menang malam ini.

Aduhh!!!Sembilan puluh peratus kata Negeri Sembilan kalah. Ciss. Haji Mansor kata, walaupun dia sokong Negeri Sembilan, dia terpaksa berpijak di bumi nyata yang pasukan Kelantan tahun ini bertambah mantap! Dr Izudin kata, kalau padang macam sawah malam ini, Negeri Sembilan boleh menang, tapi kalau tak hujan, padang kering...parah.

Rahim UiTM pula mesej begini: "Jalan-jalan bawa galah, Negeri Sembilan kalah!" . Rosman pun lebih kurang sama. SMS dia berbunyi macam ini: "Aku ingat Negeri Sembilan susah kali ni..."

Budak-budak pusing kanan pusing kiri, tetap cakap negeri abah dia menang. Dah diberitahu, ramai cakap Kelantan menang, dia orang tak percaya. Kuat betul semangat negeri dia orang.

Dan terakhir tanya pula pada Jasni Shafie (tak tahulah dia mengulas ke tidak malam ni). Walaupun saya tahu dia sokong negeri dia, Kedah tapi Kedah telah kalah. Harapan moga-moga dia memberi semangat juga, tapi hampa.

Dengan penuh harap saya pun hantar SMS: "Kau pilih sape menang malam ni?"

SMS Jasni jawab ringkas. Begini: "Mestilah Kelantan hahaha"

Entahlah. Dalam hati goyang juga, tapi tak lari beb. Negeri Sembilan menang! Menang 3-2. Hehehe.

CERITA DULU-DULU: SUSAH SANGAT NAK AMBIL GAMBAR, JURUGAMBAR SIMPAN KAMERA DALAM MANGKUK TINGKAT

KISAH pihak berkuasa hospital liat sangat  membenarkan jurugambar akhbar merakam gambar dalam hospital bukan cerita pelik, tapi dalam pelik itu kadang-kala timbul rasa menyampah dan meluat di kalangan jurugambar. Apatah lagi kalau tugasan mengambil gambar itu melibatkan pesakit dari kalangan VIP atau pesakit yang menjadi buruan media. Dalam makna lain, tugasan yang penting!

Diceritakan satu masa dulu, seorang jurugambar media letih dan loya meminta kebenaran untuk mengambil gambar seorang mangsa kebakaran yang melecur akibat dibakar oleh bapa sendiri. Minta kebenaran tak boleh, minta kebenaran tak boleh. Sedangkan pesakit sendiri tak banyak kerenah, tak kisah gambarnya dirakamkan.

Kedatangan jurugambar ini pula sentiasa diperhatikan oleh kakitangan hospital kerana dia kerap sangat datang meminta kebenaran. Malah pegawai atasannya juga selalu mengingatkan agar jangan beri kebenaran jurugambar mengambil gambar.

Maka timbul idea untuk menipu dalam kepala jurugambar itu! Satu hari dia buat kerja lawak. Dia simpan kameranya dalam mangkuk tingkat! Bila tiba di pintu masuk, kakitangan yang mengenalinya pun bertanya. "Hai...hari ini encik tak bekerja?"

Kakitangan itu bertanya kerana melihat jurugambar itu tidak membawa kamera sebaliknya hanya menjinjit mangkuk tingkat. Dijawap jurugambar itu: "Nak kerja macam mana, gambar tak boleh ambil. Hari ini nak hantar makan kat anak buah kat atas" Dia menjawap separuh menyindir.

Kakitangan hospital itu punyalah senyum, sampai ke telinga. Dalam hatinya mungkin berkata begini: "Padan muka engkau tak boleh ambik gambar!"

Jurugambar itu buat muka selamba macam kelawar kena jaring. Dia terus naik ke tingkat lapan. Dan menunggu masa sesuai, iaitu apabila tiada jururawat dan doktor, dia pun membuka mangkuk tingkat dibawanya. Nah engkau...sebeban gambar dirakamnya. Habis semua aksi pesakit dan keluarganya dapat dirakam. Yang menonggeng, mengiring, menenggek...semua ada aksinya.

Tak sampai 10 minit dia pun bersalaman dengan pesakit dan ahli keluarganya. Jurugambar itu turun dan ketika melintasi kakitangan hospital yang mengenalinya, jurugambar itu perasan kakitangan berkenaan masih tersenyum-senyum menyindir. Dia buat tak tahu.

Tapi esoknya, jurugambar itu lepas geram dan dendamnya habis-habis. Dia duduk di tempat menunggu pesakit, betul-betul di depan kakitangan yang menjaga pintu masuk. Dibukanya akhbar luas-luas yang jelas terpampang gambar pesakit di muka depan.

Mencanak kakitangan hospital itu dengan muka masam dan muncung bak todak, bertanya. "Bila masa encik ambil gambar ni?" katanya macam mahu mengoyakkan sahaja surat khabar yang dibaca jurugambar itu.

Nak tahu apa jawapan jurugambar berkenaan? Begini: "Entahlah...saya tak kerja semalam. Awak tengokkan saya tak bawa kamera pun semalam. Ini mesti ada orang halus punya kerja ni!" Perlahan-lahan dia angkat kaki. Sempurnalah kerjanya untuk melepas geram pada hari itu. Susah sangat! Nak kena tipu baru boleh!

DUA LELAKI JUAL TIKET PALSU FINAL PIALA MALAYSIA KENA TANGKAP

DUA lelaki, berusia 57 dan 46 tahun, diberkas polis kerana cuba menjual tiket palsu perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Kelantan yang akan berlangsung malam ini.

Tangkapan itu dilakukan malam semalam ekoran maklumat yang diterima daripada orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Zahruddin Abdullah, berkata tangkapan pertama membabitkan lelaki berusia 57 tahun kira-kira jam 7.30 malam di Rantau Panjang. Polis turut merampas sekeping tiket palsu daripada lelaki itu.

Suspek kemudian dibawa menemui seorang lagi lelaki, dipercayai rakannya. Bersama lelaki kedua itu, polis merampas pula 392 keping tiket palsu berharga RM30 setiap satu.

Menurut Zahruddin, kedua-dua lelaki terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Nampaknya malam ini ketika ramai pergi ke Stadium Bukit Jalil, mereka berdua akan merengkok di dalam rumah pasung! Kalau ada TV kat dalam lokap tu bolehlah tengok sama-sama dengan OKT lain kan...kan..kan..

Cerdik punya orang. Dia orang ni kalau main bola dan menang elok bagi piala palsu aje!

LELAKI SETUBUHI KELDAI DIBUNUH PEMILIK HAIWAN ITU

INI cerita fasal lelaki lagi. Fasal lelaki yang semakin ramai bertukar jiwanya menjadi binatang!

Buktinya ada pada Jaime Pires, 68, penduduk Portugal yang tinggal di bandar Proenca a-Velha yang suka sangat menyetubuhi haiwan ternakan seperti bebiri, keldai dan kuda.

Pantang dilihatnya bebiri atau keldai atau kuda melintas di depannya, nafsu seksnya menggelegak tidak mampu dibendung-bendung. Sehinggakan jiran-jiran terdekatnya yang jijik dan marah dengan perangai songsangnya itu menggelarkannya "Pires Bebiri"

Tidak lama dulu dia telah keluar daripada tempat kelahirannya itu selepas diugut dan dimarahi penduduk kerana amat geram dengan perangainya yang suka membidik haiwan ternakan. Telah banyak haiwan ternakan jiran-jiran menjadi mangsa. Bimbang jiran-jirannya bertindak keras, dia membawa diri ke tempat lain.

Bagaimanapun, Pires dikatakan kembali semula ke bandar asalnya tidak lama dulu. Entah macam mana, dugaan dan godaan datang lagi. Seekor keldai betina dipanggil Russo, milik seorang penternak, Jose Gomes Pinto, 55, tiba-tiba sahaja melintas di depannya.

Apa lagi! Nafsu Pires terangsang lalu ditariknya keldai itu ke kandang dan di situ dia terus membidik haiwan berkenaan. Bagaimanapun, Russo terserempak perbuatan Pires ke atas keldainya itu dan terus bertindak ganas membunuh lelaki tua, bernafsu kuda itu!

Baru-baru ini, Pinto dihadapkan ke mahkamah kerana membunuh Pires si gembala nafsu itu. Di mahkamah, ramai penduduk bandar berkenaan datang membuat pengakuan bahawa mereka setuju dengan tindakan Pinto membunuh Pires kerana tingkah laku lelaki tua itu telah keterlaluan.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Proenca a-Velha berkata dia sedih dengan pembunuhan yang berlaku, tetapi bila mengenang sikap Pires yang suka menyetubuhi haiwan betina, dia jadi pening! (The Sun 29 Okt)

PEMANDU BAS NAHAS BAWA LAJU DAN TIADA LESEN MEMANDU

JAUH perjalanan dia membawa nyawa 44 orang menggunakan sebuah bas. Namun tiada seorang pun tahu, rupannya pemandu bas yang terbabit nahas mengakibatkan tujuh terbunuh di Genting Sempah, semalam tidak memiliki lesen memandu!

Sudahlah tidak memiliki lesen memandu, dia juga dikatakan membawa laju bas berkenaan sehingga gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, mengesahkan pemandu yang kini patah kaki dan masih dirawat itu, tidak memiliki lesen.

Katanya, ketika ditanya polis sejurus selepas kemalangan, pemandu itu memberitahu dia mempunyai lesen. Bagaimanapun, selepas polis membuat semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), terbukti dia tidak mempunyai lesen!

Begitu jauh perjalanannya dari Kedah ke Genting Highland, membawa 44 penumpang tanpa lesen! Cisss.

Menurut Che Hussin pemandu terbabit ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mengikut Seksyen 41 (1) akta berkenaan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tapi nasi dah jadi bubur. Orang tak ada lesen boleh dibenarkan membawa bas. Bapak siapalah yang punya bas tu?

EMPAT CEDERA: PENGUNJUNG PUB DISERANG KUMPULAN SAMSENG

Mereka cedera apabila diserang sewaktu memasuki pub di Kuching.
HASRAT sekumpulan enam lelaki mengunjungi sebuah pub di Kuching untuk berhibur, bertukar tragedi apabila mereka diserang oleh sekumpulan samseng yang mendakwa kakitangan pub berkenaan.

Empat daripada mereka cedera dalam serangan itu, manakala dua yang lain berjaya melarikan diri. Dua di antara yang cedera berusia 24 dan 26 tahun memberitahu mereka berasal dari Sri Aman, tetapi telah bekerja di Kuching.

Difahamkan, kumpulan enam rakan itu ditanya oleh seorang lelaki mengenai seseorang ketika mereka masuk ke pub itu. Bagaimanapun, mangsa mendakwa mereka tidak mengenali lelaki yang dimaksudkan suspek.

Bagaimanapun, jawapan itu tidak memuaskan hati penyerang lalu lelaki itu bersama 10 yang lain bertindak menyerang keenam-enam mangsa menggunakan batang besi dan objek tumpul.

Mereka yang diserang kemudian berjaya melarikan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.(SUD)

BUAT AJE NAK RAKAM...BUAT AJE NAK RAKAM. MANA BOLEH TAHAN!

BUAT aje nak rakam. Buat aje nak rakam! Mana boleh tahan, keluh seorang isteri terhadap perangai tak semenggah suaminya yang sentiasa mahu merakamkan hubungan seks mereka sejak berkahwin empat tahun lalu.

Isteri malang bersuamikan lelaki bernafsu badak itu, adalah warga China manakala suaminya pula warga Singapura dan mereka berkahwin di China, selepas bertemu jodoh menerusi sebuah agensi pencari jodoh.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Lin, 42, mendakwa suaminya yang berusia 58 tahun itu juga masih gagah membajak bendang walaupun usianya telah menghampiri minit-minit akhir separuh masa kedua permainan.

"Setiap hari dia mesti mintak dan nak. Mesti nak dan kadang kala dalam sehari dua kali dia mahu!" keluh wanita itu. Malah katanya, perangai paling buruk yang dianuti oleh suaminya itu ialah kegemarannya merakam hubungan seks mereka berdua menggunakan kamera dan perakam video.

Selepas hubungan itu dirakamkan, suaminya akan memasukkan semua gambar dan rakaman video itu ke dalam komputer dan ditontonnya sehari-harian.

Tidak tertahan dengan nafsu badak dan perangai tak semenggah suaminya itu, malam Isnin lalu ketika dia diajak bersama dengan suaminya itu Lin memberanikan diri membantah. Namun suaminya naik berang. Sudahlah air sentiasa di kepala, anginnya juga naik mencadak dan mengugut mahu mencederakan Lin.

Kisah Lin yang derita dalam perkahwinan bak dalam zoo haiwan ini diceritakan di dalam media Singapura. Malah mengejutkan juga, Lin memang menyesal kerana pada hari mereka mendaftarkan perkahwinan dulu, baru dia tahu rupanya suaminya itu telah mempunyai tiga isteri yang lain!

Ini lelaki jenis badak sumbu berasap hari-hari!

POLIS TAHAN PEMANDU BAS NAHAS DI GENTING SEMPAH

POLIS menahan pemandu bas yang terbabit dalam satu kemalangan maut yang membunuh tujuh penumpang di Genting Sempah, petang semalam untuk didakwa mengikut Seksyen 41 Akta Jalan 1987.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata pemandu berusia 40-an itu bagaimanapun masih dirawat di hospital kerana patah kaki.

Berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan bas itu dipandu melebihi had laju sebelum gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh penghadang jalan selepas terowong.

Sementara itu, semua jenazah yang meninggal dalam nahas semalam akan dikebumikan di Kampung Baru Siong, Baling, Kedah hari ini.

PROFIL KETUA POLIS NEGERI YANG BARU

SAC Datuk Hamza Taib. Lahir pada 14 Mac 1956 di Jasin, Melaka. Mula berkhidmat pada 16 November 1975.  Memiliki Diploma Undang-Undang Syariah dan LLB (Hons) UIA. KINI KETUA POLIS SARAWAK
SAC Datuk Ahmad Ibraham. Lahir pada 1 Oktober 1954 di Melaka Tengah, Melaka. Mula berkhidmat 1 Januari 1976. Memiliki Diploma Pengajian Strategi dan Keselamatan dan Sarjana Muda Sains Politik UKM dan Sarjana Psikologi Kaunseling UKM. KINI KETUA POLIS KEDAH
SAC Datuk Sharifudin Abdul Ghani. Lahir pada 27 April 1957 di Kuala Terengganu. Mula berkhidmat 15 Jun 1976. Memiliki Diploma Sains Kepolisan dan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia. KINI KETUA POLIS PAHANG
DCP DATUK Zulkifli Abdullah. Lahir pada 27 Disember 1960 di Johor Bahru, Johor. Mula berkhidmat 8 Januari 1984. Memiliki Sarjana Muda Sains (Mathematik), Sarjana Pentadbiran Perniagaan.KINI KETUA POLIS KUALA LUMPUR
SAC Datuk Tun Hisan Hamzah. Lahir pada 10 Januari 1959 di Georgetown, Pulau Pinang. Mula berkhidmat 1 Oktober 1977. Memiliki Diploma Sains Kepolisan, Ijazah Sarjana Sains Sosial UKM. Kini KETUA POLIS SELANGOR

USAHA SEMBUNYIKAN KEDATANGAN BINTANG PORNO JEPUN KE INDONESIA GAGAL

BERKALI-kali penerbit filem "Menculik Miyabi" menafikan bahawa pihaknya ada menjemput bintang filem porno Jepun, Maria Ozawa atau dikenali sebagai Miyabi datang ke Indonesia untuk membawa watak penting dalam filem berkenaan.

Jeng..jeng..jeng..mana mahu sorok ha? Gambar pelakon porno terkenal Jepun, Miyabi berjaya dirakamkan di Indonesia walaupun penerbit filem "Menculik Miyabi" menafikannya. Bangkai tak boleh sorok weyy..
Malah penerbitnya, Ody Mulya Hidayat, turut memberitahu Kompas.Com konon beliau sendiri tidak mahu pelakon porno itu datang ke negara itu seperti dilakukan oleh pelakon porno Amerika Syarikat Tettra Pattrick beberapa bulan lalu.


Namun semua itu hanyalah wayang Ody yang tidak menjadi. Hakikatnya dia berbohong dan gambar Miyabi yang berada di lokasi penggambaran juga berjaya diperolehi. Ini menyebabkan penerbit filem itu semakin risau, bimbang kehadiran Miyabi mendapat tentangan kuat di Indonesia.

SUSULAN NAHAS NGERI GENTING SEMPAH

KESEMUA 44 penumpang bas yang terbabit dalam nahas di Genting Sempah semalam, adalah belia dan pelajar daripada beberapa kampung di Baling yang dipelawa oleh seorang ustaz untuk menyertai lawatan ke bebarapa tempat di sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun, ustaz berkenaan, Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, terbunuh bersama enam yang lain. Menurut seorang penumpang terselamat, Mohd Zairul Hafizad Fadzil 15, mereka membayar RM50 untuk menyertaii lawatan itu.

Kemalangan itu katanya berlaku ketika mereka bertolak dari Genting untuk menginap di sebuah homestay di Kampung Melayu Subang.

Menurut Mohd Zairul lagi, mengikut rancangan mereka akan menginap di Kampung Melayu Subang, selepas lawatan di Genting sebelum keesokannya dibawa melawat Kuala Lumpur sebelum bertolak semula ke Kedah.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan berkata, dua yang cedera parah masih dirawat di Hospital Selayang. Kedua-duanya ialah Muhamad Fais Nasharuddin, 18 dan Ahmad Iswal Abdul Halim, 15. Kedua-duanya kritikal.

Sehingga kini, 17 dilaporkan cedera parah dan dirawat di Hospital Selayang.

SITI BALQIS MULA JADI PEMBENGIS

SEBAIK sahaja dibawa pulang dari Jelebu selepas memperdaya orang ramai kononnya dia dibawa jin ke Gunung Jerai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, mula berubah sikap menjadi pembengis.

Dia juga enggan makan dan asyik mengurungkan dirinya di dalam bilik yang dihiasi kain kuning serta mempunyai haruman yang amat wangi.

Perubahan sikap Siti Balqis itu didedahkan ibunya, Norizan Said. Katanya, budak itu tidak mahu makan sejak dibawa pulang dari Jelebu.

Bawa-bawalah dia berjumpa pakar psikiatrik sebab dia sakit dan memerlukan rawatan.

GUNUNG MERAPI TAK HENTI-HENTI TERBATUK. SUBUH TADI MELETUS LAGI

GUNUNG merapi yang telah meletus dua kali, terus terbatuk lagi awal subuh tadi. Kira-kira jam 2 pagi waktu Malaysia, gunung itu memuntahkan debu panasnya menjulag ke udara.

Gunung Merapi batuk lagi buat kali ketiga jam 2 pagi tadi waktu Malaysia
Menurut Andi Atief, Pegawai Khas Presiden Susilo Bambang Yudoyhono, debu yang diakibatkan oleh letusan gunung itu pergi sejauh 19 kilometer sehingga ke Jalan Kaliurang, di Yogyakarta.

Dalam akaun twitternya Andi mmberitahu, batuk-batuk kecil masih kedengaran, manakala tiada korban dicatatkan.

INILAH BARISAN BAKAL JUARA PIALA MALAYSIA

BAKAL JUARA PIALA MALAYSIA. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

PENONTON DIREMPUH KERETA RALI

DUA penonton, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki cedera parah dirempuh seuah kereta Proton Satria yang terbabas dalam dalam ujian catatan masa pusingan ketiga Kejohanan Rali Malaysia di Pangkalan Rawi, Tasik Kenyir, semalam.

Kejadian jam 4.30 petang itu berlaku ketika kejohanan sedang rancak berlangsung. Fatimah Sulaiman, 54, dan Mohd Faiz Aiman Shamsuddin, 8, ketika itu sedang asyik menonton apabila kereta dipandu Faidzal Alang gagal dikawal lalu terbabas.

Kedua-duanya yang cedera dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu. Bagaimanapun, Faidzal dan juru pandu arahnya, Hazwan Fauzi tidak cedera.

Kejohanan Rali itu membabitkan penyertaan 19 pelumba termasuk dari Jepun, Malaysia, dan India dan majlis pelepasan peserta dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat pada jam 3 petang.(HM)

ORANG TAK PEDULI PILIHANRAYA. ORANG NAK TENGOK BOLA PIALA MALAYSIA

ENGKAU kempen apa sekalipun. Engkau nak merepek sampai berbuih mulut sekalipun, orang dah dah tak peduli. Enjin kereta, enjin bas dan enjin bas semua dah dihidupkan. Selamat tinggal Galas!

Kami nak pergi ke Stadium Bukit Jalil. Pertarungan malam ini lebih penting dari pertarungan di Galas. Kami nak tengok Kelantan menang. Kami nak tengok Kelantan menjulang juara Piala Malaysia. Kami nak tengok The Red Warriors melapah daging rusa di tengah padang Stadium Bukit Jalil, malam ini.

Nampak ni? Sepanduk tertulis: "Permainan Tercantik, Penyokong Terbaik"!!

Di Negeri Sembilan pula, lain ceghito eh. Kobau, lombu dan sumo segalo binatang hewan dah kono tambek kek kandang. Kau makanlah sendighi yo. Kami nak poi stadium Bukit Jalil. Malam ni ghuso nak melompek kek padang. Malam ni kami nak tengok ghuso menjulang pialo kek tandok eh. Pialo tu kito punyo tahun dulu. Kito nak potahankanlah malam ni.

Sumo pemain jangan buek malu yo. Penyokong pun jangan buek bondo-bondo tak semonggah.Kau bawak mocun, den baling ngan bom!

Malam ini Jasni Shafie akan saksikan pertarungan paling klasik dan paling asyik kemuncak Piala Malaysia yang akan dipamerkan oleh Negeri Sembilan dan Kelantan. Ramalannya Negeri Sembilan menang 3-2. 

GAMBAR PUTING BELIUNG LANDA MATA AIR, JEJAWI PERLIS.

PUTING beliung melanda pekan Mata Air, di Jejawi Perlis kelmarin menyebakan kerosakan termasuk beberapa papan tanda diterbangkan.

ANUGERAH BAPA SEGALA BINATANG JATUH KEPADA BAPA YANG MEROGOL ANAK SELAMA TUJUH TAHUN!!!

RASMILAH pengumuman tentang Raja Segala Binatang, apabila seorang ayah, 30-an diistyiharkan pemenangnya selepas berjaya mencabul dan merogol anak dari darah daging sendiri selama tujuh tahun, sejak mangsa berusia tujuh tahun.

Kamisah menunjukkan laporan polis dibuat ke atas Raja Segala Binatang (Gambar Harian Metro)
Perbuatan raja segala binatang itu didedahkan mangsa kepada ibu saudaranya, Kamisah Jamal, 31, yang terus membuat laporan polis kerana terlalu marah dengan tragedi haruan makan anak itu.

Menurut Kamisah dia mahu polis menangkap bapa mangsa bagi mengelakkan mangsa dan seorang adik perempuannya menjadi mangsa.

Kamisah mengakui, bapa mangsa adalah abangnya sendiri, tetapi dalam keadaan ini dia rela abangnya itu dihukum kerana telah merosakkan masa depan anak sendiri. Difahamkan, suspek seorang penagih dadah dan melakukan perbuatan cabul sejak mangsa berusia tujuh tahun.

Raja Binatang itu dikatakan mula memainkan jari pada alat sulit anaknya ketika anaknya itu berusia tujuh tahun dan hanya mula menyentuh tubuhnya dua tahun selepas itu. Keadaan itu berlarutan sehingga kini menyebabkan mangsa pernah cuba membunuh dri kerana trauma.

Paling menghairankan Kamisah ialah sikap isteri Raja Binatang itu yang mahu dia menarik balik laporan polis kerana bimbang suaminya itu ditangkap.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Rawang, manakala pemeriksaan perubatan dilakukan di Hospital Selayang. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan ada menerima laporan daripada ibu sadara mangsa.

UPDATE KEMALANGAN BAS DI GENTING SEMPAH: 7 mati, 38 cedera, 20 parah

7 MAUT, 38 CEDERA, 20 daripadanya parah apabila sebuah bas membawa 44 penumpang terdiri daripada Belia 4B Kampung Siong, Baling, Kedah terbalik sebelum terowong Genting Sempah, berdekatan Genting, jam 7.15 petang semalam.

Jumlah terbunuh sehingga malam tadi ialah enam orang, tetapi bertambah apabila seorang lagi mati ketika dihantar ke hospital.

Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, selain tujuh maut, 38 yang lain cedera termasuk 20 cedera parah dan kini berada di beberapa hospital termasuk Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

Kesemua mereka yang terbabit dalam nahas itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari bercuti di Genting Highlands dan berusia di bawah 20 tahun.

LAGI GAMBAR KEMALANGAN GENTING SEMPAH

NAHAS bas Genting Sempah (HM-Lukman Hakim)

SUSULAN TSUNAMI: BUDAK 4 TAHUN TERAPUNG DI LAUT 4 HARI, SELAMAT.

Mangsa tsunami yang sebahagiannya kehilangan orang tersayang (tempo)
SEORANG budak lelaki, Andripal Samaloisa, empat tahun menjalani hidup penuh keajaiban apabila terapung selama empat hari di lautan apabila menjadi antara ratusan mangsa Tsunami di kepulauan Mentawai.

Ahli DPR Mentawai, Jan Winnen Sipayung, berkata budak itu yang ditemui Khamis lalu, terpisah dari neneknya dan hanyut di lautan dengan hanya berpaut pada sekeping polistren bersama sebiji durian. Budak itu bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan kecuali luka kecil.

Sebelum tragedi, budak itu tinggal bersama neneknya di sebuah kampung di Pagai Utara.

Friday, October 29, 2010

GAMBAR KEMALANGAN MAUT BAS DI GENTING SEMPAH

ANGGOTA pasukan penyelamat membawa barangan mangsa yang terbabit dalam kemalangan bas di Genting Sempah. Enam disahkan terbunuh dalam kemalangan ini. (Bernama)

SENARAI KORBAN BAS DI GENTING SEMPAH TADI

TAKZIAH kepada semua keluarga mereka yang terkorban dalam nahas bas terjunam di Genting Sempah

MOHAMAD KHAIRY MOHAMAD MARZUKI - 14 TAHUN

MOHD AMIRUL MUHAMAT ISA - 13 TAHUN

MOHD FIRDAUS ROSEDI - 16 TAHUN

MOHAMMAD YUSSOF A.AKHIT - 16 TAHUN

MOHD RIDZUAN HUSIN - 17 TAHUN

MOHD FAHMI ABDUL MUSTAFA - 17 TAHUN

ENAM TERBUNUH, 24 CEDERA NAHAS GENTING

KETUA Trafik Daerah Bentong, Cif Inspektor Nor Bulian mengesahkan enam terbunuh dan 24 cedera sehingga kini dalam kemalangan membabitkan sebuah bas pesiaran di Genting yang berlaku jam 7.45 petang tadi.

Seramai 44  penumpang yang menaiki bas berkenaan dikatakan kumpulan Pemuda Belia 4B, Kampung Siong, Kedah.

KERAJAAN MAGRIBI ARAH AL-JAZEERA HENTIKAN OPERASI

KERAJAAN Magribi hari ini dengan serta merta mengarahkan siaran TV satelit Al-Jazeera menghentikan operasi dan bertindak membatalkan semua akreditasi ke atas kakitangan stesyen televisyen itu atas alasan ia melanggar beberapa peraturan yang dikenakan oleh negara itu.

Ketua Biro Al-Jazeera di Rabat, AbdulKader Kharoubi, pula berkata pihaknya telah mematuhi semua peraturan tetapi percaya ada pihak lain terbabit di sebalik tindakan kerajaan Magribi itu.(AFP)

UPDATE: PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT HADAPI KESUKARAN SELAMATKAN MANGSA KEMALANGAN GENTING

CUACA gelap dan jurang dalam di gaung tempat sebuah bas pesiaran terjunam jam 7.45 tadi menyukarkan pasukan penyelamat. Bagaimanapun, dilaporkan kini bomba diketuai Penolong Pengarah, Azizan Ismail bersama beberapa anggota sedang bertungkus lumus menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Bas membawa 44 penumpang itu dikatakan dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur.

Enam orang disahkan terbunuh setakat ini.

TERKINI: KEMALANGAN BAS PESIARAN DI GENTING. BEBERAPA ORANG TERBUNUH

SEBUAH bas pesiaran dalam perjalanan dari Genting ke Kuala Lumpur, dilaporkan terbabit dalam nahas jam 7.45 petang tadi.

Laporan awal menyebut beberapa penumpang terbunuh dan yang lain cedera. Kejadian berlaku kira-kira 15 kilometer dari pusat peranginan Genting.

Bas berkenaan dikatakan terjunam ke dalam gaung bersama 44 penumpang. Setakat ini enam terkorban.

PANTANG BERLAGA, MESTI TERBAKAR: DULU KERETA, HARI INI DUA MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI RENTUNG

ISU MINYAK RON95. Dua motosikal berkuasa tinggi terbakar dalam satu kemalangan jalan di Kilometer 262, Lebuhraya Utara Selatan ketika menuju ke Bentong.
RENTUNG...DUA MOTOSIKAL berkuasa tinggi hangus dalam kemalangan di PLUS Km262. Seorang terbunuh

Mangsa, Robert Lim Boon Huat, 52, dari Kuala Lumpur terbunuh apabila motosikalnya bergesel dengan motosikal rakannya, Cheng Teng Siong, 38.

Kedua-dua motosikal berkuasa tinggi itu hangus!

BATU DELIMA DALAM SIMPANAN SITI BALQIS

BENARKAH batu delima yang dikumpul dan disimpan di dalam bekas mengandungi air zam-zam hilang begitu sahaja seperti dakwaan ibu Siti balqis, Norizan Said sebelum ini.

Apa pula ceritanya apabila semalam polis turut menemui beberapa butir batu delima dalam beg milik Siti Balqis yang dibungkus dengan kain kuning. Adakah Siti Balqis yang mencurinya sendiri tanpa pengetahuan ibunya? Ini tidak mustahil berlaku, kerana Siti Balqis sendiri telah melakukan pembohongan besar mengatakan dia ke Gunung Jerai, sebaliknya telah menginap di rumah kenalan penanya dia Jelebu.

Benarkah batu yang gugur selama ini di dalam rumah itu dikatakan pelik dan ajaib? Tidakah kemungkinan ia dilontar Siti Balqis ketika orang lain asyik leka?

Sekadar bertanya sebab ada yang bertanyakan mengenainya!

SENARAI LIMA KETUA POLIS NEGERI YANG BARU

POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) mengumumkan perlantikan baru bagi jawatan Ketua Polis Negeri seperti berikut:

KUALA LUMPUR - DCP Datuk Zulkifli Abdullah (dulu Ketua Polis Perak)

SELANGOR           - SAC Datuk Tun Hisan Hamzah (dulu Ketua Polis Pulau Pinang)

PAHANG                - SAC Datuk Sharifuddin Abdul Ghani (dulu Timbalan Ketua Polis Pahang)

KEDAH                   -SAC Datuk Ahmad Ibrahim (dulu Timbalan pengarah Jabatan pengurusan Bukit Aman)

SABAH                    -SAC Datuk Hamza Taib (dulu Timbalan Ketua Polis Sarawak)

ANSARI JATUH LAUT LAGI

CALON PKR bagi pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah jatuh ke laut lagi. Ini kali kedua selepas kelmarin terjatuh apabila pelantar jeti runtuh di Pulau Api-Api.

Hari ini Ansari cedera di lutut dan dada dan dirawat di Hospital Sandakan apabila terjatuh selepas sebuah jambatan kayu di Kampung Gas patah. Kejadian itu belaku sejurus Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang turut serta dalam kempen dari rumah ke rumah, melepasi jambatan itu.

Ansari yang mulanya berpaut, akhirnya terjatuh juga ke laut. Ada pihak meramalkan dua kejadian jatuh laut itu sebagai petanda nasib buruk Ansari bertanding di Batu Sapi.

Bagaimanapun, satu hakikat yang kita lupa ialah semua jambatan untuk kegunaan penduduk Sabah amat reput dan berbahaya dan keadaan ini telah berlarutan sejak sekian lama. Di mana tanggungjawab kita untuk membawa pembangunan kepada masyarakat di sana? Di mana?

SAYA ORANG RUSIA, SUAMI SAYA TURKI, ANAK PEREMPUAN SAYA IRELAND - KAMI KAHWIN DI DENMARK

Saksikan dalam New Berliner

KELUARGA ANTARABANGSA. Itulah realiti dalam kehidupan Angie Eren, rakyat Rusia apabila memiliki banyak pasport antarabangsa dalam keluarganya. Dia yang bertugas sebagai tutor dan penterjemah berkomunikasi dengan suaminya dalam bahasa Jerman manakala dengan anak perempuannya menggunakan bahasa Perancis.

Angie mahir dan fasih bertutur dalam bahasa Perancis, Jerman, Rusia dan Inggeris. Inilah satu keistimewaan yang jarang ada dalam sesebuah keluarga di dunia ini. Dia rakyat Rusia, suaminya rakyat Turki, anak perempuannya lahir dan menjadi rakyat Ireland manakala negara mereka berkahwin pula ialah di Jerman.

ALAT TSUNAMETER TAK BERFUNGSI: GAGAL KESAN TSUNAMI DI MENTAWAI, BUKTI KUASA ALLAH MELEBIHI SEGALA-GALA

PENGALAMAN tsunami 2004 yang mengorbankan ratusan ribu jiwa di Indonesia, India, Malaysia, Sri Lanka, Thailand dan beberapa negara berdekatan memaksa kita memasang beberapa boya dan alat pengesan tsunami dikenali sebagai Tsunameter.

Dengan pemasangan alat itu, semua pihak yakin terutama penduduk di pantai Malaysia mempunyai masa satu jam untuk menyelamatkan diri sebelum tsunami berlaku.

Namun manusia hanya merancang. Alat Tsunameter yang dipasang di Pulau Rondo, Lautan Hindi yang hanya 60 kilometer dari Banda Acheh, gagal memberi maklumat tepat tentang tsunami setinggi tiga meter yang menimpa kepulauan Mentawai, sehingga menyaksikan lebih 400 terkorban sehingga kini.

Renung-renungkan. Kalau tsunami berlaku lagi, kita tidak boleh mempercayai alat pengesan itu berdasarkan apa yang menimpa penduduk di kepulauan Mentawai! Kerajaan harus peka melihat apa yang berlaku ini sebagai pengajaran.

CERITA DULU-DULU: ABANG NGAKU AJE BAPA SAUDARA SAYA, NANTI APA ABANG NAK SAYA BAGI

KISAH benar ini berlaku belasan tahun lalu. Cerita seorang remaja perempuan 15 tahun lari rumah. Bapanya bilal surau dan dia telah melarikan diri dari rumah untuk hidup bebas bersama kawan-kawan sebaya dengan menyewa di bilik hotel di Jalan Chow Kit. Satu bilik sewa RM40 sehari, duduk ramai-ramai sampai 16 orang, bercampur lelaki perempuan!

Satu hari serbuan dilakukan jabatan agama ke bilik berkenaan. Antara yang ditahan ialah remaja itu (ditahan kali ketiga di tempat lain-lain di Kuala Lumpur).

Dia dibawa balik ke pejabat penguatkuasa dan keterangan diambil. Rekod sah menunjukkan dia telah dua kali sebelum itu ditahan dan dibebaskan. Tapi untuk kali ketiga itu, penguatkuasa bercadang menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana terbukti dia memang suka hidup liar di luar. Dia boleh dibebaskan kalau ada ahli keluarganya yang boleh memberi jaminan mengawal tingkah lakunya selepas dibebaskan.

Puas dia merayu minta dilepaskan. Pegawai penguatkuasa minta dia menghubungi keluarganya. Dalam dua kes sebelum ini  abangnya menjamin dia untuk dibebaskan sebab ibu dan bapanya tidak mahu pedulikannya lagi kerana menganggap dia terlalu liar dan degil.

Bagaimanapun, untuk kali ketiga remaja itu mulai pening kepala. Dia pun bertanya, sama ada bapa saudaranya boleh menjamin dia keluar. Penguatkuasa kata boleh. Dengan selamba dia minta izin ke  tandas dan ketika berjalan lalu itu, dia terus menarik tangan saya.

"Tolong saya abang. Abang ngaku aje jadi bapa saudara saya, lepas tu apa abang nak saya bagi...apa abang nak saya bagi!" ditariknya saya ke satu sudut supaya tidak dilihat orang.

"Ehhh..kau gila apa?" saya memang terkejut dan terfikir kalau mahu mengaku sebagai bapa saudara pun, semua penguatkuasa kenal saya. "Tak boleh...cari saudara mara" saya jawap cara berhemah.

Terus dia ke tandas dan ketika saya berada di ruang tamu, saya terlihat dia memegang tangan seorang lelaki 30-an. Beberapa kali saya mengecam lelaki itu kerana saya pasti, dia antara ahli keluarga remaja lain yang datang menjamin sebelum itu.

"Dah jumpa dah. Ini pak cik saya! tanpa berselindung dia menyindir saya ketika dia bersama lelaki itu melintas di depan saya untuk masuk ke pejabat penguatkuasa.

Dalam hati saya, habislah engkau. Kawa-kaw lelaki itu minta balasannya apatah lagi gadis sunti itu sememangnya kaw-kawa dan cun.

BAYI 2 BULAN MENJADI PIATU AKIBAT TSUNAMI DI MENTAWAI

BAYI berusia dua bulan ini menjadi piatu apabila kematian ibu bapanya dalam tragedi tsunami di Mentawai, Indonesia. Dia ditemui pasukan penyelamat di dalam sebuah longkang penuh lumpur (AP)

SUSULAN MAYAT GADIS DALAM BEG

TIGA keluarga Melayu dan Indonesia hari ini datang ke bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk membuat pengecaman, sebaik sahaja berita penemuan mayat seorang gadis di dalam beg ditemui di Ukay Perdana, di Hulu Klang, semalam.

Bagaimanapun, selepas pengecaman dilakukan ketiga-tiga keluarga berkenaan mengesahkan mayat itu bukan waris mereka yang hilang sebelum ini.

Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan, berkata sehingga kini juga belum ada laporan terbaru mengenai kehilangan ahli keluarga dilaporkan yang boleh dikaitkan dengan penemuan mayat berkenaan.

Beliau percaya, mayat itu adalah wanita warga asing kerana tiada kesan suntikan vaksin BCG ditemui pada lengannya berbanding warga tempatan yang wajib menjalani suntikan itu.

Mayat gadis berkulit sawo matang itu ditemui di dalam beg, dipercayai dibunuh sebelum dibuang tidak jauh dari sebuah bengkel membaiki kereta di Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Sementara itu, Abdul Jalil juga menyatakan pemeriksaan awal mendapati pendarahan teruk di perut dipercayai menjadi punca wanita itu meninggal dunia. Dia dipercayai ditendang atau dipukul dengan objek keras di perutnya oleh penyerangnya.

MEREKA PUN MASIH HILANG. TOLONGLAH CARI MEREKA

Jacinta Liyana Ahmad Lutfi, 25, tahun. Laporan hilang pada 26 Sept 2010
Norfaziatul Amiera Huzailan, 14 tahun, laporan hilang pada 15 Sept 2010
Nurulmujahidah  Mat Usop, 16 tahun. Laporan hilang pada 13 Sept 2010

700 PETUGAS BN DI DUN GALAS DAPAT TIKET FINAL PIALA MALAYSIA PERCUMA

TENGKU Razaleigh bermurah hati, memberi secara percuma 700 tiket kepada petugas pilihanraya Dun Galas untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan Negeri Sembilan esok.

Untung mereka kerana selain dapat tiket, mereka juga disediakan 17 bas untuk pemudahan pengangkutan pergi dan balik ke Stadium Bukit Jalil.

Kita jangan cerita fasal rasuah ke apa ke. Yang perlu kita lihat ialah betapa semangat sukan amat tinggi di kalangan rakyat Kelantan dalam sukan bola sepak. Mereka tidak peduli kerajaan negeri sekarang di bawah pimpinan PAS. Mereka buang sentimen politik. Pemimpin BN dan penyokongnya pun tak melihat bola sepak dari sisi politik. Yang mereka mahu ialah melihat Kelantan menang. Sukan lain, politik lain.

Sukan sebenarnya amat unik. Ia melangkaui batas politik atau apa sahaja, termasuk kaum dan agama. Sukan tetap sukan dan kita mesti ucapkan terima kasih kepada Ku Li kerana melihat keperluan rakyat Kelantan dalam bidang sukan ini tanpa mengira politik.

APA CERITA SITI SAKINAH?

Siti Sakinah masih hilang.

Kehilangan Siti Sakinah Ismail, 25, ketika dia pergi ke pejabatnya di sebuah syarikat kuari tiga minggu lalu, hampir senyap. Laporan media sebelum ini banyak tertumpu ke arah cerita tentang kehilangan Rozaliya Mat Lazim yang didakwa diculik, tapi ternyata palsu apabila punca kehilangannya sebenarnya adalah kerana dia enggan berkahwin dengan tunangnya.

Kisah Rozaliya telah ditutup bukunya apabila tunangnya memenuhi kehendak gadis itu. Pertunangan mereka pun diputusakan. Begitu akhir jalan cerita Rozaliya.

Kemudian kisah tentang Siti Balqis yang mendakwa sering sangat kena ganggu dengan jin. Sering sangat ghaib konon disorok jin. Dan kali terakhir hilang dia menghantar SMS kepada ibunya (jin tak marah ke dia hantar sms?) mendakwa dilarikan jin berbulu lebat macam kingkong, mawas atau chimpanzee ke Gunung Jerai di Kedah.

Tapi semalam semuanya terungkai. Siti Balqis dibawa jin naik bas dari Jerteh ke seksyen 24 Shah Alam, kemudian naik bas ke Seremban dan kemudian naik teksi ke Jelebu. Dia pergi ke rumah kenalan penanya dan di sana dia mendakwa ibunya telah meninggal dunia dan dia tinggal dengan ibu saudaranya di rumah amat besar siap dengan kolam renang!

Ternyata Siti Balqis sakit. Dia berbohong dan kita maafkan dia sebab dia sakit dan perlu dihantar rawatan psikiatri.

Cuma kini kita jangan lupakan kisah bakal pengantin Siti Sakinah Ismail yang masih hilang. Dia menaiki sebuah kereta dan sehingga kini kehilangannya masih dinanti oleh tunangnya. Kita lupakan cerita Rozaliya dan Siti Balqis yang telah memperdayakan banyak orang. Kita cuba perhatikan kalau-kalau ternampak kelibat Siti Sakinah.

Kehilangannya kita anggaplah genuine atau tulen. Marilah kita prihatin.

CERITA DULU-DULU: KISAH KHALWAT PEGAWAI TENTERA DAN PEGAWAI POLIS

SI LELAKI, bertugas sebagai pegawai tentera berpangkat mejar. Si perempuan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor. Lokasinya di sebuah taman rekreasi di Kuala Lumpur, sekitar 17 tahun lalu.

Sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diketuai Ustaz Kadir Che Kob (allahyarham) menjalankan operasi mencegah maksiat kira-kira jam 10 malam.

Selepas merata merayau dan memerhatikan kawasan sekitar, mereka ternampak sebuah kereta diletakkan di dalam gelap di tepi tasik. Pasukan penguatkuasa pun menghampiri kereta berkenaan memeriksa kalau-kalau ada pasangan berkhalwat.

Ada! Terus sahaja mereka meminta pasangan beragama Islam itu menunjukkan kad pengenalan. Nah! Kedua-duanya rupanya pegawai pasukan beruniform. Lelaki dari tentera, perempuannya dari polis. Itu tak penting. Hal-hal berkaitan maksiat bukan pelik kalau berlaku di kalangan mereka kerana mereka juga manusia, sama seperti manusia lain.

Dipendekkan cerita, ustaz Kadir pun mula mencatatkan nama masing-masing, sebelum si lelaki dengan suara terputus-putus menyatakan sesuatu.

"Ustaz...tak bolehkah kalau diselesaikan. Kita bincang dari hati ke hati. Kita orang pun kat sini bincang fasal rumahtangga. Tak buat apa pun," rayu si pegawai tentera. Si perempuan pula hanya tertunduk di dalam kereta, apatah lagi ketika itu mereka menyedari kehadiran wartawan dan jurugambar.

"Tolonglah ustaz..kita bincang dari hati ke hati," rayu si lelaki lagi. Si perempuan hanya terdiam, cuma sekali meminta kalau boleh tidak sampai kes itu diperpanjangkan kerana bimbang kerjayanya terjejas.

Ustaz Kadir kemudian terdengar bertanya si lelaki. "Bincang hati ke hati macam mana tu?"

"Ala...ustaz..kita bincang dari hati ke hati...dari hati ke hati.." katanya lagi.

"Yalah...ini kita bincang dari hati ke hatilah ni" jawap ustaz Kadir yang ketika itu berjawatan Ketua Penguatkuasa Jawi. "Nak bincang hati ke hati macam mana lagi?"

 "Bukan ustaz...kita bincang hati ke hati" dan apabila perkataan yang sama terus berulang, nampak wajah beberapa penguatkuasa yang lain macam mahu tersenyum. Yalah...pelik asyik dengar perkataan itu sahaja.

 Akhirnya kerana terlalu lama asyik tercegat berbalas cakap hati ke hati, ustaz Kadir pun meminta pasangan itu datang ke pejabat penguatkuasa di Jaan Ipoh untuk diambil keterangan.

 Ketika itu terdengar lagi si lelaki masih merayu. Namun perkataan yang sama terucap juga. "Ustaz...nanti kita bincang hati ke hati ya" rayunya. Apabila tiba di pejabat penguatkuasa, ustaz Kadir pun terdengar mempelawa pegawai tentera itu masuk ke biliknya.

 "Marilah masuk. Kita bincang hati ke hati" dan saat itu saya nampak ada senyum di muka ustaz Kadir. Hanya dia sahaja yang tahu apa maksud senyumnya itu.

 Demikian, dalam kebanyakan kes tangkapan khalwat banyak rayuan akan kedengaran. Namun perkataan yang masih segar dalam ingatan saya ialah bincang hati ke hati!

GADIS 15 TAHUN TIPU EMAK NAK LUNASKAN NAFSU DENGAN KEKASIH

KETAGIHAN melampau untuk merasai nikmat seks, menyebabkan pelajar perempuan berusia 15 tahun tergamak menipu ibunya untuk mendapatkan duit bagi kegunaan menempah bilik hotel untuk melakukan maksiat itu dengan teman lelakinya yang baru berusia 16 tahun.

Anak keluarga berada itu membohongi ibunya konon memerlukan wang bagi membeli buku dan barangan persekolahan, sedang hakikatnya duit itu digunakan untuk melampias nafsu kambing gurunnya.

Dia dan pasangannya diberkas penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu serbuan di hotel murah di Seksyen 25 Sri Muda bersama satu lagi pasangan sebaya yang juga rakan mereka.

Jais tidak menolak hasil siasatan menunjukkan mereka sering menyewa hotel itu sebelum ini untuk melangsaikan hutang seks yang datangnya tidak menentu.

Kedua-dua pasangan yang ditahan dibebaskan dengan jaminan keluarga dan akan dipanggil bagi siasatan dalam tempoh terdekat.

KES NUSYUZ EXCO WANITA UMNO 24 JANUARI DEPAN

KES ingkar (Nusyuz) yang difailkan seorang jurutera terhadap isterinya, Exco Wanita Umno, DATIN PADUKA NOORHAYATI ONN akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Shah lam pada 24 Januari tahun depan.

Hakim Syarie Drs Atras Mohamed Zin menetapkan tarikh itu selepas peguam Muhammad Buruk yang mewakili Mohd Suffian Abdul Aziz, 52, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya tetap meneruskan permohonan nusyuz.

Pada masa sama, mahkamah turut menetapkan 25 November ini untuk membuat keputusan terhadap permohonan Mohd Suffian bagi membatalkan permohonan cerai taklik yang difailkan Noorhayati, 47.

Pada 18 Februari 2008, Mohd Suffian memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya mengikut Seksyen 60(2)(3) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Mohd Suffian hadir ditemani dua anaknya, Ahamad Razali 26, dan Siti Hasmah, 23, hasil perkongsian hidup dengan Noorhayati.

Noorhayati tidak hadir semalam dan dia haya diwakili peguamnya Rubiah Jaafar.

DUA GUNUNG BERAPI DI RUSIA JUGA MELETUP SEMALAM

KETIKA Gunung Merapi di Indonesia, menjadi perhatian kerana meletus dua kali sejak tiga hari lalu, keadaan yang serupa juga berlaku di Rusia.

Dua gunung berapinya, Gunung Klychevskaya dan Gunung Shiveluch turut meletus petang semalam menyemburkan debu dan bahang panas setinggi 10 kilometer ke udara.

Ahli Kaji Gunung Berapi Rusia, Sergei Senyukov memberitahu Televisyen 24 Jam Rusia, berikutan letusan itu beberapa penerbangan turut diubah haluan kerana ruang udara di sekitar kawasan berkenaan dipenuhi debu berbahaya dan menutup pandangan.

TAHNIAH AHMAD PUAH ONAH: DILANTIK AHLI PERBADANAN FINAS

TAHNIAH buat Ahmad Puad Onah yang dilantik sebagai Ahli Perbadanan Finas, berkuatkuasa 1 Oktober lalu. Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) anak syarikat TV3 ini memang layak menduduki kerusi berkenaan walaupun sebelum ini nama Ahmad Idham sentiasa disebut-sebut orang.

Saya mengenali Ahmad Puad kerana pernah bekerja dengannya ketika beliau berjawatan Pengarang Berita di Harian Metro. Sikapnya yang tegas dan berpandangan jauh serta komited di dalam tugas yang diberi merupakan antara ciri-ciri asas yang perlu ada bagi penyandang jawatan itu.

Cuma kini David Teo sahaja yang bising-bising meminta Ahmad Puad melepaskan jawatannya di GBSB. Cukup-cukuplah David.

Turut sama menganggotai lembaga pengarah ialah Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia, Ahmad Ibrahim.

Semoga perlantikan ini membuka satu lembaran baru. Amanah yang diberikan wajar dilaksanakan sepenuh hati. Tahniah.

SABOTAJ PUTUSKAN ELEKTRIK: JANGAN MAIN KARAN, NANTI RAMBUT TEGAK

SEKURANG-kurangnya tujuh kali gangguan elektrik berlaku di Bukit Cekati, Gua Musang, dipercayai berpunca daripada perbuatan sabotaj.

Akibatnya banyak Pusat Penyelarasan Pilihanraya Barisan Nasional menjadi manga. Kata juruteknik TNB yang membuat pemeriksaan, banyak fius telah dicuri dan dirosakkan.

Ada sebab kita percaya ia kerja sabotaj, tetapi menuding jari ke arah parti lawan bukan jawapannya. Dalam pilihanraya, macam-macam benda boleh berlaku. Ini usah autalah. Kita yang hidup dekat separuh abad, telah melalui macam-macam pengalaman.

Ada bendera dibakar. Konon kata parti lawan buat, tetapi sebenarnya konco sendiri yang buat sebagai satu mekanisme perang saraf untuk burukkan parti lawan.

Saya teringat satu kejadian di Negeri Sembilan dulu-dulu. Habis dua ekar tanaman keladi milik ketua sebuah parti politik cawangan, kena cantas batangnya separas tanah. Maka bisinglah dia, konon parti lawan dengki dan mengadulah dia dengan pemimpin atasan. Punyalah simpati dibaginya mangsa beberapa ribu sebagai pampasan.

Tapi apa sebenarnya. Dia sendiri yang cincang pokok keladi itu, untuk dapat untung. Yang tak cerdiknya mereka yang memberi pampasan. Bukankah batang keladi kalau dicincang akan tumbuh semula. Apa ruginya?

KESIAN JIN KENA FITNAH

DALAM sibuk orang mengutuk jin kerana sering mengghaibkan Siti Balqis, terlupa kita bagaimana agaknya perasaan jin difitnah begitu?

Sedih agaknya jin di dalam hutan, di gunung, di tasik dan di atas pokok. Tak apalah jin. Kau orang pun bukan jenis baik pun, selalu sangat ganggu orang sebelum ini. Jadi bila ada benda buruk berlaku, terjadilah escapism, iaitu satu pelarian untuk mencari alasan.

Apalah alasan paling baik untuk menjadikan sesuatu itu lebih dipercayai kecuali memburukkan suku sakat kau orang. Banyak benda yang manusia dan jin perlu pelajari daripada kes Siti Balqis ini. Pertama, kita jangan bulat-bulat percaya terhadap  semua perkara, terutama yang nampak sedikit pelik dan aneh.

APA PUNYA JANTAN, PUKUL TEMAN WANITA SAMPAI KOMA

APA punya jantan, pukul teman wanita sehingga koma.

Kejadian di Machang, Kelantan mengakibatkan seorang siswi UiTM,  Heezrin Ieraqueen Haberi, dipukul teman lelaki di kepalanya sehingga koma adalah kesinambungan daripada ciri-ciri lelaki dayus dan keparat yang sering sahaja dilaporkan kebelakangan.

Hanya kerana pertengkaran, ia berlarutan sehingga teman lelakinya memukul sehingga cedera parah. Dalam kejadian jam 10 malam itu, Ieraqueen dikatakan bertengkar dengan teman lelaki di luar rumah sewannya pada 22 Oktober lalu.

Akibatnya, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Machang, sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Bapa mangsa, Haberi Hamzah menerima panggilan daripada teman serumah anaknya kira-kira jam 1.30 malam. Dia yang bertugas di UKM, Bangi segera bergegas melihat nasib anaknya itu.

Demikian antara perangai buruk remaja lelaki sekarang. Mereka lupa bahawa yang dipukul itu anak orang dan belum lagi menjadi isteri mereka. Bagaimana agaknya kalau sudah berkahwin?

Namun satu perkara yang perlu diingatkan kepada remaja perempuan ialah, pandai-pandailah memilih teman lelaki. Jangan main sauk, atau main jala ikugt sedap. Lelaki umpama ikan di dalam air keruh. Silap-silap tersauk atau tertebar ikan pari. Habis dilibasnya kita. Seperkara lagi kalau telah berteman, jaga-jagalah hati teman serta paling utama, setialah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10