nuffnang ads

Thursday, November 11, 2010

KENA ROGOL DEK BOMOH GARA-GARA NAK CARI PELARIS BISNES!!!

Bila jumpa bomoh mesti kena buka baju...pelik tak?
BOMOH yang ditemuinya itu bukan orang lain. Bomoh itu suami kepada sepupunya dan kerana terlalu percaya "Shidah" 38, menyerahkan kepercayaannya bulat-bulat untuk mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, bukan pelaris yang dia dapat tapi penyedap yang diberikan! Bomoh durjana itu mengambil kesempatan merogolnya, selepas sekian lama rupanya menyimpan hati, geram dan ghairah dengan mangsa.

Kejadian itu berlaku sejak April tahun ini apabila Shidah berkunjung ke rumah bomoh yang berusia 40 tahun itu di Taman Suria, Kluang, Johor.

Dalam kejadian itu, bomoh berkenaan mengajaknya naik ke tingkat atas untuk berubat. Pada mulanya Shidah enggan tetapi isteri bomoh berkenaan yang juga sepupunya, berkata mangsa tidak perlu risau kerana memang suaminya akan mengubat orang bersendirian tanpa mahu diganggu.

Di dalam bilik, Shidah dibogelkan. Seluruh badannya termasuk kemaluannya disapu minyak sebelum ditutup kain putih seperti kain kapan.

Bagaimanapun, bomoh itu kemudiannya menyelak kain Shidah dan cuba merogolnya, namun Shidah melawan. Bomoh itu mengugut, dia akan mati kalau tidak meneruskan upacara itu. Walaupun Shidah meronta, namun bomoh itu berjaya juga memenuhi hajatnya meratah tubuh Shidah.

Sebelum pulang Shidah diberkan minyak yang didakwa bomoh itu boleh melariskan perniagaannya, tetapi sejak itu dakwa Shidah fikirannya bercelaru dan sering teringatkan bomoh berkenaan. Pada masa yang sama hubunganya dengan suami semakin renggang dan mereka akhirnya membuat keputusan untuk bercerai.

Bagaimanapun, suaminya mencari ikhtiar mengubati Shidah dan apabila pulih bomoh itu datang berjumpa Shidah di rumah keluarga Shidah di Layang-Layang. Sangka bomoh itu, Shidah telah bercerai tetapi terkejut apabila mendapati suami Shidah turut ada di rumah berkenaan.

Suami Shidah berdepan bomoh itu dan bertanya apa yang telah dilakukannya ke atas isterinya, tetapi selepas berlaku pertengkaran bomoh itu mahu menunjukkan 'terror' pula mengeluarkan pisau. Namun suami Shidah sempat melepaskan beberapa tumbukan menyebabkan dia KO.

Shidah membuat laporan polis mendakwa dirogol di IPD Kluang pada 27 Oktober lalu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10