nuffnang ads

Tuesday, August 31, 2010

NAMEWEE SERAH DIRI DI BALAI POLIS TAMAN TUN DR ISMAIL JAM 9.20 TADI

BUDAK lelaki keturunan Cina dari Muar, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 27, yang didakwa pelbagai pihak sebagai rasis kerana menerbitkan video berunsur perkauman yang sarat dengan kata-kata lucah menyerah diri di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur jam 9.20 tadi.

Budak itu yang kerjanya banyak dalam menerbitkan video dan lagu kontroversi, termasuk video terbaru yang menyindir, menyelar dan menghina pelbagai pihak ekoran kes seorang pengetua sekolah di Johor didakwa mengeluarkan kata-kata perkauman, menyerah diri diiringi seorang peguam.

Budak itu menaiki sebuah kereta jenis BMW berwarna kelabu dan berbaju hijau ketika ditemui wartawan di tempat letak kereta masih menafikan yang dia seorang rasis sebaliknya budak itu dengan bangga berkata dia adalah contoh kepada konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri.

Malam semalam dalam laman facebooknya, budak itu dengan bangganya juga memberitahu tiga buah kereta polis datang ke rumahnya di Muar. "3 POLICE CARS FINALLY CAME TO MY MUAR HOME TO ARREST ME...this happened 15 minutes before our 53rd National Day Celebration"

Kini, terpulang kepada polis untuk menyiasat. Laporan telah dibuat daripada pelbagai pihak yang tersinggung dengan cara dia menerbitkan video kerana sarat dengan kata-kata lucah. Malah Presiden MCA, Chua Soi Lek juga bersetuju kandungan video itu mengandungi kata-kata kasar seperti dilaporkan akhbar hari ini.


MICHAEL SOOSAI DIBERKAS POLIS

PELARIAN bertahun-tahun selepas terbabit dalam kes penipuan RM1 juta dan kes pembunuhan rakyat Malaysia, N Subramaniam pada tahun 2002 menemui noktahnya, apabila penjenayah paling dikehendaki Michael Soosai, akhirnya diberkas dalam satu operasi khas menggunakan kaedah teknologi tinggi oleh polis India, Khamis lalu.

Soosai diberkas di sebuah hotel di Chennai selepas sepasukan polis India menjalankan operasi khas selama tiga bulan dengan memasang alat pengesan pada telefon dan keretanya bagi tujuan memantau pergerakannya yang licik.

Pesuruhjaya Polis Coimbatore, Sylendra Babu, memberitahu Bernama, turut ditahan dalam operasi itu ialah isteri dan tiga anaknya, bersama satu kilogram emas, dua buah komputer riba dan beberapa telefon bimbit yang dipercayai miliknya.

"Dia tidak menyedari bahawa kami memang sedang memantau pergerakannya dan bila ditahan, dia sangat terkejut. Selama ini dia hidup berpindah randah di beberapa daerah dan negara luar termasuk Nepal, Bhopal dan Goa," katanya.

Penjenayah warga Malaysia itu sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila ada pihak membuat laporan palsu mengatakan dia telah meninggal dunia selepas terbabit dalam kes pembunuhan N Subramaniam, di Cheyyur, Kancipuram pada 2002.

Tiga anaknya, dua lelaki yang berusia tiga dan lima tahun, manakala perempuan berusia 15 tahun, kini ditempatkan di sebuah pusat tahanan juvana kerajaan di Coimbatore.

BLACKBERRY DI INDONESIA HARI INI TERIMA AMARAN TUTUP OPERASI

RESEARCH IN MOTION (RIM) pengendali perkhidmatan Blackberry hari ini menerima satu lagi tamparan apabila diberi amaran untuk menutup operasinya di Indonesia jika tidak mematuhi syarat menghentikan kandungan pornografi di dalam sistem telefon pintar itu, berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Komunikasi dan Informasi negara itu, Tifatul Sembiring dalam kenyataannya memberitahu, Indonesia sebelum ini telah memaklumkan kepada RIM supaya semua khidmat atau kandungan pornografi dalam telefon pintar itu mesti dihentikan.

Bagaimanapun, katanya makluman itu tidak dipedulikan oleh RIM, malah perkhidmatan lucah masih dengan mudah diperolehi oleh pengguna telefon itu di Indonesia.

"Kami sudah memanggil wakil RIM yang memiliki enam operator pengendali telefon itu di sini supaya dihentikan kandungan pornografi. Tapi mereka tidak melakukannya. Kini amaran diberi kepada RIM bahawa jika mereka masih gagal mematuhinya, mereka akan diarah menutup operasi di negara ini," katanya.

Undang-undang di Indonesia melarang penyebaran pornografi itu menerusi Undang-Undang Nombor 44 (2008) Tentang Pornografi Fasal 18 dan 19. Menerusi undang-undang itu kerajaan berhak menghentikan perkhidmatan mana-mana pihak yang gagal mematuhinya.

Amaran yang dikeluarkan Indoensia itu menyebabkan kebanyakan operator Blackberry di negara itu membuar tindakan drastik sejak seminggu lalu, menawarkan penurunan harga pendaftaran bagi khidmat telefon berkenaan sehingga ke paras 30 peratus lebih rendah daripada sebelumnya.

Semalam, kerajaan India memberi tempoh 60 hari kepada RIM untuk mematuhi kehendak negara itu supaya akses lebih luas diberikan kepada agensi keselamatan negara berkenaan bagi memeriksa pangkalan datanya bertujuan menyemak semua emel korporat dan pesanan segera pengguna seramai 1 juta di negara itu.

Di UAE dan Arab Saudi, pengharaman telah dikuatkuasakan. Negara lain sebeperti Bahrain dalam peringkat akhir pengharaman bertujuan mengelak lebih banyak maklumat keselamatan bocor kepada pihak tidak bertanggungjawab. Malaysia kata mahu ikut serta, tapi bila dan bagaimana ya? Masih diam dan membisu.

GECKO-GECKO SEBERAT 64 KILOGRAM DITANGKAP

NAH ENGKAU!!.....mak datuk besarnya Gecko-gecko yang ditangkap oleh seorang remaja di perbatasan sempadan Kalimantan Timur dan Malaysia, baru-baru ini. Dengan berat 64 kilogram, gecko-gecko itu sebesar anak buaya dan dipercayai antara terbesar yang pernah ditangkap.

Bayangkan kalau ia melekat di siling rumah kita, mahu runtuh siling dibuatnya. Nasib baik ia memilih hutan sebagai habitatnya.

Cuma ia hanya dijual dengan harga Rp179 juta rupiah berbanding harga lebih tinggi kalau dijual di Korea dan China. Fenomena memburu gecko-gecko atau dikenali sebagai Tokek ini mulai menjadi kegilaan rakyat negara kita sejak tahun lalu.

Ini dipercayai kerana tawaran harga yang tinggi bagi Gecko-gecko yang mempunyai berat melebihi 300 gram. Dikatakan harga boleh mencecah sehingga RM1 juta bagi sekilogram spesies adik beradik cicak ini.

 Lidah, hempedu dan daging Tokek ini dikatakan amat istimewa untuk mengubati penyakit Aids dan Hiv walaupun belum ada jurnal perubatan mengesahkannya.

Pada zaman dulu, di Inodonesia, reptilia ini biasanya dibakar atau digoreng hidup-hidup dan dimakan apabila seseorang itu mengalami gatal-gatal badan (lelaki yang gatal tak mujarab).

Di Malaysia antara mereka yang amat menyukai reptilia ini sebagi haiwan belaan ialah penembak pistol kebangsaan kita, Hasli Izwan Amir Hassan, yang kini membela lima ekor reptilia itu di rumahnya di Jalan Kebun, Klang.

22 PASANGAN MUSIM MENANAM DIBERKAS MALAM MERDEKA

SELANGOR: Sebanyak 22 pasangan termasuk satu pasangan membabitkan kombinasi wanita Islam dan lelaki bukan Islam ditahan di dalam beberapa hotel dan rumah tumpangan kerana disyaki berkhalwat dan cuba meraikan malam kemerdekaan dan upacara menanam benih.

Mereka ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di beberapa daerah termasuk Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya dalam operasi khas bermuka jam 11 pagi hingga jam 4 pagi tadi.

Walaupun ada di antara mereka menggunakan pelbagai taktik seperti mendaftar di dua bilik berasingan dan menggunakan nama teman lelaki bukan Islam, Jais tidak terpedaya sebaliknya bijak menghidu perbuatan mereka yang cuba merayakan malam kemerdekaan dengan cara terkutuk.

Penolong Pengarah Perhubungan Awam Jais, Nurahmaizah Othman dipetik berkata semua pasangan ditahan akan didakwa kecuali seorang lelaki bukan Islam yang diberkas bersama teman wanitanya yang beragama Islam.

Demikianlah malam kemerdekaan kita disambut sebegini cara. Dikhuatiri musim menanam ini akan meninggalkan bala dengan meningkatnya kes buang bayi selepas sembilan bulan dari sekarang.

CIMB NIAGA MEDAN RUGI LEBIH RP300 JUTA DISAPU PERUSUH MINGGU LALU

MEMANG ADA ANCAMAN KEPADA bank kepentingan Malaysia di Indonesia. Pada mata perusuh seperti kumpulan Bendera, di situ mereka boleh mengambil kesempatan sempena merusuh. Sambil menyelam minum air. Sambil merusuh samun wang (uang)!

Minggu lalu CIMB Niaga di Medan kerugian lebih RP300 juta apabila perusuh bertindak luar dugaan, termasuk membunuh seorang polis dan mencederakan dua pengawal keselamatan. Itu adalah kejadian yang melibatkan kerugian wang di kalangan institusi kewangan.

Ini diakui sendiri oleh Ketua Polis Indonesia, Jeneral Bambang Hendarso Danuri yang sekaligus terpaksa mengambil tindakan menukarkan Ketua Polis Medan semalam.

Kini, Ketua Polis Medan yang baru ialah Senior Commisioner Tagar Sinaga menggantikan Senior Commisioner Imam Margono.

Nampaknya perusuh Indonesia kian luas matanya. Makin liar akalnya. Selain menyelam mereka mahu minum air. Selain merusuh, mereka mahu duit!

2 GADIS NYARIS MAUT KERETA DIHEMPAP KUDA

KUDA! KUDA! Kalau nak melintas jalan sekali pun, tengoklah kiri kanan. KUDA! KUDA! Tak boleh nampak perempuan sikit, mulalah mengelinjang tak tentu fasal. KUDA! KUDA! Kawallah nafsu tu sikit bulan puasa ni.

Dua sepupu nyaris maut apabila kereta mereka merempuh seekor kuda yang tiba-tiba mengelinjang tak tentu fasal dalam satu kejadian di Kelantan semalam.

Siti Mastura Mat Husin, 22, dan sepupunya Rosliza Ibrahim yang menaiki kereta Perodua Viva dipandu Rosliza dalam perjalanan dari Kota Bharu ke rumah mereka di Sabak, selepas membeli belah apabila seekor kuda tiba-tiba melintas jalan dan merempuh kereta dinaiki.

Akibatnya kereta berkenaan remuk teruk di bahagian depan, manakala kuda yang seberat lebih 200 kilogram itu mati di tempat kejadian kerana cedera teruk di dada.

 Ini adalah antara kejadian luar biasa membabitkan kuda dan dua gadis!

POLIS TAHAN DUA LELAKI KES MENYAMAR TUNKU MAHKOTA JOHOR DI FACEBOOK

SELASA: POLIS Johor memberkas dua lelaki dipercayai ada kaitan dalam kes penyamaran membabitkan penggunaan laman Facebook menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, dalam satu serbuah kira-kira jam 1.30 tengah hari di sebuah rumah di Kluang hari ini.

Dengan penahanan kedua-duanya yang berusia 31 dan 33 tahun, polis percaya dapat membantu siasatan dalam kes yang berlaku sejak beberapa minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mohktar Mohd Sharif ketika memberitahu wartawan, mereka ditahan di sebuah rumah di Taman Majidee Johor. Turut dirampas ialah dua unit komputer riba dan sebuah telefon bimbit.

Dalam kes penyamaran itu seorang individu yang menggunakan nama Milky telah didapati mengelirukan orang ramai menerusi satu akaun facebook dengan menyiarkan beberapa gambar dan aktiviti Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
 

ELAUN PEMBANCI MASIH TAK LUNAS-LUNAS LAGI?

KENAPALAH JADI MACAM INI? Kenapalah bayaran untuk pembanci sambilan yang sepatutnya telah lunas, menjadi liat sangat untuk dibayar. Ikut cerita dan luahan pembanci yang kecewa seperti dilaporkan TV3, masa mula-mula diambil kerja dulu semua cerita baik-baik sahaja. 

Tapi bila kerja dah usai, punyalah liat nak bayar. Bukan berpuluh ribu pun, cuma sekitar RM1,000 seorang. Pernah TV3 dalam segmen Soal Jawab, bagi peluang bos Jabatan Perangkaan Negara mengulas panjang lebar tentang kempen banci seluruh negara. Tersembul juga dari mulutnya, cerita betapa susah dan payahnya pembanci berdepan cabaran. Diugut, dimaki dan diancam anjing. Masa dengar, rasa sejuk hati sebab bos sendiri faham kesusahan menjadi seorang pembanci.

Cuma bila masalah bayaran ditimbulkan oleh beberapa pembanci yang tak tahan diperlakukan macam bola, bukan saya sahaja terfikir. Banyak lagi orang lain juga tertanya-tanya, di mana salah silapnya. Sudahlah mereka menjalankan tugas sepanjang Ramadan, sampai kering keringat pun upah masih tak dibayar-bayar. Bukankah dalam Islam ada menyebut, sebaik-baik cara seorang majikan ialah membayar upah pekerjanya sebelum keringat pekerjanya kering.

Kalau Najib sanggup bayar elaun khas raya RM500 kepada pesara yang telah tentu mendapat pencen bulanan, mustahil susah sangat pula mahu melunaskan bayaran pembanci ini! Mereka pun ada anak tekak dan tanggungan. Sekurang-kurangnya ada keringanan bagi mereka menghadapi Aidilfitri ini. Kalau kerajaan boleh memperuntukan hampir RM1 bilion untuk kakitangan dan pesara kerajaan yang kebanyakannya dibayar hari ini, mustahil bayaran untuk pembanci tak boleh dibuat. Kalau kerajaan mengharap kakitangan dan pesara kerajaan boleh berterima kasih dan dapat mengundi BN pada pilihanraya depan, selepas menerima elaun khas raya, kepada pembanci pula kerajaan tidak menaruh apa-apa harapan yang serupakah?

Tolonglah adik, kakak, abang, pak cik, tuan puan, datuk nenek dan sesiapa sahaja yang menjaga peruntukan untuk bayaran kepada pembanci itu. Tolonglah segerakan pembayarannya. Sebahagian besar mereka sangat mengharapkan bayaran itu kerana mereka tidak bekerja! Sedangkan kakitangan kerajaan dan pesara ada gaji bulanan yang tetap.

INDIA TEKAD HARAMKAN BLACKBERRY WALAUPUN BERI TEMPOH LANJUTAN 60 HARI UNTUK RIM MENGUBAH PENDIRIAN

RESEARCH IN MOTION (RIM) pengendali dan pemilik sistem telefon pintar Blackberry bernasib baik apabila diberi tempoh lagi 60 hari untuk memenuhi permintaan kerajaan India supaya agensi keselamatan negara itu diberi akses lebih luas untuk memeriksa data bagi setiap emel korporat dan pesanan segera.

Tempoh asal yang sepatutnya berakhir kelmarin (30 Ogos), dipanjangkan oleh kerajaan India selepas agensi keselamatan itu mengadakan perbincangan dengan pegawai pengurusan kanan RIM semalam. Dalam pertemuan itu RIM memberi jaminan akan cuba memenuhi kehendak kerajaan India, bagi mengelakkan penggunaan telefon itu diharamkan sepenuhnya.

Jika RIM gagal menyakinkan atau memberi akses lebih luas seperti diminta, India tidak akan memberi tempoh lanjutan dan membuat keputusan mengharamkan penggunaan telefon itu membabitkan 1 juta pengguna di negara itu. Bagaimanapun , menurut sumber komunikasi negara itu, RIM tidak mungkin memenuhi kehendak India dan bersedia untuk berdepan risiko tidak boleh beroperasi di negara itu.

Tindakan tegas India itu adalah sama seperti dilakukan oleh beberapa negara lain di Asia Barat seperti UAE dan Arab Saudi yang telah mengharamkan Blackberry demi mengelakkan semakin banyak data mengancam keselamatan negara masing-masing.

Di satu pihak lain, menyedari RIM tidak mungkin memberi akses lebih luas walaupun diberi tempoh lanjutan 60 hari, Nokia Corporation segera merebut peluang yang bakal ditinggalkan Blackberry apabila dilaporkan telah menghantar cadangan untuk memasang server khas di negara itu sebagai kemudahan kepada agensi keselamatan India memeriksa pangkalan data milik pengguna Nokia.

Sehingga kini, India amat berminat dengan cadangan Nokia Coprporation itu dan desas desus semakin kuat, bahawa India semakin pasti mengharamkan terus Blackberry. Tambahan pula apabila dilihat sikap RIM yang berdolak dalih walaupun diberi tempoh tambahan 60 hari lagi.

Sejak kontroversi pengharaman Blackberry di beberapa negara, harga telefon pintar itu turun mendadak dan dikatakan terendah sejak 16 bulan lalu.

Hal yang sama juga dikesan di Indonesia sejak dua minggu lalu, apabila harga telefon itu turun mendadak dan semain banyak pengedarnya membuat keputusan mengiklankan dalam media mengenai penuruan harga telefon itu bagi mengelak menyimpan stok yang banyak dan kerugian besar.

Difahamkan, Indonesia akan mengambil tindakan serupa seperti India dan UAE, mengharamkan Blackberry di negara itu sebagai langkah mengelak lebih banyak kebocoran maklumat keselamatan.

Cuma di Malaysia, kajian dan perbincangan dikatakan masih berlangsung. Tidak mustahil Malaysia sebuah lagi negara yang bakal mengharamkan penggunaan Blackberry di Malaysia dalam tahun ini.

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH BERBUKA PUASA DI MASJID AN-NAIM, JALAN KEBUN, KLANG

DYMM SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenaan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid An-Naim, Kampung Jalan Kebun, Klang pada Ahad. Baginda turut ditemani Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada majlis yang sama baginda berkenaan menyampaikan sumbangan kepada 84 kanak-kanak yatim dan miskin yang terpilih selain turut menerima bayaran zakat daripada syarikat korporat.

Kira-kira 1,000 penduduk kampung yang sentiasa menanti keberangkatan baginda ke kampung itu, tidak melepaskan peluang untuk bersama meraikan majlis berbuka puasa.

Ini adalah kunjungan baginda yang dinanti-nantikan penduduk kampung yang menjadi sebahagian daripada siri kunjungannya ke beberapa masjid di Selangor sambil berkenan mencemar duli untuk berbuka puasa bersama umat Islam di negeri ini.

BEKAS ISTERI USTAZ AKHIL HAYY, MAIZAWATI MENANG ANUGERAH FOTOGENIK

BOLEH tahan juga bekas isteri Akhil Hayy, suami Waheeda sekarang. Ahad, bertempat di Dewan Seri Endon, Presint 10, Putrajaya, Maizawati Zainal, 35, diumumkan pemenang Anugerah Fotogenik, sempena pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010.

Pertandingan mencari juara tercantik di kalangan wanita yang telah berkahwin berusia lebih 21 tahun itu, disertai 14 wanita yang mewakili setiap negeri di negara ini. Maizawati yang mewakili Sabah, walaupun tidak menjuarai isteri tercantik, tetap berbangga kerana dianugerahkan katogeri Fotogenik.

Pemenang pertama yang membawa pulang wang tunai RM10,000 dalam pertandingan itu ialah Sheela Arumugam, 27, yang mewakili Negeri Sembilan manakala kedua dan ketiga, masing-masing Junaida (Selangor) dan Shariah (Perlis).

Maizawati yang baru berkahwin dengan Mohd Yassin Ben @Abd. Rahim, selepas bercerai dengan Akhil Hayy, mewakili negeri suaminya itu kerana syarat pertandingan antaranya ialah mesti mewakili negeri sendiri atau negeri suami.

Walaupun telah berusia 35 tahun, terbukti Maizawati masih menawan di segi penampilan wajahnya sehingga mampu memikat juri untuk memilihnya sebagai penerima Anugerah Fotogenik. 

Pertandingan isteri tercantik ini berbeza daripada pertandingan ratu cantik seperti biasa dianjurkan selama ini. Pertandingan ini tidak mensyaratkan peserta memakai bikini atau pakaian nipis sebaliknya mengenakan pakaian bersopan, termasuk peserta Islam boleh mengenakan pakaian bertudung.

SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 53. AWAS ANAK MUDA. JANGAN TERBABAS!

DUM. DAM, DUM, DAM. Bunyi mercun dari merata arah kedengaran menerjah ruang angkasa dalam kegelapan malam sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 53.

Inilah budaya yang kita amalkan sejak kali pertama merdeka. Dentuman mercun, meriam (termasuk meriam buluh) dan upacara melepaskan bunga dari api mewarnai kemeriahan dan kegembiraan menyambut ulang tahun kemerdekaan ini.

Dulu mercun dan meriam kita beli dari kilang haram bernama Bright Sparkles di Sungai Buloh Selangor, tetapi selepas 20 tahun kilang itu musnah dalam letupan yang mengorbankan 21 nyawa dan mencederakan 83 yang lain, kita ada cara tersendiri mendapatkan mercun dan bunga api. Beli dari China, masuk ikut Thailand. Kemudian agih-agihkan sesama sendiri. Hebat cara kita mendapatkan alat untuk menambah kemeriahan sempena apa sahaja majlis keraian di negara ini.

Sebelum terlupa. Malam ini juga bukan malam meraikan kemerdekaan semata-mata. Malam ini adalah malam paling bermakna bagi sesetengah daripada kita. Malam ini malam menabur benih seperti malam yang sama pada tarikh yang sama, tahun-tahun sebelumnya. Malam yang meninggalkan seribu kenangan paling pahit bagi anak-anak gadis yang lupa diri. Selepas sembilan bulan dari malam ini, akan bertambahlah indeks pembuangan bayi di seluruh negara.

Maka awaslah. Insaflah. Malam ini bersamalah kita menghindarkan perbuatan keji seperti dilakukan tahun-tahun sebelum ini. Di seluruh Selangor malam ini, semua hotel dan rumah tumpangan akan didatangi penguatkuasa agama. Awaslah, khususnya anak-anak muda. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata boleh memohon maaf, tetapi terlajak yang itu akan membuat kita menyesal sepanjang hayat!

Monday, August 30, 2010

KETUA POLIS INDONESIA MULA BERTINDAK KES RUSUHAN: KETUA POLIS MEDAN DAN SEMARANG DITUKARKAN SERTA-MERTA!!

AKHIRNYA kerajaan Indonesia mengakui tindakan ganas tiga kumpulan pelampau yang sering merusuh dan menunjuk perasaan di negara itu selama ini, iaitu Forum Persaudaraan Betawi (FBR), Barisan Muda Betawi dan Barisan Perlindungan Islam (FPI) bukan sahaja menggangu kepentingan negara jiran, tetapi juga menjejaskan keselamatan dalam negara itu sendiri.

Hari ini, selepas berdiam selama seminggu, Ketua Polis Indonesia, Jeneral Bambang Hendarso Danuri, membuat pengumuman mengejutkan dengan menukarkan serta-merta dua ketua polis Medan dan Semarang, berikutan gagal menangani rusuhan dan jenayah yang dilakukan oleh kumpulann pelampau berkenaan.

Dalam kes penukaran Ketua Polis Medan, Senior Commisioner Imam Margono, menurut Bambang  terpaksa dilakukan berikutan kegagalan Imam menangani kes rusuhan dan serangan ke atas bank milik Malaysia, CIMB Niaga Bhd di Sumatera Utara minggu lalu.

Dalam kejadian itu, perusuh dan penjenayah melarikan berjuta-juta rupiah milik bank berkenaan yang turut menyaksikan seorang polis Indonesia terbunuh, manakala dua pengawal keselamatan cedera parah. Imam digantikan oleh Senior Commisioner Tagar Sinaga.

Pertukaran di Semarang pula membabitkan ketua polis yang baru 20 bulan bertugas, Inspektor General Bambangg Riatmodjo digantikan oleh Inspektor Jeneral Adward Aritong.

Pada masa yang sama, Bambang turut bertemu pengamal undang-undang dan pembuat dasar utama negara itu petang tadi, bagi menentukan tindakan keras yang mesti diambil ke atas tiga kumpulan pelampau yang dimaksudkan. Ini kerana daripada laporan diperolehi, polis Indonesia menerima 107 laporan mengenai kegiatan merusuh dan melampau dilakukan kumpulan itu di beberapa tempat di negara itu sejak 2007.

Antara perbuatan melampau kumpulan itu ialah merusuh di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dengan bertindak, memijak, membakar bendera dan membaling najis manusia. Langkah tegas yang diambil Ketua Polis Indonesia itu juga dikatakan bertujuan menyakinkan negara lain, terutama Malaysia bahawa Indonesia tidak akan berkompromi dengan perbuatan perusuh yang melampau di negara itu.

NAZRI AZIZ BIDAS SIKAP PEMIMPIN KOMPONEN BARISAN NASIONAL

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Nazri Aziz, semalam tanpa berselindung mengakui sikap cauvinis sesetengah pemimpin komponen Barisan Nasional (BN), menjadi penyumbang utama kepada penolakan terang-terang rakyat kepada parti itu sejak kebelakangan ini.

Sikap cauvinis ini terlalu ketara pada segelintir pemimpin parti komponen BN, kononnya untuk menjaga hati komuniti dan bangsa yang diwakilinya tanpa menyedari perbuatan itu mengundang kebencian komuniti atau bangsa lain, menyebabkan BN semakin ditolak.

Beliau mendedahkan perkara ini kepada akhbar talian rasional yang tidak berpihak, THE MALAYSIAN INSIDER dengan mengakui sememangnya keyakinan rakyat kepada BN sememangnya menurun, terutama jika dilihat pada kaji selidik yang dilakukan Merdeka Center baru-baru ini.

Dalam kaji selidik melibatkan 1,000 responden yang juga pengundi berdaftar, didapati 45 peratus orang Melayu tidak berpuas hati dengan Umno manakala yang berpuas hati pula hanya 44 peratus.

Bagaimanapun, keadaan yang lebih buruk pula dikesan melibatkan pengundi keturunan Cina apabila hanya 12 peratus sahaja menyokong manakala 55 peratus tidak menyokong atau tidak berpuas hati.

"Saya salahkan pemimpin. Sesetengahnya adalah menteri dalam kerajaan, tetapi gaya kepimpinan mereka tidak ubah seperti pemimpin komuniti atau bangsa tertentu sahaja. Sikap mereka tidak langsung mencerminkan ketokohan sebagai pemimpin peringkat negara" katanya.

Nazri juga membidas sikap sesetengah pemimpin UMNO yang mahu bersaing dengan PAS dalam memperjuangkan nilai-nilai Islam, demi untuk meraih lebih banyak sokongan orang Melayu tanpa menyedari realiti bahawa penyokong PAS tetap penyokong PAS yang tidak akan berganjak atau beralih sokongan mereka.

Malah menyedari kelemahan begitu ketara dalam sikap pemimpin dalam BN pada hari ini, Nazri tidak menolak kemungkinan BN akan berdepan masa depan yang sukar jika tiada usaha dilakukan untuk memperbaiki keadaan.

Katanya, sebagus atau sepopular mana sekalipun Najib (PM), jika pemimpin lain tidak mendapat sokongan rakyat, BN atau Umno pasti sukar meraih kemenangan.

BARISAN NASIONAL BERGOLAK DI SABAH!

PERTELINGKAHAN PERIBADI ANTARA TIMBALAN PRESIDEN PARTI LIBERAL DEMOKRATIC PARTY (LDP) DATUK CHIN SHIU PIN DENGAN KETUA MENTERI SABAH, DATUK SERI MUSA AMAN DIKATAKAN SEMAKIN TEGANG.

CHIN DILAPORKAN MEMBERITAHU SECARA TERBUKA BELIAU TIDAK AKAN LAGI BEKERJASAMA DENGAN KETUA MENTERI ITU. MAKNANYA MACAM BERPATAH ARANG.

BUKAN SEDIKIT PUAK YANG CHIN ADA. HAL INI DISEDARI OLEH AHLI POLITIK YANG ADA DI SABAH. MENYEDARI BN SEDANG BERKECOH DAN ADA URA-URA SOKONGAN PENGUNDI CINA AKAN BERKURANGAN, BANYAK CARA CUBA DILAKUKAN UMNO BAGI MEREDAKAN KEKUSUTAN. NAMUN SEMUANYA DIKATAKAN HAMPA!

TERBARU, AHLI PARLIMEN KALABAKAN, DATUK ABDUL GHAFFUR SALLEH, MAHUKAN PRESIDEN LDP DATUK V K LIEW MEMBERI PENJELASAN MENGENAI PANDANGAN DAN KATA-KATA YANG TERPANCUT DARI MULUT CHIN. SAMA ADA KATA-KATA ITU MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI CHIN ATAU PANDANGAN RASMI PARTI LDP.

DAN KHABAR ANGIN TERBARU, AKAN ADA PEMIMPIN KOMPONEN DIKATAKAN MAHU MELOMPAT PARTI BERSAMA PENYOKONGNYA. BETUL KE NI? MUSIM MONSUN BARAT DAYA SEKARANG NI, MACAM-MACAM TAK TERDUGA. TAN SRI MUHAMAD MUHD TAIB PULA APA KHABAR?

GUNUNG SINABUNG MELETUS LAGI, KALI INI DIIRINGI GEMPA

GUNUNG berapi Sinabung di Sumatera yang meletus dua hari lalu, kembali menggemparkan warga di sekitarnya apabila kembali meletus awal pagi Isnin dan menghasilkan gempa dengan julangan asap dan percikan api setinggi 100 meter ke udara.

Gempa yang berlaku awal pagi tadi walaupun tidak berskala besar, tapi cukup menakutkan penduduk kerana mereka bimbang diiringi gempa yang lebih kuat dan dasyat.

Seluruh kawasan pertanian milik penduduk di kaki gunung itu kini diselaputi debu tebal berwarna putih, dikenali debu vulkanik oleh rakyat Indonesia, disertai gumpalan partikel halus yang membahayakan kesihatan dan tumbuh-tumbuhan.

Pemantau bencana di tempat kejadian, Sifian, memaklumkan setakat ini hampir 50 penduduk yang berpindah dari kaki gunung itu sejak kelmarin disahkan mengalami sesak nafas dan pedih mata, dipercayai terkena debu dan partikel ketika bergegas melarikan diri ke kawasan selamat. Bagaimanapun, angka korban masih seorang.

Gunung setinggi 2,640 meter dari permukaan laut itu, meletus tiba-tiba awal pagi kelmarin walaupun disahkan oleh pihak berkuasa sebelum itu sebagai gunung berapi tidak aktif dan tidak pernah meletus sejak 400 tahun lalu.

SAMAN PETRONAS. SATU LAGI BEBAN MASUK KE KANTUNG UMNO

SEMPURNALAH janji kerajaan negeri Kelantan untuk menyaman Petronas berhubung pertikaian royalti minyak yang berpanjangan sejak sekian lama, apabila satu saman difailkan di Kuala Lumpur hari ini terhadap agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab dan kuasa dalam kerja pengeluaran petroleum di negara ini.

Maka bertambahlah lagi secara rasmi satu senarai baru dalam karung beban yang mesti dipikul oleh Umno menjelang pilihanraya akan datang.

Jika sebelum ini di mahkamah terbuka, di mana rakyat mengadili pertikaian itu menganggap ia sebagai satu pertembungan menegakkan kebenaran di satu pihak dan mempertahankan ego di satu pihak yang lain, kini mahkamah sebenar akan memperincikan bicara berdasarkan fakta dan realiti. Maknanya, konsep yang betul tetap betul, akan dilaksanakan demi menegakkan sebuah kebenaran.

Pada masa yang sama, satu sejarah baru akan tercatat, di mana sebuah kerajaan negeri yang ditadbir oleh kerajaan pembangkang membawa kes pertikaian dengan kerajaan pusat mengenai royalti minyak, ke mahkamah sebagai jalan akhir untuk diadili. Dan mahu bersetuju atau tidak Umno kini terpaksa menerima kenyataan bahawa parti memerintah itu berada dalam keadaan yang amat-amat tidak selesa. Sementelah pula isu kekalahan Felda dalam kes saman yang dibawa oleh sekumpulan peneroka yang mengakibatkan agensi kerajaan itu diarah membayar jutaan ringgit sebagai harga menegakkan kebenaran mengikut undang-undang oleh mahkamah yang mulia. Tempias daripada kekalahan di mahkamah menjadikan persepsi rakyat khususnya semakin memburuk terhadap imej parti itu.

Di sisi lain di sebalik pemfailan kes ini di mahkamah ialah persoalan sejauh mana Perdana Menteri, Najib Tun Razak akan memikul karung masalah parti itu yang semakin banyak dan memberat menjelang pilihanraya akan datang. Apakah Najib boleh bertahan? Atau memaksa diri bertahan demi menjaga maruah sebuah parti yang dikatakan banyak pihak kelihatan semakin goyah. Dan tentunya ketika berdepan ujian berat sebegini,  tindakan Tengku Razaleigh Hamzah yang secara jelas bersetuju dengan tindakan saman yang diambil kerajaan Kelantan ini menambahkan lagi rusuh hati Perdana Menteri.

Ketika Umno sendiri ketika ini dibelenggu pelbagai krisis dan konflik yang tidak berkesudahan, Najib tidak mempunyai pilihan kecuali menyerahkan segala nasib dan masa depan partinya kepada Tuhan. Dengan
konsep 1Malaysia yang masih dipertikaikan, konflik dalaman Umno di beberapa negeri, pertikaian dan desakan MCA, Gerakan dan NGO dalam isu hak keistimewaan Melayu, konflik tentangan terhadap pimpinan Taib Mahmud di Sarawak, isu menjatuhkan Ketua Menteri Sabah oleh pemimpin parti komponen BN sendiri, ledakan isu sensitif berkait agama dan perkauman dan seribu satu masalah yang saling berkait, bolehkah Najib dan Umno bertahan? Itu belum ditambah dengan masalah hubungan dingin yang tercetus dengan negara jiran dan masalah untuk membetulkan semula kedudukan landasan ekonomi di dalam negara.

Nyata dan jelas, tindakan saman kerajaan negeri terhadap Petronas hari ini, adalah satu sejarah yang akan membuka lebih banyak sub-sejarah terutama yang ada kaitan dengan lanskap atau senario politik Umno pada masa depan. Kita tunggu biar mahkamah menentukan.

BAYI DALAM BEG DITINGGALKAN TERSANGKUT DI TIANG PAPAN TANDA TEPI JALAN

KES BUANG BAYI KEMBALI LAGI.  Petang semalam, seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan berbalut kain, ditinggalkan dalam beg tersangkut pada tiang papan tanda, berhampiran lampu isyarat di seksyen 13, Shah Alam.

Bayi dipercayai keturunan Melayu itu berdasarkan warna kulitnya, ditemui orang ramai yang lalu lalang di kawasan berkenaan, selepas mengesyaki sesuatu pada sebuah beg kertas yang tergantung.

Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan bertindak segera menghantar bayi yang dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh sehari itu, ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk diberi rawatan selanjutnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Demikian masih ada yang tidak berperikemanusiaan sepanjang Ramadan yang mulia ini. Bersama Mencegah Jenayah!

TUJUH LANUN DITANGKAP, KAPAL DIRAMPAS KETIKA CUBA MERAMPAS KAPAL ASING

TENTERA beberapa negara dari Jepun, Itali, Denmark dan Amerika Syarikat berjaya memberkas sekumpulan tujuh lanun dan merampas sebuah kapal di Teluk Aden, ketika dalam perjalanan untuk merompak kapal dagang yang sedang melalui selat itu, semalam.

Panglima Memerintah Nato, Laksamana Christian Rume, ketika mengumumkan kejayaan itu berkata, kumpulan lanun berkenaan pada mulanya dikesan oleh sebuah helikopter Jepun yang sedang meronda di selat itu, lalu menghubungi helikopter tentera Denmark yang berada di bawah kawalan Nato bagi meminta bantuan.

Kedua-dua helikopter berkenaan kemudiannya disertai sebuah helikopter lain dari Denmark yang juga di bawah kawalan pemerintah Nato melakukan kepungan memaksa kapal dinaiki kumpulan lanun itu berhenti.

Ketika tentera Amerika Syarikat yang bertugas di kapal USS Kauffman tiba dan menaiki kapal berkenaan, kesemua lanun terbabit telah mencampakkan senjata mereka ke dalam laut dan menyerah diri. Pemeriksaan dilakukan mengesahkan mereka dalam perjalanann untuk merompak kapal dagang. Turut ditemui di kapal itu ialah tangga yang dipercayai digunakan untuk menaiki setiap kapal dagang yang berjaya ditawan.

Menurut Christian, kerjasama yang ditunjukkan oleh tentera semua negara yang menyertai kawalan di selat itu
berjaya mempermudahkan tugas menahan kumpulan tujuh lanun berkenaan.

Sepanjang tahun 2009, sebanyak 200 cubaan merompak kapal dagang dilaporkan berlaku di kawasan perairan itu oleh kumpulan lanun Somalia, tetapi hanya 68 kapal sahaja yang menjadi mangsa membabitkan tebusan yang dianggarkan US$50 juta.

POLIS SUKARELAWAN ANTARA DUA YANG DITAHAN BANTU KES CULIK

SEORANG anggota polis sukarelawan adalah antara dua lelaki yang diberkas malam Sabtu kerana disyaki terbabit dalam kejadian culik tiga rakyat Sri Lanka, termasuk seorang yang mati kerana cuba melarikan diri dengan turun dari tempat mereka dikurung.

Anggota polis sukarelawan itu dipercayai bertugas di Brickfield, ditahan bersama rakannya dalam satu serbuan yang dilancarkan polis di sebuah premis di Batu Gaves, Gombak.

Kesemua tebusan dipercayai baru tiba tiga hari lalu dan dijemput daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) oleh suspek sebelum dikurung. Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa datang ke negara ini sebagai pelancong ataupun pekerja.

Laporan dipetik beberapa akhbar, melaporkan Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hasan berkata, polis turut menemui kesan darah di dalam bilik kesemua mangsa dikurung.

DRAMA SEBABAK LOJI NUKLEAR NEGARA

Maka terdengarlah cerita lagi fasal loji nuklear nak dibuat di Tasik Bukit Kepong. Dari mulut kakitangan pejabat Daerah Port Dicson ketika berhenti di koridor pejabat berbual sesama kawannya.

"Kau ingat tak siapa yang janji kata nak wujudkan 5,000 peluang pekerjaan di Port Dickson?" tanya si A yang mengepit fail setebal kulit buaya.

"Aku dengar gak. Masa pilihanraya Bagan Pinang dulu kan?" kawannya si B, bertanya balik.

Balas si A pula. "Itulah tu. Kat sini kalau nak buka peluang kerja sebanyak itu, jadi nelayan ajelah. Mana nak cekau peluang banyak macam tu kalau tak ada industri besar!"

Si B punyalah gatal mulut, menyampuk terus. "Aku dah lama tau dah. Kan dia orang nak buat loji nuklear kat tasik sana tu kan..betullah kalau ada orang tulis dalam blog baru-baru ni. Blog tu pun lambat pick-up,"

Saya tinggalkan terus perbualan itu sebab nak 'window shopping' ke pejabat JPS! Nak belilah mana-mana meja yang dibiarkan kosong tak bertuan. Yalah...masing-masing sibuk cerita fasal duit raya yang Perdana Menteri umumkan. Tentu fikir saya, banyak meja akan kosong, sebab orang akan bersembang fasal raya dan elaun raya yang RM500 itu. Betul juga tekaan saya. Ada dua tiga meja kosong dan saya buat keputusan, tak payah berurusan. Tak ada gunanya nak bertanya pada meja yang tak bertuan! 

Tapi Tuhan memang selalu mahu menunjukkan sesuatu kepada hambaNya. Dalam perjalanan ke tempat letak kereta, dua kakitangan JPS sama seperti di pejabat daerah sebelumnya. Mereka berbual di tepi kereta, di sebelah kereta Mercedez mahal yang dihadiahkan oleh abang saya itu.

Satu Malaya nak tahu apa bual mereka? Fasal loji nuklear tasik Bukit Kepong juga! Kata si baju biru lebih kurang begini. "Bos, pening tu! Lunyai dia nak jawab fasal roboh kunci air Bukit Tembok!"

Si baju putih pula sedikit sengal, mungkin kurang faham. "Apsal lak?"

Terus si baju biru jelaskan. "Orang dah bising. Pejabat MB pun dah bising. Bos kena cari jawapan paling baik jelaskan fasal kunci air tu!"

Barulah si sengal kawannya itu reti. "Ohhh..yang kata nak buat nuklear tu!...jawab ajelah. Memang nak buat. Nak sorok apa lagi!"

Si baju biru, rupanya lebih berhati-hati. Dia memperlahankan suara. Mungkin takut saya mendengarnya walaupun dia tak tahu sayalah sebenarnya yang menulis isu itu dalam blog berkenaan!

"Bos kata mana jadi lagi. baru peringkat nak tengok-tengok aje." ujar si baju biru.

Si baju putih pun menoktahkan perbualan dengan berkata. "Ala...jawab ajelah. Memang niat dah ada!" dan mereka pun masuk ke dalam kereta. Saya terpaku, menggosok muka. Dalam hati bertanya. Aku mimpikah?

Kemudian saya semak-semak sikit. Terjumpa pula laporan mengetakan kerajaan pusat ada menyediakan RM25 juta peruntukan bagi kerja mengenalpasti tapak, kajian teknikal asas dan lawatan sambil belajar termasuk kepada pemimpin politik ke negara-negara luar yang telah ada loji nuklear!

Akhirnya malam ini, saya pun tertanya-tanya lagi. Apalah lambat sangat JPS nak jawab pertanyaan banyak orang tentang isu konon Tasik Bukit Kepong antara lokasi dicadangkan untuk tapak loji nukelar negara! Kalau tidak katakan tidak, tidak hamba ternanti-nanti.

BADMINTON DUNIA: AKHIRNYA KHOO KIEN KIAT/TAN BOON HEONG TEWAS.

KHOO Kien Kian Kiat/Tan Boon Heong gagal memecah dominasi China di kejohanan Badminton Dunia Yonex di Paris, apabila tewas kepada  pasangan utama negara Tembok Besar, Cai Yun/Fu Haifeng 21-18, 18-21 dan 21-14  pada pertandingan akhir beregu lelaki tadi.

Corak menyerang pantas ditunjukkan pasangan pilihan utama kejohanan ini gagal memecah benteng pertahanan pasangan China pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Baron Pierre Conbatin, Paris, Perancis.

Pasangan Khoo Kien Kiat/Tan Boon Heong mengerah tenaga dan pengalaman mereka bagi memastikan gelaran itu dapat dicapai namun pasangan China tetap kental. China menguasai kesemua kejuaraan, perseorangan wanita, beregu wanita, perseorangan lelaki dan beregu campuran pada kejohanan kali ini.

Kekalahan ini gagal menepati impian untuk dijadikan hadiah paling bermakna buat seluruh rakyat Malaysia yang bakal meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke 53 yang akan disambut lusa. Namun permainan cemerlang beregu negara wajar dipuji.

Sunday, August 29, 2010

TIGA PEKERJA INDONESIA DIPAKSA MAKAN BABI

INI LAGI zalim. Seorang pemilik kilang kain di Taiwan, memaksa tiga pekerjanya dari Indonesia memakan daging bagi ketika bekerja di kilangnya.

Bagi kesalahan itu, Chan Wan Iin, dihukum penjara oleh mahkamah Taiwan selama enam bulan kerana melakukan pemaksaan itu sekitar September 2008 dan April 2009.

Bagaimanapun, mahkamah menukar hukuman itu kepada denda $2,544 sahaja apabila Chan membuat pengakuan akan memberikan pampasan kepada setiap mangsa.

Begini hinanya umat Islam diperlakukan di merata dunia, sehingga daging yang diharamkan masuk ke dalam darah daging itu dijadikan permainan untuk melakukan perbuatan buli.

IBRAHIM ALI NAK SURUH BUAT UNDANG-UNDANG LARANG BUKAN ISLAM MASUK MASJID PULAK DAH!

INI satu lagi pemikiran cap gayung yang cuba ditunjukkan oleh pemimpin Islam Melayu. Dia mahu kerajaan menggubal undang-undang melarang bukan Islam masuk ke dalam masjid atau tempat ibadat orang Islam bagi memelihara kesucian rumah ibadat berkenaan.

Entahlah, apa nak jadi tahap pemikiran pemimpin Melayu. Isu masuk surau di Surau Al-Huda, mulai menjadi modal untuk meraih publisiti. Ibrahim Ali kata cadangan menggubal undang-undang itu penting kerana banyak kes menunjukkan rumah ibadat tidak dihormati.

Orang lebih ilmu agamanya seperti bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidun sendiri berpendapat bukan Islam boleh dibenarkan masuk ke rumah ibadat Islam asalkan mereka mempunyai niat baik dan mendapat kebenaran.

Begitu juga kebenaran yang diberi oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1 Mac lalu, yang mengizinkan para pelancong luar negara yang bukan beragama Islam boleh dibenarkan masuk ke dalam masjid dan surau asalkan berpakaian sesuai dan mendapat kebenaran pengurusan rumah ibadat itu.

Woi tolonglah woi! Ubah sikit pemikiran supaya martabat dan intelektual umat Islam tidak diperlekeh, dipertikai dan diperkitai oleh orang bukan Islam. Telah ada peraturan sedia ada. Janganlah mengelirukan rakyat. 

Jelas kalau isu ahli parlimen Serdang mahu dijadikan kes model oleh pemimpin politik, senang sahaja, Betulkan kesilapan berlaku. Suruh bukan Islam berpakaian sesuai apabila berada di dalam masjid atau surau. Itu sebenarnya yang silap, bukan silap lain.

Banyak lagi yang perlu pemimpin Melayu fikirkan. Misalnya tahap ekonomi orang Islam di negara ini atau benda yang paling mudah, buat satu peraturan semua batu nisan dan kain kapan untuk orang Melayu meninggal dunia dibuat oleh orang Islam. Boleh?

TAUFIK KECUNDANG. CHEN JIN JUARA PERSEORANGAN LELAKI

TAUFIK Hidayat menunjukkan permainan anti klimaks apabila gagal menunjukkan prestasi sebenar, selepas kalah kepada jaguh China, Chen Jin dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki di pertandingan Badminton Dunia yang berlangsung di Stadium Baron Pierre de Coubatin, Paris.

Taufik kecundang dalam perlawanan berat sebelah, 13-21 dan 15-21 kepada Chen Jin, menamatkan impian jaguh Indonesia itu untuk merangkul gelaran juara dalam kejohanan badminton berprestij tinggi.

Tidak seperti keupayaannya menewaskan Park Sung Hwan, jaguh dari Korea Selatan dalam perlawanan separuh akhir semalam, Taufik sering gagal membalas pukulan Chen Jin, termasuk juga sering memberikan mata kepada lawan menerusi permainan di jaring.

Sementara itu dalam beregu campuran pula, pasangan China Zheng Bo/Ma Ju mengalahkan pasangan senegara, Han Bin/Yu Yang dengan dua set, 21-14, 21-10.

WANG LIN JUARA PERSEORANGAN WANITA BADMINTON DUNIA YONEX

WANG LIN menjuarai bahagian perseorangan wanita dalam pertandingan Badminton Dunia Yonex yang berlangsung di Paris, sebentar tadi apabila mengalahkan rakan senegaranya, Wang Xin, dengan rubber set 21-11, 19-21 dan 21-13.

Seharusnya Wang Lin menang dengan permainan mudah dua set, tetapi rentak permainannya yang goyah pada pertengahan set kedua, memberi peluang Wang Xin mengikat untuk saling memburu mata dengan sering memerangkap lawannya itu dengan pukulan smash dan jaring.

Pada set ketiga bagaimanapun, wang Xin gagal meneruskan rentak dengan permainan smash atau jaringnnya apabila Wang Lin mengubah taktik kepada corak menyerang. Wang Lin menang mudah dengan mata 21-13 dalam tempoh hanya sepuluh minit pada set ketiga.

KEPADA NAMEWEE: TIDAK FASIH BERBAHASA MALAYSIA DAN BERKELAKUAN LUCAH ITU PATRIOTIK?

DIFIKIR-FIKIR balik memang patut pun, Memang patut pun Namewee ini disiasat. Memang patut pun dikenakan tindakan tegas. Cakap manusia seperti ini tidak melambangkan seorang yang patritotik.

Konon katanya, dia patriotik sebab itu dia mahu sampaikan mesej walaupun kata-kata dan aksinya lucah dan sensitif. Apa maksud cakap manusia seperti ini? Dia kena reti, untuk menjadi patriotik dia mesti juga tahu kawal cara dan perilaku supaya nampak beradab. Seseorang yang patriotik kepada negara bermakna dia juga menghormati bahasa, adat dan budaya. Bukan sekadar cakap semata-mata.

Samalah maknanya kalau dia seorang penjenayah, tapi berkata dia bukan penjenayah. Tapi sikap seorang penjenayah yang dibawanya sudah tentu tidak menyakinkan dia bukan penjenayah.

Letihlah mamat seekor ni. Itulah ruginya kalau tak reti bahasa dan tak reti budaya tapi masih mahu mengaku patriotik kepada negara. Mudah sahaja. Cekup dan ajak dia berbahas dalam balai polis. Jangan kita jadi enggeh aja.

IBRAHIM ALI CABAR PERDANA MENTERI JELASKAN LAGI MAKNA 1MALAYSIA

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali, mahu Perdana Menteri, Najib Tun Razak menjelaskan makna sebenar 1Malaysia bagi mengelakkan ia disalahtafsir oleh sesetengah pihak yang bermaksud kesamarataan.

Ini kerana katanya, telah banyak pihak menganggap 1Malaysia adalah hak untuk menikmati semua perkara di dalam negara ini secara sama banyak, iaitu sekaligus menjejaskan jaminan perkara 153 Perlembagaan Negara yangmenjamin keistimewaan orang Melayu.

"Saya mencabar Perdana Menteri membuat satu resolusi di parlimen menghapuskan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan jika beliau bermaksud konsep 1Malaysia itu bermaksud kesamarataan kepada semua bangsa," katanya.

Tekanan yang dibuat Ibrahim ini dipercayai ekoran sesetengah pihak mula menyalahtafsirkan 1Malaysia itu sehingga boleh menjejaskan hak-hak orang Melayu yang diberi keistimewaan kuota dalam pendidikan, pekerjaan dan beberapa bidang yang telah ditentukan.

Kini semakin banyak pihak mula mempertikaikan konsep diperkenalkan Najib itu termasuk daripada bangsa lain yang tentunya mahu mencari peluang ia adalah satu masa yang sesuai memperolehi kesamarataan, tetapi menjejaskan pula hakkeistimewaan orang Melayu.

Bagi saya, selepas sekian lama dilancarkan konsep itu hanya akan menemui kegagalan dan lebih banyak mencetuskan kontroversi.

TERKINI: MANGSA PERTAMA LETUSAN SINABUNG

LETUSAN Gunung Berapi Sinabung di Sumatera Utara hari ini meragut nyawa pertama apabila seorang warga dari Desa Cinta Rakyat, Surbakti, 54, disahkan mati ketika dalam proses berpindah ke luar dari kawasan tragedi.

Presiden Bantuan Sosial dan Bencana Alam, Andi Arief yang menghantar laporan terkini menerusi twitter berkata, sehingga kini juga semakin ramai dipindahkan bagi mengelak kejadian semakin teruk.

Gunung berapi yang tidak pernah meletus itu juga kini telah diletakkan mengikut tahap A oleh pihak berkuasa Indonesia, iaitu tahap berbahaya.

LETUPAN KUAT DI CHERAS.

DUA dilaporkan parah apabila satu letupan kuat dipercayai daripada bom buatan sendiri yang diletakkan di depan sebuah unit apartment oleh pihak tidak bertanggungjawab di Desa Tun Razak di Cheras pagi tadi sehingga menggemparkan banyak pihak.

Beberapa bahagian unit di blok apartment tempat bom itu diletakkan juga dilaporkan mengalami kerosakan. Difahamkan perbuatan jenayah itu dilakukan akibat pertelingkahan dan dendam berkaitan saingan perniagaan dengan seorang lelaki di apartment berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan tidak panik.

DATUK AZIZ SATAR BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS PRESIDEN KARYAWAN

DUNIA seni tanah air yang sebesar mangkuk itu mulai gelora, Ribut mulai melanda. Artis veteran, Datuk Aziz Satar semalam membuat laporan polis ke atas presiden Karyawan, Freddie Fernandez berhubung pertelingkahan mereka.

Menurut Aziz, laporan itu dibuat ekoran tindakan Freddie yang dikatakan menjatuhkan maruah dirinya menerusi kata-kara yang dilaporkan oleh sebuah media baru-baru ini. Difahamkan angin di antara kedua-duanya telah lama berpuing.

"Kini saya tidak boleh bersabar lagi. Tiada siapa hasut saya. Dia memburukkan saya menyatakan saya dihasut, menabur fitnah dan berkata tanpa fikir. Saya perlu tampil membela diri," katanya.

Aziz membuat laporan polis jam 4 petang semalam di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) ditemani presiden PAPITA, Datuk M Daud dan beberapa kenalan artis yang mendakwa ahli karyawan yang telah dipecat oleh Freddie.

Buat pak Aziz. Kalau diam kepala kita dipijak!

TERKINI LETUSAN GUNUNG SINABUNG DI SUMATERA UTARA.

LETUSAN gunung berapi Sinabung mula menyebabkan ruang udara sekitar Medan di Sumatera Utara mulai terganggu oleh keadaan mendung tetapi belum sampai menjejaskan laluan penerbangan pesawat domestik dan antarabangsa.

Bgaaimanapun, pemantau mula menggerakkan usaha memastikan tiada lagi rakyat di sekitar lingkungan 5 kilometer persegi berada di kawasan itu.Sehingga kini lebih 12,000 orang penduduk telah mula berpindah melibatkan lebih 15 mukim. Kebanyakan mereka dibantu oleh pihak berkuasa berpindah menggunakan lori dan kenderaan yang ada.

Gunung itu meletus jam 2 pagi tadi menyebabkan keadaan panik ketika penduduk berdekatan sedang nyenyak tidur. Pada awalnya hanya sekitar 900 penduduk berpindah tetapi angka itu telah mencatat belasan ribu kerana bimbang banjir lahar akan belaku.

Laporan pasukan berkuasa Indonesia juga menunjukkan letusan yang berlaku di gunung Sinabung adalah amat pelik dan menakjubkan pengkaji volcano negara itu. Ini kerana gunung berkenaan telah dikelaskan sebagai tahap tidak aktif dan disahkan tidak pernah meletuk sejak 1,600 tahun lalu.

Demikianlah kuasa Allah. Jaga bahasa, jaga tingkah laku dan jaga kehormatan. Semoga Allah selamatkan daripada bencana besar berlaku.

BADMINTON DUNIA: KHOO/TAN LAWAN CAI YUN/FU HAIFENG DI FINAL

DENGAN tewasnya pasangan Indonesia Markis Kido dan Hendra Setiawan kepada pasangan China malam tadi, pasangan utama negara Khoo Kien Kiat/Tan Boon Heng akan berdepan pasangan pilihan kelima kejohanan, Cai Yun/Fu Haipeng dalam perlawanan akhir acara beregu lelaki di Kejohanan Badminton Dunia Yonex di Paris.

Cai Yun/Fu Hai Peng menumpaskan Markis Kido/Hendra Setiawan dengan straight set 21-16, 21-13 dalam perlawanan separuh akhir malam tadi.

Pasangan utama China ini pastinya merupakan musuh utama Khoo dan Tan yang mesti ditumpaskan jika mahu melakarkan sejarah mencatat nama sebagai juara dalam tempoh 33 tahun kejohanan dunia itu berlangsung.

INDONESIA DITIMPA BALA. GUNUNG BERAPI SINABUNG MELETUS!

RAKYAT Indonesia ditimpa bala secara tiba-tiba kira-kira jam 2 pagi tadi, apabila Gunung Berapi Sinabung yang terletak di Tanah karo, di Sumatera Utara meletus mengekuarkan percikan api dan lahar secara mendadak.

Seramai 900 penduduk berdekatan melarikan diri ke Kabanjahe dalam keadaan tanpa bantuan pihak berkuasa. Ini kerana tiada amaran berhati-hati diberikan sebelum ini disebabkan Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia mengesahkan gunung berapi itu tidak aktif dan mustahil akan meletus.

Bagaimanapun, keadaan di luar jangka berlaku ketika penduduk sedang nyenyak tidur. Mengikut laporan media Indonesia, sebelum ini penduduk mengesan gunung berapi itu ada mengeluarkan asap hitam, tetapi laporan yang diterima mengatakan ia mustahil akan meletus dalam tempoh terdekat.

Pihak berkuasa Indonesia yang mendengar berita itu, bergegas ke kawasan kejadian termasuk memantau pergerakan penduduk yang dikatakan sesetengahnya memberanikan diri pulang untuk mengambil barangan berharga selepas berpindah ke Kabanjahe.

Gunung berapi Sinabung mempunyai ketinggian kira-kira 2,460 meter daripada permukaan laut dan menjadi antara gunung berapi yang tinggi dan besar di kepulauan Sumatera. Sehingga kini tiada kes kecederaan dilaporkan berikutan kejadian itu.

ISU AHLI PARLIMEN DI SURAU: APABILA AKAL TERTUTUP OLEH EMOSI HITAM

APABILA akal tertutup oleh emosi yang hitam, manusia tidak dapat berfikir lagi. Dek kerana meletakkan politik di depan segala-gala, ruang yang besar menjadi sempit, jalan yang terang menjadi gelap. Maka manusia yang terpelajar dan berpengalaman banyak dalam hidup sekali pun tidak dapat berfikir bagaimana mahu memadam api sekecil api lilin di depan mata. 

Inilah persamaan yang harus diletakkan kepada akal pemimpin politik, seperti seekor badak sumbu yang ditutup matanya. Habis segala tembok besi disondol merata-rata. Isu ahli parlimen masuk surau di Kajang, terus bertukar menjadi isu ahli parlimen itu memberi tazkirah. MasyaAllah. Kenapa sedemikian daif cara tanggapan dan fikir manusia Islam yang bergelar pemimpin.

Demi mengejar keuntungan politik, seorang pemimpin kanan berkata tahi, semua pemimpin yang mengikutinya di belakang pun berkata tahi! Dan tiadalah lain kecuali tahi yang keluar dari cerca mulutnya walaupun diberitahu oleh budak-budak yang masih hijau akalnya bahawa yang dikatakan tahi itu sebenarnya bukanlah tahi.

Hari ini berlumba-lumba mereka menyondol sambil mulut berkata tahi. Isu ahli parlimen dijemput menyerahkan sumbangan yang bertujuan untuk membaiki pagar surau, terus bertukar 360 darjah. Hanya kerana ahli parlimen diundang berucap sedikit fasal sumbangan yang diberikan, terus warna putih dikatakan hitam. Apalah...kenapalah diberikan kebodohan yang amat sangat pada pemimpin politik sedemikian. Sebagai orang Islam, tidak mahunya mereka memberi ruang kepada ahli parlimen itu memberi tazkirah. Dan di peringkat anak-anak kecil yang belum panjang akalnya pun tahu. Tak masuk akalnya ahli parlimen perempuan Cina boleh memberi tazkirah kepada orang Islam. Dalam tempoh 10-15 minit berucap, semua keadaan yang sepatutnya bermula tentang kebaikan, ditukarkan kepada cerita yang berakhir dengan keburukan.

Saya melihat terlalu banyak kontraktor Cina diberi kerja membaiki ruang dalam masjid dan surau, seperti memasang penghawa dingin, memasang karpet termasuk karpet yang digunakan di atas mimbar oleh imam sebelum ini. Bukan sekali. Banyak kali! Ini bukan bidaah atau cerita bukan-bukan. Ini cerita benar. Banyak kali bangsa asing masuk, duduk, berdiri di ruang tempat sembahyang surau dan masjid. Hal yang ini macam mana pula? Salahkah? Kenapa pemimpin politik tidak menyondol macam badak ditutup mata bila mengetahui hal ini. Keadaan ini sama sahaja seperti kehadiran ahli parlimen Serdang di Surau al-Huda! Dia datang melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin politik menyampaikan sumbangan. Apakah kerana dia bukan Islam maka kita minta dia menyampaikan sumbangan itu di tepi jamban surau? Di mana nanti adabnya orang Islam, sedang Islam sendiri menyuruh umatnya beradab!

 Dia tidak menyampaikan tazkirah. Yang mengatakan dia menyampaikan tazkirah itu suratkhabar yang amat bodoh! Apakah cakap suratkhabar yang bodoh itu mahu kita ikut tanpa usul periksa. Sedih saya melihat sikap dan perangai orang politik Islam yang bercakap hanya mahu dapat merit politik. Allah Maha Mengetahui betapa demi sikap bodoh kita, menyebabkan ada orang lain terkeliru. Ada orang lain menyangka benarlah isu itu seperti dilaporkan akhbar. Sedih. Baru soal begini, akal kita tidak dapat berfikir waras. Bagaimana nanti kalau diuji Tuhan dengan cubaan-cubaan yang lebih hebat. Otak yang diberikan Allah seolah-olah seperti kepala lutut sahaja nilainya. Tidak langsung dapat berfikir.

Saya merayu sangat-sangat kepada pemimpin Melayu supaya janganlah nampak sangat kebodohan kita. Tolonglah tunjukkan kecerdikan kita pada pandangan orang lain. Tolonglah!

KEPUTUSAN TERKINI BADMINTON DUNIA YONEX-BWX: TAUFIK VS CHEN JIN DI FINAL

CHINA selain berjaya memastikan dua gelaran juara berada dalam genggaman menerusi beregu campuran dan perseorangan wanita apabila akan bersaing sesama sendiri, berpeluang menambah satu lagi koleksi di Kejohanan Badminton Dunia Yonex di Paris, apabila perseorangan lelakinya, Chen Jin akan bertemu Taufik Hidayat dalam pertandingan akhir esok.

Pertembungan Chen Jin dan Taufik itu menjadi pasti, apabila jaguh Indonesia itu berjaya menjinakkan Park Sung Hwan jaguh Korea Selatan yang mengejutkan Lin Dan dalam perlawanan separuh akhir semalam,  menerusi kemenangan bergaya dua set, 21-10 dan 22-20.

Perlawanan di antara Taufik nampak mudah pada set pertama tetapi Park berusaha untuk membuat kejutan lagi dengan meningkatkan prestasinya pada set yang kedua. Pada satu peringkat di set kedua itu, Park mendahului Taufik dengan 20-18. Bagaimanapun, pengalaman Taufik banyak membantu apabila dia akhirnya menamatkan set berkenaan dengan mengutip mata 22-20.

Chen Jin dalam perlawanan separuh akhir terdahulu mengalahkan Peter Gade dari Denmark dengan tiga set, 19-21, 21-8 dan 21-11.

Malaysia juga mempunyai wakil di peringkat akhir esok sekaligus membuka berpeluang untuk mencatat sejarah bergelar juara dalam tempoh 33 tahun apabila pasangan Khoo Kien Kiat/Tan Boon Heong turut layak selepas mengalahkan pasangan China dalam perlawanan separuh akhir.

NAMEWEE CABAR KETUA PUTERI UMNO BERDEBAT!

WEE MENG CHEE, pemuda yang lebih dikenali sebagai Namewee, menolak kecaman yang dibuat oleh pelbagai pihak ke atasnya kerana dikatakan telah bersikap rasis dan menyentuh sensitiviti perkauman dalam penerbitan video terbarunya.

Malah hari ini dia turut mencabar Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, berdebat dengannya bagi membuktikan dakwaan Rosnah bahawa dia tidak mempunyai rasa hormat dan tanggungjawab kepada negara sebagai dakwaan yang salah.

Dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan di dalam laman blognya hari ini, Namewee yang dikecam hebat pelbagai pihak kerana bersikap lucah dan keterlaluan menghasilkan video terbarunya berjudul Nahh!!! baru-baru ini, turut mempersoalkan kecaman yang dibuat beberapa pemimpin politik di dalam Utusan Malaysia.

"Jika ketua puteri berasa saya tidak ada rasa hormat dan tanggungjawab terhadap negara, saya minta dia datang berdebat dengan saya seberapa segera. Saya juga mahu tahu kenapa dia (Rosnah) asyik menyerang mangsa dengan kenyataannya, sedangkan pengkhianat (pengetua sekolah) masih belum dikenakan tindakan," katanya dalam kenyataan itu.

Namewee juga, akibat didesak dengan pelbagai kecaman telah menarik balik penerbitan video pendeknya yang dianggap keterlaluan itu daripada akaun youtube miliknya serta-merta.

Menerusi kenyataan yang ditulis dalam bahasa Mandarin dan Inggeris itu, Namewee juga menjelaskan bahawa dia sengaja menggunakan bahasa kelihatan kasar dan lucah dengan tujuan supaya motif yang ingin disampaikannya dapat diterima dengan cepat dan berkesan.

Antara elemen yang kurang menyenangkan dalam video itu selain lirik lagu rap yang amat kasar, ialah penggunaan isyarat jari lucah selain penggunaan gambar pisang bertujuan merendah-rendahkan moral Siti Insyah dan Kementerian Pendidikan yang didakwanya terlibat dalam isu berbaur perkauman di Sekolah Menengah Bukit Selambau, baru-baru ini.

Ini bukan kali pertama Manewee membangkitkan kemarahan banyak pihak. Penghasilan beberapa video sebelum ini juga menyebabkan ada pihak hampir hilang rasional apabila dia mengenepikan nilai estetika dan moral dalam penghasilan videonya.

Saturday, August 28, 2010

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA TAK BERUPAYA MEMPENGARUHI RAKYAT

PENGGUNAAN kaedah matlamat menghalalkan cara, semata-mata mahu mendapatkan keuntungan atau merit politik yang dilakukan oleh parti Umno mesti dihentikan kalau mahu melihat rakyat menghormati dan mengekalkan keyakinan terhadap perjuangan parti itu.

Beberapa insiden kebelakangan ini yang digunakan Umno untuk meraih sokongan rakyat, terutama membabitkan isu agama dan perkauman, khusus didokongi oleh laporan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia seperti isu khutbah di Pulau Pinang dan isu Tazkirah Ahli parlimen Serdang di surau Kajang, mesti dihindarkan.

Ini kerana permainan matlamat menghalalkan cara, yang diumpan oleh media sebelum cuba dilibas oleh Umno ternyata hasilnya banyak tersangkut ke jaring dan tidak ke dalam gelanggang lawan. Rakyat yang menjadi penonton permainan kotor ini, tentunya bertepuk tangan, bukan kerana menyokong tetapi mengejek dengan taktik yang diamalkan parti memerintah.

Mempertahankan bahawa semua isu yang dibawakan oleh Utusan Malaysia adalah benar dan tidak palsu, adalah suatu cara mempertahankan diri yang amat tidak betul oleh Umno kerana rakyat melihat kebenaran sebenar isu berkenaan dari sisi yang amat luas. Isu penggunaan nama bukan Islam di dalam rumah ibadat muslim misalnya kini tidak dilihat oleh rakyat sebagai isu jalan sehala. Mereka kini tidak tertarik untuk mempercayai isu itu lebih kepada isu penghinaan agama atau penghinaan kaum. Ini kerana, setiap kali isu yang dimainkan oleh Utusan Malaysia, isu berkenaan didatangkan secara longgar di segi asas kesalahan seperti yang didakwa Umno.

Mendakwa isu itu menunjukkan parti pembangkang sebagai sebuah parti yang tidak pernah menghargai kemuliaan rumah ibadat orang Islam misalnya, adalah salah pada pandangan rakyat terbanyak. Dalam isu terbaru misalnya, laporan Utusan Malaysia lebih menekankan kepada penghinaan akibat perlakuan seorang bukan Islam berada di dalam rumah ibadat, sedangkan realitinya si tertuduh langsung tidak mempunyai niat berkenaan, sebaliknya berada di situ atas jemputan untuk menyerahkan cek sumbangan. Malah penggunaan kata-kata tazkirah yang digunakan oleh Utusan Malaysia, menyebabkan rakyat semakin loya kerana tidak ada kaitan langsung bagi mereka seorang bukan Islam mahu memberi tazkirah kepada umat Islam ketika di majlis yang sama turut dihadiri oleh orang Islam seperti imam dan bilal yang lebih tinggi ilmu agamanya. Di sinilah bermulanya keyakinan rakyat semakin terhakis kerana mereka melihat berlaku ketidakmunasabahan daripada laporan akhbar dan kenyataan pemimpin Umno. Rakyat khususnya orang Melayu Islam masih percaya, tidak ada orang Islam yang ada ilmunya membuat satu majlis bodoh dengan menjemput orang bukan Islam mengendalikan tazkirah di rumah ibadat mereka.

Umno dan Utusan Malaysia harus meletakkan daya dan tahap intelektual mereka di paras yang boleh dihormati dalam soal ini kerana tahap ientelektual rakyat juga sudah semakin tinggi. Mereka tidak boleh diperbodohkan dengan laporan berita cap ayam atau cap gayung. Selagi ini tidak difahami oleh Utusan Malaysia dan Umno, selagi itulah tahap hakisan keyakinan orang Melayu terhadap perjuangan parti itu semakin meluas dan melebar. 

Malah kalau Umno melihat semua laporan Utusan Malaysia ini sebagai senjata boleh membantu melemahkan parti pembangkang, mereka sebenarnya telah membuat satu keputusan yang amat silap. Ini kerana rakyat bukan sahaja tidak mempercayai, malah tahap kepercayaan mereka kepada laporan akhbar itu pada masa depan semakin tiada langsung. Sebaliknya mereka lebih rasa bersimpati ke atas bukan Islam yang dituduh-tuduh, kerana mereka melihat Islam adalah sederhana dan tindakan akhbar atau Umno membelasah atau memperlekeh bukan Islam hanya dilihat sebagai satu tindakan yang tidak menggambarkan Islam itu berkonsepkan kasih sayang.

Ini dapat dirumuskan berdasarkan dua isu yang dibawa oleh Utusan Malaysia sejak kebelakangan ini. Jika ada pun kesalahan yang berlaku dalam kedua-dua kes itu adalah kecuaian dan tidak disengajakan, tetapi tidak pula sampai ia boleh dijadikan satu keputusan untuk menghukum bahawa parti pembangkang atau rakyat sanggup menggadai agama. Tertuduh bukan Islam dalam kes ini silap kerana berada pada masa dan keadaan yang tidak betul. Lagi pun bukan mereka yang mahu berada dalam masa dan keadaan begitu!

KEPUTUSAN BADMINTON DUNIA: KHOO KIEN KIAT/TAN BOON HEONG KE FINAL

MALAYSIA boleh memasang impian untuk meletakkan nama sebagai juara dunia badminton bergu lelaki buat kali pertama sejak 33 tahun lalu, apabila pasangan utama Khoo Kien Kiat/Tan Boon Heong mara ke peringkat akhir selepas mengalahkan bergu China, Guo Zhendong/ Xu Chen pada peringkat separuh akhir tadi.

Bergu pilihan utama kejohanan itu mengalahkan pasangan China yang juga pilihan keempat kejohanan dalam permainan straight set, 21-14, 21-18 di Paris, Perancis, sekaligus mengubati duka Lee Chong Wei yang tersingkir kepada Taufik Hidayat pada peringkat suku akhir semalam.

Pasangan negara itu akan bertemu pemenang antara bergu Indonesia Markis Kido/Hendra Setiawan dan bergu utama China, Cai Yun/Fu Haifeng yang sedang bertarung dalam satu lagi permainan separuh akhir.

Sementara itu dalam perseorangan lelaki, Chen Jin mengubati kekalahan pilihan utama Lin Dan apabila berjaya menyingkirkan jaguh Denmark, Peter Gade dalam permainan separuh akhir menerusi permainan rubber set, 19-21, 21-8. 21-1.

Perlawanan separuh akhir antara Chen Jin dan Peter Gade pada mulanya seimbang pada set pertama apabila mereka saling berkejaran memungut mata, tetapi dimenangi oleh Peter Gade. Bagaimanapun, pada set kedua dan ketiga, Peter Gade nyata gagal memberi persembahan terbaik apabila tewas mudah.

Chen Jin akan bertemu pemenang dalam satu lagi permainan separuh akhir di antara Taufik Hidayat dan Park Sung Hwan dari Korea yang akan berlangsung sebentar lagi.

KEPUTUSAN BADMINTON DUNIA. TINE BAUN KECUNDANG. WANG LIN KE AKHIR PERSEORANGAN BERTEMU RAKAN SENEGARA

CHINA mengesahkan juara perseorangan wanita ada milik mereka apabila jaguhnya, Wang Lin berjaya menjinakkan taruhan Denmark, Tine Baun dalam permainan straight set, 21-11, 21-8 pada peringkat separuh akhir di pertandingan Badminton Dunia Yonex di Paris, Perancis tadi.

Tine Baun yang sebelum ini menggunakan nama Tine Rasmussen adalah juara All-England 2010 gagal mengekang asakan Wang Lin, sebelum menyerah dalam tempoh 31 minit.

Dengan kemenangan itu, Wang Lin akan bertemu rakan senegaranya di peringkat akhir, esok. Lawannya sama ada Wang  Xin (pilihan ketiga) ataupun Wang Shuxian (pilihan keenam) yang akan bertemu sesama sendiri sebentar lagi.

GEJALA KANAK-KANAK PEREMPUAN BAWAH UMUR KECANDUAN SEKS DI NEGARA INI MEMBIMBANGKAN

TIDAK LAMA dulu orang ramai terkejut apabila membaca berita seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun, ditahan ketika sedang menikmati hubungan seks dengan lelaki dewasa di Kulim, sejurus selesai melakukan hubungan seks dengan lelaki lain di rumah yang sama.

Pengakuan kanak-kanak itu bahawa dia seperti kecanduan melakukan hubungan terkutuk itu merisau dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak terhadap gejala keterlanjuran yang dikatakan semakin meningkat membabitkan kanak-kanak perempuan berusia di bawah 15 tahun.

Dan hari ini di Perak pula, keadaan yang sama dilaporkan lagi oleh polis negeri itu, tetapi kali ini membabitkan pelajar berusia 11, 12 dan 15 tahun termasuk seorang di antaranya yang telah disahkan mengandung enam bulan.

Ketua Polis Derah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman, ketika mendedahkan perkara itu berkata dalam kes pertama, seorang kanak-kanak perempuan hamil enam bulan selepas dipercayai sering melakukan hubungan seks dengan bapa saudaranya yang berusia 59 tahun.

Menurutnya, kejadian itu mula disedari oleh ibunya yang menyedari perubahan besar pada perut anaknya lalu membuat laporan polis.

Kes kedua pula melibatkan seorang gadis 11 tahun yang dikatakan berkenalan dengan seorang lelaki dewasa berusia 23 tahun.

Sementara dalam kes ketiga, seorang pelajar berusia 15 tahun dikatakan terbabit dalam hubungan terlarang itu bersama teman sekolahnya selepas mereka sebelum ini dipercayai asyik berhubungan menerusi telefon bimbit dan saling menghantar pesanan ringkas (SMS) yang berbaur lucah.

Dalam kes itu, mangsa dikatakan ditarik oleh teman lelakinya dan mereka melakukan hubungan seks di sebuah bilik ketika gadis itu mahu berjumpa adiknya,

EDITOR MAJALAH PLAYBOY INDONESIA DILARANG KE LUAR NEGARA

PEJABAT Pendakwaraya Jakarta hari ini menghantar surat kepada Ketua Pengarah Imigresen negara itu bagi permohonan mendapatkan satu perintah larangan ke luar negara dikenakan ke atas Editor majalah Playboy, Erwin Arnada.

Ketua Jabatannya, Muhammad Yusuf, berkata tindakan itu diambil bagi mengelakkan Erwin melarikan diri selepas dia gagal menghadirkan diri ke pejabat berkenaan selepas mahkamah mengenakan hukuman penjara dua tahun ke atasnya.

Difahamkan, satu saman menghendaki Erwin hadir juga telah dihantar ke kediaman editor kontroversi itu di Bendungan Hilir, Jakarta Pusat, hari ini.

Menurut Muhammad, jika Erwin masih gagal melaporkan diri ke pejabat pendakwaraya, saman kedua akan dihantar kepadanya pada Isnin depan. Erwin dikenakan hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah ekoran tindakan yang diambil oleh pemimpin masyarakat Islam yang mahukan majalah itu diharamkan penerbitannya kerana didakwa menjejaskan Islam di Indonesia.

Sementara itu, Erwin yang tidak dapat dikesan dikatakan telah menghantar satu pesanan menerusi twitter petang tadi memaklumkan tidak akan cuba melarikan diri. Dia sempat memberitahu masih berada di Jakarta tetapi tidak memaklumkan lokasi sebenar.

UTUSAN MALAYSIA DIDAKWA BUAT LAPORAN PALSU KES AHLI PARLIMEN DAP TAZKIRAH DI SURAU

UTUSAN MALAYSIA sekali lagi didakwa menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan beradab dalam menyiarkan berita apabila mengenepikan nilai dan etika kewartawanan sebenar dengan menyiarkan berita tidak benar mengenai kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada malam Ahad lalu.

Tanpa menghubungi Ahli Parlimen berkenaan untuk mendapatkan pandangan balas, Utusan Malaysia telah menyiarkan laporan muka depan menggambarkan Teo sedang memberi tazkirah di surau berkenaan, sedangkan ia hanya majlis penyerahan cek bantuan.

Kesan daripada penyiaran berita yang mengelirukan dan didakwa bertujuan jahat oleh Teo telah menyebabkan kemurkaan Sultan Selangor yang serta merta mengarahkan pengurusan surau berkenaan diambilalih oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Selain bertindak mengabaikan etika kewartawanan, kesan daripada laporan Utusan Malaysia itu telah mencetuskan kekeliruan, salah faham, prasangka dan persepsi yang terlalu skeptikal dan sinis di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap umat Islam.

BERIKUT adalah ringkasan penjelasan Teo mengenai kejadian itu yang telah dipetik daripada THE MALAYSIAN INSIDER - portal berita online yang berwibawa.
Utusan Malaysia dan Umno telah memutarbelitkan apa sebenar yang berlaku dan akhbar itu tidak pernah menghubungi Teo untuk mendapatkan pandangan balas sebelum menyiarkan laporan yang berat dan sarat dengan sensitiviti kaum dan agama itu.
Tindakan Utusan Malaysia menerusi laporannya seolah-olah Teo sedang menyampaikan tazkirah kepada umat Islam adalah sesuatu yang di luar adab dan keji yang dilakukan oleh pengamal media kerana boleh membangkitkan sentimen di kalangan masyarakat majmuk.

Ekoran laporan tidak bertanggungjawab dan jijik dinilai pada kaca mata seorang wartawan, menyebabkan Sultan Selangor murka dan menitahkan supaya Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengambilalih serta merta pengurusan surau berkenaan.

Menurut Teo, beberapa hari sebelum kejadian pihaknya menerima permohonan daripada jawatankuasa surau berkenaan memohon bantuan kewangan bagi kerja-kerja mengubahsuai dan pembaikan surau itu. Beliau tidak mempunyai bantahan dan berusaha menguruskan bantuan yang dipohon.

Apabila cek bantuan kewangan itu telah siap, Teo memaklumkan pihaknya telah menghubungi jawatankuasa surau bertanyakan bagaimana cara untuk menyerahkan cek itu. Jawatankuasa surau akhirnya menghantar jemputan kepada beliau untuk menyampaikan sumbangan bantuan itu di surau berkenaan.

Pada malam Ahad lalu, kira-kira jam 9.15 malam Teo tiba dan menunggu di luar surau berkenaan bagi memastikan kesemua jemaah surau sempurna melaksanakan solat mereka. Sebaik jemaah siap bersembahyang, beliau dijemput oleh jawatankuasa surau masuk bagi melakukan upacara yang dimaksudkan.

"Ketika itu saya ada bertanyakan mereka sama ada okay atau tidak kalau saya masuk ke surau. Mereka kata tiada masalah dan saya memenuhi undangan mereka," jelas Teo dan terus duduk bersama kumpulan jemaah wanita di dalam surau itu.

Apabila dijemput untuk memberi sepatah dua kata mengenai sumbangan itu, Teo tidak mengambil masa lama. Beliau hanya menyentuh soal bantuan dan sempat mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada semua yang hadir.

"Kemudian saya sentuh sikit fasal pinjaman yang disediakan oleh kerajaan negeri kepada pelajar yang layak ke universiti. Saya bercerita kerana ramai belum tahu mengenai pinjaman itu dan tarikh tutup permohonannya pula semakin dekat, iaitu Oktober depan. Saya minta semua yang hadir sampaikan berita mengenai pinjaman itu kepada keluarga yang lain.

"Tidak ada pada bila-bila masa saya bercakap fasal politik kerana saya berada di situ pun hanya untuk beberapa minit sahaja" katanya menjelas insiden yang diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan Umno.

Selesai sahaja berucap, Teo dipelawa oleh jawatankuasa surau berkenaan untuk menikmati juadah di luar surau sebelum pulang.
Daripada penjelasan yang diberikan oleh Teo ini, tentulah amat menyedihkan kita sebagai umat Islam membaca berita tohmahan yang jauh tersasar daripada makna dan tujuan sebenar seperti dilaporkan UTUSAN MALAYSIA sehingga menimbulkan pelbagai pandangan negatif terhadap Islam itu sendiri.

Semoga Allah memberi hidayah dan memberi pembelaan kepada mereka yang teraniaya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10