PEMUDA MIC, barangkali mahu menunjukkan pergerakan itu bukan sekadar dilihat sebagai pejuang parti kaum India, tetapi juga mesti dipandang oleh orang lain sebagai badan yang mempunyai autoriti atau berkuasa. Ini terbukti menerusi kenyataan ketuanya, T Mohan yang mahu Ketua Setiausaha Kerajaan (KSN) Tan Sri Sidek Hassan mengambil tindakan ke atas dua pengetua yang didakwa mengucapkan kata-kata perkauman dalam tempoh dua minggu!
T Mohan dipetik berkata, pihaknya akan menghantar memorandum mengenai perkara itu kepada Jaafar, Rabu depan selepas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Muhyiddinn\ Yassin, berkata beliau tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan tindakan ke atas kedua-dua pengetua terbabit.
Menurutnya, dalam memorandum itu pemuda MIC berharap KN dapat mengambil tindakan ke atas kedua-dua pengetua itu dalam tempoh dua minggu. Omaak ooi...baru bagi cota dah macam dapat senapang!
Tidak pula kita mendengar beliau atau MIC bising minta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak berkuasa bertindak keras atau segera ke atas Katy Li Li Lian yang menghina Allah atau Namewee yang menghina orang Melayu dan negara menerusi video klipnya.
Kalau semua mahu membuat tindakan mengikut emo dan sentimen perkauman, orang Melayu nampaknya kenalah mendesak supaya semua pembunuh Datuk Sosilawati dan tiga yang lain dikenakan hukuman bakar dan gantung!