nuffnang ads

Wednesday, July 7, 2010

TIPS UJIAN UNDANG-UNDANG

SISTEM KEJARA

(Sila sign-in untuk join blog ini bagi memudahkan anda mendapatkan bahan-bahan lain berkaitan ujian undang-undang. Dibawakan khas oleh jurulatih memandu berkelayakan)

Antara soalan yang kerap ditanya ialah berkaitan mata kesalahan dan hukuman.

1.Bagi mereka yang mendapat 15 atau lebih mata demerit bagi kali PERTAMA, hukuman yang dikenakan ialah lesen memandu DIGANTUNG 6 BULAN
2.Bagi mereka yang mendapat 15 atau lebih mata demerit bagi kali KEDUA, hukumannya ialah lesen memandu akan diGANTUNG 12 BULAN
3.Bagi yang mendapat 15 mata atau lebih bagi kali KETIGA (dalam tempoh 5 tahun) hukumannya ialah lesen memandu DIGANTUNG 12 BULAN DAN TINDAKAN MEMBATALKAN LESEN AKAN DIBUAT.

Nota: Calon mesti faham perkataan GANTUNG DAN BATAL Pembatalan lesen hanya dilakukan bagi kesalahan kali ketiga. Bagi kali pertama dan kedua, lesen hanya diGANTUNG 6 bulan atau 12 bulan.

Soalan ini memang selalu ditanyakan. Jadi calon seharusnya sekurang-kurangnya tahu jenis kesalahan dan mata demerit yang bakal dikenakan. Disertakan kesalahan dan jumlah mata demerit seperti di bawah.

@Memandu dalam keadaan mabuk - 15 mata demerit.
@Memandu melulu atau berbahaya - 15 mata demerit
@Pertandingan atau dugaaan kelajuan - 15 mata demerit.
@Tanpa alasan munasabah gagal menjalani ujian spesimen air kencing, darah atau nafas - 15
mata demerit
@Gagal mematuhi lampu isyarat (misalnya melanggar lampu merah) -10 mata demerit
@Melebihi had laju dibenarkan:
1.Melebihi 40 km sejam - 10 mata demerit.
2.melebihi 26 -40 km sejam - 8 mata dmerit
3.Melebihi 1-15km sejam - 6 mata dimerit.
@menggunakan tayar botak - 5 mata demerit
@memotong garisan kembar -5 mata demerit
@gagal mempamerkan plat P - 10 mata demerit (Soalan ini selalu ditanya)
@gagal membawa lesen memandu - 5 mata demerit


LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL) ATAU DIKENALI SEBAGAI LESEN "L"
1.Semua pemegang lesen L mesti mempamerkan tanda "L" di depan dan belakang kenderaan. (Hanya terpakai kepada penunggang motosikal). Pemegang lesen L bagi kereta tidak dibenarkan membawa kereta walaupun ada orang lain di sebelahnya kecuali menaiki kereta belajar memandu dan diiringi seorang jurulatih yang memiliki sijil sah Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM).

2.Tidak dibenarkan membawa penumpang.

JENIS- JENIS DAN KATOGERI LESEN YANG MESTI DIFAHAMI
1.Lesen Belajar Memandu atau dalam bahasa Inggerisnya Learner Driving Licence (LDL) atau lesen L. Untuk mendapatkan lesen ini, calon mesti menghadiri
a. Kursus Pendidikan Pemandu (KPP) selama 5 jam setengah. b. Selepas itu mesti lulus ujian undang-undang berkomputer. c. Seterusnya wajib menghadiri teori dan amali selama 6 jam. Selepas semua peringkat itu dilalui, barulah lesen L akan dikeluarkan. Lesen ini mempunyai tempoh sah guna selama dua tahun, tetapi mesti diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan.

2.
Lesen Memandu Percubaan atau dikenali lesen P. Tempoh lesen ini adalah selama 2 tahun. ia adalah lesen yang dikeluarkan selepas calon lulus ujian praktikal (ujian yang diuji oleh penguji JPJ bagi bahagian 2 dan 3, iaitu di jalan raya, mendaki bukit dan meletak kenderaan. dalam tempoh 2 tahun pemegangnya mesti mempamerkan tanda P di depan KIRI DAN BELAKANG kenderaan. Gagal mempamerkan P, lesen anda boleh dibatalkan.

3.Selepas tempoh 2 tahun, pemegang lesen P akan menukar lesennya kepada lesen yang dikenali
Lesen Kompeten atau Competence Driving Licence (CDL) atau kerap disebut orang sebagai LESEN PENUH.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10