nuffnang ads

Saturday, July 31, 2010

TAHLIL DAN MAJLIS MESRA OP78 MTD

BERLANGSUNG di surau Al-Ikhlas di Seksyen 4 Tambahan, di Bandar Baru Bangi, sekumpulan kira-kira 30 bekas putera 1978 Maktab Tentera Diraja (MTD) berhimpun sempena majlis tahlil dan rai mesra sesama mereka, bermula jam 10 pagi sehingga jam 3 petang tadi..

OP78 MTD yang terdiri daripada 188 bekas putera sebahagiannya bertugas sebagai pegawai kanan tentera dalam pebagai sektor, manakala yang lain di dalam sektor swasta dan kerajaan. Daripada jumlah itu 12 daripada OP pengambilan tahun berkenaan telah kembali ke rahmatullah.

Majlis tahlil diketuai oleh OP Leftenan Kolonel Haji Mohamad Anas, manakala urusan melibatkan pengaturan majlis dikendalikan oleh OP Leftenan Kolonel Amirudin Sulaiman, OP Mejar (B) Aminudin dan OP Mejar Sobri. Turut hadir ialah OP Norazaman Saparon, OP Abdul Rahim, OP Mohd Safuan, OP Mohd Razip dan OP Singalautmetro. 

Pada majlis yang sama OP78 menyerahkan sumbangan bagi pembelian komputer riba bagi membantu OP Singalautmetro dalam dunia penulisannya.
 
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana hening dan ceria itu banyak mengimbau kenangan lama sesama mereka ketika bergelar putera di Maktab Tentera diRaja lebih 32 tahun lalu.

TASIK BUKIT KEPONG/SUNGAI RAYA UNTUK PROJEK APA?

Alang-alang saudara menteri besar Negeri Sembilan sedang menjalankan tugasan pasir di Pilin, Rembau, ada baiknya saudara meninjau-ninjau Tasik Bukit Kepong/Sungai Raya, tidak jauh dari Pasir Panjang, kira-kira 26 kilometer dari Port Dickson yang airnya dikatakan semakin kering selepas empangan sejak merdeka dulu diruntuhkan.

Gerangan projek apa yang saudara mahu laksanakan di tasik semulajadi itu? Adakah ia akan dilaksanakan dalam tempoh segera? Adakah ia akan memberi manfaat masyarakat setempat? Adakah ia juga akan menemui kegagalan seperti sebuah projek konon berkonsepkan rekreasi yang dicanang-canangkan sebelum ini? Adakah ia akan menjadi projek gajah hitam, gajah putih atau gajah duduk yang bakal mengganggu fikiran dan perasaan saudara?

Selepas air tasik kering, selepas empangan dipecahkan, selepas kesemua tanah sawah telah bertukar jantinanya kepada tanah kebun pisang, rakyat kini sekadar memerhatikan sahaja. Penilaian rakyat akan dibentangkan pada pilihanraya depan.

KLINIK 1MALAYSIA

MACAM MANA AGAKNYA PERKEMBANGAN KLINIK 1MALAYSIA DI KOTA KEMUNING SHAH ALAM. BILA AGAKNYA KEWUJUDAN KLINIK ITU BOLEH DIJADIKAN KENYATAAN. TELAH DIUAR-UARKAN SATU MALAYA KONON KONSEP ITU MENEMPAH KEJAYAAN. BOLEHKAH DIKIRA KEJAYAAN JIKA WASIH ADA DI ANTARA KLINIK ITU BELUM WUJUD?.

SIJIL CUTI SAKIT KERAJAAN PUN KENA CURI

SIJIL CUTI SAKIT MILIK KERAJAAN TELAH DILAPORKAN HILANG DARI  KLINIK MEDATHONE, DI KEPONG KUALA LUMPUR, BEBERAPA HARI LALU. NO SIRI SIJIL SAKIT BERKENAAN IALAH Q744232 DAN Q744250. Alahai...dalam banyak-banyak aset kerajaan, rupanya sijil cuti sakit pun ada harga.

RINGKAS

IBU BAPA WAJAR MENYIASAT TERLEBIH DAHULU SEBAB MUSABAB KENAPA ANAK MEREKA SERING DIKENAKAN TINDAKAN OLEH PENGURUSAN SEKOLAH. MASALAH DISIPLIN TIDAK HARUS DIPANDANG RINGAN OLEH IBU BAPA. SEBAIK MUNGKIN ELAKKAN PENGGUNAAN PENGARUH KUASA ATAU ORANG POLITIK DALAM MENYELESAIKAN MASALAH BERKAITAN DISIPLIN ANAK DI SEKOLAH. IBU BAPA MESTI MENGHORMATI GURU, DAN GURU JUGA MESTI MENGHORMATI IBU BAPA.

RINGKAS

SESIAPA YANG ADA MAKLUMAT BERHUBUNG SEORANG GADIS PANAS DIKENALI SEBAGAI AMALINA YANG DISIARKAN AKHBAR SEMALAM BAGI MEMBANTU SIASATAN KES SKIM CEPAT KAYA BOLEH MENGHUBUNGI POLIS TERDEKAT. BEGITU JUGA MEREKA YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT BERKAITAN. BERSAMA MEMBANTERAS JENAYAH PENIPUAN.

Friday, July 30, 2010

RINGKAS

BARANGKALI  TELAH TIBA PADA SAAT DAN KETIKA YANG PALING SESUAI UNTUK KITA BERGERAK DENGAN LEBIH LAJU UNTUK MENGAJAK RAKYAT BERSEDIA. MULAI SAAT INI MARILAH KITA PACU SEGALA KEKUATAN BAGI BERDEPAN KEMUNGKINAN BERLAKUNYA PILIHANRAYA. AYUH..PERKUKUHKAN KERJASAMA SUPAYA MUDAH KITA RENTASI CABARAN YANG BAKAL MENDATANG..

MENTERI PERDAGANGAN JANGAN CAKAP SESEDAP RASA

NAK TEGUR sikit Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, secara purata seisi rumah hanya menggunakan 2kg gula sebulan. Maka katanya, itu hanya membabitkan kenaikan 50 sen sebulan! Begitu senang dia memberi jawapan tentang kenaikan harga gula, sesenang dia menganggap kenaikan harga gula tidak membebankan rakyat jelata.

Sukacita diberitahu wahai saudara Ismail Sabri bahawa saudara menjawab masalah kenaikan harga gula ini dari satu sisi atau sudut yang amat kecil pada pandangan mata saudara.Memang benar sesisi rumah hanya mengalami kenaikan 50 sen sebulan dalam perbelanjaan gula mereka. Tapi saudara tidak melihat betapa seksa yang sedang menimpa golongan peniaga minuman, peniaga makanan, khususnya kuih muih. Ada di antara mereka, khususnya yang perniagaannya berskala sederhana menggunakan 50 kilogram gula sehari, yakni yang terbabit dalam pembuatan minuman botol. Kalau sekilo gula naik 25 sen, 50 kilo bermakna mereka berdepan kenaikan harga gula sebanyak RM12.50 sehari. Kalau sebulan kos tambahan akibat kenaikan gula ini mencecah RM375. Ini baru melibatkan gula, belum lagi membabitkan kenaikan bahan bakar untuk pengangkutan!

Peniaga minuman tepi jalan pun menggunakan 2 kilo gula sehari. Ini bermakna 50 sen sehari atau RM15 sebulan terpaksa mereka ketepikan semata-mata untuk menampung kos kenaikan itu. Bagaimana pula nasib umat Islam yang akan menyediakan kuih-muih menjelang raya ini. Sudahkah saudara  menyelam perasaan mereka!

Saudara yang saya hormati, cubalah memandang dengan bukaan mata yang lebih luas. Apabila gula naik, adakah saudara yakin harga minuman tidak akan naik, yakni kekal seperti asal? Apakah restoran mampu mengekalkan harga biasa? Setakat ini pun, sekurang-kurangnya 20 sen kenaikan harga nescafe tarik telah dikesan di beberapa restoran di Selangor. Saudara mesti sedar, kenaikan harga gula bukan hanya boleh dipandang pada beban seisi rumah, tetapi pada beban secara menyeluruh yang dihadapi oleh masyarakat. Sedangkan syarikat pembuat makanan dan minuman terbesar telah mengumumkan bahawa kenaikan tidak dapat dielakkan, apakah saudara yakin kenaikan harga gula tidak akan mendapatkan petaka berterusan kepada rakyat?

Ayuh saudara, ketika rakyat menderita dengan kenaikan ini, janganlah hendaknya saudara melihat dengan pandangan atau nasihat yang manis-manis belaka.

RINGKAS

RASMILAH TAN SRI MUHAMMAD ALI HASHIM MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PERBADANAN JOHOR ATAU JCorp. RASMILAH SEBUAH KEHENDAK. RASMILAH SEBUAH KEPUASAN. DISAKSIKAN TOK GHANI MENTERI BESAR, RASMILAH CAKAP-CAKAP SELAMA INI. SELAMAT BERSARA TAN SRI. SUDI-SUDILAH SINGGAH KE LAMAN PEMIKIRAN BARU DAN MINUM-MINUM DI WARUNG PAKATAN RAKYAT. SALAM

TUGASAN BARU MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

TUGASAN atau assignment saudara Menteri Besar Negeri Sembilan kini diperbanyakkan lagi. Ini melibatkan pasir, isu komoditi yang membuatkan ramai pemimpin UMNO Selangor semakin kepanasan. Lokasi tugasan saudara Menteri Besar, tidak jauh. Terletak di KAMPUNG PAYA LEBAR LUAR, PILIN di REMBAU. Untuk memantapkan lagi kefahaman saudara, saya cadangkan saudara merujuk laporan Harian Metro menerusi berita wilayahnya dalam sisipan Metroplus hari ini. Menurut laporan itu, lima pemilik tanah di Kampung berkenaan bimbang dengan aktiviti menyedut pasir yang dijalankan secara rakus oleh sebuah syarikat, berikutan ia hanya kira-kira SEMETER sahaja dari sempadan tanah mereka.

Kegiatan itu telah bermula beberapa bulan lalu, menyebabkan TALI AIR bersebelahan Sungai Pedas, hilang akibat runtuhan tanah kesan kegiatan menyedut pasir itu.Harian Metro juga melaporkan, tanah dusun milik penduduk semakin terhakis. Penduduk juga bimbang sebuah jambatan yang dibina dengan kos RM1 juta menghubungkan jalan utama di Kampung Paya Lebar Luar runtuh.

(DIPETIK DARIPADA HARIAN METRO 30 JULAI 2010)

Nah...sekarang saudara Menteri Besar tentu tahu bukan, kegiatan mengambil pasir bukan sahaja berlaku di Selangor, tapi di hampir seluruh negeri di negara kita termasuk juga di negeri saudara. Itu tidak mengapa. Soalnya kini, kegiatan menyedut pasir di negeri saudara telah menimbulkan kesusahan kepada rakyat @ waghih saudara. Difahamkan, permit menyedut pasit di Rembau telah dibekukan sejak beberapa bulan lalu. Jadi kenapa masih ada kegiatan ini?

Bagi memudahkan saudara menyiasat dan menyelesaikan masalah ini, dicadangkan supaya bertanyakan kepada saudara Khir Toyo atau Noh Omar di Selangor. Jangan tanyakan macam mana mahu selesaikan masalah itu, tapi tanyakan di mana mahu disorokkan nanti segala cerita tentang pasir ini apabila PR memerintah Negeri Sembilan.

Apakah terbongkarnya satu dari seribu kes ambil pasir di negeri di bawah BN ini adalah petunjuk Allah supaya setiap pemimpin politik terutama dari UMNO memperbetulkan nawaitu terlebih dulu apabila bercakap mengenai sesuatu? Saya yakin dan percaya Allah itu ada. Saudara harus sebagai menteri besar, bersiap sedia menerima lebih banyak lagi ujian dari Allah yang antara lain mempunyai hikmah yang tentu boleh kita fikirkan juga. Saya tidak bertujuan menakut-nakutkan saudara, tetapi inilah realitinya bahawa apabila ada pemimpin sealiran saudara membaling batu, kadang kala batu itu terkena dinding dan melantun mengenai sahabat-sahabatnya yang lain pula.

Saudara harus bertegas menyelesaikan masalah ini bukan kerana takutkan kepada kritikan tetapi takutlah kepada Allah yang telah memberi peluang untuk saudara memimpin sebuah negeri. Selamat bertugas saudara menteri besar.

RINGKAS

APA KATA WAKIL RAKYAT PAKATAN ATAU KALAU BOLEH MENTERI BESAR SELANGOR PUN LAGI BAIK MELAWAT KE RUMAH ORANG TUA DI KUALA KUBU BARU, SELANGOR. CUBA KITA ZIARAH SEORANG LELAKI BERNAMA AHMAD BIN SULONG, BERUMUR 60-AN. SEKURANG-KURANGNYA RINDUNYA TERUBAT. Dia tu kawan Mat Isa Adun Bagan Pinang,  NEGERI SEMBILAN. SAJA-SAJA LAWAT. SESAMA ISLAM KAN DAPAT PAHALA MENZIARAHI LELAKI ITU. AHMAD BIN SULONG INI BERASAL DARI PORT DICKSON. BOLEH JUGA KITA BORAK-BORAK KOSONG....ALAHAI...BORAK-BORAK KOSONG DENGAN DIA....ALAHAI BORAK-BORAK KOSONG

RINGKAS

INILAH KERANA DEK TERMAKAN DAKYAH BERTAHUN-TAHUN, DIKATAKANNYA KERAJAAN UMNO BAGUS SEBAB DAH BINA SEKOLAH DAN JALAN RAYA. HANYA KERANA ITU. SEBETULNYA KERAJAAN JENIS APA PUN, HATTA KERAJAAN KOMUNIS, SEMUA SEKOLAH DAN JALAN RAYA MESTI DIBUAT KERANA IA ADALAH HAK ASASI RAKYAT. SOALNYA SELEPAS LEBIH 50 TAHUN, MACAM INIKAH PANORAMA KEHIDUPAN ORANG KITA DIK. TAK PERCAYA? TUNGGUUUUU...MAT HASSAN JADI MACAM KHIR TOYO, KITA TUNJUK MACAM MANA NAK URUS NEGERI.

RINGKAS

API DALAM SEKAM SEDANG MEMBARA DI JOHOR. RASA TIDAK PUAS HATI DI KALANGAN SESAMA SENDIRI SEMAKIN MEMIJAR. PEMIMPIN POLITIK TAK SEMESRA MANA PUN. TERINGAT KATA ALLAHYARHAM TAN SRI OSMAN SAAT. DALAM POLITIK ADA SAJA YANG MENGGIGIT TANGAN. SEKARANG DI JOHOR ADA TAK YANG SEDANG MENGGIGIT TANGAN? TAK ADA? TUNGGUUUUU..POLITIK GELORA!!! HANYA ALLAH YANG DAPAT SELAMATKAN KITA!

RINGKAS

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR GUNA BAJET BERHEMAH UNTUK MAJU DAN BANGUNKAN NEGERI ITU. MALANGNYA NEGERI SEMBILAN YANG DITADBIR OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL MASIH BERHUTANG RM2.14 BILION. MACAM MANA TAK BERHUTANG. KERJA ASYIK MEMBAZIR. TAK PERCAYA? TUNGGGUUUUUU. TUNGGU KAT BAHAU, KAT SILIAU, KAT REMBAU, KAT CHENGKAU, KAT RANTAU DAN KAT MAMBAU. JANGAN NANTI MB TERKEJUT DAN TERLEPAS CAKAP: OMAKKK  OOIIII!

RENUNGAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK MUDA

KETIKA ITU awal 70-an. Susah sangat rasanya kehidupan. Kadang-kala dua hari makan nasi, hari-hari yang lain itu kami sekeluarga makan ubi. Kadang-kadang apabila pokok ubi habis, nak tunggu yang baru tanam besar dan berisi, kami cari pilihan lain. Panjat atau jolok kelapa gunakan galah buluh, ambil kelapa muda jadikan makanan ruji. 

Tentang belanja sekolah. Dalam seminggu adalah sekali dua berpeluang bawa belanja 5 (lima) sen. Ketika itu telah ada khidmat bas sekolah, tapi kerana tak mampu oleh desakan dan kemelaratan hidup kami adik-beradik ke sekolah berjalan kaki. Kasut getah hanya sepasang, kadang-kala sampai haus tapaknya. Tetap kami guna  sehinggalah dapat duit untuk beli yang baru. Kalau hujan, kami cantas pelepah pisang belakang rumah. Buat payung. Kami redahlah hujan berjalan lebih 3 kilometer ke sekolah. Pernah ketika hujan lebat, pakaian kami basah kuyup. Itu angkara bas sekolah yang dinaiki anak-anak mereka yang berada, terlanggar lopak tepi jalan. Kami tabah menempuhi keadaan itu dan terus kesekolah walaupun basah lencun. Walaupun diejek berada di kelas dalam keadaan menggigil kesejukan.

Kalau ada duit untuk beli beras, kami belilah ikut timbang sekati dua. Pergi ke kedai Cina biasanya beras dibungkus dalam kedai suratkhabar dan ditimbang menggunakan dacing kayu, bermata kail. Kalau ada duit pada hari ahad, ketika kedai Cina lain tutup, kami pergilah ke satu-satunya kedai yang dibuka milik lelaki Cina juga. Kami panggil dia Panjang kerana ketinggiannya yang luar biasa. Panjang bukanlah peniaga yang jujur. Dia bukanlah peniaga yang mempunyai hati dan perasaan seperti manusia. Sifatnya yang suka menipu, selalu membuat saya menitis air mata. Ketika usia saya lapan tahun, saya pernah ke kedai itu membeli beras, ditimbang menggunakan dacing kayu. Beli beras sekati atau 16 tahil, bila bawa balik orang tua cakap hanya 12 tahil. Maknanya timbangan Panjang tak betul. Banyak kali dia menipu. Pernah satu hari saya disuruh membeli setengah kati gula atau seberat lapan tahil. Apabila balik ke rumah teruk saya dimarah orang tua. Mana tidaknya, gula yang dibeli telah dicampur air. Panjang telah menipu berat gula dengan mencampur air ke dalam guni bekalan gulanya. Demikian harga orang Melayu yang susah zaman itu. Yang susah bukan dibantu, tetapi makin ditipu! 

Kesusahan yang kami kendong tak pernah mahu dikongsi orang atau saudara-mara. Ada pula di antara mereka pun susah juga seperti kami. Tetapi jiran-jiran atau orang politik tak pernah menjenguk. Parti berlambang KAPAL LAYAR dulu kadang-kadang saya lihat seperti perahu yang membawa bom dan hanya mahu memusnahkan kehidupan kami. Benar kata orang. Hina paku kerana karat. Hina Melayu kerana melarat!

Kemudian masuk pula zaman dapat beli radio di rumah. Zaman itu ketua kampung ada kuasa membekalkan baja yang diberikan kerajaan kepada orang kampung untuk bantu hasilkan produk pertanian. Ketua Kampung ketika itu orang Melayu. Ketua Kampung juga Ketua UMNO. Bila orang tua pergi minta bahagian baja yang sepatutnya, susah sangat mahu dapat. Alasan ketua kampung, baja tak sampai. Sampai ke sudah itu alasannya. Rupanya baja dah sampai tapi dia simpan di belakang rumah, tinggi menggunung! Bila tiba masa sesuai baja itu rupanya dia jual kepada petani Cina yang datang secara berahsia ke rumahnya! Kemudian menerusi radio ada dengar kerajaan kata, rakyat yang susah akan dibantu. tapi sehinggalah kami sekeluarga habis bersekolah semuanya hanya bagai tanam tebu di bibir! Kami akhirnya kenyang dalam kehidupan ini mengunyah kemiskinan berpanjangan. Kala itu, saya masih ingat betapa saya menyumpah agar kerajaan ketika itu hancur punah kerana terlalu marah tiada langsung bantuan diterima. Bayangkan, ketika itu saya masih di sekolah rendah! Bayangkan jiwa seorang anak kecil sehingga menyumpah kerajaan. Tentu jiwanya ketika itu luka tersangat-sangat mengenang nasib keluarganya.

Kini selepas lebih 50 tahun merdeka, saya melihat senario serupa masih berlaku. Keadaan apa yang dikatakan kesungguhan pemimpin Melayu untuk membantu bangsanya seakan-akan tiada. Hanya retorik semata-mata. Kalau benar, tentu Melayu sekarang telah jauh berubah tempat duduknya di negara ini. Saya tetap mempertahankan bukan salah orang Melayu, tapi salah pemimpin dan parti Melayu. 

Sejak merdeka, mereka terus menggunakan lalang sehelai untuk berlindung. Hakikatnya reformasi yang lahir dari dalam jiwa yang luhur untuk membantu kemajuan bangsa dan negara tak pernah tumbuh. Ia sering diracun oleh kepentingan sendiri dan dipasang dengan jebak-jebak untuk mengaut keuntungan peribadi dalam tempoh singkat. Tentang Melayu terseksa, adakah mereka peduli? Tapi Tuhan ada!

Thursday, July 29, 2010

SEKADAR PESANAN BUAT TAN SRI MOHAMAD ISA

KEPADA SESIAPA yang kenal Tan Sri Mohamad Isa Samad, Adun Bagan Pinang, di Port Dickson dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan tolong sampaikan pesanan ini. 

Bisikkan kepada pengantin baru itu bahawa sudahkah dia menziarahi kawan lamanya Mat Sulong di Rumah Orang-orang Tua di Kuala Kubu Bahru, Selangor. Bukan apa, kawan lamanya itu sakit-sakit. Dulu pernah saya tanyakan abang Mat Sulong tu. Saya tanya. Tak mahu jumpa Mat Isa ke? Dia kata, dia bukan tak mahu jumpa tapi mungkin Mat Isa tak ada masa. 

Orang kata UMNO juara rakyat. Boleh tolong rakyat. Tak mungkin kawan lama yang kesunyian tak sempat nak ziarah. Apa-apa pun Mat Sulong tak memaksa kawan lamanya itu datang. Cuma dari riak muka dan dua tiga titis air matanya yang gugur, saya tahu dia terlalu rindukan kawan-kawan lamanya, termasuklah Mat Isa.


SOALAN UNTUK NAJWA

INI BERITA yang baru kami terima. Banyak soalan diterima bertanyakan tentang Najwa Mahiaddin.


Antara soalan berkenaan berbunyi begini:
1.APA ayah dan keluarga dia tak bising ke tengok fesyen pakaian yang dipakai Najwa?

2.KALAU ikut cara dia berpakaian dan cara dia menyanyi, bolehkah popularitinya mengatasi populariti ayahnya?

3.BETULkah Najwa masih belum ada teman lelaki?


TOK JIB CUTI, AYAH NAJWA JAGA RUMAH

TOK JIB nak pergi cuti. Anak-anak muda Puteri UMNO dinasihatkan jangan nakal-nakal. Jangan gaduh-gaduh dengan anak muda lelaki UMNO bila ayah cuti. Sepanjang Tok Jib tak ada, ayah Najwa jaga rumah ni. Apa yang Tok Jib dah pesan pada ayah Najwa sepanjang dia tiada, budak-budak kecik tak patut tahu. Tok Jib nak bersendirian sekejab. Maklumlah, lima enam das bunyi mercun mengganggu fikiran. Itu tak campur hal Sarawak dan PU13 lagi. Biarlah dia cuti. Anak-anak jangan gaduh-gaduh. Dengar cakap ayah Najwa, dengar cakap uncle Chua dan dengar cakap uncle Hisham. Kalau ada hal-hal melibatkan anak bukan Melayu tu, elok jumpa abang T Murugiah dan abang Wee.

1. Uncle Chua Soi Lek tu boleh tercakap pulak fasal pasir di Selangor. Macam tak puas hati aje. Konon bangkitkan cerita kenapa Selangor tak boleh capai kutipan RM150 juta jualan pasir seperti dikatakan sebelum ini. Sebenarnya, dia nak uji pasaran suara dia kat Selangor. Maklumlah, hati sakit bila PR Selangor kata kutipan pasir pada 2008 -RM8.17 juta, 2009 -RM13.76 dan sehingga Jun tahun ini sahaja dah kutip RM15.3 juta. Dulu masa Khir Toyo cuma kutip RM3.54 juta (2005), RM4.37 juta (2006), RM4.29 juta (2007).
    Sebenarnya uncle Chua, tak semua yang kita harapkan sentiasa boleh kita capai. Tetapi mencapai sesuatu yang lebih baik daripada sebelum ini juga adalah satu pencapaian memberangsangkan kalau dilihat dalam keadaan kerajaan pusat  tidak pernah mahu memberi kerjasama atau bantuan. Dan dalam keadaan Khir Toyo asyik berguling-guling di lombong pasir marahkan jentolak.
    Uncle Chua mahu cermin kah? Tak apalah, sebab dulu uncle sudah tengok cermin sampai retak bukan. Jadi, saya tak mahu bagi cermin lagi. Saya cuma mahu kasi ingat. Uncle tahu tak, kerajaan pusat berazam mahu meningkatkan pelaburan terus asing (FDI) ke Malaysia. Tapi apa jadi uncle? Tahun 2008 FDI kita adalah US$7.3 bilion tetapi MERUDUM kepada US$1.4 bilion pada 2009. SAYA ULANG. US$7.3 BILION MERUDUM KEPADA US$1.4 BILION. Penurunan 81 PERATUS.
   Uncle Chua Soi Lek pun tentu tahu dan kalau belum tahu, saya mahu beritahu. Singapura tak pula macam kita. FDI Singapura meningkat GILA. Ia meningkat daripada US$11bilion pada 2008 kepada US$17 bilion pada tahun 2009. Saya ulang . MENINGKAT DARIPADA US$11 bilion kepada US$17 bilion. Ok tak uncle. Kalau ok, uncle jangan sibuklah cerita kutipan pasir di Selangor. Reti!
   Uncle cuba 'repair' MCA supaya ahli-ahlinya ada disiplin dan elakkan daripada terbabit dalam gejala kurang sihat seperti menghisap rokok dan menyimpan perempuan simpanan. Itulah yang lebih baik daripada bercakap tentang Selangor. Uncle pun boleh fikir-fikir macam mana nak daftarkan 100,000 ahli MCA yang berdaftar sebagai ahli parti tapi TAK BERDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI! Apalah uncle. Rumahtangga sendiri lintang pukang, bersimpang perenang, nak campur rumahtangga orang.

Wednesday, July 28, 2010

TORPEDO 1


DAH beberapa kali entah disuruh tengok buku sejarah. Disuruh belajar daripada kesilapan. Tapi terus juga ulang-ulang membuat kesilapan serupa. Tak reti-reti walaupun dah diberi peluang memimpin negara sejak anak itik sebesar ibu jari lagi.

Orang kata, bila tengok buku sejarah, tengoklah cermin sekali. Bila tengok cermin tu, tengoklah lama-lama. Tengok muka sendiri. Ini tidak, memang betul macam kumpulan ungggkaa lembam dan hiperaktif. Disuruh duduk, dia bangun. Disuruh diam, dia bising. Disuruh makan, dia berak!

Dulu dah terhantuk, dahinya benjol. Konon nak rampas Kelantan, tapi habis banyak negeri lain lepas dari genggaman. Ini nak diulanginya lagi. Bukan apa. Saya kasihan. Ada niat pulak konon nak rampas Selangor. Nak serang Selangor habis-habisan. Konon Selangor senang nak tawan. Konon kata cukuplah sepenggal pembangkang tadbir Selangor. Konon pembangkang tadbir negeri itu, Selangor hancur.

Satu lagi kesian sangat kat pasir-pasir di Selangor. Galian anugerah Allah yang tak berdosa tu dijadikan mangsa. Hari-hari dikaisnya pasir nak dijadikan modal. Kemudian dikocak-kocaknya air. Elok-elok air tu jernih, dikocak-kocak dengan kaki sampai jadi keruh. Demikianlah perangai buruk macam kata pepatah, macam beruk dapat bunga. Dibagi timba, perigi pulak diselamnya!

Tentang urus negeri yang ditadbirnya pun terkial-kial, sibuk mengata Selangor. Itu tak betul, ini tak betul. Tengoklah Hospital Port Dickson yang tak ada api dan hawa dingin tu. Tengoklah pegawai perubatan dan stafnya bertungkus lumus guna lampu dari telefon bimbit rawat pesakit. Tak kesian ke? Atau tak malu ke? Begitu juga hal pasir. Mengata Selangor. Tak reti atau tak faham, atau buat tak faham. Korek pasir di Selangor adalah kerja-kerja peninggalan sejak zaman Khir Toyo lagi. Lagipun kalau nak ikutkan, apa negeri lain tak buat kerja-kerja ambil pasir? Apa negeri lain tak ada masalah pasir? Negeri-negeri itu hanya ada tanah liat? Kalau seronok nak cari salah, pergilah ke Pulau Nanas di Johor! Tengok-tengoklah Wie. Tengok-tengoklah macam mana dikoreknya batu kuari sampai terseksa bumi!

Begitu juga mengata air di Selangor. Mengata konon nanti air tak cukuplah, air keringlah. Tak payahlah susah-susah. Cuba selesaikan masalah air di Bera, Pahang. Negeri yang dibawah tadbir BN tu. Cuba tengok program Aduan Rakyat minggu lepas. Kesian pak cik tu sampai nangis-nangis lepas geram. Dah tuli membadak ke sampai tak nak dengar apa kata pak cik tu? Saya ulang: Sepatutnya dah lama semakin maju, ini tidak semakin mundur! Bayangkan ketika pak cik tu melontarkan kata-kata itu, air matanya gugur. Air matanya gugur bukan sebab apa. Sebab UMNO telah menyeksa dia dan jiran-jirannya kerana gagal menyediakan air seperti dikehendaki dalam Islam!

Kemudian bising kata Selangor tak pandai urus ekonomilah. Ini yang saya katakan tadi. Ini jenis makhluk yang tak tengok cermin. Kalau tengok pun dia hanya jeling-jeling, takut terpandang muka sendiri. Tengoklah semua negeri yang BN tadbir. Semua buat bajet defisit. Selangor tidak buat macam itu. Selangor belanja berhemah. Guna duit ikut prinsip ukur baju di badan sendiri. Ini tidak. Negeri-negeri bawah tadbir BN dapat RM5 tapi nak belanja RM5 juta! Tak cukup boleh pinjam dari bapa iaitu kerajaan pusat. 

Fikir-fikir betul juga kata pepatah. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bapanya, iaitu kerajaan pusat hasilkan gula 1 peratus, tapi import 99 peratus! Begitu juga beras! Main import macamlah orang kaya. Lalu negeri-negeri bawah tadbirya pun ikut. Tak cukup duit mintak kat bapa. Maka sudahnya negara pokai. Buat apa yang dirancang, semua tak sempurna. Tak percaya. Cuba tengok kat cermin tu. Ada tertulis berapa puluh tahun BN dan UMNO gubal, rancang dan laksana DEB. Konon ada hati nak bagi ekuiti Melayu 30 peratus. Tapi sudah-sudah 18 peratus sahaja. Itu namanya pentadbir yang bagus dan bijak ke? Tengok juga satu benda lagi. Benda ni buat-buat macam tak nampak. Diam aje. Apanya? Fasal merosot FDI atau pelaburan terus asing ke Malaysia sehingga mencecah 81 peratus! Maknanya, pelaburan asing bukan merosot. Dah macam tak ada, sebab kemerosotannya mencecah 81 peratus. Kalau ini kena pada kerajaan PR, mahu terberak-berak dia berkempen menyalahkan orang. Kata Mahfuz Omar, PM sebagai CEO dalam hal ini kenalah buat sesuatu...saya tak nak cakap. Tahu sendiri kan.

Orang kalau tahu lemah sendiri, tak sukanya dia mencari salah orang. Tidak-tidak pun dia sedia belajar walaupun dari orang lain. Kalau Malaysia boleh belajar dari Jepun untuk buat komponen enjin kereta, kenapalah pulak UMNO tak boleh belajar dari PR Selangor bagaimana nak urus ekonomi cara berhemah. Malu? Bukan. Sebenarnya sombong, konon nak tunjuk parti itu kuat dan betul.

Konon kata nak sangat perpaduan Melayu. Nak bantu Melayu. Pergilah ke Kelantan tu, bagi duit royalti Petronas. Bukankah lebih 90 peratus penduduknya Melayu. Ini sebenarnya apa ni? Cakap tu lidah letak kat mana?

Anak-anak muda sekarang yang jadi simpanan tetap waktu pilihanraya akan berpindah tabungan. Mereka akan menabung undi mereka ke dalam tabung Pakatan Rakyat. Jagan haraplah orang muda nak pangkah sebuah kerajaan yang serba tak kena. Tak mahunya mereka menabung ke dalam sebuah kerajaan yang sentiasa mengimport, takut-takut muflis. Menabung dalam PR tak ada pun defisit ekonominya.

ZASSS! ! ARTIS INDONESIA TAK SEMENGGAH SILA PANGKAS.

Ini nak tegur sikit radio dan televisyen kita. Terutama radio dan televisyen swasta yang suka sangat siarkan lagu atau filem dari negara jiran kita. Dah berbuih mulut pendengar dan penonton bercakap. Kata siaran media elektronik kita dah macam berkiblat ke negara jiran. Tepatnya Indonesia.

Sikit-sikit lagu Indonesia. Kadang-kadang tak sampai beberapa jam, lagu yang sama dimainkan berkali-kali. Orang Jawa cakap macam batak sangat.

Nak tegur ini bukan apa. Kalau kita dok puja-puja lagu dan filem asing, tetapi pelakon filem atau penyanyi dari negara itu semakin pula tunjukkan perangai tak semenggah tak kan kita buat muka pekak badak. Atau buat muka katak termasuk tepung? Atau buat muka tupai terkena getah tikus? Atau nak tunjuk muka orang kena gigit lintah kat tengkuk? Maknanya buat macam muka tak reti akal.

Ariel ditahan. Luna dan Cut Tari pun sama. Nampak semakin tepat jurus siasatan polis sana berhubung kes salah laku seks mereka yang dirakamkan. Bukan kecik-kecik anak si Ariel tu misalnya. Anak muzik dari kumpulan Peterpan yang telah jadi pujaan anak muda di sini. Kemudian untuk tambah memualkan lagi perangai tak semenggah itu, masuk pula babak kawan baik Datuk Siti Nurhaliza. Si Kris Dayanti tu. Macam tak sempat nak tunggu malam atau nak cari bilik. Ditonyohnya aje bibir bercium mulut di depan khalayak.

Hal-hal sedemikian tolonglah fikirkan. Janganlah dikatakan orang radio dan televisyen kita tak ada langsung tanggungjawab sosial kepada pendengar dan penonton kita. Memekakkan telinga dan menutup mata hal-hal salah laku itu seolah-olah kita punya perangai tak kisah. Lagu dan filem mereka kita siarkan macam tak ada apa-apa berlaku. Tunjukkanlah sikit gencatan.Sekurang-kurangnya ada isyarat jelas dari kita bahawa kalau mahu lagu dan filem mereka disiarkan di sini, perangai kena mantap. Aksi liar jangan silap!

Begitu juga kawan-kawan rapat artis seberang berkenaan. Termasuklah Datuk Siti Nurhaliza. Anda mempunyai kuasa untuk menolong menasihat dan menjadi kawan yang membawa ke arah penambahbaikan perangai dan tingkah laku artis luar. Pada masa yang sama artis tempatan jangan tergedik-gedik baca teguran ini. Jangan pula pinjam topeng mereka dan pindahkan perangai buruk  ke sini. Kemudian bila kena zass..buat pulak muka macam lipan terjilat julap!

SIMPATI BUAT JANNAH DAN FARAH


Farah Azlina Latif digugurkan daripada pasukan lapan DPP yang terbabit dalam pendakwaan kes liwat Anwar Ibrahim. Konon berlaku hubungan mesra antara pengadu, Mohd Shaiful Buhari Adnan dengan wanita muda itu menyebabkan satu tindakan melindungi kewibawaan pasukan itu terpaksa diambil. Maka Farah pun rasmi dikecualikan daripada menganggotai pasukan itu.

Secara peribadi saya tak kisah kalau benar berlaku hubungan mesra antara Shaiful dan Farah. Itu bukankah hak peribadi seorang lelaki dan wanita untuk bercinta dan berkasih-sayang. Kucing jantan sama kucing betina pun kalau tengah mengawan pun tak boleh kita ganggu. Inikan pula manusia yang cuba menjalinkan hubungan baik dan mesra. Selagi tak melanggar batas undang-undang dan hukum Allah, nak diapakan hubungan itu.

Cuma kalau tidak benar dakwaan tentang hubungan itu, bagaimana? Kesian pula si Farah. Tak semena-mena jadi mangsa keadaan. Tapi tak apalah Farah. Kalau benar tidak ada apa-apa hubungan antara kamu dengan Shaiful, berlambak lelaki handsome dan gagah perkasa kat luar ni. Percayalah, mereka pun ada perasaan juga. Apatalah lagi melihat Farah yang comel dan bergetah.

Tentang Shaiful pula macam mana? Tak simpati ke kalau cerita itu tidak benar? Waduh...waduh kata orang Jawa. Tak apalah Shaiful. Sabar ya sabar. Dugaan maha hebat telah kamu lalui, hal-hal begini kecil sahaja. Anggaplah macam debu. Simpati sebenarnya lebih kepada Farah kerana tindakan telah diambil.

Oppsss...Jangan lupa wei! Jangan lupa. Tak kesian kat seorang lagi ke? Siapa? La...kan kata Shaiful ada tunangnya. Si Jannah tu. Tak kesian ke kat dia. Waduh...waduh. Terlupalah pulak wak. (kejap wak kejap saya) Tentu luka hati Jannah kalau benar memang ada hubungan di antara Shaiful dan Farah. Kalau tak luka, saya tak tahulah, sebab suami pun sayang bini. Inikan pula tunang. Jannahh tu budak baik nampaknya. Tentu kalau hatinya luka, susah dan lambat nak sembuh. 

Jadi cara paling baik untuk melihat keadaan ini menjadi seperti sedia kala, marilah berharap moga-moga apa yang didakwa tentang hubungan Shaiful dan Farah hanyalah dakwaan semata-mata. Kesian si Jannah. Tapi jangan bawa hati terlalu jauh Jannah. Kalau dakwaan itu benar berlaku, lapangkan hati. Tenangkan fikir. Kat luar ini pun banyak lagi lelaki yang boleh dijadikan pengganti. 

Saya simpati pada apa yang berlaku tapi Allah lebih mengetahui kalau benar, kenapa ia berlaku. Wallahuallam.

TENTANG NAJWA LAGI


Ada kawan bertanya, Muhyiddin tak marah ke sebab orang dah ramai tahu Najwa tu anak dara dia? Satu soalan klasik yang bagus tetapi klise.

Jawab saya kenapa TPM harus marah sebab memang itu anak dia. Lagipun apa yang anak dia buat, memang dalam pengetahuan dia. Mahu dia apakan anaknya hanya kerana tidak mahu orang tahu yang anak daranya itu seorang anak seni. Berdosakah menjadi seorang anak seni?

Tambah saya lagi, seorang ayah harus berbangga memiliki seorang anak dan lebih berbangga lagi kalau anaknya berjaya dalam bidang yang diminati oleh anaknya sendiri. Lainlah kalau bidang yang diceburi oleh Najwa itu bidang yang terletak di luar buku kehidupan seorang manusia biasa.

Kawan yang sama menambah soalan. Tidakkah dengan menjadi anak seni meletakkan ayahnya di garisan bahaya terutama kerana dunia politik adalah suatu dunia yang di luar jangkaan.

Jawab saya begini. Najwa telah dewasa. Pisau di tangan dia. Timun di tangan dia. Dia ada dua pilihan. Satu menjadi anak kebanggaan ayah dan satu lagi menjadi anak yang akan mencatat sejarah hitam dalam kehidupan ayah. Dia hanya perlu memilih satu.

KITA DI DALAM BERITA

Pelaburan Terus Asing (FDI) ke negara ini dilaporkan telah menurun sebanyak 81 peratus. Dalam bahasa ekonomi yang paling mudah mudah, ini bermakna pelabur semakin kurang datang melabur ke negara ini. Kemudian ada berita melaporkan 332 koperasi gulung tikar dan dibatalkan pendaftarannya sejak 2006 sehingga sekarang.
Berita lain pula memetik, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) kini berada di dalam dilema ekoran 415 ahlinya tidak dapat bersatu dalam menangani cadangan pelarasan gaji baru pengawal keselamatan. seperti disarankan oleh kerajaan. Akibat persaingan sengit dalam perniagaan persatuan itu mendakwa, ada di antara harga kontrak terpaksa diturunkan. Ini mengakibatkan keuntungan diperolehi semakin mengecil dan menyebabkan kebanyakan syarikat tidak mampu membayar gaji pengawal keselamatan mengikut kadar yang dicadangkan kerajaan.

Sementara itu dalam satu laporan lain, Ketua Dua Gapena, Prof Datuk Dr Abdul Latif Bakar dipetik berkata, rakyat Malaysia sepatutnya sentiasa yakin dengan kebolehan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi. Namun Felo Penyelidik Utama ATMA, Prof Dr Teo Kok Seong pula memberitahu, belia dan remaja bukan Melayu kini dilihat kurang fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Remaja bukan Melayu juga katanya lebih gemar menggunakan Bahasa Inggeris dan paling menyedihkan ada di antara mereka juga dikatakan langsung tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.
Kementerian Datuk Seri Shahrizat Jalil pula mendedahkan terdapat 1,544 rakyat miskin tegar dan miskin di Johor yang dikatakan boleh mendapat manfaat menerusi program 1Azam di bawah NKRA Bagi Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah. Dalam kata-kata yang mudah, kementerian itu mengakui memang masih ramai penduduk miskin berada di Johor.

Dalam petikan berita yang lain juga, Pengerusi Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Yusuf Latif, dipetik menggesa kerajaan memansuhkan PLKN kerana mendakwa program itu telah gagal mencapai objektif asalnya. Pada masa yang sama tentu kita juga bimbang peruntukan RM500 juta setahun bagi membiayai program itu tidak berbaloi dan sekaligus boleh dianggap sebagai salah satu bentuk pembaziran yang nyata.
Semalam juga, akhbar memetik kata-kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa menggelar seseorang dengan panggilan yang tidak digemari boleh mengakibatkan seseorang itu berdosa dan termasuk dalam golongan mereka yang fasik.

DEBUS DEBUS SINGA LAUT MEMBELAH OMBAK: Keliru dengan caca marba ini.

Tuesday, July 27, 2010

DATUK SITI: JAUHKANLAH SIKIT DIRI TU DARI KRIS DAYANTI.

Tahi ayam kalau tak dicuci betul-betul, baunya belum tentu hilang. Sesekali naik juga baunya menyeksa hidung. Kalau begini halnya, bukan setakat nasihat sahaja. Datuk Siti Nurhaliza wajar melangkah ke tepi atau ke belakang perlahan-lahan, menjarakkan dirinya daripada kelihatan intim dan akrab dengan Kris Dayanti (KD).

Kawan rapat yang sepatutnya boleh membawa nilai tambah dalam pembentukan imej Siti, bukan begini lakunya. Boleh senang-senang bercium mulut dengan usahawan Raul Lemos tanpa ada rasa malu. Tanpa ada rasa bersalah. 

Ini bukan bertujuan mendesak Siti membuang terus KD daripada senarai artis yang menjadi sahabat baiknya, tetapi dengan menjarakkan diri untuk ketika ini, tentu akan memberi isyarat yang jelas kepada KD bahawa perlakuan 'kuang ajau' dia itu telah menjejaskan juga imej Siti. Jangan Siti fikir peminat boleh selamanya berpendirian seperti sebelum ini. Peminat juga ada perasaan. meluat dan menyampah pada tingkah laku KD. Lambat laun perasaan itu akan menjadi tempias yang kalau dibiarkan sahaja, lama kelamaan akan menyebabkan Siti juga boleh kuyup.

Siti harus faham perlakuan 'kuang ajau' KD tidak boleh diterima oleh kebanyakan peminat Siti sendiri. Ingat itu Siti! Bercium mulut atau kata orang dulu-dulu menyantap sup lidah satu perbuatan keji dan hina terutamanya kerana dia dilakukan di khalayak ramai.

Nah...sekarang Siti harus mengambil keputusan betul. Berat atau ringan, Siti yang akan menentukannya. 

Untuk rekod, perlakuan KD bercium mulut dengan Raul Lemos disiarkan oeh kebanyakan akhbar. Ia telah menjadi tontonan ramai. Dah gila meroyan agaknya KD tu!

DEBUS DEBUS SINGA LAUT MEMBELAH OMBAK: TAK BERKAWAN DENGAN KD PUN SITI TAK RUGI APA. NAK BERKAWAN JUGA, IKUT SUKALAH

KONSERT ANAK-ANAK MENTERI: INI YANG DIMINTA SEMAN!

Tau sajalah Seman. Sejak gula naik harga, fikirannya kadang-kala meracau sehingga mencecah 9.0 pada skala  Richter.

Mana tidaknya. Tadi tengah elok-elok bercerita, sempat dia buka padang mindanya minta saya menendang bola ikut suka hati saya. Nak tahu apa mintanya Seman?

Dia kata, kalau boleh dia mahu saya tubuhkan sebuah syarikat misalnya HBK MEDIA ke atau PENYAPU BURUK EVENTS untuk gabungkan semua anak-anak daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri hinggalah kepada anak Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri supaya bersatu anjurkan sebuah konsert dipanggil konsert 1Malaysia atau Konsert Kami anak Menteri.

Dua tiga kali saya telan air liur. Macam nak kena beguk mendengar cadangan Seman. Kepala berpusing lima enam kali. Akhirnya, perlahan-lahan saya angguk. Betul juga. Tak salah cadangan Seman itu. Bukankah anak-anak menteri kita hebat-hebat belaka. Anak Muhyidin dan anak Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pun penyanyi apa! Kalau digabungkan anak Perdana Menteri dan anak Menteri Besar, contohnya anak Menteri Besar Johor atau anak Menteri Besar Negeri Sembilan, tentu konsert itu akan meletup! Mana-mana artis yang kekwat meleleh air liur nanti. Tengoklah. Kalau dapat anak-anak S Samy Velu dan Chua Soi Lek join sekali dalam kumpulan itu tentu gempak weii!.

Betul kata Seman. Anak menteri-menteri kita hebat belaka. Elok juga mereka anjurkan konsert ketika ramai rakyat sedang terseksa dengan kenaikan harga gula! Dengar khabar ekonomi dunia pun macam nak pening aje. Eloklah konsert bagi menghiburkan dukacita dan lara rakyat jelata. Memang akal Seman kadang kala dalam tak terselam maknanya.

DEBUS DEBUS SINGA LAUT MEMBELAH OMBAK: Tengah buat kajian waris keluarga pemimpin politik. Ehemm..dari selatan hingga ke utara.

NAJWA MAHIADDIN ANAK MUHYIDDIN YASSIN

NAJWA MAHIADDIN, penyanyi perempuan yang mempunyai suara bagus itu adalah anak dara Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ramai terutama golongan wartawan hiburan telah tahu dan reti latar belakang Najwa ini sejak sekian lama, tetapi masih ramai peminatnya belum tahu apa pertalian  sebenar antara artis baru itu dengan Muhyiddin.

Pertama, hal ini berlaku kerana Najwa tidak gemar menjadikan kedudukan bapanya sebagai penghias kepada kecemerlangannya di dalam dunia seni.

Kedua, ini juga berlaku kerana nama bapanya adalah Mahiaddin sedangkan ramai yang tidak tahu Mahiaddin itu adalah nama Muhyiddin yang tertulis di dalam kad pengenalannya.

USIK NAJWA SIKIT

Hairan juga. Ada orang politik sampai guna artis yang suara itik nila untuk sokong kempen mereka setiap kali ada program berjumpa rakyat. Selain itu ada juga yang sampai  tak pilih artis langsung. Artis yang sengau pun kadang kala terjemput. Maklumlah semua nak cepat, mana ada cekau saja.
Kenapa pula Najwa Mahiaddin tak dimanfaatkan oleh UMNO terutama program di luar bandar termasuk di kawasan Orang Asli misalnya? Mungkin sesekali elok juga ajak Najwa datang meriahkan program politik bersama rakyat. Bukan apa. Sahaja nak dedahkan bakatnya kepada umum. Maklumlah anak orang penting dia tu. Wajah pun klasik dan wataniah! Lagi pun Najwa terpelajar dalam bidangnya. Suara pula fuhh.

Pakaian dia pun boleh tahan, ikut kalendar hari ini. Mungkin UMNO boleh ajak Najwa meriahkan majlis politik mereka. Khir atau Noh pun mungkin boleh pertimbangkan ajak Najwa jayakan kempen fasal isu pasir di Selangor. Manalah tahu ramai orang muda yang tak mahu keluar dengar ceramah itu boleh tukar fikiran. Keluar nak tengok Najwa sekali.

Apa? Laa...takut abah dia tak bagi..Apasal tak cakap. Noktah.

FAKTA MENARIK NAMA AHLI POLITIK

1.Allahyarham Ali alias Fadzil Md Noor - bekas ahli Parlimen Kuala Kedah. Bekas Presiden Pas

2.Dr Lim Liong Seek alias Dr Ling Liong Sik - bekas ahli Parlimen Mata Kuching. Bekas Presiden MCA

3.Lee Soon Seng alias Lee San Choon - bekas ahli Parlimen Segamat

4.Shahril bin A.B. Samad alias Sharir bin A.B. Samad - Parlimen Johor Bahru

5.Rais Yatim alias Mat Rais bin Jatin - bekas ahli Parlimen Pertang. Menteri kabinet sekarang.

Sumber: SPR

TAMBAHAN TIPS UJIAN UNDANG-UNDANG

1. Apabila menunggang motosikal pada waktu malam, kita hendaklah MENGURANGKAN KELAJUAN. PAKAI PAKAIAN YANG MUDAH DILIHAT.
2.Apabila mengundurkan kenderaan kita hendaklah PASTIKAN TIDAK ADA KANAK-KANAK, BINATANG ATAU KENDERAAN DI BELAKANG ATAU OBJEK YANG MARA DARI ARAH BELAKANG.
3.Pertimbangan yang baik semasa memandu bermaksud MENGAMBIL TINDAKAN BERSESUAIAN MENGIKUT KEADAAN LALU LINTAS SEPERTI MEMPERLAHANKAN KENDERAAN JIKA CUACA BURUK, ATAU JALAN BERKEADAAN TIDAK ELOK SEPERTI BERLUBANG ATAU DALAM KEADAAN JALAN SIBUK
4.Mencuci tayar kenderaan menyebabkan lapisan cengkaman brek kenderaan menjadi lembab. LANGKAH PERLU DIAMBIL SEBELUM MEMANDU IALAH DENGAN MENCUBA CENGKAMAN BREK TERLEBIH DULU SUPAYA DAPAT DIPASTIKAN TAHAP CENGKAMANNYA.
5.Maksud HALANGAN dalam pemanduan ialah ELEMEN-ELEMEN YANG DIKENALPASTI BOLEH MENDATANGKAN BAHAYA KEPADA PEMANDU SEPERTI LUBANG DAN TEMBOK.
6.Lampu amaran cas bateri akan akan terus menyala walaupun enjin telah dihidupkan sebagai MENANDAKAN BATERI TIDAK MENDAPAT CAS YANG CUKUP
7.Kenderaan anda terbabas jika MEMBREK SECARA MENGEJUT, MEMBELOK SECARA MENDADAK DAN MENUKAR LORONG TERGESA-GESA
8.Apabila menghampiri kawasan lintasan kereta api tidak berpagar, KITA MESTILAH MEMPERLAHANKAN KENDERAAN DAN PASTIKAN KAWASAN ITU SELAMAT SEBELUM DILALUI.
9.FAKTOR UTAMA yang menyebabkan berlakunya kemalangan ialah PEMANDU dan bukannya cuaca atau keadaan jalan raya. Cuaca dan keadaan jalan raya hanya faktor penambah
10.Contoh KETEGANGAN POSITIF IALAH BERKAHWIN manakala contoh KETEGANGAN NEGATIF IALAH KEMATIAN ATAU KESAKITAN. semoga maju jaya

WAK ULAS NAMA MAHIADDIN


Kebetulan jumpalah seorang wak Jawa. Aku ni Jawa totok tau. Dia yang beritahu saya begitu. 

"Engkau tau tak?" Soalnya sambil mata pejam celik memandang saya. Macam nak marah ada, macam nak gelak ada. Tapi akhirnya dia memilih gelak.

"Ada apa wak?" Saya tanyakan balik. Masa itu matanya mulai mendelik. 

"Aku nak ceritakan sikit fasal Mahiaddin ni. Kebetulan engkau yang tulis, aku nak ulas boleh?"

Saya anggukkan kepala beberapa kali macam belatuk tengah ketuk paruh ke batang mati. "Ulaslah wak. Tapi nak ulas kena berhemah ya!" saya sempat meninggalkan pesan.

"Mahiaddin tu sedap namanya. Tapi bagi wak, nama tu panas sikit kalau disebut. Mungkin nama Muhyiddin lagi sejuk tau!"

Habis bercakap, orang tua setua UMNO itu pun menongkah basikalnya lalu mengucapkan terima kasih. "Engkau ni ada ada ajelah. Nama orang pun engkau nak tulis," balasnya sambil melemparkan senyuman. Nampak lurah mencengkung dari sisi mata ke bucu bibirnya. Kemudian dihadiahkannya sengeh tak putus-putus. Dan macam Seman juga, akhir sengeh dia terkekeh-kekeh. Di hujung kekeh, terdengar berdecit-decit.

DEBUS DEBUS SINGA LAUT MEMBELAH OMBAK: Wak aku tak berapa faham Jawa. Aku Melayu wak. Orang Jawa cakap melayu tu lari kan....

NAJWA MAHIADDIN: SELAMAT MAJU JAYA

Terbaca dalam blog DuniaTiger mengenai seorang wanita manis bernama Najwa Mahiaddin. Ehemm...anak orang terkenal tu. Tapi tulis DIY dalam blognya, wanita itu tidak mahu kedudukannya sebagai salah seorang anak orang penting mengganggu dalam bidang diceburinya. Maknanya, kejayaan atau turun naik kerjayanya biarlah di atas bakat dan kerja kuatnya.

Baguslah macam itu. Tak payahlah nak tumpang populariti Mahiaddin. Tapi ramai juga tak tahu siapa itu Mahiaddin. Tak apalah. Tak tahu pun tak apa asal kita tahu nama anaknya yang mulai cemerlang itu. Cerita anaknya mungkin lebih baik dikongsi daripada cerita ayahnya. Bukan apa. Cerita dunia hiburan atau artis lebih santai dan tidaklah semual cerita politik yang kadang kala sanggup menggigit tangan kawan atau memijak kepala kawan.

Politik itu bersih, tapi yang tak bersihnya apabila orang masuk ke dalam politik secara kotor atau mempolitikkan semua hal untuk benda yang ada kepentingan sendiri. Kesian mufti Perak. Adakah patut ada orang gelar Har.... dan Har.... Sabarlah Tan Sri Tuk Mufti Sahibus Samahah. Dalam dunia bukan kita yang meletakkan harga. Harga pada kita lebih banyak diletakkan orang. Semoga diselamatkan daripada caci dan cerca.

DEBUS DEBUS SINGA LAUT MEMBELAH OMBAK: Sesekali teringin lihat Jasni Shafie dengan Dahlan Makmor jadi artis

SELANGOR SEDIA RM15 JUTA UNTUK SEBAR MAKLUMAT.

Apabila kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan RM15 juta dalam bajet 2011 bagi menyokong segala kerja penyampaian maklumat agar dapat disampaikan dengan lebih tepat kepada rakyat negeri itu, mencanak macam roket ada orang tak setuju. Termasuklah Khairy menantu Tun Abdullah yang menghantar sms kepada The Star atas maksud lebih kurang begini: Saya fikir kerajaan negeri telah salah menentukan keutamaan.  Maksud Khairy peruntukan itu bukankah lebih baik disalurkan untuk pembangunan dan membantu rakyat miskin di seluruh Selangor.

Tak apalah juga dengan saranan KJ dan pandangannya itu. Nampak ada sedikit jujur di dalam kata-katanya. Sekarang tunggu pula dari mulut Khir dan Noh. Fuhhh...rasa-rasa macam isu pasir juga agaknya. Tak pun masing-masing terdiam sejenak berfikir berkali-kali untuk mengulas. Manalah tahu, takut batu dibaling ke dinding melantun ke muka sendiri.

Sebenarnya peruntukan RM15 juta itu hanyalah sebesar ibu jari berbanding sedulang peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan pusat bagi tujuan yang sama selama ini. Tanpa mahu menyebut dakwaan atau mengheret isu berkaitan Apco, elok kita buka mata berapa banyak kerajaan pusat telah menghabiskan duit untuk iklan IMalaysia, iklan PLKN, iklan banci penduduk, iklan pelbagai rancangan berkaitan dasar kerajaan yang disiarkan oleh agensi baris depannya seperti RTM, Bernama dan Finas. Itu belum dicampur bajet untuk siaran akhbar dan kerja-kerja berkaitan perhubungan awam dan media melibatkan kerajaan dan negara luar. Fuhhh...tak terkira beb dan nampak di sini Selangor lebih telus kerana sanggup secara jelas memaklumkan peruntukan bagi tujuan itu. Malah Selangor yang tidak mempunyai bajet defisit berbanding negeri-negeri di bawah tadbiran BN mahu menggunakan peruntukan itu secara terbaik agar memberi nilai pulangan yang baik juga untuk pentadbiran negeri itu.

Kini apa lagi yang mahu dipersoalkan pemimpin politik BN apabila mendengar peruntukan RM15 juta yang diumumkan kerajaan negeri? Adakah itu pembaziran? Adakah itu tidak perlu sedangkan pada masa yang sama, media mana yang sanggup menyalurkan maklumat tepat dasar kerajaan negeri berkenaan Tabung Warian Anak Selangor (TAWAS), dasar bekalan air percuma dan Skim Mesra Usia Emas? Bercakaplah secara jujur, kesemua dasar itu untuk kebaikan rakyat. Tapi media mana sanggup menguar-uarkannya secara meluas kecuali lebih ke arah memetik pandangan politik parti BN yang tentunya menjurus ke arah memperlekeh dan memperleceh! Tahniah Selangor. Dulu-dulu tak ada media, orang sanggup tulis atas batu dan dinding gua. Akhirnya sampai juga maklumat.

DEBUS DEBUS SINGA LAUT MEMBELAH OMBAK: Kalau ada insentif kerajaan negeri untuk blog yang menyumbang, bagus juga kan. Tentu boleh bayar yuran internet.

Monday, July 26, 2010

KEPADA ANAK-ANAK MUDA YANG BIJAKSANA

Anak-anak muda. Anda jangan mudah terpedaya dengan kata-kata muluk pemimpin politik yang kehabisan modal, terutama berkaitan isu pasir.

Betapa sengsaranya kehidupan kita suatu ketika dulu sewaktu lori pasir bermaharajalela. Cuba ingatkan semula bagaimana jalan raya kita rosak, surau kita retak dan rumah jiran-jiran kita setiap hari disirami debu. Lupakah saat-saat kita dizalimi ketika itu wahai generasi muda? 

Laporan akhbar, aduan melalui telefon - semuanya tak memberi kesan untuk menghentikan perbuatan jual beli pasir pada waktu Barisan Nasional memerintah dulu. Pernah ada pihak bersembahyang hajat memohon agar kesulitan itu terhenti. Alhamdulillah ia sebenarnya telah terhenti secara berhemah sejak PR mentadbir Selangor.

Inilah masanya kita memanfaatkan segala-galanya selepas keluar daripada cengkaman politik BN yang tidak mampu membela kita seperti diharapkan.

Dan kini, mereka jugalah cuba kembali menjadikan isu ini sebagai satu usaha politik memenangi hati rakyat. Jaguh kampung mereka yang sudah semakin tidak diterima orang berkempen cuba mengelirukan rakyat tentang isu pasir ini. Atas nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani saya mengajak secara ikhlas dan jujur hati kepada anak-anak muda supaya menggunakan akal yang bijaksana menilai apa yang sebenarnya sedang berlaku. Sekali tertipu jangan tertipu lagi.

MALAM TADI BANGAU WET LAND NYANYI LAGU WEII..

Pasir oh Pasir kenapa engkau pasir
macam mana aku tak pasir
hujung ejaanku ada ir
hujung ejaanku ada ir

Pasir oh pasir kenapa hujung ejaan kau ada ir
macam mana tak ada ir
aku ada kaitan
aku ada kaitan

Pasir oh pasir dengan siapa ada kaitan
dengan siapa kau tanya aku
tentulah dengan Khir Toyo
tentulah dengan Khir Toyo.


Khir Toyo, Khir Toyo apa pasal pasir penting
macam mana pasir tak penting
ini aja modal tinggal
ini aja modal tinggal.

TAHLIL OP78

TAHLIL OP78 MAKTAB TENTERA DIRAJA AKAN BERLANGSUNG DI MASJID BANGI, MALAM 31 JULAI 2010. MAJLIS SERAH SUMBANGAN KOMPUTER RIBA KEPADA SINGALAUTMETRO AKAN DILAKUKAN OLEH KOL AMIRUDIN SULAIMAN MEWAKILI OP78. MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI KOL AMIR.

GENERASI MUDA JANGAN TAKUT SOKONG PEMBANGKANG. YANG ANDA PERLU TAKUT IALAH MENJADI PENJENAYAH

Politik menakut-nakutkan golongan muda konon tak selamat kalau menyokong pembangkang khususnya PAS adalah taktik zaman Jepun. Menakut-nakutkan orang Melayu konon kuasa politik Melayu akan terhakis kalau pembangkang menang, juga suatu kerja yang boleh dianggap kurang cerdik. Apa sifir yang mereka gunakan konon golongan muda tak akan selamat. Apa neraca yang mereka gunakan konon kuasa politik orang Melayu akan terhakis.

Realitinya, sejak merdeka UMNOlah yang terbukti telah membiarkan hakisan kuasa politik Melayu berlaku.Kegagalan memanfaatkan tempoh 53 tahun untuk memajukan negara, memajukan orang Melayu meningkatkan maruah dan kedudukan Meayu terutama dalam sektor ekonomi menjadi buktinya. Macam mana perasaan UMNO apabila melihat kegagalan DEB yang mereka gubal sendiri telah gagal sebenarnya?

Didiklah generasi kita hari ini dalam bentuk persaingan yang sihat tanpa ada unsur menakut-nakutkan mereka dengan menggunakan pelbagai media. Sebenarnya UMNO cuma tak mahu Anwar Ibrahim. Itu sahaja. Anwar yang mereka takut. Macamlah anak-anak muda sekarang tak faham dan tak reti. Lompat macam mana, joget macam mana, kitai macam mana, mereka faham.

Hanya saya hairan dan geli perut sampai senak nak ketawa!

"MAHIADDIN' ITU MUHYIDDIN?







MAHIADDIN BIN MD YASSIN adalah MUHYIDDIN YASSIN - MEMENANGI KERUSI PARLIMEN PAGOH DI JOHOR PADA TAHUN 1978. YANG MENARIK IALAH EJAAN MAHIADDIN YANG DIPETIK DARIPADA KEPUTUSAN PILIHANRAYA DI DALAM BUKU PENYATA PILIHANRAYA UMUM DEWAN RAKYAT DAN DEWAN-DEWAN UNDANGAN NEGERI KECUALI DEWAN-DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN, SABAH DAN SARAWAK 1978 YANG DISEDIAKAN OLEH SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA.



CERITA KEDAI KOPI

Ada beberapa sahabat semalam duduk minum-minum sempat juga mengulas, antara lain merumuskan sebab kerajaan dimarahi dan dibenci oleh rakyat ialah kegagalan kerajaan untuk menolong rakyat apabila mereka berdepan masalah.

Antaranya ialah: 1. Ramai telah bankrap. Sebahagian besarnya orang Melayu. Kalau ada 40,000 Melayu yang bankrap, bayangkan berapa banyak undi yang kerajaan hilang apatah lagi kalau setiap orang yang bankrap boleh mempengaruhi 3 orang yang lain (ahli keluarganya, rakan-rakan atau mereka yang simpati). Kerajaan menurut salah seorang sahabat, sepatutnya mencari jalan keluar menggunakan KWSP membantu si bankrap kali pertama. Kalau boleh luluskan 1,000 hektar  bantu sekolah Cina, kalau boleh bantu berjuta ringgit untuk sekolah Tamil dan kalau boleh bagi biasiswa secara terbuka kepada semua golongan, kenapa duit KWSP milik si bankrap tidak boleh digunakan untuk bantu mereka memulakan hidup baru.

                        2.Ramai marah melihat orang UMNO dapat projek dan kadang kala yang sekolah takat darjah enam diberi kontrak pembersihan hampir RM1 juta setahun dan memiliki kereta mewah. Sedangkan rakyat lain tidak mendapat apa-apa. Ini bukan isu cemburu tetapi isunya ialah kronisme, favouritisme dan sikap suka berpilih.

                       3.Sikap pegawai dan kakitangan kerajaan yang sambil lewa melayan rakyat. Contoh: Apabila mahu berjumpa ketua sesebuah jabatan, punyalah payah konon kata bos tiada, bos suruh jumpa pegawai bawahanlah dan macam-macam alasan. Pergilah ke JPJ bila terlebih dua minit,, disuruhnya pelanggan pulang dan datang esok. Alasan petugas kaunter depan, duit telah dikira dan dia tak boleh terima bayaran bagi urusan selepas waktu itu. Begitu juga urusan dengan syarikat yang kerajaan ada kepentingan atau GLC seperti Telekom Malaysia. Aduan rakyat mengenai kerosakan kabel atau internet kadang-kala melebihi seminggu baru dilaksanakan.
  
                       4.Kerajaan menguruskan negara secara tidak berhemah. Suka pembaziran. Subsidi untuk orang kaya tak diusik seperti subsidi untuk syarikat IPP atau syarikat pembekal kuasa. Sebaliknya subsidi yang melibatkan rakyat bawahan pula selalu jadi mangsa. 

                      5.Kerajaan tak pernah mahu memanfaatkan tanah di negara yang subur ini untuk hasilkan produk pertanian sendiri tetapi suka mengimport. Bila berlaku masalah ekonomi, kerajaan buat keputusan seperti salahkan rakyat. Mulalah cerita fasal subsidi dan entah  apa ke jadah lagi sedangkan kalau semua itu dihasilkan tak payah cerita fasal subsidi. Contoh buruk kementerian yang diketuai Noh Omar ialah, sibuk dengan lawatan ke ladang anggur! Bukankah anggur tak mudah ditanam di sini. Tak ada busuk, bangkai dipikul buat apa? Yang mudah ditanam macam padi dan tebu tak pulak digembar-gemburkan dalam media.

TIPS UJIAN KOMPUTER (26 Julai 2010)

Ada beberapa soalan lagi yang selalu ditanyakan dalam ujian undang-undang berkomputer. Saya berikan contohnya: SEMUA PENYATAAN DI BAWAH ADALAH BENAR, KECUALI:-
                A. LESEN KELAS D - MOTOKAR/KERETA
                B. LESEN KELAS E - TRAKTOR
                C. LESEN KELAS B - MOTOSIKAL
                D. LESEN KELAS A - kenderaan orang cacat.
(Jawapannya ialah B). Hal penting dilakukan calon ialah fahamkan tentang kelas kenderaan. Kelas E adalah untuk lori. A, untuk orang cacat, B untuk motosikal dan D untuk kereta.

Soalan lain: JIKA ANDA MAHU MENUNGGANG MOTOSIKAL BERKUASA 500 sp KE ATAS, APAKAH KELAS LESEN YANG MESTI ANDA MILIKI?
Jawapannya ialah B. Bagi kelas lesen B2 pula ia hanya untuk motosikal berkuasa sehingga 250 sp sahaja.
Lesen kelas B ini juga selalu dipanggil orang sebagai lesen B full.

Pengetahuan mengenai bateri, tayar dan radiator juga perlu diperkemaskan kerana kadangkala ada soalan berkaitannya seperti berikut:

PUNCA UTAMA YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN BATERI IALAH?
A.AIR BATERI MENCUKUPI
B.MENGGUNAKAN AIR YANG MENGANDUNGI LOGAM
C.PANGKALAN BATERI TIDAK LONGGAR
D.PANGKALAN BATERI SENTIASA DIBERSIHKAN.

Jawapannya ialah B, iaitu menggunakan air yang mengandungi logam. Ini akan menyebabkan kerosakan bateri.

KETIKA ENJIN MASIH PANAS, PEMANDU KENDERAAN ADALAH DILARANG UNTUK MEMBUKA PENUTUP RADIATOR KERANA:
A.AIR PANAS AKAN TERKELUAR MEMANCUT
B.ENJIN BOLEH MELETUP
C.MINYAK ENJIN DALAM KEADAAN MENDIDIH
D.KIPAS RADIATOR MASIH BERPUSING
Jawapannya ialah A iaitu air panas akan memancul dan boleh mencederakan pemandu.

Soalan popular lain ialah seperti berikut:

APABILA MEMANDU MENGHAMPIRI LAMPU ISYARAT, PEMANDU MESTILAH:
A.BERHENTIKAN KENDERAAN SEBELUM GARISAN PUTIH
B.TERUSKAN PERJALANAN JIKA TIADA KENDERAAN LAIN
C.PERLAHANKAN KENDERAAN DAN BERHENTI DI PETAK KUNING
D.PERLAHANKAN KENDERAAN DAN PATUH ARAHAN LAMPU ISYARAT
Jawapannya ialah D. Kenderaan mesti diperlahankan apabila menghampiri lampu isyarat.

Nota penting:
1.Peraturan 12 saat adalah peraturan untuk memotong
2.Tekanan angin kurang dalam tayar menyebabkan ia haus di bahagian tepi
3.Tekaan angin lebih dalam tayar menyebabkan ia haus di bahagian tengah
4.Had laju van di lebuh raya adalah 90 kmj
5.Peraturan menunggang motosikal. Mestilah menunggang di sebelah kiri, menunggang pada jarak sesuai dan pada kelajuan yang sesuai.
6.Semasa memandu di selekoh, pemandu mestilah menggunakan gear rendah, memperlahankan kenderaan dan bersedia.
7.Cara penggunaan stereng yang betul ialah menggunakan sistem tarik dan tolak, memegang dengan kedua-dua belah tangan dan pegang secara sempurna dan tidak terlalu kuat bagi mengelak kesukaran mengawalnya.
8.Jalan merupakan faktor penting membawa berlakunya kemalangan. Langkah perlu diambil bagi elakkan kemalangan adalah SESUAIKAN KELAJUAN IKUT KEADAAN JALAN.

NAMPAK SEBENARNYA APA MASALAH UMNO SELANGOR


Bila ditilik-tilik, dapatlah faham sedikit. Goyah UMNO Selangor sebenarnya berpunca daripada Noh dan Khir. Orang bawah rupanya tak seiya sekata tentang dua pemimpin UMNO negeri itu. Seorang Ketua Pembangkang seorang Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri.

Ada yang terkilan bagaimana Mat Taib semacam disingkirkan. Penyokong Mat Taib bukan tak ada. Mereka bersayu hati. Ada pula yang ralat Noh ada di atas Khir. Ada pula yang terkilan, Khir yang tak ada jawatan tertinggi UMNO negeri cuba menonjolkan diri. Itulah puncanya. Orang bawah UMNO dah kelabu akal. Keliru.

Maka dapatlah dirumuskan. Balik macam dulu juga. Tak ada perubahan. Patutnya kata sesetengah mereka, lantik orang baru sahaja. Senang kerja. Tapi lantaklah. Itu masalah dia orang, bukan masalah Selangor. Yang penting pilihanraya nanti, kita tengoklah ada yang tikam belakang, ada yang kena main. Lepas itu, meriahlah satu permainan dikenali main tuding-tuding jari! 

PR pula nampak semakin kukuh. Dalam diam, PR bina tembok kuat. Bina kubu teguh. Bina benteng utuh.

UMNO SELANGOR TAK SEKATA? RETAK MULA MELANDA?


Ada orang kata retak seribu. Ada kata retak belanga. Yang lain kata retak cerminlah, retak kacalah. Tak kisahlah retak jenis apa yang orang cakap. Tapi yang jelasnya UMNO Selangor entah atas apa sebab tiba-tiba dikatakan orang semakin parah. Kata orang yang lebih tajam penglihatannya bukan retak biasa tapi retak menunggu belah. Macam orang hilang akal. Ke depan salah, belakang salah. Semua buat serba salah.

Ada ketua cawangan berani cakap begini. "Maaf cakaplah ya. UMNO kalau tak tolong kita orang dulu, sampai bila-bila jadi macam ni. Aku cakap terus-terang. Aku tak mahunya buang duit aku nak tolong UMNO. Bila aku tanya tak ada apa-apa ke dah dekat pilihanraya? Nanti kita susah nak bergerak. Adakah patut orang atas tu kata tunggulah. Sekarang budget belum ada lagi"

Satu lagi ulas begini: "Cakap aje perpaduan Melayu. Tapi maaf cakaplah ya. Sekarang aku ni UMNO. Aku tak payah suruh orang luar UMNO cakap. Biar aku cakap. Umno tolong Melayu lebih ke bangsa lain yang lebih? Aku tanya jujur ni" kata si polan tu. "Kalau terus macam ini aku cakaplah nak ambil Selangor tunggu tiga penggal pun entah!" tambahnya lagi.

Yang satu lagi pendek saja ulasnya. "Aku ingat jangan kita nak tipu rakyatlah. Kita sesama sendiri tak bersatu. Main wayang aje cakap ajak rakyat tawan Selangor. Gila apa?"

Sunday, July 25, 2010

KATA JUARA RAKYAT: BANTULAH RAKYAT YANG BANKRAP

Laporan ekslusif MStar melaporkan daripada tahun 2005 sehingga Mei lalu majoriti daripada lebih 80,000 orang yang diistyiharkan bankrap adalah mereka yang berusia di antara 35 dan 44 tahun. Daripada jumlah itu lebih 74 peratus adalah lelaki.

Membaca laporan MStar hari ini yang memetik statistik Jabatan Insolvensi itu menunjukkan sesuatu yang MENAKUTKAN dan pada masa yang sama menuntut kerajaan khususnya BN yang konon juara rakyat, berbuat sesuatu.

Kenapa dikatakan menakutkan? Lebih 74 peratus adalah lelaki. Kalau kita bayangkan separuh sahaja di antara mereka telah berkahwin dan menjadi ketua keluarga, angkanya tentu tidak kurang 30,000 orang. Ini angka menakutkan. Bayangkan kalau mereka adalah ayah atau suami yang selama ini menanggung keluarga. Selepas diistyiharkan bankrap, di mana mereka mahu mencari peluang untuk bekerja? Kalau tidak boleh bekerja siapa yang akan menampung keluarga mereka? Kalau fenomena ini berterusan, tidakkah kita melihat akan goyah sebegitu banyak  institusi kekeluargaan terbabit! Nah! Juara rakyat kononnya memperjuangkan rakyat. Di mana letak keprihatinan kamu? Di mana? Di mana?

Saya pasti, sebahagian besar si bankrap bukan disengajakan. Ada yang berhutang mahu berniaga misalnya, tetapi dilanda ujian Allah lalu kecundang. Begitu juga yang menjadi penjamin. Soalnya, saya pasti sebahagian besar mereka mempunyai tabungan yang banyak di dalam KWSP. Kenapa kerajaan BN tidak mahu membantu membenarkan mereka ini mengeluarkan KWSP menjelaskan hutang berkenaan?

Memang betul KWSP digunakan untuk masa depan, tetapi apalah makna masa depan kalau pada usia dari 40-an sudah hidup tidak menentu akibat bankrap. Hidup tidak menentu gara-gara bankrap sehingga ada yang hilang keluarga, hilang pekerjaan dan hilang harga diri? Apalah sangat AKPK mampu bantukan? Apalah sangat kalau agensi itu sekadar cuba memberi nasihat dan cuba tolong mengira berapa yang mampu dibayar sedangkan ada di antara si bankrap berpendapatan 70 sen seminggu!

SI BANKRAP MASIH BOLEH MENGUNDI! INGAT MEREKA MASIH ADA KUASA.

JULIANA EVANS: APA KHABAR ANAK MURIDKU?

Dia anak remaja yang comel, tapi yang paling penting dia berbakat dan mempunyai semangat yang gigih dalam dunia yang diceburinya.

Pernah saya katakan padanya kira-kira dua tahun lalu. Peganglah cakap uncle yang kamu insyaAllah akan berjaya dalam bidang hiburan, terutama dalam bidang lakonan. Bukan sahaja akan berjaya dalam bidang pengiklanan, kamu juga tentu boleh berjaya dalam bidang yang ada kaitan dengan dunia hiburan tanah air. Tapi tambah saya kalau dah berjaya, jangan sombong ya. Walaupun ada unsur gurauan tapi saya memberitahunya penuh keikhlasan.

Kini lebih dua tahun berlalu. Saya lihat Juliana Evans ada peningkatan. Cuma pesan tambahan saya jangan lupa tanah dipijak tatkala ingin melompat ke langit tinggi. 

Tentu Ju juga masih ingat bagaimana sewaktu saya menghantarnya pulang ke apartment kediamannya pada lewat satu petang. Bagaimana dia berkali-kali memujuk saya supaya bersabar dan tenang. Sebab apa? Sebab ketika itu sebuah kereta kancil entah macam mana memotong kereta yang saya pandu dari sebelah kiri dan akibatnya kereta itu menggesel bahagian kiri depan kenderaan itu.

Kata Ju ketika itu lebih kurang begini: "Uncle okay kan..uncle sabar tau!" Lalu saya jawab, saya okay. Kami memerhatikan sahaja kereta Kancil yang terus memecut laju walaupun saya honkan beberapa kali supaya berhenti.

Demikian sedikit kenangan bersama Juliana Evans. Doa saya semoga kamu berjaya dan jangan lupa dunia hiburan tanah air boleh bertukar menjadi jerangkap samar kalau kita tidak berhati-hati menyusur jalannya yang penuh disirami cahaya glamour berwarna-warni.

DEBUS DEBUS SINGA LAUT MEMBELAH OMBAK: Artis kalau tak ada bakat tak ke mana. Tapi kalau ada bakat tak dimanfaatkan pun tak akan ke mana-mana.

BN NAK URUSKAN HOSPITAL PORT DICKSON PUN TAK RETI!

Nah engkau...kali ni bolehlah tulis kaw-kaw. Sekurang-kurangnya boleh juga buka mata TPM Muyhidin supaya jangan lepas cakap kutuk Selangor. 

Ini pasal Negeri Sembilan. Negeri di bawah tadbir BN. Maknanya di bawah tadbir Muyhidin juga. Muyhidin mungkin dah baca The Star hari ini. Itu fasal Hospital Port Dickson punya masalah. Jangan kata ini masalah baru dan terpinggir. Dah lama sangat. Staf hospital itu pun boleh bersumpah mengiyakan. Kasihan dan simpati dan saya akui hal itu benar-benar berlaku kerana saya pernah menghantar saudara mara ke hospital itu dulu. Ia terletak bersebelahan Kolej Jururawat Desa.

Adakah patut doktor terpaksa guna lampu telefon bimbit yang dikepit celah mulut untuk suluh pesakit ketika menjahit luka pesakit. Kasihan sebuah negara yang konon bagus ditadbir BN boleh biarkan doktor bekerja dalam keadaan seperti zaman perang. Sudahlah penghawa dingin tak berfungsi dan sistem eletrik kerap terputus, nyawa pesakit juga boleh jadi bahaya. Apa pun saya tabik doktor berkenaan. Walaupun kerajaan BN lambat membantunya, dia tetap gigih menjalankan tanggungjawabnya. Tahniah doktor! Takziah BN!

Hah sekarang..di mana kredibiliti Menteri Besar yang juga orang BN. Di mana efisiensi jabatan kerajaan bawah BN. Bagus sangatkah? Masalah yang berlaku di hospital itu bukan rahsia lagi. Kalau bangkai, satu kilometer dah terbau melantung busuknya! Ramai yang tahu dan berlarutan sejak sekian lama. Nak sorok apa lagi. Nak bagi alasan apa lagi. Kalaulah hospital itu letak di Selangor, bukan main berbuih mulut orang seperti Khir, Noh dan Muyhidin tuduh konon PR tak pandai tadbir negeri. Sekarang jawablah. Isu bahayakan nyawa pesakit di hospital kerajaan ini lebih penting dari isu pasir. Berwibawa dan bagus sangatkah BN? Hanya orang yang letak akal di lutut sahaja akan akui wibawa.

Kasihan doktor dan jururawat. Kesian staf hospital itu kerana ada juga terpaksa mencuci sendiri tandas. Malu dan memang memalukan sebuah hospital kerajaan BN boleh jadi sedemikian daif. Boleh diumpamakan hospital zaman perang. Yang jadi mangsa doktor, jururawaf, staf hospital dan pesakit. Menteri dan orang politik pula sibuk kutuk dan cerca Selangor. Tapi lupa najis di tempat sendiri belum dibersihkan!

DEBUS-DEBUS SINGA LAUT MEMBELAH OMBAK: TPM...nah engkau. kaw-kaw!

MUYHIDN PART 11.

Muyhidin kena fikir baik-baik dan bijak-bijak. Membandingkan kerja dan kemampuan orang bukan boleh dibuat satu malam.

Saya bagi contoh: Bakat dan kerja antara beberapa orang pegawai adalah berbeza. Bakat Marko dan Yahaya Hashim tentu berbeza. Bakat Rasid dan Yati tentu juga berbeza. Bakat Mior dan Manja pun tentu berbeza.

Mereka ada kelebihan masing-masing dan kelebihan mereka tentulah tidak sama. Membandingkan Selangor sekarang dengan Selangor dulu tentulah kerja orang cetek akal kalau tak ditimbang menggunakan logik dan rasional tempoh masa negeri itu ditadbir! BN memerintah sejak zaman anak Adam, tapi PR baru dua tahun lebih. Muyhidin kata PR tak cekap, tentu tak masuk akal langsung. Banding macam budak-budak. Orang kampung pun tahu tak betul!

Jangan silap dengar cakap pembantu dan pembodek ya tok!

MUYHIDIN KATA SELANGOR TAK CEKAP URUS EKONOMI

Semalam Muhyidin terus kata Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim lemah dan tak terurus. Konon kata pembangkang dan kerajaan negeri hanya pandai berjanji tapi satu habuk pun tak ada. Itu Muyhidin yang kata. Konon Khalid gagal. Urus isu pasir pun tak reti. Apa lagi nak urus ekonomi. Konon kata Muyhidin lagi, pelabur nak datang pun fikir banyak kali dan banyak yang cabut lari. 

Isu air pun disentuhnya. Sama macam yang disentuh oleh orang yang kahwin dua tu. Konon air tak ada nak minum. Semuanya jurus kepada kata jangan nak percayalah janji pembangkang. Semua tak boleh dipakai kata Muyhidin.

Mak Oii..lunak betul cakap-cakap Muyhidin. Cakap-cakap macam ini biasanya datang dari mulut orang yang suka menggigit tangan orang lain. Yang tak tahu diuntung. Buruk belaka Selangor dan pembangkang. Agaknya satu sen pun tak gunalah maksud dia.

Habis Barisan Nasional selama ini janji apa? Tak payahlah Muyihidin nak tempelak salah orang. Cuba cermin silap sendiri. Selama ini BN reti sangatkah urus Selangor sehingga ada jalan berlubang bertahun pun tak ditampal. Anak orang miskin tak terbela. Orang miskin yang ada sekarang adalah warisan zaman pemerintahan BN dulu! Curi pasir berkurun-kurun sejak zaman BN! Muyhidin ingat tak zaman BN dulu macam-macam petaka berlaku. Mat Taib larikan anak Sultan, Kondominium Highlands Tower runtuh, Tok Uban letak jawatan menteri besar sebab apa? Zakaria Mat Derus buat banglo macam mana? Khir Toyo buat rumah juta-juta! Pemimpin asyik ke Indon bawa penyokong buat apa? Sesetengahnya pergi untuk menyedap! Sampai arwah Datuk Ishak Baharom sendiri pernah beri nasihat tapi tak mahu didengar langung.

Jangan kerana pilihanraya semua orang buat tak betul. Muyhidin tengok betul-betul. Banding bijak-bijak. Nanti malu. Nanti kalau ada orang tunjukkan ada najis dalam pinggan sendiri tak malu ke? Nanti kalau sampai ada orang tunjuk pegawai kita sendiri perangai tak senonoh macam mana? Janganlah ikut perangai Noh dan Khir. Dia orang tu dah jenis serabai.

Saya hanya boleh bagi nasihat. Cakap tu lidah biarlah berlapik. Ingat rakyat Selangor suka sangat BN ke? Lepas ni jangan harap nak duduk takhta. Salah satu sebab, khianat kepada rakyat!

DEBUS DEBUS SINGA LAUT MEMBELAH OMBAK: Ingat! Ingat! Ingat! Jangan tersilap membela rimau dan serigala dalam rumah sendiri. Nanti diri dimakan binatang buas. Ingatlah wahai Muyhidin.

Saturday, July 24, 2010

SEKADAR RENUNGAN

Kami sedang berjalan berlima. Kala itu jam melepasi 12.30 tengah malam. Kebetulan malam Jumaat pula. Kata Lek Ros, waktu malam ayam hutan senang ditembak. Dia yang paling tua dalam kumpulan itu berjalan di tengah, saya di belakang sekali. Tiga yang lain tak banyak bercakap.

Ketika itu kami dalam perjalanan ke sebuah lokasi hutan, tidak jauh dari sebuah tasik semula jadi di satu kawasan di Port Dickson. Dalam perjalanan ke lokasi, kami menempuh sebuah kawasan perkuburan Islam. Di situlah mulanya.

Sebaik sahaja melewati pokok halban sebesar pemeluk, yang terletak di pintu masuk tanah perkuburan dan hanya kira-kira tiga meter dari tempat kami menongkah bukit, tiba-tiba satu cahaya kebiru-biruan naik mencanak dari pangkal pokok berkenaan. Dalam tempoh sekitar 10 saat, cahaya itu menerangi kawasan jalan yang gelap gelita. Kami anggarkan keluasan cahaya diterangi oleh objek kebiru-biruan itu ketika itu seluas dua gelanggang badminton. Yang pasti cahaya itu menyebabkan kami berlima seperti disuluh. Cahayanya amat lembut dan terasa dingin. Memang halus cahaya dan warna birunya.

Semua bagai terpaku tak terkata. Hanya saling berpandangan sesama sendiri. Dalam keadaan yang tidak diduga cahaya kebiru-biruan itu entah bagaimana boleh sahaja muncul dan naik setinggi kira-kira 20 meter di atas kami.

Barangkali, ini juga keadaan yang dilihat oleh sekumpulan penduduk di Sarawak baru-baru ini kononnya ia adalah UFO. Bagi saya, walaupun keadaan itu seperti berada di luar akal untuk difikirkan namun ia memang benar-benar terjadi. Dan hal yang sama juga barangkali sering dilalui oleh sesiapa sahaja di mana-mana muka bumi ini.

Pengalaman ini hanya sekadar renungan betapa dalam alam buana yang luas dicipta Allah ini pelbagai perkara kadang-kala di luar akal boleh berlaku.

Begitu juga dalam pilihanraya akan datang. Tak mustahil, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan berada di dalam genggaman tangan Pakatan Rakyat. Terasa benar ada yang pelik akan berlaku. Tengoklah dan tunggulah.

PONDOK BAS 'SUITE' UNTUK BANGSAWAN DI PORT DICKSON

Inilah pondok bas jenis 'suite' yang tak sebatang pun menggunakan paku, tak sebatang pun menggunakan kayu. Keluli tahan karat, dibakar matahari tak garing, disimbah hujan tak kuyup. Bumbungnya telus terang ke langit. Dibina selang sepelaung setiap satu di sepanjang jalan di bandar Port Dickson.

Lihatlah sendiri betapa banyaknya duit yang dibazirkan, sedang pondok bas sedia ada kebanyakannya boleh berfungsi. Cuma barangkali pondok bas lama dari jenis 'budget hotel' maka penggantian menyeluruh dilakukan tanpa malu dan rasa bersalah.

Oh Tuhan! Kalaulah negaraku muflis pada 2020, UMNO harus dipersalahkan!

Cuba teka berapa kosnya? Kalau di bawah RM10,000 saya cadang nak bina satu. Untung kontraktor yang dapat tender. Tapi cuba tanya, kontraktor tu ahli parti mana?

Pandangan sisi.
DEBUS DEBUS SINGA LAUT MEMBELAH OMBAK: Dengar cerita ada orang bukan Felcra dan Risda dapat untung dividen, betul ke?


PSSSSTT!...NAK DENGAR CERAMAH RAJA LAWAK PASIR TAK?

Dengar khabar ceramah pasir malam tadi telah buat orang yang dua tiga kerat datang, terkencing-kencing menahan gelak. Seorang dua pula terberak-berak kerana terlampau melayan gelak. Demikian hebatnya Noh mengarang ceritera di atas pentas berpenglipurlara tentang pasir dua tiga butir yang dicuri orang.

Yang datang mahu menikmati keseronokan ceramah persis program raja lawak itu, beberapa kali bersorak melaungkan pasir! pasir! pasir! sambil tangan mereka menjulang tinggi seolah-olah menerjah mahu mencecah awan.

Sesekali di antara karang dan ceritera Noh tentang pasir itu, terdengar pula suara nakal berbunyi, poyoh! poyoh! poyoh!. Sesekali lain pula terdengar suara yang lebih nakal berbunyi Toyoh! Toyoh! Toyoh!.

Namun demikian seronoknya Noh berceritera, tidak sampailah dia mendengar semua kata-kata itu. Asyik dia berkata pasir, pasir, pasir, tiadalah dia sedar sehinggalah satu jeritan kuat membelah kawasan sekitar itu adanya.

Jeritan itu rupanya datang dari mulut seorang lelaki yang sering memakai baju yang kolarnya selalu ditinggikan di tengkuk kerana mahu melindungi banyak kesan gigitan cinta kekasih gelapnya. Jeritan itu semakin kuat seolah-olah mencabarnya. Di tangan lelaki itu ada dua tiga batang penyapu. Penyapu itu dihayun-hayun menandakan geram lelaki itu juga berhayun-hayun seperti mangkuk adanya.

"Jangan asyik kamu sahaja berceritera!" jerkah lelaki berpenyapu itu. "Jangan asyik kamu sahaja berceritera!" ulangnya lagi.

Maka yang dua tiga kerat menonton program langsung raja lawak bertemakan pasir roboh itu bertempiaranlah lari. Tiada mahunya mereka menonton perbalahan, kerana dijanjikan datang untuk mendengar ceramah pasir semata-mata.

Lelaki berpenyapu itu akhirnya terdiam tiba-tiba apabila terpandangkan Noh memegang dua piring di atas pentas berwarna-warni yang dibalut kertas pasir.

"Apa itu?" tanya lelaki berpenyapu.

Dijawab Noh. "Satu untuk kamu, satu untuk aku. Marilah. Kita santap bersama-sama!"

Maka sebaik disahut sahaja ajakan itu, maka bersantaplah dengan lahapnya mereka mengunyah pasir sepinggan seorang tanpa sedar yang orang dua tiga kerat yang mendengar ceramah sebelum itu telah pulang ke rumah adanya membawa mimpi hingga terkencing-kencing.

Friday, July 23, 2010

PSSSTT....PSSSTTT...!Encik KHIR dan Encik NOH. Kat sini ada pasir...Mehlah..

Kata kawan saya kalau nak mudah jumpa Noh Omar dan Khir Toyo, sekaranglah masanya. Tak sampai lima minit dia orang mesti sampai. Tapi ada syaratnya. Saya tanya apa syaratnya?

Kawan saya kata macam ini: "Engkau mesti perlahan-lahan cakap. Psssttt...psssttt.. saudara Noh! saudara Khir! kat belakang rumah saya orang tengah gali pasir!"

Kawan saya pun cabar saya. Katanya, kalau tak percaya cuba buat macam mantera politik yang diajarnya itu. Tak sampai 5 minit Khir dan Noh berlumba-lumba datang. Masing-masing nak sampai dulu.

DEBUS DEBUS SINGA LAUT MEMBELAH OMBAK: Psssstt..pssstt..! tolong-tolong! Kat sini banyak pasir! hehehehe...hehehe

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10