nuffnang ads

Wednesday, September 29, 2010

TERKINI: TUJUH TERBUNUH, EMPAT CEDERA. 32,000 PENDUDUK BANDAR TARAKAN MELARIKAN DIRI MENCARI PERLINDUNGAN DI KEM TENTERA.

Sebahagian yang ketakutan akibat pergaduhan di bandar Tarakan dibantu berpindah menggunakan kenderaan tentera
Salah seorang korban pergaduhan antara kelompok masyarakat di bandar Tarakan diperiksa tentera
PERGADUHAN antara kelompok masyarakat di bandar Tarakan, Kalimantan Timur semakin parah. Sehingga lewat petang ini, tujuh dilaporkan terbunuh dan empat cedera parah, manakala 32, 000 penduduk melarikan diri bersembunyi di beberapa kem tentera kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Pada masa yang sama, konflik masuk hari kedua itu menyebabkan Tarakan terus lumpuh. Semua pejabat dan kedai ditutup dan penduduk berdepan masalah baru, iaitu sukar mendapatkan makanan.

Sementara Presiden Susilo Bambang Yudiyono pula memberi amaran kepada pihak berkuasa agar tindakan komprehensif diambil segera bagi memulihkan keamanan di bandar itu.

Malah Susilo ternyata amat bimbang, konflik yang semakin parah itu, mengulangi tragedi pergaduhan antara etnik di Sampit, Kalimantan Tengah lebih 10 tahun lalu yang menyaksikan banyak korban.

Sehingga kini sebahagian besar 32,000 penduduk yang melarikan diri itu berlindung di beberapa kem tentera dan markas polis seperti markas TNI AL, markas TNI AU, Markas Batalion Infantri 613/Raja Alam, Satuan Radah dan Mapolresta.


KRONOLOGI MEMBAWA TERCETUSNYA PERGADUHAN ANTARA MASYARAKAT DI TARAKAN

Sebahagian daripada 32,000 yang berlindung di bangunan Satuan lalu Lintas
 1.Konflik bermula apabila seorang tokoh adat yang juga imam masjid dikenali Abdullah 45 tahun ditikam beberapa kali sehingga mati oleh beberapa lelaki ketika Abdullah cuba meleraikan pergaduhan melibatkan anaknya.

 2.Berikutan itu, polis telah menahan 3 suspek kerana disyaki terbabit membunuh Abdullah, sebagai usaha meredakan pergaduhan peringkat awal kelmarin.

 3.Namun semakin ramai penyokong dan mereka yang simpati dengan kematian Abdullah tidak berpuas hati. Mereka pergi ke balai polis meminta 3 suspek yang ditahan diserahkan kepada mereka untuk dikenakan hukuman sendiri. Namun polis enggan memenuhi permintaan itu.

4.Ekoran itu, ribuan penduduk Tarakan mula keluar bersenjata mencari kelompok masyarakat 3 suspek yang didakwa membunuh Abdullah. Pergaduhan bermula dan setakat ini tujuh dilaporkan telah terbunuh.

 5.Polis dan tentera telah dikerahkan menanangani masalah, namun jumlah yang keluar mengamuk semakin ramai.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10