nuffnang ads

Saturday, July 10, 2010

TIPS LULUS UJIAN UNDANG-UNDANG JPJ

Antara soalan lain yang sering ditanya ialah:

1.Berapakah kadar alkohol dibenarkan bagi setiap pemegang leseng CDL (lesen penuh)?
   a.35 Mikrogram dalam 100 mililiter nafas
   b.80 miligram dalam 100 mililiter darah dan
   c.107 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing.
   INGAT: Ini adalah untuk mereka yang ada lesen penuh atau CDL (kompeten)

Bagi pemegang lesen P atau lesen PERCUBAAN, kadarnya mestilah 0 bagi kesemua ujian.

Satu lagi yang mesti diketahui calon ialah tentang TIGA (3) bentuk keslaahan berkaitan alkohol yang selalu ditanya dalam ujian. Ianya ialah:
   1.MEMANDU semasa berada di bawah pengaruh minuman memabukkan atau alkohol.
   2.MENJAGA kenderaan semasa berada di dalam pengaruh alkohol atau maknanya ketika mabuk
   3.MEMANDU dan MENJAGA kenderaan dalam keadaan kepekatan melebihi kadar dibenarkan seperti jadual di atas.

Soalan lain ialah calon mesti faham apabila ditanya tentang komponen kereta atau kenderaan.
Ia melibatkan:
1.ENJIN
2.STERENG
3.TAYAR DAN RODA
4.BREK
5.CEKAM (CLUTCH)
6.KOTAK GEAR

Begitu juga soalan berkaitan ketika memandu semasa hujan. INGAT. Pemandu TIDAK BOLEH MEMASANG LAMPU KECEMASAN KETIKA HUJAN, kecuali memasang lampu biasa. LAMPU KECEMASAN hanya untuk ketika kecemasan.

Calon juga mesti faham tentang ENAM (6) kedudukan pelanggaran melibatkan dua kenderaan.
1.PELANGGARAN DENGAN KERETA DI HADAPAN. (maknanya kita memandu di belakang, tetapi telah melanggar kereta di depan. Ini selalu berlaku jika kita terlalu rapat mengekori.)
2.PELANGGARAN DENGAN KENDERAAN DI BELAKANG (maknanya kereta kita pandu berlanggar dengan kenderaan belakang akibat kita gagal melihat cermin pandang belakang, tidak mematuhi peraturan 4 saat atau gagal memberi isyarat dalam tempoh mencukupi bagi mengelak kenderaan belakang terlanggar kenderaan kita)
3.PELANGGARAN KETIKA MEMOTONG (maknanya pemandu tidak mengamalkan peraturan memotong, tidak bijak membuat keputusan ketika mahu memotong kenderaan di depan. Akibatnya kita melanggar kenderaan di depan)
4.PELANGGARAN  KETIKA DIPOTONG (Maknanya kuta tidak memandu di sebelah kiri atau kita tidak bekerjasama apabila melihat ada kenderaan mahu memotong)
5.PELANGGARAN DARI SEBELAH TEPI( Maknanya kita gagal memberi isryarat sebenar)
6.PELANGGARAN DENGAN KENDERAAN DARI ARAH DEPAN (maknanya kenderaan kita berlanggar dengan kenderaan dari arah bertentangan dari depan)

Akhirnya, calon mesti juga faham tentang makna papan tanda di dalam soalan. Ada papan tanda hampir serupa. Misalnya, DILARANG BERHENTI DAN DILARANG MASUK.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10