MANGSA, berusia 13 tahun dan peliwatnya pula seorang pelajar senior berumur 16 tahun - kedua-duanya adalah pelajar cemerlang yang bakal menjadi pemimpin harapan negara pada masa akan datang. Kedua-duanya dikatakan pelajar dari acuan mentaliti kelas pertama, tetapi entah kenapa si pelajar senior dirasuk nafsu melakukan perbuatan dalam katogeri kelas ketiga!
Kelmarin, mangsa membuat laporan polis selepas tidak mampu menahan trauma dan geram diperlakukan seniornya dalam kejadian yang dikatakan berlaku di dalam bilik muzik sekolahnya kira-kira jam 10 malam, 20 September lalu.
Difahamkan, urutan kejadian itu bermula ketika mangsa, pelajar tingkatan satu berada di bilik muziknya sendirian sebelum didatangi seorang pelajar senior tingkatan empat. Pelajar senior itu bagaikan seekor kuda yang terangsang terus memeluk mangsa dari belakang, lalu mencium pipinya.
Kejadian liwat ini dilaporkan berlaku di sebuah sekolah yang juga hebat dan berdisiplin di Putrajaya.
Mangsa dikatakan amat terkejut dan tidak mampu melakukan apa-apa kerana tergamam. Dia juga dipaksa membuka pakaian dan saat itu berlakulah satu episod dia kehilangan bujangnya sambil disaksikan peralatan muzik dan dinding bilik.
Amat geram, mangsa telah menceritakan kejadian itu kepada seorang guru lelaki dan ibunya sebelum dia membuat laporan polis di Putrajaya. Ketua Polis Daerah Putrajaya (IPD) ACP Abdul Razak Abdul Majid mengesahkan polis menerima laporan.
Difahamkan juga, mangsa telah dihantar membuat pemeriksaan perubatan di Hospital Putrajaya manakala suspek dipercayai telah disiasat sebelum dibebaskan mengikut jaminan polis.