nuffnang ads

Wednesday, September 29, 2010

ASHRAF SINCLAIR: APAKAH INI BENAR ANAKKU?

PERTANYAAN itu membawa dua konotasi yang berbeza. Pertama sama ada ia benar sebagai menandakan suatu kegembiraan yang teramat sangat menerima kehadiran anak lelakinya, manakala konotasi kedua membawa makna wasangka yang tiada siapa pun tahu.

Namun, Ashraf hanya tersenyum. Ketika ditemui selepas menerima berita kelahiran anak lelakinya yang kini diberi nama Noah Sinclair, dia hanya senyum sambil mendukung bayinya itu.

 "Apakah benar ini anakku?" katanya seolah berbisik kepada diri sendiri sambil bermanja dengan Noah yang di dalam pangkuannya.

Menurut Ashraf, banyak orang berkata anak itu mirip wajahnya. Noah Sinclair adalah anak hasil perkongsian hidup Bunga Citra Lestari dengan Ashraf.

Ashraf bersama Bunga Citra Lestari dan anak mereka Noah Sinclair (Kompas.Com)
Sebelum ini ada suara nakal mengaitkan Bunga Citra Lestari dengan Ariel, penyanyi kumpulan Peterpan yang kini ditahan kerana kes rakaman video seksnya dengan Cut Tari dan Luna Maya yang masih belum selesai. Namun khabar angin mengenai hubungan itu, dinafikan sekeras-kerasnya oleh Bunga Citra Lestari.

Malah, Ashraf juga dilaporkan yang dia penuh percaya kepada isterinya itu. Ariel kini masih di dalam tahanan seementara Cut Tari pula yang telah berkahwin mengaku memang dia dna Ariel dalam video yang disebarkan sebelum ini sehingga mencetus kontroversi.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10