Pemerhati politik dan ketenteraan menyifatkan perlantikan itu sebagai bermulanya penggantian kepemimpinan utama Korea Utara, ekoran keadaan Jong Il yang dikatakan tenat selepas diserang stroke sejak 2008.
Dalam upacara ringkas hari ini, Jong il turut melantik anak saudara perempuannya, Kyong Hui, sebagai jeneral tentera, bertujuan membantu Jong Un menerajui hieraki ketenteraan negara berkenaan.
Kimm Jong Il, presiden Korea Utara (berbaju putih) dilaporkan kritikal dan telah melantik anak bongsunya, Kim Jong Un, 27 dan anak saudara perempuannya sebagai jeneral dalam majlis ringkas hari ini. Ini dipercayai menandakan bermulanya peralihan kuasa di negara komunis itu. |