nuffnang ads

Friday, November 5, 2010

NAK TAHU TAK KALAU ORANG TU FAHAM UNDANG-UNDANG JALAN RAYA?

SEKURANG-KURANGNYA ada 3 perkara yang kita kena tengok/lihat/pandang/intai/jenguk/jeling:-

 1.BILA dia bawa kereta, kita ikut dari belakang. Kemudian kita terpandang pelekat/sticker P (pandai). Cuba tengok betul-betul. Di bahagian belakang kereta itu, di mana dia letakkan pelekat P itu? Di kanan atau di kiri? Kalau pelekat itu dia tampal di sebelah kanan bermakna dia pandai! Kalau sebelah kiri, dia betul! Tapi ingat! Yang tampal sebelah kanan itu PANDAI bukan sebab apa, tapi sebab main ikut-ikut orang. Sebenarnya undang-undang mewajibkan pelekat P pada kereta ditampal pada sebelah KIRI depan dan KIRI belakang. Cuba bila bawa kereta tengok kereta depan kita. Kalau malas tengok kereta orang, tengok pada kereta kita sendiri (yang masih P lah). Kita tampal sebelah kanan atau kiri. Kalau sebelah kanan, berhentikan kereta tepi jalan elok-elok, pergilah tukar. Orang akan ketawa tekan perut hari-hari tengok kesalahan yang kita lakukan. INGAT! PELEKAT P TAMPAL DI SEBELAH KIRI depan dan SEBELAH KIRI belakang.

 2.BILA sampai bulatan (round about) dia terus masuk macam tak tahan nak terberak. Dia tak pandang kiri kanan dan kereta dalam bulatan! Dia bawa macam kereta dia diperbuat daripada besi keluli dan kereta orang diperbuat daripada kaca. Dia anggap nyawa dia ada dijual di kedai spare parts dan nyawa orang lain pula cuma satu! Bila mahu masuk bulatan, perlahankan kenderaan, tukar gear rendah, dan berhenti untuk lihat kereta di sebelah arah kanan dalam bulatan. Tunggu..kalau ketika itu ada kereta, itu maknanya ketika itu jalan itu mak bapak mereka punya jalan. Bukan jalan mak bapak kita lagi. Bila telah jelas boleh masuk, atau maknanya tiada kenderaan barulah kita anggap jalan itu mak bapak kita punya jalan.

 3.Cuba ikut kereta yang biasanya lampu isyarat tak padam-padam. Sepanjang jalan, lampu isyarat kenderaan dia asyik bernyala. Kalau ketika itu menunjukkan arah ke kanan, sampai ke sudah lampu itu menunjukkan arah ke kanan dan orang belakang pun sampai kiamat nak potong pun takut! Satu lagi tentang lampu isyarat, jenis yang tak reti nak bagi isyarat. Masuk tanpa isyarat! Orang belakang peduli apa, dia fikir. Satu lagi, bagi isyarat tapi silap. Nak masuk kanan tapi bagi isyarat ke kiri! Satu lagi yang buat orang belakang hangin satu badan ialah bila tinggal sedepa nak masuk simpang baru bagi isyarat! Orang jenis ini tak faham fungsi dan kaedah penggunaan lampu isyarat. Lampu isyarat bertujuan memaklumkan kepada pemandu kenderaan lain tentang hasrat kita! Jangan beritahu hasrat kita, sampai orang belakang tak sempat bertindak, lalu bedebammm sondol punggung yang gebu itu! Berilah peluang orang belakang mempunyai masa untuk mengawal, berfikir dan bertindak ke atas kenderaan mereka dengan memberi isyarat lebih awal. Misalnya 100 meter sebelum simpang, asalkan tiada simpang lain sebelum simpang yang mahu kita masuki!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10