nuffnang ads

Tuesday, November 30, 2010

JAMAL TAK KISAH MINYAK NAIK

Saya tak kisah minyak naik...
Seorang kawan saya amat mudah cara fikirnya. Tanya fasal minyak naik saya tak kisah. Dah nak naik nak buat buat macam. Apa nak gaduh-gaduh.

Kalau tak nak guna minyak, naiklah basikal. Badan sihat, akal cergas, duit jimat. Tak adalah pening-pening. Jamal...Jamal!

MINYAK OH MINYAK KENAPA ENGKAU NAIK...

MINYAK oh minyak kenapa engkau naik...macam mana aku tak naik...memang mainan aku..memang mainan aku.

Oh aku, oh aku kenapa mainkan minyak...macam mana tak mainkan minyak, minyak lincir laju..aku suka minyak.

Inilah sebahagian daripada senikata lagu seekor katak yang sempat bernyanyi sebelum dia mati dilanggar jengkaut di jalan masuk ke Putrajaya petang tadi.

MANTERA SATIRA

SEBUAH stesyen minyak milik seorang nelayan yang hanya menangkap ikan menggunakan jala meletup dibakar. Itu semua kerja seorang lelaki gila berusia 60 tahun yang telah dilucutkan jawatannya sebagai menteri di negara jiran kita.

Ketika stesyen minyak itu terbakar, terdengar bunyi KEBABOOM! Serentak itu dengar ketawa terbahak-bahak lelaki gila 60 tahun itu sambil memanggil nama nelayan, empunya stesyen minyak itu.

"Hoi mat! Akulah!" dia menjerit ke arah seorang nelayan yang dikenalinya sejak awal merdeka dulu kerana sama-sama mencari sundal di Medan. "Akulah...aku yang bakar stesyen minyak engkau ni. Engkau dengar tak bunyi kebaboom tadi?"

Mat nelayan pun tercangak-cangak. Seluarnya yang diikat menggunakan tali rafia hampir terlondeh. Dicekutnya cepat-cepat sebab kalau terlondeh seluarnya, alangkah malu sebab dia sepanjang hayat tak pernahnya memakai seluar dalam!

"Engkau???!" akhirnya Mat bersuara. Dia menatap lelaki 60 tahun yang gila itu. "Engkau bukankah sudah kaya raya. Kenapa engkau buat kerja gila bakar stesyen minyak aku ni? Engkau tak habis-habis dendamkan aku?"

Lelaki gila itu ketawa terbahak-bahak, sesekali bunyinya macam anjing menyalak, sesekali bunyinya macam orang terberak. "Aku dah kena buang menterilah. Aku dengar orang cakap engkau yang report kata aku main sundal sampai kerajaan aku tak sukakan aku lagi!"

"Engkau gila ke Kontot Buncit?" Mat nelayan bengang. Seluarnya dicekut lagi, takut terlondeh. Takut dia kalau si Kontot Buncit yang pernah menjadi kawan rapat dulu terpandang betapa 'hebat'nya dia kalau seluar itu terlondeh. Tentang si Kontot Buncit punya dia pernah ternampak, Mat nelayan terpandang hanya sedekahkan gelak!

"Engkau gila bakar stesyen minyak aku?"

"Ya...aku dah gila. Engkau buat aku gila. Engkau tikam belakang aku sampai aku kena buang menteri. Sekarang hati aku puas dapat bakar stesyen minyak engkau. Kebaboomm!" si lelaki gila 60 tahun @ Kontot Buncit itu pun ketawa terbahak-bahak.

"Ahh...sudahlah Kontot Buncit. Dulu bila engkau naik menteri, aku pun engkau tak kenal lagi!" Mat nelayan marah, mengungkit pula dia cerita lama. "Sekarang bila kena buang menteri buat lagi dajal kat aku...bakar stesyen minyak aku!"

"hahahahaha...huahauahuahua...lahabau...kelakau..lahabau..." si Kontot Buncit terus tergelak.

 ..bersambung

NI SAPA PANDAI-PANDAI CAKAP NI: ROSMAH TAK ADA ELAUN ATAU PEGAWAI TAU..!

Tak baik tau cakap belakang-belakang konon isteri Perdana Menteri, Rosmah mansor dapat elaunlah, dapat peruntukan pegawai khaslah. Tak baik tau tuduh-tuduh.

Tak baik cakap bukan-bukan konon Rosmah diberi pejabat khas kat Mindef lah, dapat peruntukan juta-juta buat projek kanak-kanak pintar dan permatalah. Tak baik tau.

Perdana Menteri sendiri telah sahkan di parlimen, Rosmah tidak mendapat elaun khas atau ada peruntukan pegawai khas. Tak baik tuduh-tuduh tau.

MINYAK RON97 NAIK LAGI ESOK

HARGA petrol RON97 dijangka naik 15 sen mulai esok kepada RN2.30 sen seliter.

UMNO DIJANGKA BUAT ROMBAKAN BESAR: NOH OMAR, ALI RUSTAM, IDRIS JUSOH, TENGKU ADNAN DIJANGKA TERLIBAT

MESYUARAT majlis tertinggi Umno malam ini dijangka membuat beberapa rombakan, dipercayai sebagai salah satu kaedah parti itu untuk memperkukuhkan jenteranya menjelang pilihanraya yang dipercayai diadakan tahun depan.

Beberapa nama dijangka terlibat. Noh Omar disebut-sebut akan mengepalai Umno Selangor menggantikan Perdana Menteri. Ali Rustam dijangka dilantik sebagai Ketua Penerangan, Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu pula dijangka dilantik sebagai Setiausaha Agung Umno yang baru.

Rombakan kabinet juga dijangka berlaku, tetapi mungkin berkuatkuasa hujung tahun ini membabitkan Ahmad Maslan yang dijangka naik ke jawatan menteri penuh, Tengku Adnan sebagi menteri dan penggantian beberapa pengerusi Umno negeri Kedah dan Terengganu.

Apa pun kalau itu berlaku, mungkin berlaku kecacatan kerana mungkin ada nama yang dilantik berdepan masalah akar umbi yang tidak bersedia berkepalakan orang tertentu. Tunggu dan lihat jika ada benarnya.

PELAJAR CULIK 23 TEBUSAN AKHIRNYA DISAHKAN MATI

Zach Campbell, antara mangsa culik...pelajar itu kelihatan tertekan.

PELAJAR 15 tahun yang menculik 23 pelajar dan seorang guru di sebuah kelas di sekolahg Tinggi Marinette, Wisconsin, akhirnya disahkan oleh polis maut kerana membunuh diri, beberapa jam selepas sekolah berkenaan dikepung pihak berkuasa.

Pelajar yang dirahsiakan namanya itu terkena tiga das tembakan daripada dua jenis senjata api miliknya, ketika sepasukan polis cuba memasuki kelas tempat kesemua tebusan dikumpulkan.

Salah seorang pelajar menjadi mangsa culik, Zach Campbell, berkata dia tidak tahu kenapa pelajar itu bertindak sedemikian rupa. Bagaimanapun katanya, pelajar itu kelihatan tertekan.

"Enam rakan baiknya juga ada di dalam kelas dan kami cuba berbuat sesuatu yang boleh meredakan ketegangan seperti berbual dan ketawa," katanya.

Sepanjang ditahan, kata Campbell, pelajar itu tidak mengugut atau mengacukann senjata api kecuali sesekali meminta mereka berdiam.

KERJA SAMBILAN DI INTERNET: GADIS MOHON MAAF PROJEK BUNUH ARNAB YANG DILAKUKANNYA

Huang menekan arnab menggunakan cermin tebal sehingga mati!
adegan Huang memijak arnab turut dirakamkan

SEORANG gadis memohon maaf ke seluruh China hari ini apabila video cara dia membunuh seekor arnab yang tersebar menerusi internet mendapat bantahan pelbagai pihak di negara itu.

Huang Xu dari Sichuan meluahkan kekesalan melakukan 'projek' itu hanya kerana terpedaya dengan tawaran sebuah kumpulan menerusi internet yang menawarkannya kerja untuk mendapatkan wang tambahan.

Video yang dirakamkan itu menunjukkan Huang memijak dan menekan arnab berkenaan yang diletakkan di bawah cermin keras sehingga mati.

Menurut Huang, dia tertarik dengan iklan di dalam internet yang memintanya menghantar resume jika inginkan kerja sambilan mencari duit.

"Selepas menghantar resume, kumpulan itu meminta saya membunuh seekor arnab dan dirakamkan untuk disebarkan ke seluruh dunia. Saya dibayar RM240 untuk kerja itu," katanya.

Video selama 4 minit itu membangkitkan kemarahan terutama di kalangan pencinta haiwan. Seorang pencinta haiwan telah membuat siasatan sendiri dan akhirnya berjaya mengesan sumber video itu. Akhirnya Huang mengaku dan memohon maaf.

Walaupun di China tiada peruntukan undang-undang khas menghukum mereka yang melakukan penzaliman ke atas haiwan, namun pencinta haiwan di negara itu mendesak kerajaan menyegerakan pengwartaan undang-undang berkenaan.

ANAK SULUNG PASHA 'UNGU' MERAUNG, MEMBANTAH AYAHNYA BERTUNANG

PASHA, penyanyi kumpulan Ungu yang bertunang dengan kekasihnya, Dellia, Wilhelmina, 21, kelmarin pasti menerima tekanan perasaan yang hebat jika mengetahui anak sulungnya, Keisha meraung sebaik diberitahu ibunya tentang pertunangan itu.

Keisha anak sulung hasil perkahwinan Pasha dengan bekas isterinya, Okie Augustina, juga menangis sehari-harian kerana tidak dapat menerima hakikat ayahnya akan berkahwin lain.

Menurut ibunya, Okie, Keisha membentak dan meraung apabila diberitahu bahawa ayahnya telah bertunang dengan Dellia dan akan melangsungkan perkahwinan Januari depan.

Okie berkata, Keisha yang telah mengerti tentang kasih sayang seorang ayah terus murung dan meraung: "Icha (panggilan Keisha) tidak mahu mama baru. Icha tidak mahu mama baru".

Dua adiknya, Sakinah dan Nasha bagaimanapun tidak memberi sebarang reaksi kerana mereka masih kecil dan kurang mengerti.

Tambah Okie, anak sulungnya itu mula menunjukkan protes yang amat luar biasa dan seakan tidak mahu percayai bahawa ayahnya telah bertunang dan bakal memiliki isteri baru.

TERKINI LUAR NEGARA: PELAJAR YANG JADIKAN 23 RAKAN TEBUSAN, TEMBAK DIRI SENDIRI

PELAJAR yang menawan 23 rakan dan seorang gurunya sebagai tebusan di Sekolah Tinggi Marnette, di Wisconsin ditemui terbaring dipercayai menembak diri sendiri selepas membebaskan kesemua tebusan hari ini.

Pelajar berusia 15 tahun yang juga pelajar sekolah berkenaan kini dirawat di hospital, tetapi nasibnya masih tidak diketahui.

Seorang pegawai polis dipetik AFP sebagai Skorik, berkata pelajar itu memiliki dua senjata api ketika menawan tebusan, .22 calibre semi automatik dan pistol 9mm.

Polis turut menemui kelongsong kedua-dua jenis senjata api dipercayai dilepaskan pelajar berkenan untuk menembak dirinya.

NASIB KAPAL DAGANG MALAYSIA MV ALBEDO MASIH TIDAK DIKETAHUI

NASIB sebuah kapal dagang Malaysia yang dirampas sekumpulan lanun di lautan Hindi, kira-kira 900 batu nautika dari Mogadishu, Somalia masih tidak diketahui.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih menunggu maklumat terperinci mengenai keadaan terkini berkaitan kapal dan 23 anak kapal berkenaan.

Timbalan Setiausaha MKN, Datuk Che Moin Umar, berkata kapal itu telah dirampas dan 23 anak kapalnya diculik oleh sekumpulan lanun dipercayai rakyat Somalia pada 26 November lalu.

Berdasarkan rekod katanya, kapal itu didaftarkan di Pulau Pinang.

DATUK SERI NAZRI AZIZ: "MEREKA INI ADA TAHI LEMBU DI KEPALA. MEREKA TIDAK TAHU LANGSUNG APA ITU KETUANAN MELAYU"

MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri melempar 'tahi lembu' kepada pemimpin yang tidak tahu fasal istilah dan makna ketuanan Melayu.

Menurut Nazri, ketuanan Melayu sama sekali tidak bermaksud orang Melayu adalah lebih unggul berbanding kaum-kaum lain di negara ini.

Katanya lagi, ketuanan Melayu dicipta untuk memberi pengiktirafan yang sewajarnya ke atas kedudukan istimewa raja-raja Melayu dan digunakan pakai sejak sebelum merdeka.

Kepada yang tidak faham tentang konsep ketuanan Melayu ini, Nazri berkata: "MEREKA INI PEMIMPIN TIDAK BERGUNA. MEREKA INI  TAHI LEMBU DI KEPALA. ANDA HENDAK MASUKKAN INI (DALAM BERITA?). SILAKAN. MEREKA INI ADA TAHI LEMBU DI KEPALA. MEREKA TIDAK TAHU LANGSUNG APA ITU KETUANAN MELAYU"

 "Ia bukannya tentang orang Melayu. Ia mengenai Raja-raja Melayu. Selagi mereka terus wujud, kita akan menghormati mereka" tambahnya kepada The Malaysian Insider.

ANAK DAPHNE IKING, ISOBEL DANIELLA IKING-CHONG BARU 3 TAHUN, TAPI ADA SEJADAH SENDIRI!

Isobel sekecil ini ada sejadah sendiri!

SESUATU yang mengejutkan didedahkan oleh Daphne Iking, 32, pengacara yang kini hangat dengan kes bersama bekas suaminya di mahkamah.

Kata Daphne, anaknya Isobel yang baru berusia tiga tahun sering diasuh dan dididik oleh pembantu rumahnya bersolat. Dia gembira dengan tindakan pembantu rumahnya itu kerana sekurang-kurangnya itu akan mendidik anaknya supaya takutkan Tuhan sejak kecil lagi.

Turut didedahkan Daphne ialah pembantu rumahnya itu turut mengajar anaknya mengucap kalimah syahadah dan paling menakjubkan ialah Isobel turut memiliki sehelai sejadah sendiri!

Tentang semua itu, Daphne amat terbuka. Katanya, walaupun dia beragama Kristian, dia tahu apa yang diasuh dan dididik oleh pembantu rumah yang telah tiga tahun bekerja dengannya itu adalah sesuatu yang baik.

"Ia bukan masalah besar bagi saya kerana saya sendiri pernah menjalani ibadat puasa apabila menjelangnya Ramadan," luah Daphne.

Tentang jodoh pula, sebolehnya Daphne tidak mahu lelaki Inggeris, sebaliknya dia tidak kisah untuk hidup di samping suami berbangsa Melayu.

Dia yang baru dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia ke 23, cuma berharap mendapat seorang suami yang pendiam - kontras dengan sikapnya yang pot pet dan banyak bercakap, sesuai kerjayanya sebagai pengacara dan wartawan!

TIADA KEMUDAHAN DI JETI KUALA BARAM: PENGGUNA BERAK DI DALAM SEMAK!

Jeti Kuala Baram di Miri, tiada tandas. Pengguna berebut-rebut mencari semak saat mahu melepaskan hajat!(SUD)

BURUK betul bunyinya! Tapi itulah realiti yang berlaku di jeti Kuala Baram berdekatan jambatan Asean, di Miri, Sarawak.

Tanpa kemudahan awam untuk kegunaan pengguna, pelancong asing yang singgah juga pasti akan berasa kecewa. Malah tanpa kemudahan asas seperti tandas, pengguna terpaksa berebut-rebut mencari semak untuk dijadikan tandas terbuka bagi melepaskan hajat.

Nasib baik ada semak. Sekurang-kurangnya ada juga dinding yang melindungi pengguna ketika berdepan keadaan darurat.

Pihak berkenaan wajar melihat keadaan serba kekurangan di jeti Kuala Baram ini dengan penuh perhatian. Ia bukan sahaja digunakan sebagai transit perhubungan air oleh penduduk tempatan, tetapi turut dikunjungi pelancong luar pada masa tertentu.

Jurugan bot eksress dari Marudi, Gada Weng yang dipetik SUD berkata keadaan tanpa kemudahan awam itu pasti menyukarkan penumpang dan pengusaha bot. Malah katanya, keadaan itu akan memalukan jika diketahui oleh pelancong asing.

GAMBAR ARIEL PETERPAN (PETERPORN?) DITEMURAMAH DI CELAH TINGKAP MAHKAMAH

BEBERAPA saksi dijangka dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes Ariel dan video seksnya yang sedang berlangsung kini.

Ariel ditemuramah wartawan sebelum memasuki bilik bicaranya semalam
Antara mereka yang bakal dipanggil sebagai saksi ialah Luna Maya, bekas isteri Ariel, Sarah Amelia dan Andika.

TERKINI LUAR NEGARA: SEMUA 23 PELAJAR DAN SEORANG GURU YANG DIJADIKAN TEBUSAN BEBAS

SEMUA 23 pelajar dan seorang guru yang dijadikan tebusan di sebuah sekolah tinggi di Marinette, Wisconsin telah dibebaskan oleh seorang pelajar bersenjata api, selepas lima jam mereka ditahan di dalam sebuah kelas di sekolah itu.

Pengarah Pengurusan Kecemasan Marinette, Eric Burmeister, mengesahkan kesemuanya selamat tetapi tidak menjelaskan keadaan pelajar yang menahan kesemua tebusan itu.

Kejadian berlau jam 5 pagi waktu Malaysia di sebuah sekolah yang mempunnyai 800 pelajar itu. Lebih 100 anggota polis termasuk skuad anti penculikan berada di sekitar sekolah berkenaan, sebelum kesemua tebusan dibebaskan.

GAMBAR KASIH SEORANG ISTERI TERHADAP SUAMINYA: MATI DIHEMPAP TUNGGUL KAYU

Motosikal mangsa masih di bawah tunggul kayu sebesar pemeluk

HAYATI Hussin, 30-an hanya mampu bersujud mengucup kening suaminya yang kaku tidak bernyawa lagi. Hanya beberapa minit sebelum itu, Mohd Helmi Hussin, 37, menghantar Hayati ke tempat kerjanya.

Mohd Helmi  kemudian menunggang motosikal bersendirian ke arah Jalan Raja Chulan, di Kuala Lumpur apabila sebatang tunggul pokok setinggi 10 meter tumbang lalu menimpanya. Mohd Helmi gagal mengelaknya dan dia terkorban di situ juga.

Hayati mengucup kening suaminya yang telah pergi
Hayati yang dimaklumkan kemudian dipapah rakan dan tidak dapat menahan sebak melihat keadaan suaminya. Hanya kucupan dan doa yang diiringi air mata, sebagai tanda kasih tak pernah padam buat suami tercinta. AlFatihah.

23 PELAJAR DAN SEORANG GURU DIJADIKAN TEBUSAN OLEH PELAJAR BERSENJATA API

SEORANG pelajar bersenjata api menahan 23 pelajar dan seorang guru sebagai tebusan di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah tinggi di Marinette, Wisconsin, pagi ini.

Pengarah Pengurusan Kecemasan Marinette, Eric Burmeister, berkata pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan sekolah berkenaan kira-kira jam 5 pagi waktu Malaysia berhubung kejadian itu. Pengurusan sekolah juga memaklumkan seorang pelajar bersenjata api dilihat menahan kesemua tebusan.

Sehingga kini tiada perkembangan lanjut mengenai kecederaan.

BAPA HARUAN DIJEL 25 TAHUN

MUAR: Seorang lelaki berusia 48 tahun dihukum penjara 25 tahun dan 30 sebatan selepas didapati bersalah merogol anaknya sendiri dalam tiga kejadian berasingan di dua rumah berasingan di Pagoh dan Lenga.

Hakim Mahkamah Sesyen, Kamarudin Kamsun, memerintahkan hukuman dijalankan serentak bermula dari tarikh dia ditahan pada 21 Januari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didapati bersalah merogol mangsa yang berusia 17 tahun ketika kejadian, di sebuah rumah kampung berhampiran Lenga, kira--kira jam 8 pagi pada pertangah 2007.

Untuk pertuduhan kedua, lelaki terbabit didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah rumah di Pagoh, kira-kira jam 8 pagi pada Ogos 2009.

Pertuduhan ketiga membabitkan kesalahan itu berlaku di rumah sama di Pagoh, kira-kira jam 2 pagi, Oktober 2009.

Ketiga-tiga pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 10 sebatan.

Kamarudin ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, selepas mendengar keterangan saksi dan bukti, mahkamah mendapati pendakwaan berjaya mengemukakan prima facie terhadap tertuduh dan dia didapati bersalah kerana merogol anak kandungnya sendiri.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Zairani Tugiran, manakala tertuduh diwakili Salmi Hamdan. (HM)

DATIN SERI WAN AZIZAH DIGELAR PELACUR POLITIK: STEADYLAH BRO..

Datin Seri Wan Azizah digelar oleh Pemuda Perkasa sebagai pelacur politik gara-gara ucapannya yang mencadangkan supaya ketuanan Melayu ditiadakan! Wow...marah sangat nampak bro.

Sebenarnya tak ramai pun orang Melayu faham apa itu ketuanan Melayu. Kata orang Melayu, ketuanan Melayu itu apa? Benarkah  ketuanan Melayu bermakna Melayu menjadi tuan di tanah airnya sendiri atau konsep ketuanan Melayu itu memang patut dibuang atau dikekalkan?

Persoalan sebegini sepatutnya bersifat akademik. Dijawab, dikupas dan dihuraikan secara ilmiah. Ketuanan Melayu itu sensitif intinya. Ia masuk terus ke dalam emosi orang Melayu. Perkasa, kita faham memperjuangkan Melayu dan apabila memperjuangkan Melayu, bermakna juga mempertahankan ketuanan Melayu. Kita pun faham kenapa Perkasa terasa hati apabila Wan Azizah cadangkan dibuang sahaja ketuanan Melayu itu.

Ketuanan Melayu dilihat dari sisi mana sekalipun, tetap berkait orang Melayu, tentang semangat orang Melayu tentang Raja Melayu dan tentang apa sahaja yang berkaitan dengan orang Melayu yang amat sensitif untuk disentuh.

Itu kalau dilihat pada istilah dan konsep ketuanan Melayu itu secara bertulis dan lisan. Namun kalau dilihat pada sisi realiti, benarkah ketuanan Melayu itu dipertahankan selama ini? Benarkah ketuanan Melayu dipatuhi semangatnya untuk kepentingan orang Melayu? Inilah persoalan yang amat besar untuk dijawab. Demi menjawab persoalan ini orang Melayu sesama orang Melayu akhirnya jadi bergaduh!

Untungkah? Melayu yang sedia jadi sifat fizikalnya sebagai manusia paling mundur di tanah Melayu ini tidak boleh bergaduh kalau bercerita soal ketuanan Melayu. Melayu yang sedia jadi bentuknya sebagai kelompok paling tertinggal di segi ekonomi di negara ini, tidak boleh bermasam muka apabila bercerita soal ketuanan Melayu. Dan paling penting jangan jadikan isu ketuanan Melayu sebagai deposit untuk memperdagangkan politik!

Ketuanan Melayu dalam perniagaan politik belum tentu menjadi produk atau komoditi yang boleh dijual yang boleh mendatangkan hasil untuk orang Melayu, apatah lagi kalau perniagaan politik itu banyak terjual di pasaran gelap dan 'illegal'.

Kepada semua pihak, kembalilah ke akar masalah sebenar orang Melayu. Akar masalah Melayu bukan ketuanan Melayu. Akar masalah Melayu adalah kegagalan pemimpin Melayu, sama ada dalam kerajaan atau pun pembangkang memahami dan menyelesaikan masalah asas mereka sejak kita merdeka.

Ketuanan Melayu hanya akan wujud dan menjadi simbol amat tinggi nilainya jika bangsa Melayu telah diletakkan pada asas yang amat kukuh dan tinggi nilainya di negara ini.

Kadang-kadang kita terlupa kerana kita hanya melihat dalam liang Melayu tanpa memandang kepada liang agamanya sekali. Melihat ketuanan Melayu mesti melihat pada Melayu dan Islamnya juga.

Marilah kita berajak baik untuk kebenaran dan kepentingan Melayu dan Islamnya. Marilah kita dukung kemuliaan Raja Melayu dan Islam agama rasmi negara ini dengan cara sebaiknya. Apakah harga Melayu dan Islam telah terpelihara sepenuhnya?

Kadang-kala kita harus berterus terang. Apakah hak kita selama ini terpelihara? Saya hanya memetik beberapa misalan untk difikirkan. Kita telah amat bertolak ansur dengan saudara-saudara kita yang lain dalam soal agama. Kita berikan hak bukan Islam untuk minum arak, bina kilang arak, buat kedai judi dan berjudi, berhibur dan buat pusat hiburan. Kita beri hak itu kerana minum arak, berjudi dan berhibur bagi mereka tidak menyalahi agama mereka. Ini amat bagus dan baik untuk kita lakukan kerana kita telah bertolak ansur. Kita lakukan kerana kita menghormati hak bukan Islam untuk melakukan semua itu.

Soalan berkait yang jarang kita fikirkan ialah, siapa pula yang bersedia menghormati hak kita sebagai Melayu Islam untuk melihat tidak ada kedai judi, tidak ada kedai arak dan tidak ada pusat hiburan keterlaluan sifatnya di negara ini? Apakah hak sebagai Melayu Islam ini dihormati? Inilah sebenarnya sebahagian daripada elemen dalam ketuanan Melayu.

Mesej daripada semua ini ialah hal ketuanan Melayu amat sensitif. Orang Melayu jangan bergaduh sesama Melayu hanya kerana isu itu. Tolonglah.

PENGAWAL SAKIT JIWA TUMBUK IBU MUDA HAMPIR BERSALIN DI HOSPITAL MUAR

SEORANG pengawal yang menghadapi masalah mental berjaya menyembunyikan penyakitnya selama dua bulan daripada diketahui pengurusan Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar.

Bagaimanapun, kelmarin apabila penyakitnya datang semula, keadaan sebenar dirinya terbongkar. Perbuatan kejamnya meninju perut seorang ibu muda yang hampir bersalin mengakibatkan dia pula dimasukkan ke wad psikiatrik hospital berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Chong Guan, berkata kejadian itu berlaku di dalam sebuah lif ketika seorang ibu muda mendaftar untuk bersalin di hospital berkenaan.

Menurutnya, pengawal berkenaan menyorong mangsa menggunakan kerusi roda ke dalam lif, sementara suaminya meletakkan kenderaan di petak parkir. Bagaimanapun, ketika di dalam lif, pengawal keselamatan itu menumbuk berkali-kali perut mangsa tanpa sebarang sebab.

Mangsa mengadu kepada suaminya yang kemudian membuat laporan polis. Berdasarkan aduan itu polis menahan pengawal keselamatan berkenaan.

Dia kemudian ditahan di wad psikiatrik hospital berkenaan, manakala mangsa telah selamat melahirkan bayinya. 

Monday, November 29, 2010

KAPAL DAGANG MALAYSIA DIRAMPAS LANUN SOMALIA

SEBUAH kapal dagang Malaysia, MV Albedo, dirampas manakala 23 anak kapalnya diculik sekumpulan lanun dalam satu kejadian Jumaat lalu, di perairan Somalia, kira-kira 900 batu nautika dari Mogadhisu.

Kapal berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari pelabuhan bandar Jebel Ali di Emeriah Arab Bersatu sebelum ditahan sekumpulan lanun Somalia.

Petugas Khas Anti Lanun Kesatuan Eropah memaklumkan, kapal berkenaan membawa 23 anak kapal yang terdiri daripada warga Pakistan, Bangladesh, Iran dan Sri Lanka.

Sehingga kini lanun Somalia masih menyimpan 22 kapal dagang yang dirampas bersama 521 anak kapal yang diculik. Nasib kesemua anak kapal yang diculik itu setakat ini tidak diketahui.

ARTIS/ MODEL MARCELLA ZALIANTY NIKAH ANANDA MIKOLA HARI INI

ananda di majlis akad nikah di masjid At-Tin, Jawa Timur

marcella (kiri) sah menjadi isteri Ananda hari ini
MODEL popular yang juga artis di Indonesia, Marcella Zalianty hari ini sah menjadi isteri kepada pelumba kereta Indonesia, Ananda Miloka.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di masjid At-Tin, Jawa Timur tengah hari tadi dihadiri kaum kerabat dan rakan taulan pasangan terbabit.

DUA SERANGAN BOM KE ATAS DUA PAKAR NUKLEAR IRAN: SATU TERBUNUH, SATU CEDERA PARAH

DUA kejadian serangan menggunakan bom yang dipasang pada dua kereta milik dua pakar nuklear Iran di tengah Teheran hari ini, membunuh seorang pakar kejuruteraan nuklear dan mencederaparahkan seorang pakar nuklear fizik.

Kedua-dua serangan itu dilakukan pihak yang menggunakan motosikal dan didakwa Iran didalangi oleh Israel. Dalam serangan pertama, Majid Shahiari, seorang ahli kejuruteraan nuklear Universiti Shahid Behesti terbunuh apabila kereta dipandunya meletup selepas dipasang bom. Bagaimanapun, isterinya yang berada dalam kereta berkenaan hanya cedera.

Dalam kejadian kedua menggunakan modus operandi serupa, penyerang bermotosikal memasang bom pada kereta pakar nuklear fizik, Fereidoun Abbasi. Dia cedera parah apabila kereta itu meletup ketika dipandu manakala isterinya di dalam kenderaan sama, juga cedera.

Abbasi pemegang ijazah doktor falsafah dalam bidang nuklear fizik, merupakan pakar laser di Kementerian Pertahanan Iran dan merupakan antara pakar terkemuka dalam bidang penyuraian isotop nuklear di negara itu.

Sebelum ini dua pakar nuklear fizik Iran turut terbunuh dalam serangan yang salah satunya menggunakan modus operandi seperti menimpa dua pakar hari ini.

LAGI KEMALANGAN KERETA TERBAKAR: ISTERI RENTUNG, SUAMI MELECUR

SEORANG warga emas terbunuh, manakala suaminya cedera parah dengan melecur separuh badan apabila kereta yang mereka naiki bertembung sebuah kereta lain dalam satu kejadian di KM35, Jalan Kuantan-Kemaman, petang tadi.

Dalam kejadian jam 1.45 petang itu, Senik Osman, 69, rentung apabila kereta Proton Iswara dipandu suaminya terbakar manakala suaminya yang berusia 72 tahun, melecur tetapi berjaya dikeluarkan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kemaman ke Kuantan apabila sebuah kereta Toyota Vios dari arah bertentangan bertembung mengakibatkan kereta Proton Iswara itu terbakar.

Kereta Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki 22 tahun dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan lain, tetapi gagal. Pemandunya bagaimanapun hanya cedera ringan.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

LAGI KES ROGOL: PEMUDA 19 TAHUN DITAHAN LAKUKAN SEKS DENGAN PELAJAR 12 TAHUN

AMAT menakjubkan dan pelik, seorang gadis 12 tahun boleh mengikut teman lelakinya yang berusia 19 tahun ke rumah sewa teman lelakinya itu selama seminggu, di satu kawasan kediaman di Sibu, Sarawak.

Dalam tempoh itu, dia dan teman lelakinya berkali-kali melakukan hubungan seks. Apabila pulang semula ke rumah dia terpaksa menceritakan segala-galanya kepada keluarganya apabila didesak.

Akibatnya, keluarga gadis 12 tahun itu membuat laporan polis. Bertindak atas laporan itu, polis menahan seorang pemuda berusia 19 tahun di Jalan Lanang, Sabtu lalu.

Difahamkan, pelajar tahun enam itu telah berkenalan dan mesra dengan suspek sejak sebulan lalu.

TOYOL DIMASUKKAN KE DALAM BOTOL.

Lembaga putih dimasukkan ke dalam botol.
BEBERAPA kali Agus, 40, melihat lembaga kecil berwarna putih berkeliaran di sekitar rumahnya. Dan pada satu ketika seorang pemuda asyik mengeluh kerana lembaga putih itu asyik menindihnya ketika tidur.

Semalam, sepasukan paranormal berusaha menangani masalah yang berlaku di Situbondo, Jawa Timur itu. Akhirnya selepas beberapa jam mereka berjaya menangkap satu lembaga yang berkeliaran dan dimasukkan ke dalam botol.

Gambar lembaga di dalam botol itu dirakamkan banyak pihak dan ia tergantung di dalam botol berkenaan.

TUN DR MAHATHIR AKHIRNYA MENGAKU PEMBINAAN MENARA WARISAN TIDAK PATUT DILAKUKAN SEKARANG

SELEPAS pembentangan belanjawan yang lalu, Tun Mahathir dengan tegas dan jelas mengkritik bantahan pelbagai pihak tentang cadangan KWSP mahu membina menara 100 tingkat. Kata bekas perdana menteri itu ketika itu, pembinaan menara yang bakal menjadi bangunan tertinggi negara ini mesti dilakukan!

Malah beliau turut menyelitkan sedikit rasional tentang kesan baik sampingan di segi ekonomi jika bangunan tertinggi itu dibina, terutama katanya ia dibina bukan menggunakan wang kerajaan.

Namun hari ini selepas melihat keadaan ekonomi terutama  pasaran hartanah yang mulai sedikit celaru, Tun Mahathir akhirnya menarik semula kata-katanya.

Hari ini dengan penuh hemah beliau berkata: "I  must admit I am biased...and I would like to retain it (Petronas Twin Towers) as the tallest buidlding"

 Kemudian sambung Dr Mahathir: "We should build itu (menara 100 tingkat) a little bit later. Maybe, when I'm not around" katanya separuh jenaka.

Dr Mahathir mengakui beliau ada melihat di sana sini, pejabat dan ruang bangunan tergantung papan tanda tertulis "For sale" dan ini katanya jelas tidak menggambarkan satu suasana yang sihat bagi meneruskan projek pembinaan menara 100 tingkat itu.

PANAS! TOYOL BERJAYA DIRAKAM GAMBARNYA!!!


OPERASI menangkap toyol yang selama ini dianggap oleh segelintir pihak sebagai satu kerja sia-sia, kini berjaya dibuktikan.

Lembaga kecil tapi wajahnya menyeramkan itu berjaya ditangkap dan dirakam gambarnya. Bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu toyol itu kini dikurung dan dikuarantin. Wajah sebenar toyol itu hanya boleh dilihat oleh orang awam selepas 23 Disember depan.

Tiada sesiapa pun menjangka operasi itu yang dilakukan dalam diam sejak beberapa bulan lalu akan berjaya, tetapi berkat sabar sekumpulan mereka yang tekun menunggu hasilnya, kemunculan toyol itu kini berjaya dijadikan realiti.

Diketuai oleh Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Ahmad Puad Onah, filem berkisarkan cerita toyol dengan judul JANIN itu akan ditayangkan mulai 23 Disember depan.

Filem seram ini amat luar biasa ceritanya. Ia bakal menjadi sebuah filem yang akan menggoncang dunia! Watak utama dalam filem ini digalas oleh Siti Shahrizah atau Eja dan Hairie Othman. Ia mengisahkan sebuah kampung dilanda musibah akibat amukan toyol belaan bernama Esah yang sering mencuri duit serta barangan berharga penduduk.

Kelainan filem ini daripada cerita-cerita seram yang lain ialah ia lebih mengetengahkan tindak balas emosi antara penonton dengan suasana yang ditimbulkan dalam filem itu.

Menurut Ahmad Puad, penonton bukan sahaja rasa berdebar tatkala menyaksikan babak seram yang mengejutkan, tetapi juga akan diruntun perasaan tanpa disedari sehingga boleh menitiskan air mata.

Tunggu kedatangan JANIN di pawagam di seluruh negara pada 23 Disember depan. Ia satu filem yang sudah tentu mendapat memberi kepuasan. Percayalah!

GURU DIDAKWA KERANA BERSEDAP-SEDAPAN DENGAN PELAJAR 15 TAHUN

Walaupun anak muridnya rela ditiduri, tapi anak muridnya tak cukup umur...aduhh..ke mahkamah juga akhirnya.
LAGI kisah seorang guru. Kali ini seorang guru berusia 25 tahun dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dua tuduhan melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar berusia 15 tahun.

Namun kisah ini berlaku di Singapura. Nama guru itu dirahsiakan. Dia didakwa melakukan hubungan seks atas kerelaan pelajar itu pada 20 Mei dan Jun tahun ini di sebuah kediaman.

Kini guru berkenaan telah digantung tugas. Peguamnya Shashi Nathan, bagaimanapun memohon mahkamah menangguhkan kes itu bagi memudahkan beliau menerima arahan dari anak guam dan membuat permohonan ke pejabat Peguam Negara.

Berikutan itu, jaminan polis ke atas guru malang itu dilanjutkan dan kes itu pula telah ditetapkan untuk pendengaran awal pada 27 Disember depan.

QANTAS MALANG LAGI: KALI INI MESIN PENGANGKUT BAGASI TAK BERFUNGSI, 400 BEG PENUMPANG TERSADAI

Mesin pengangkut bagasi di atas pesawat syarikat penerbangan Qantas di Melbourne tidak berfungsi semalam. Qantas ditimpa malu lagi.

SYARIKAT penerbangan Qantas berdepan masalah lagi. Kalau dulu beberapa pesawatnya terpaksa tersadai untuk pembaikan enjin, kali ini satu masalah lain pula berlaku!

Kali ini mesin pengangkut bagasi pula tidak berfungsi, menyebabkan lebih 400 bagasi penumpang gagal diturunkan. Ini menyebabkan ada di antara penumpang terpaksa melakukan carian secara manual untuk mengambil bagasi masing-masing.

Pada masa yang sama pengurusan Qantas mengeluarkan arahan supaya semua penumpang mengambil bagasi mereka di akhir destinasi penerbangan bagi mengelakkan kecelaruan.

Masalah ini berlaku di Melbourne semalam dan sehingga kini mesin yang rosak itu masih belum dapat diperbaiki menyebabkan banyak penumpang merungut.

LT FRANK DREBIN DALAM FILEM THE NAKED GUN MENINGGAL

Leslie Nielsen memegang watak Lt Frank Drebin dalam filem komedi The Naked Gun.
WATAK Lt Frank Drebin dalam filem komedi The Naked Gun yang dibawanya terus diingati penggemar filem di seluruh dunia.

Semalam, pemegang watak itu, aktor Leslie Nielsen, disahkan meninggal dunia selepas terlantar di sebuah hospital di Florida akibat komplikasi pneumonia.

Nielsen menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 84 tahun, di sisi isteri dan beberapa kawan rapatnya selepas sekian lama mengidap jangkitan pada paru-parunya.

Aktor kelahiran Kanada itu mula datang ke Hollywood pertengahan 1950 dan memulakan watak pertamanya sebagai The King Of France dalam opera The Vagabond King.

DOKTOR VETERINAR DIDAKWA CABUL WANITA 21 TAHUN

SEORANG doktor veterinar yang bertugas di Singapore Zoological Garden, didakwa di mahkamah Singapura hari ini atas empat tuduhan mencabul seorang pekerjanya di antara Januari dan Mac tahun lalu.

Oh Soon Hock, 52, yang kini telah berhenti berkhidmat di zoo itu didakwa meramas buah dada dan mencium mangsa ketika bertugas di zoo berkenaan.

Soon Hock ketika itu adalah Ketua Jabatan Veterinar zoo berkenaan, mula bertugas pada tahun 1990 dan menamatkan perkhidmatannya pada tahun lalu.

Dia diwakili peguambelanya Sashi Nathan dan Tania Chin. ST

PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR DI SELANGOR: IKLAN HARIAN METRO 23 NOVEMBER 2010

Ini dia iklan dalam Harian Metro- 23 November 2010

TIPS ELAK MENGANDUNG UNTUK PELAJAR SEKOLAH

Jangan sampai kembung begini dik!
1.Jangan keluar ikut teman lelaki pada sebelah malam atau ke tempat sunyi berdua-duaan sahaja.
2.Elakkan daripada membuka suis nafsu seperti melihat gambar bogel atau melayari video hubungan seks
3.Berpakaian senonoh dan tidak menjolok mata sehingga merangsang nafsu lelaki
4.Kawal percakapan supaya tidak suka bercerita fasal seks tanpa sebab
5.Pastikan membawa telefon bimbit bagi memudahkan menghubungi keluarga jika berlaku sesuatu
6.Selepas SPM, jangan habiskan waktu untuk berhibur alasan alasan bosan sehingga keluar lewat malam
7.Jangan percaya kepada lelaki yang tak dikenali tapi menawarkan kebaikan dan wang
8.Elak daripada membonceng motosikal atau menumpang kereta mereka tidak dikenali
9.Berhati-hati pada makanan dan minuman yang diberikan oleh teman atau orang tidak dikenali
10.Jika telah berada dalam keadaan terpaksa, bertenang dan beri alasan untuk melepaskan diri seperti dalam keadaan bendera merah atau cari ruang untuk membersihkan diri, sebelum lari dan menjerit sekuat hati
11.Simpan wisel di dalam beg tangan atau saku seluar dipakai. Jangan panik dan tiup wisel sekuat hati jika keadaan membahayakan
12.Jika anda mempunyai lesen dan membawa kenderaan sendirian, pastikan pintu kereta dikunci sebaik sahaja memasuki kenderaan.
13.Gunakan senjata seperti gunting kecil atau sanggul atau pin tajam yang ada untuk mempertahankan diri.
14.Menangi keghairahan perogol dengan akal tenang dan hati lapang. Pujukan amat baik untuk meredakan nafsu mereka.
15.Jika bermalam di rumah kawan rapat, pastikan bilik berkunci. Begitu juga jika tinggakl di rumah dan hanya ada keluarga lelaki bersama.
16.Kepada gadis yang mempunyai nafsu yang kuat dan cepat terangsang, cepat-cepat basuh muka atau ambil wuduk
17.Berbohong ketika perlu ketika berbual dengan teman lelaki, konon katakan saudara mara terapat banyak bekerja sebagai polis atau badan beruniform lain.
18.Jangan sekali-kali memberi peluang kepada teman lelaki untuk memegang tangan atau membelai rambut.
19.Sentiasa ingat harga kehormatan yang mahal. Sekali tergadai ia tidak bermakna dan berharga lagi
20.Jangan layan sms atau mesej yang diterima menerusi telefon bimbit atau internet jika anda tidak mengenali penghantarnya.

BEKAS PENYANYI KUMPULAN ABBA SAMAN SAMI BUDDHA BERKAIT SOAL "MONEY,MONEY,MONEY"

Anni Frid Reuss saman sami Buddha yang juga bekas guru meditasinya kerana gagal kembalikan wang pinjaman RM25 juta

PEMINAT kumpulan Abba yang popular satu ketika dulu tentu masih ingat betapa segarnya lagu "Money,Money,Money" yang berputaran hampir setiap waktu di seluruh dunia. Namun itu hanya kenangan berpuluh tahun lalu.

Kini salah seorang penyanyi kumpulan itu, Anni Frid Reuss atau lebih dikenali Frida, 64, membuka babak baru yang ada kaitan dengan "Money,Money,Money" apabila kes samannya ke atas seorang sami Buddha yang juga guru meditasinya mendapat perhatian di Sweden.

Frida bersama teman lelakinya, Henry Simth, 54, menyaman sami Buddha, Marcus Bongart, kerana didakwa gagal memulangkan wang sebanyak RM25 juta yang dipinjamkan untuk membina sebuah resort meditasi di Malmo, Sweden.

Sebaliknya, pertikaian itu berpanjangan apabila mahkamah di Malmo menolak saman awal Frida dan Henry atas alasan tiada bukti bertulis tentang 3 bayaran yang dilakukan kepada kontraktor oleh Frida bagi menyiapkan resort itu.

Malah Marcus Bongart pula bertindak kurang jujur dengan mendakwa wang yang digunakan untuk membina resort itu diperolehi menerusi derma yang diberikan oleh orang ramai.

Frida bagaimanapun, berkata dia akan tetap berjuang untuk mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepada bekas guru meditasinya itu.

WARTAWAN HARIAN METRO TERIMA IJAZAH

SHAH ALAM: Seorang wartawan Harian Metro dan tiga wartawan sambilan Berita Harian Selangor, menerima ijazah dan diploma masing-masing pada istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke 73, di sini semalam.

Watawan berkenaan, Hamizah Badiran, 23, Nor Fariza Mohd Ramlan, 23, dan Muhammad Badrul Kamal Zakaria, 28, tamat pengajian dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, manakala Syalukha Sazili, 22, menerima Diploma Komunikasi dan Media.

Hamizah kini bertugas sebagai wartawan di Kuala Lumpur, manakala tiga lagi bekerja sebagai pemberita sambilan Berita Harian Selangor sejak lima bulan lalu.

Hamizah yang berasal dari Meru, berkata dia tidak menyangka diterima menjadi wartawan Harian Metro yang menjadi cita-citanya sejak belajar.

"Selepas menjalani latihan praktikal di Harian Metro selama 4 bulan, saya kemudian diambil sebagai wartawan sambilan Selangor sebelum diserapkan sebagai wartawan tetap.

"Mungkin rezeki saya lebih cepat berbanding graduan lain dan saya tidak akan mensia-siakan peluang ini," katanya yang meneriam ijazah kelas pertama.

Bagi Muhammad Badrul Kamal, dia tetap teruja menerima ijazah selepas tiga tahun bergelar mahasiswa UiTM.

(Untuk bacaan lelaki sahaja) ANGELINE JOLIE: KEPUASAN BERSAMA WANITA SEJENIS AMAT NIKMAT, TIADA PADA LELAKI

Angeline Jolie dan Britney Spears bersongsangan..

ANGELINE Jolie yang mengakui pernah berhubungan dengan beberapa wanita dan selebriti terkenal di ranjang, mendakwa hubungan dengan kaum sejenis amat nikmat dan tidak ada atau mampu diberikan lelaki.

Dia mendakwa seperti dapat menyelami jauh ke dalam dirinya sendiri apabila ada wanita lain memperlakukan sesuka hati pada tubuhnya.

Bagaimanapun, dia enggan mengakui menghidap penyakit seperti didakwa pakar psikologi berikutan kecenderungannya kepada kaum sejenis. Sebaliknya kata Jolie, hanya mereka yang tahu menghargai keindahan diri sahaja yang faham kenapa ada wanita sepertinya mahukan belaian daripada wanita lain.

"Tidak! Saya tidak sakit kerana saya merasai kenikmatan yang amat sangat dengan kaum sejenis," katanay kepada media di Brazil.

Sebelum ini dia pernah melakukan hubungan songsang itu dengan beberapa wanita, antaranya termasuklah Britney Spears.

Nampaknya dunia semakin celaru!

GADIS 16 TAHUN DIHERET KE STOR, SEBELUM DIROGOL MAT BANGLA

SEORANG gadis 16 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Hulu Selangor, menjadi mangsa kerakusan seks Mat Bangladesh celaka, dalam satu kejadian jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu.

Mangsa yang murung selepas kejadian dipercayai diperkosa di dalam sebuah bilik stor di dalam bangunan kilang di tempatnya bekerja. Menurut mangsa, sebelum itu dia sedang bekerja sebelum mendakwa dipaksa seorang rakan sekerjanya masuk ke dalam stor.

Difahamkan, mangsa yang mengenali suspek sebagai rakan sekerja kemudian mengheretnya masuk ke stor itu sebelum bertindak memperkosanya.

Mangsa kemudian ditinggalkan di stor itu sebelum lelaki Bangladesh berkenaan keluar untuk menyambung kerja seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Difahamkan, tiga hari selepas kejadian mangsa yang kelihatan muram dan tidak berdaya ditanya ahli keluarganya. Mangsa kemudian menceritakan tentang kejadian dia diperkosa Mat Bangla.

Susulan itu, keluarga mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat daerah Polis (IPD) Hulu Selangor. Anggota polis bertindak menahan Mat Bangla berkenaan untuk siasatan dan direman. Dia disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

BEBERAPA ANGGOTA POLIS TRAFIK KUALA LUMPUR DITUMBUK SEORANG PEMBULI JALAN

PEMBULI jalanan yang belum puas membuli seorang pemandu Perodua Kancil semalam, bertindak ganas dan menumbuk beberapa anggota trafik yang cuba menghalang perbuatannya.

Kejadian itu berlaku jam 3 pagi semalam apabila sepasukan polis trafik Jalan Bandar sedang melakukan operasi bagi membanteras kegiatan samseng jalanan didalangi kumpulan Mat Rempit di sekitar pusat ibu kota.

Ketika membuat rondaan, anggota trafik terlihat sebuah kereta mewah jenis Audi berwarna kelabu dipandu laju seolah-olah sedang mengejar sebuah kereta Perodua Kancil di hadapannya.

Pemandu kereta Audi itu beberapa kali menghimpit kereta Kancil menyebabkan ia terbabas dan berhenti di persimpangan lampu isyarat. Pemandunya kemudian keluar dan menghampiri kereta Kancil dan cuba membuka pintu kereta itu tetapi gagal.

Selepas diasak beberapa kali, pemandu kereta Kancil itu membuka pintu dan melarikan diri dalam keadaan ketakutan kerana bimbang dipukul samseng jalanan itu.

Berikutan itu beberapa aggota polis segera menghampiri lokasi dan memperkenalkan diri dan meminta penjelasan daripada pemandu Audi itu. Sebaliknya dia buat tidak peduli dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Seorang anggota trafik cuba mengalihkan kereta Kancil yang tersadai, tetapi dia ditarik oleh pemandu Audi itu dengan kasar. Polis terpaksa menunjukkan kad kuasanya sekali lagi, namun tidak diendahkan suspek sebaliknya menolak anggota polis itu hingga terjatuh.

Tindakan kasar itu menyebabkan polis tiada pilihan dan menahannya kerana cuba mengganggu tugas penjawat awam. Sebaliknya dia melawan dan menumbuk anggota polis menyebabkan polis terpaksa bergelut menahannya.

Dia yang masih meronta-ronta kemudian digari dan dibawa ke balai polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

PELAKON DRAMA TARI TIRANA, WAN SHARMILA TERBAYANG DIRINYA DIPERLAKUKAN SEPERTI DATUK SOOSILAWATI: PENGALAMAN NGERI DI KUALA SELANGOR

Wan Sharmila...masih trauma kes sebulan lalu


JANDA berhias yang juga pelakon Tari Tirana, Wan Sharmila Wan Mohmamed, 29,  baru mengerti payahnya hidup sendiri tanpa lelaki bergelar suami di sisi.

Satu kejadian jam 4 pagi di Kuala Selangor, sebulan lalu ketika dia memandu sendirian untuk ke lokasi penggambaran drama bersiri "Dendam Maya' kini masih menghantuinya dan menyebabkan dia paranoid, terutama apabila mengingatkan kes Datuk Soosilawati dibunuh dan mayatnya dibakar bersama tiga yang lain.

Ketika itu kata Wan, dia memandu melalui jalan sunyi apabila melihat seseorang dari lori memberi isyarat menggunakan lampu suluh. Dia yang tidak mengesyaki apa-apa terus sahaja memperlahankan keretanya apabila melihat isyarat itu.

Bagaimanapun, ketika keretanya hampir berhenti, sekumpulan lebih empat lelaki tidak dikenali terus menyerbu dan menghampiri keretanya.

"Saya lihat seorang daripada mereka membaling batu ke kereta saya. Segera itu saya teringatkan kes Datuk Soosilawati yang dibunuh sekumpulan lelaki sebelum mayatnya dibakar" katanya kepada Harian Metro.

Syukur, Wan tidak panik dan terus bertindak memecutkan keretanya kerana mengesyaki kumpulan lelaki itu berniat tidak baik terhadap dirinya.

Dalam keadaann menggigil dan menangis Wan terus memasuki kawasan masjid berhampiran untuk menenangkan dirinya. Walaupun kejadian itu telah sebulan berlalu, namun dia masih trauma terutama mengenangkan kejadian itu berlaku awal subuh dan di kawasan yang amat sunyi.

Terbayang-bayang dalam fikirannya kes pembunuhan Datuk Soosilawati. Dan sesekali Wan terasa bagaikan terlepas satu hukuman.

Wan yang masih belum bertemu pengganti selepas bercerai dengan suaminya, penerbit One Sdn Bhd, Fazli Baharom, 38, terbabit dalam banyak drama sebelum ini. Antara drama itu ialah Riang Tirana, Sindarela, Emil Emilda dan Bujang Antik.

Sunday, November 28, 2010

PELAKON DRAMA DITAHAN CABUL PELAJAR YANG JADI PEMINATNYA.

Robby (bertopi) ditahan di balai polis Batam, Ahad.
SEORANG pelakon drama meningkat naik di Indonesia, Robby Shine, 27, ditahan polis di Batam, hari ini (Ahad) kerana disyaki terbabit mencabul seorang pelajar sekolah yang juga peminatnya.

Robby yang lebih dikenali sebagai Bee, ditahan sejurus selepas satu laporan polis dibuat pelajar terbabit.  Dia kini ditahan di lokap polis Batam.

Pelakon miang itu pernah membintang beberapa filem dan drama Indonesia seperti drama Muslimah, Cinta Indah dan Cinta Indah 2. Sementara dalam filem pula, Robby pernah membintang filem Claudia Jasmine, Mencari Jati Diri dan Genderuwo.
 

PERMINTAAN BEKAS ISTERI PASHA: "JANGAN LUPA TIGA ANAK KITA SELEPAS DAPAT PENGGANTI AKU"

Okie pesan kepada Pasha, jangan lupa tiga anaknya selepas dapat pengganti baru.
BEKAS isteri Pasha, vokalis Ungu yang selamat bertunang dengan kekasihnya, Adel hari ini memberi peringatann ringkas kepada bekas suaminya itu.

Menurut Okie Agusta, dia tidak mahu Pasha melupakan tiga anak mereka, iaitu Keisha, Sakinah dan Nasha.

"Pesan aku jangan sampai lupa tiga anak kita kerana anak-anak kita masih perlukan ayahnya. Jangan lupakan mereka kerana mendapat pengganti aku" kata Okie ditemui media Indonesia malam ini.

Ditanya mengenai pertunangan Pasha yang berlangsung hari ini (Ahad), Okie ringkas memberi tahu dia juga telah maklum perkara itu.

"Cuma pesan aku, dia mesti ingat dia anak tiga anak yang tidak boleh dilupakan!"

BANJIR DI KELANTAN RAGUT KORBAN PERTAMA HARI INI

BANJIR yang melanda beberapa kawasan di Kelantan hari ini meragut korban pertamanya, apabila seorang tukang kayu lemas di sebatang tali air ketika cuba menyelamatkan haiwan ternakannya daripada dihanyutkan arus deras.

Abdullah Yaakob, 46, dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam tali air lalu dibawa arus deras ketika cuba menyelamatkan itik dan ayamnya daripada kematian. Kejadian  berlaku jam 4.30 petang di Kampung Padang Rokmo, Tumpat.

Ketua Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubur, Abdul Manaf Jaafar berkata, mayat Abdullah ditemui kira-kira 5 meter daripada tempat beliau terjatuh sejam selepas kejadian.

NAHAS MAUT: 4 TERBUNUH, 2 CEDERA PARAH DI YONG PENG, JOHOR

EMPAT terbunuh, dua yang lain cedera parah apabila sebuah kereta dinaiki enam penumpang melanggar belakang sebuah lori tunda, sebelum kereta itu drempuh pula oleh sebuah bas ekspress dan kereta lain di Kilometer 110, Jalan Pagoh-Yong Peng, Johor.

Empat mangsa tercampak keluar manakala dua yang lain tersepit dalam kereta Proton Iswara itu akibat impak kuat dalam kemalangan itu. Satu mayat hanya dijumpai petang ini, kira-kira jam 4.20 petang di sebatang sungai berdekatan.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai T Sajeevan, 22, A Manimaran, 17, Shanmugam, 17, dan P Sathiya, 17, manakala dua yang cedera belum dikenali.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, mayat P Sathiya hanya dijumpai jam 4.20 petang tadi di dalam sungai berdekatan.

GAMBAR TERBARU BANJIR DI KELANTAN HARI INI


BEBERAPA kawasan di Kelantan mulai dinaiki air tengah hari tadi. Antara kawasan yang terlibat ialah di Jalan Hulu Stesyen, Wakaf Baru. Ibu bapa mesti menasihatkan anak-anak agar tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. -Zaman Huri Isa/nst

LELAKI AUSTRALIA MATI DI DALAM BILIK HOTEL 4 BINTANG

SEORANG lelaki warga Australia ditemui mati dalam sebuah bilik di sebuah hotel empat bintang, di Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, berkata lelaki tiu ditemui mati oleh seorang kakitangan hotel berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

"Sepatutnya lelaki itu telah keluar dari biliknya. Selepas gagal menghubunginya, seorang kakitangan hotel telah membuat pemeriksaan. Dia ditemui tertiarap di atas katilnya" katanya.

Menurut Arjunaidi, siasatan awal mendapati tiada kecederaan pada tubuh lelaki itu dan dia dipercayai telah mati lebih 24 jam yang lalu.

Siasatan awal juga katanya, mendapati tiada kesan pecah masuk ke bilik lelaki itu tetapi polis masih menjalankan siasatan termasuk mengesan dan mengenalpasti jika dia ada kehilangan barangan.

Mayat warga asing itu dihantar bilik mayat ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPM) untuk proses bedah siasat dan polis mengklasifikasi kematiannya sebagai mati mengejut.

SELAMAT BERTUNANG: PASHA UNGU SELAMAT BERTUNANG DENGAN DELLIA HARI INI.

Terjelir lidah Pasha tak sabar menunggu hari bernikah!!!
SELAMAT bertunang buat duda beranak tiga, Sigit Purnomo @ Pasha, vokalis kumpulan Ungu. Dia selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Dellia Wihelmina atau lebih senang dipanggil Adel hari ini.

Pertunangan berlangsung di kediaman Adel, 21 tahun, di Jalan Margacinta, Bandung, dihadiri rakan-rakan dan saudara mara terdekat.

Menurut Pasha, selepas bercinta selama 6 bulan dengan Adel, dia nekad membuat keputusan untuk melamar gadis itu kerana berasa telah tiba saatnya menghabiskan zaman dudanya.

Jika tidak dibelenggu oleh jadual persembahan yang begitu ketat, Pasha memberitahu bercadang menikah bulan depan kerana berasa terlalu tidak sabar.

Bagaimanapun, katanya tarikh pernikahan itu belum boleh ditetapkan kerana mahu menyesuaikan dengan jadual persembahan yang begitu ketat sejak akhir-akhir ini.

Ditanya tentang Adel, Pasha berkata; "Dia sederhana. Caranya berpakaian juga sederhana dan kesederhanaan itu bagi saya yang paling mahal"

Ditanya tentang Pasha pula, Adel berkata: "Saya fikir inilah pilihan saya yang terbaik"

Selamat bertunang dan jagalah anak dara orang. Jangan asyik kahwin cerai...kahwin cerai!

AMARAN TERBARU JABATAN METEROLOGI: HUJAN BERTERUSAN TIGA HARI DI KELANTAN BERMULA MALAM INI

SAUDARA-saudara kita di Kelantan dinasihatkan berjaga-jaga, ekoran Jabatan Meterologi meramalkan hujan lebat berterusan dijangka turun bermula malam ini selama tiga hari di seluruh negeri Kelantan.

Kemungkian banjir tidak dapat dinafikan. Sehubungan itu, mereka terutama yang tinggal di kawasan rendah dan tebing Sungai Golok diminta segera berpindah jika air mulai naik.

TUKANG MASAK ROGOL GADIS BAWAH UMUR DITAHAN

SEORANG pemuda 21 tahun ditahan polis, selepas dia disyaki terbabit merogol seorang remaja bawah umur berusia 14 tahun di Sibu pada jam 8 malam kelmarin.

Pemuda yang bekerja sebagai tukang masak di Kampung Hilir itu, dikatakan mula berkenalan dengan mangsa dua hari sebelum kejadian.

Bagaimanapun, pada Khamis lalu dia mempelawa remaja berkenaan membonceng motosikalnya dan bersiar-siar di bandar Sibu.

Selepas bersiar-siar dan makan, dia kemudian mengajak remaja terbabit ke rumah sewanya di Jalan Apollo dan kemudian bertindak mengajak remaja itu melakukan hubungan seks.

Keesokannya, remaja terbabit memaklumkan kejadian berkenaan kepada ibunya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

GAMBAR MUHYIDDIN TERKEJUT MELIHAT BETAPA BESAR DAN PANJANGNYA.

Mak ai...besar dan panjang buah-buahan kat sini. pix-Ahmad Irham Mohd Noor/nst
TIMBALAN PERDANA MENTERI, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kagum dan terkejut melihat sejenis labu air yang panjang dan besar dipamerkan pada pameran MAHA di Serdang hari ini.

PENSYARAH WANITA KOLEJ SWASTA DITAHAN BAWA KANABIS SEBERAT 12.5 KG

SEORANG pensyarah wanita yang mengajar di sebuah kolej swasta di Cheras, Kuala Lumpur ditahan sepasukan polis berdekatan Plaza Tol Seremban, kerana didapati membawa kanabis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KSSJ) Negeri Sembilan, DSP Yahaya Othman berkata, wanita berusia 51 tahun itu ditahan ketika berada di dalam sebuah bas ekspress yang dalam perjalanan menuju ke arah selatan.

Menurutnya, sepasukan polis yang menerima maklumat terpaksa memintas bas berkenaan dan selepas membuat pemeriksaan polis mendapati pensyarah wanita terbabit membawa kanabis seberat 12.5 kg yang dianggarkan harga pasarannya sekitar RM50,000.

Difahamkan, pensyarah berkenaan mengajar di dalam bidang teknik animasi di kolej terbabit selepas tiba ke negara ini pada 10 Oktober lalu.

PENYANYI POP MAUT KETIKA JALANI PEMBEDAHAN PLASTIK

Wang Bei maut ketika menjalani pembedahan plastik

SEORANG penyanyi pop yang sedang meningkat naik namanya di China, maut ketika sedang menjalani pembedahan plastik di bahagian rahang mukanya, di sebuah hospital terkemuka di  negara itu.

Wang Bei, 24, salah seorang peserta popular dalam program televisyen Super Girl, mirip program American Idol maut 15 November lalu di sebuah hospital di Wuhan, di wilayah Hubei.

Wang dikatakann menjalani pembedahan itu untuk kelihatan lebih cantik walaupun hakikatnya dia seorang yang cantik sehingga popular dalam rancangan Super Girl yang pernah disertainya.

Kematiannya mengejutkan pebagai pihak di China terutama apabila banyak pihak mula menyedari pembedahan plastik sebenarnya amat berbahaya, apatah lagi ia kini dikatakan mendapat sambutan ramai penduduk China, sejak kebelakangan ini.

Rahang Wang dikatakan berdarah tidak berhenti-henti menyebabkan pegawai yang melakukan pembedahan panik sebelum dia tidak bernafas. Ketika itu ibu Wang juga dikatakan sedang menjalani pembedahan serupa di hospital yang sama.

MEKANIK BERSEDAP-SEDAPAN SUMBANG MAHRAM DIPENJARA 18 TAHUN DAN ENAM SEBATAN

SEORANG mekanik berusia 27 tahun dihukum penjara 18 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar kerana sabit kesalahan merogol anak tirinya tiga tahun lalu.

Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Tertuduh dari Langkawi disabitkan kesalahan melakukan sumbang mahram dengan merogol anak tirinya berusia 17 tahun ketika kejadian, di sebuah rumah di Kampung Huma Mukim Ayer Langat, Langkawi pada 20 November 2007 kira-kira jam 6 petang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376B mengikut akta yang sama.

RONNIE LIU TUMBANG DALAM PEMILIHAN DAP

PEMILIHAN DAP yang berlangung di Sunway Piramid hari ini menyaksikan Ronnie Liu terkeluar daripada senarai apabila tidak terpilih.

Mendahului senarai ialah Adun Teratai, Jenice Lee mendapat 703 undi, Adun Subang Jaya, Hannah Teoh (644), Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (596) dan speaker DUN, Teng Chang Kim (504).

Sementara itu exco kanan negeri, Teresa Kok menduduki tangga ke 11 dengan mendapat undi hanya sebanyak 437.

PERANG BAKAL TERCETUS: KOREA SELATAN KELUARKAN ARAHAN MINTA WARTAWAN PERANG TINGGALKAN PULAU YEONPHEONG

KETIKA perang di antara Korea Utara dan Korea Selatan semakin makin, kementerian pertahanan Korea Selatan mengeluarkan arahan kepada semua wartawan perang yang mash berada di pulau Yeonpheong supaya meninggalkan pulau berkenaan seleewat-lewatnya hari ini.

Dalam satu kenyataannya, kementerian pertahanan Korea Selatan memaklumkan, keadaan sekarang tidak boleh dijangka.

"Pada peringkat ini provokasi Korea Utara yang menjadikan latihan bersama Korea Selatan dan Amerika Syarikat sebagai alasan, tidak boleh dijangka.

"Sehubungan itu semua wartawan di pulau Yeonpheong adalah dinasihatkan meninggalkan pulau itu dengan segera, selewat-lewatnya hari ini. Kami tidak lagi  boleh menjamin keselamatan mereka," tambah keyataan itu.

PUTERA JEFRI BOLKIAH ADA ANAK LUAR NIKAH DENGAN MICHA RAINES, BEKAS PEMBANTU PERIBADINYA

Putera Jefri Bolkiah digelar playboy
Raines dedahkan dia ada anak dengan Putera Jefri Bolkiah hasil hubungan luar nikah

SEORANG wanita berusia 41 tahun, Micha Rainey yang pernah menjadi pembantu peribadi Putera Jefri Bolkiah, mendedahkan di Mahkamah Manhattan, bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun hasil hubungan seksnya dengan kerabat Diraja Brunei itu.

Rainey menyatakan demikian ketika memberi keterangan di dalam mahkamah berhubung kes saman Jefri ke atas dua bekas peguamnya yang dituduh menyeleweng wang dan hartanya selama diberi tugas menjaga kepentingan hartanahnya di beberapa negara.

Menurut Raines, Jefri memang seorang playboy dan dia pernah menjadi tunangan Jefri tetapi sehingga kini status itu telah tiada.

Berasal dari Las Vegas, Raines kini tinggal di sebuah kediaman berharga RM30 juta yang dibelikan oleh Jefri dan menerima pemberian wang lebih setengah juta dolar Amerika Syarikat setahun dari bekas tunangnya itu.

Mahkamah juga dimaklumkan oleh Raines yang dia dibayar RM165,000 sebulan ketika bekerja sebagai pembantu peribadi Jefri.

AUSTRALIA DILANDA BANJIR

Kereta ditenggelami air di Victoria
SEBAHAGIAN besar bahagian tengah Victoria di Australia dilanda banjir sejak semalam ekoran hujan lebat. Air dikatakan naik sehingga melimpahi jalan terutama membabitkan kawasan Eppalock dam Castlemine. Perkhidmatan Kecemasan Negeri merekodkan 900 panggilan orang ramai meminta bantuan ekoran terperangkap dalam banjir.

MERAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO: KEKALKAN KECEMERLANGAN

Rasid Rahman (kini pengarang berita Berita Harian) dan Singalautmetro
Singalautmetro dan Rasid Rahaman selepas dijemput memberi ceramah mengenai isu BOHSIA di dewan kuliah, UKM. Menerima cenderamata daripada Timbalan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh - 1994

MERAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO: JADUAL KERJA HARIAN METRO 1991

INILAH contoh Jadual Kerja Harian Metro peringkat awal penubuhannya dulu, 1991.

NOSTALGIA 20 TAHUN HARIAN METRO: SOFIA JANE KAHWIN PUN ADA. MACAM-MACAM ADA.

Antara tajuk muka depan Metro Ahad
Inilah Erra fazira dulu
Ning Baizura dolu-dolu
Erma Fatima dan Bada
Nak jadi wartawan mesti sanggup kena jemur!...ohh bukan. Ini yang kena jemur ialah Brige Jen (B) Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin

SELANGOR BAKAL MILIK UMNO/BARISAN NASIONAL? JAWAPNYA: YA.

KADANG-kala berteus terang itu walaupun pahit tapi ada baiknya. Tanpa mahu menyembunyikan beberapa keadaan yang boleh menjadi faktor kepada kekalahan Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang, eloklah sebarang kelemahan yang dikenalpasti ditimbang halus-halus untuk difikirkan secara masak-masak.

Bertanya ke dalam diri adalah sebaik-baik formula untuk menyelesaikan masalah:

Saya bentangkan sedikit sahaja contoh daripada sekian banyak contoh yang ada untuk direnungkan dengan penuh jujur.

Apakah masalah rakyat ditangani sepenuh hati dan rasa prihatin. Apakah sepucuk surat memohon bantuan misalnya boleh beredar di dalam pasaran pentadbiran sama seperti surat berantai, memakan masa berbulan-bulan tapi akhirnya tiada penyelesaian. Begitu juga semakin rendahnya kedatangan/kehadiran wakil rakyat bertemu rakyat di beberapa kawasan sejak kebelakangan ini. Pun sama halnya dengan corak tadir urus terutama melibatkan hal berkaitan media dan krisis.

Segera pulih, nanti mata putih!

ISTANA GEBANG, KEDIAMAN PRESIDEN SOEKARNO DIJUAL 35 JUTA RUPIAH

DULU DAN SEKARANG (KIRI DAN KANAN)..Istana Gebang kediaman Soekarno dijual 35 juta rupiah
ISTANA GEBANG, kediaman bekas presiden Indonesia, Soekarno akhirnya terjual selepas beberapa kali tertunda akibat tawar menawar harga di antara kerajaan dan waris presiden itu.

Kediaman itu dijual dengan harga 35 juta rupiah oleh waris Soerkarno, Ny Soekarmini Wardojo, iaitu kakak kandung Soeharto kepada pemerintah Kota Blitar dan Jawa Timur.

Sebelum ini Soekarmini meminta 50 juta rupiah bagi urusan jual beli itu tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan. Namun selepas tawar menawar, mereka mencapai kata sepakat sebanyak 35 juta rupiah.

Rumah penuh nostalgia Soekarno sejak kecil itu terletak di Jalan Sultan Agung dan bakal dijadikan Muzium Sokearno oleh pemerintah.

GAMBAR-GAMBAR DI AMBANG PERANG!!!!!

Tentera Korea Selatan bersiap sedia.
Kapal Perang Korea Selatan (kiri) menghampiri pangkalan lautnya subuh tadi

STRONGMAN KEVIN FAST BERJAYA TARIK DUA TRELER SEBERAT 50 TAN

Kevin Fast menari dua treler dan 10 kereta di atasnya seberat 50 tan....senang saja!
SELEPAS HANYA berlatih dua jam dan meminum secawan kopi, Kevin Fast pun memulakan tugasnya di The Float@Marina Bay Singapura - menarik dua treler yang diletakkan 10 kereta, kesemuanya seberat 50 tan dalam satu pertunjukan khas semalam.

Hasilnya menakjubkan dan Kevin Fast, warganegara Kanada itu telah berjaya!

TERKINI LUAR NEGARA: KOREA UTARA HALAKAN MISIL UDARA KE UDARA KE ARAH KOREA SELATAN. RAKYAT KOREA SELATAN DIARAHKAN MENYEMBUNYIKAN DIRI DI KUBU

PERANG semakin hampir! Korea Utara mula mengalihkan misil udara ke udaranya ke arah wilayah Korea Selatan, sebaik sahaja mendapati latihan tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan bermula hari ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pemerintah Korea Selatan mengarahkan penduduk terutama di kepulauan Yeonyeong yang dibedil Korea Utara, Selasa lalu memasuki kubu bawah tanah. Kerajaan Korea Selatan menyifatkan keadaan hari ini sebagai cemas.
Scud Korea Utara mula dihalakan ke arah Korea Selatan hari ini apabila Amerika Syarikat memulakan latihan bersama tentera Korea Selatan

KES HARLIZAN IBRAHIM: TERPEDAYA JANJI LOMBOK, AKHIRNYA TERLANTAR DI HOSPITAL SAKIT JIWA

JANJI pemuda Lombok hanyalah bak air liur yang bila basi tidak akan berguna lagi. Namun begitu masih ramai gadis negara kita terpedaya dengan janji-janji itu tanpa berpegang kepada realiti dan kisah kesengsaaran sedemikian ramai wanita yang terpedaya di kepulauan itu.

Terbaru, Harlizan Ibrahim, 35, wanita dari Terengganu menjadi mangsa penipuan pemuda Lombok. Entah apa yang mempengaruhi akal dan fikiran Harlizan kita tidak pasti. Namun apa yang berlaku dan menimpanya kini, menimbulkan belas pula.

Harlizan mengikut teman lelakinya, bernama Asitah ke sebuah kepulauan di Lombok Barat. Mereka menetap di sana setahun dan mendapat seorang anak.

Namun selepas setahun, Harlizan mula mengetahui syurga yang dijanjikan pemuda Lombok itu sebelum ini hanyalah neraka!

Dia berdepan kesulitan hidup yang tak pernah dijangkanya. Harlizan terpaksa memasak makanan menggunakan kayu api, sesuatu yang tiak pernah dilakukannya sejak kecil ketika bersama keluarganya. Namun kesempitan memaksa dia melakukannya.

Habis kesemua barangan kemasnya dijual untuk menampung kehidupan seharian dan keperluan anak lelakinya. Asitah yang selama ini sering berjanjikan bulan bintang menghilangkan diri, dipercayai bekerja semula di Malaysia dan meninggalkan Harlizan tanpa peduli.

Kemuncak penderitaan dan tekanan hidup yang dihadapinya Harlizan mula mengalami sakit jiwa dan terpaksa dirawat kerana kemurungan di Hospital Mataram.

Demikianlah kisah hidup Harlizan gara-gara terpedaya janji teman lelaki untuk sehidup semati. Pada realitinya apalah yang mampu diberikan oleh pemuda Lombok, sedangkan mereka sendiri berjuang untuk hidup dengan datang ke negara ini mencari sesuap nasi.

Kisah tragis Harlizan ini adalah di antara 22 kes wanita Malaysia yang terpedaya pada janji  air liur pemuda Lombok.. Namun dipercayai masih banyak kes serupa tidak dapat dikesan kerana mangsa tidak membuat laporan mengenainya kepada Kedutaan negara di sana.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10