INI cerita fasal lelaki lagi. Fasal lelaki yang semakin ramai bertukar jiwanya menjadi binatang!
Buktinya ada pada Jaime Pires, 68, penduduk Portugal yang tinggal di bandar Proenca a-Velha yang suka sangat menyetubuhi haiwan ternakan seperti bebiri, keldai dan kuda.
Pantang dilihatnya bebiri atau keldai atau kuda melintas di depannya, nafsu seksnya menggelegak tidak mampu dibendung-bendung. Sehinggakan jiran-jiran terdekatnya yang jijik dan marah dengan perangai songsangnya itu menggelarkannya "Pires Bebiri"
Tidak lama dulu dia telah keluar daripada tempat kelahirannya itu selepas diugut dan dimarahi penduduk kerana amat geram dengan perangainya yang suka membidik haiwan ternakan. Telah banyak haiwan ternakan jiran-jiran menjadi mangsa. Bimbang jiran-jirannya bertindak keras, dia membawa diri ke tempat lain.
Bagaimanapun, Pires dikatakan kembali semula ke bandar asalnya tidak lama dulu. Entah macam mana, dugaan dan godaan datang lagi. Seekor keldai betina dipanggil Russo, milik seorang penternak, Jose Gomes Pinto, 55, tiba-tiba sahaja melintas di depannya.
Apa lagi! Nafsu Pires terangsang lalu ditariknya keldai itu ke kandang dan di situ dia terus membidik haiwan berkenaan. Bagaimanapun, Russo terserempak perbuatan Pires ke atas keldainya itu dan terus bertindak ganas membunuh lelaki tua, bernafsu kuda itu!
Baru-baru ini, Pinto dihadapkan ke mahkamah kerana membunuh Pires si gembala nafsu itu. Di mahkamah, ramai penduduk bandar berkenaan datang membuat pengakuan bahawa mereka setuju dengan tindakan Pinto membunuh Pires kerana tingkah laku lelaki tua itu telah keterlaluan.
Bagaimanapun, Datuk Bandar Proenca a-Velha berkata dia sedih dengan pembunuhan yang berlaku, tetapi bila mengenang sikap Pires yang suka menyetubuhi haiwan betina, dia jadi pening! (The Sun 29 Okt)