Kakak bagi pengajaran...tujuh das tamparan ke muka adik |
Kakak berusia 20 tahun itu menampar adiknya di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Pulau Pinang sebanyak tujuh kali sambil diperhatikan ibunya. Mereka datang ke IPK selepas mengetahui remaja bawah umur itu ditahan kerana terbabit dalam samseng jalanan.
Difahamkan, remaja terbabit sering ponteng sekolah dan selalu pula terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Semalam dia ditahan dalam operasi di Jalan Bukit Gambir.
Seramai 122 samseng jalanan termasuk enam di bawah umur ditahan. Mereka diarah menyorong motosikal sejauh 15 kilometer ke IPK.