Muhamad Al Hakim (kanan) menunjukkan kesan lekap seterika panas di lengan adiknya Muhamad Fairuz, serta laporan polis dibuat. Bertuah punnya warden...cuba anak kau sendiri dicopmohorkan dengan seterika tu....(Pix:Harian Metro) |
Mereka juga tidak menyangka warden berkenaan sanggup bertindak membelakangkan akal dan kemanusiaan sehingga menggunakan seterika sebagai alat bahan bantu untuk mendidik mereka. Kedua-duanya adalah pelajar sebuah sekolah agama di Pasir Mas, Kelantan.
Ibu mereka, Siti Fatimah Mat Yusof, 52, berkata beliau mengetahui kejadian itu apabila rakan anaknya menghantar Muhamad Fairuz, 14, pulang ke rumah.