nuffnang ads

Friday, October 29, 2010

APA CERITA SITI SAKINAH?

Siti Sakinah masih hilang.

Kehilangan Siti Sakinah Ismail, 25, ketika dia pergi ke pejabatnya di sebuah syarikat kuari tiga minggu lalu, hampir senyap. Laporan media sebelum ini banyak tertumpu ke arah cerita tentang kehilangan Rozaliya Mat Lazim yang didakwa diculik, tapi ternyata palsu apabila punca kehilangannya sebenarnya adalah kerana dia enggan berkahwin dengan tunangnya.

Kisah Rozaliya telah ditutup bukunya apabila tunangnya memenuhi kehendak gadis itu. Pertunangan mereka pun diputusakan. Begitu akhir jalan cerita Rozaliya.

Kemudian kisah tentang Siti Balqis yang mendakwa sering sangat kena ganggu dengan jin. Sering sangat ghaib konon disorok jin. Dan kali terakhir hilang dia menghantar SMS kepada ibunya (jin tak marah ke dia hantar sms?) mendakwa dilarikan jin berbulu lebat macam kingkong, mawas atau chimpanzee ke Gunung Jerai di Kedah.

Tapi semalam semuanya terungkai. Siti Balqis dibawa jin naik bas dari Jerteh ke seksyen 24 Shah Alam, kemudian naik bas ke Seremban dan kemudian naik teksi ke Jelebu. Dia pergi ke rumah kenalan penanya dan di sana dia mendakwa ibunya telah meninggal dunia dan dia tinggal dengan ibu saudaranya di rumah amat besar siap dengan kolam renang!

Ternyata Siti Balqis sakit. Dia berbohong dan kita maafkan dia sebab dia sakit dan perlu dihantar rawatan psikiatri.

Cuma kini kita jangan lupakan kisah bakal pengantin Siti Sakinah Ismail yang masih hilang. Dia menaiki sebuah kereta dan sehingga kini kehilangannya masih dinanti oleh tunangnya. Kita lupakan cerita Rozaliya dan Siti Balqis yang telah memperdayakan banyak orang. Kita cuba perhatikan kalau-kalau ternampak kelibat Siti Sakinah.

Kehilangannya kita anggaplah genuine atau tulen. Marilah kita prihatin.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10