PENGALAMAN tsunami 2004 yang mengorbankan ratusan ribu jiwa di Indonesia, India, Malaysia, Sri Lanka, Thailand dan beberapa negara berdekatan memaksa kita memasang beberapa boya dan alat pengesan tsunami dikenali sebagai Tsunameter.
Dengan pemasangan alat itu, semua pihak yakin terutama penduduk di pantai Malaysia mempunyai masa satu jam untuk menyelamatkan diri sebelum tsunami berlaku.
Namun manusia hanya merancang. Alat Tsunameter yang dipasang di Pulau Rondo, Lautan Hindi yang hanya 60 kilometer dari Banda Acheh, gagal memberi maklumat tepat tentang tsunami setinggi tiga meter yang menimpa kepulauan Mentawai, sehingga menyaksikan lebih 400 terkorban sehingga kini.
Renung-renungkan. Kalau tsunami berlaku lagi, kita tidak boleh mempercayai alat pengesan itu berdasarkan apa yang menimpa penduduk di kepulauan Mentawai! Kerajaan harus peka melihat apa yang berlaku ini sebagai pengajaran.