JAUH perjalanan dia membawa nyawa 44 orang menggunakan sebuah bas. Namun tiada seorang pun tahu, rupannya pemandu bas yang terbabit nahas mengakibatkan tujuh terbunuh di Genting Sempah, semalam tidak memiliki lesen memandu!
Sudahlah tidak memiliki lesen memandu, dia juga dikatakan membawa laju bas berkenaan sehingga gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, mengesahkan pemandu yang kini patah kaki dan masih dirawat itu, tidak memiliki lesen.
Katanya, ketika ditanya polis sejurus selepas kemalangan, pemandu itu memberitahu dia mempunyai lesen. Bagaimanapun, selepas polis membuat semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), terbukti dia tidak mempunyai lesen!
Begitu jauh perjalanannya dari Kedah ke Genting Highland, membawa 44 penumpang tanpa lesen! Cisss.
Menurut Che Hussin pemandu terbabit ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mengikut Seksyen 41 (1) akta berkenaan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Tapi nasi dah jadi bubur. Orang tak ada lesen boleh dibenarkan membawa bas. Bapak siapalah yang punya bas tu?