nuffnang ads

Friday, October 29, 2010

CERITA DULU-DULU: ABANG NGAKU AJE BAPA SAUDARA SAYA, NANTI APA ABANG NAK SAYA BAGI

KISAH benar ini berlaku belasan tahun lalu. Cerita seorang remaja perempuan 15 tahun lari rumah. Bapanya bilal surau dan dia telah melarikan diri dari rumah untuk hidup bebas bersama kawan-kawan sebaya dengan menyewa di bilik hotel di Jalan Chow Kit. Satu bilik sewa RM40 sehari, duduk ramai-ramai sampai 16 orang, bercampur lelaki perempuan!

Satu hari serbuan dilakukan jabatan agama ke bilik berkenaan. Antara yang ditahan ialah remaja itu (ditahan kali ketiga di tempat lain-lain di Kuala Lumpur).

Dia dibawa balik ke pejabat penguatkuasa dan keterangan diambil. Rekod sah menunjukkan dia telah dua kali sebelum itu ditahan dan dibebaskan. Tapi untuk kali ketiga itu, penguatkuasa bercadang menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana terbukti dia memang suka hidup liar di luar. Dia boleh dibebaskan kalau ada ahli keluarganya yang boleh memberi jaminan mengawal tingkah lakunya selepas dibebaskan.

Puas dia merayu minta dilepaskan. Pegawai penguatkuasa minta dia menghubungi keluarganya. Dalam dua kes sebelum ini  abangnya menjamin dia untuk dibebaskan sebab ibu dan bapanya tidak mahu pedulikannya lagi kerana menganggap dia terlalu liar dan degil.

Bagaimanapun, untuk kali ketiga remaja itu mulai pening kepala. Dia pun bertanya, sama ada bapa saudaranya boleh menjamin dia keluar. Penguatkuasa kata boleh. Dengan selamba dia minta izin ke  tandas dan ketika berjalan lalu itu, dia terus menarik tangan saya.

"Tolong saya abang. Abang ngaku aje jadi bapa saudara saya, lepas tu apa abang nak saya bagi...apa abang nak saya bagi!" ditariknya saya ke satu sudut supaya tidak dilihat orang.

"Ehhh..kau gila apa?" saya memang terkejut dan terfikir kalau mahu mengaku sebagai bapa saudara pun, semua penguatkuasa kenal saya. "Tak boleh...cari saudara mara" saya jawap cara berhemah.

Terus dia ke tandas dan ketika saya berada di ruang tamu, saya terlihat dia memegang tangan seorang lelaki 30-an. Beberapa kali saya mengecam lelaki itu kerana saya pasti, dia antara ahli keluarga remaja lain yang datang menjamin sebelum itu.

"Dah jumpa dah. Ini pak cik saya! tanpa berselindung dia menyindir saya ketika dia bersama lelaki itu melintas di depan saya untuk masuk ke pejabat penguatkuasa.

Dalam hati saya, habislah engkau. Kawa-kaw lelaki itu minta balasannya apatah lagi gadis sunti itu sememangnya kaw-kawa dan cun.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10