nuffnang ads

Sunday, October 31, 2010

APA BAGUS SANGATKAH NAJWA MAHIADDIN (MUHYIDDIN)?

JANGAN marah peminat Najwa. Bagi yang tak minat atau belum kenal, artis baru yang gebu itu adalah anak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selepas Najwa ditemuramah oleh radio Hot FM, tiga empat hari lalu banyak orang masih keliru. Ada yang masih mempertikaikan kekeliruan dan kecelaruan nama ayah Najwa. Sebenarnya, nama TPM Malaysia sekarang dalam kad pengenalannya dulu memang Mahiaddin. Itu fasal nama Najwa anaknya itu kekal namanya berejaan Mahiaddin.

Banyak orang banyak pandang. Ada yang kata Najwa belum cukup bagus untuk jadi penyanyi. Ada yang lain membantah kerana Najwa kata mereka hebat.

Apa bagus sangatkah Najwa itu? Kalau bagus di mana bagusnya? Ada orang kata Najwa tidak bagus. Orang itu melihat ketidakbagusan bukan Najwa sebagai penyanyi semata-mata, tetapi dinilainya Najwa sebagai penyanyi, merangkap anak pemimpin negara.

Ada orang suka tengok cara Najwa berpakaian. Ada orang meluat. Yang meluat itu kata, kalau jadi anak TPM atau pemimpin negara, dia kenalah serba sedikit jaga imej bapanya sebagai pemimpin. Ibunya bertudung, ayahnya sering sahaja bercerita soal kebaikan dalam ceramah dan nasihatnya kepada rakyat. Jadi, Najwa kenalah fikir-fikirkan hal itu.

Kata orang Najwa dan Yuna lambang atau ikon generasi artis baru dalam dunia nyanyian. Ada orang angguk kenyataan ini. Ada orang pula geleng kepala. Mereka kata, Yuna dan Najwa masih berjarak kedudukan mereka. Yuna di atas sedikit. Dan ada lagi pendapat kata, kalau anak pemimpin negara jadi artis, mereka suka melihat dia berpesonaliti macam Yuna. Entahlah. Mungkin orang mahu menganggap anak pemimpin negara yang jadi penyanyi itu adalah Yuna??

Peminat Najwa jangan marah. Hakikatnya Najwa ada potensi jadi artis dan ada peluang untuk lebih berjaya. Cuma tidak seperti Yuna, Najwa kena pikul beban lebih berat di bahunya. Iaitu kena menjaga agar susila dan imej pemimpin yang dibawa ayahnya tidak calar dan kena cakar!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10