nuffnang ads

Tuesday, November 30, 2010

BAPA HARUAN DIJEL 25 TAHUN

MUAR: Seorang lelaki berusia 48 tahun dihukum penjara 25 tahun dan 30 sebatan selepas didapati bersalah merogol anaknya sendiri dalam tiga kejadian berasingan di dua rumah berasingan di Pagoh dan Lenga.

Hakim Mahkamah Sesyen, Kamarudin Kamsun, memerintahkan hukuman dijalankan serentak bermula dari tarikh dia ditahan pada 21 Januari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didapati bersalah merogol mangsa yang berusia 17 tahun ketika kejadian, di sebuah rumah kampung berhampiran Lenga, kira--kira jam 8 pagi pada pertangah 2007.

Untuk pertuduhan kedua, lelaki terbabit didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah rumah di Pagoh, kira-kira jam 8 pagi pada Ogos 2009.

Pertuduhan ketiga membabitkan kesalahan itu berlaku di rumah sama di Pagoh, kira-kira jam 2 pagi, Oktober 2009.

Ketiga-tiga pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 10 sebatan.

Kamarudin ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, selepas mendengar keterangan saksi dan bukti, mahkamah mendapati pendakwaan berjaya mengemukakan prima facie terhadap tertuduh dan dia didapati bersalah kerana merogol anak kandungnya sendiri.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Zairani Tugiran, manakala tertuduh diwakili Salmi Hamdan. (HM)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10