nuffnang ads

Monday, November 29, 2010

PELAKON DRAMA TARI TIRANA, WAN SHARMILA TERBAYANG DIRINYA DIPERLAKUKAN SEPERTI DATUK SOOSILAWATI: PENGALAMAN NGERI DI KUALA SELANGOR

Wan Sharmila...masih trauma kes sebulan lalu


JANDA berhias yang juga pelakon Tari Tirana, Wan Sharmila Wan Mohmamed, 29,  baru mengerti payahnya hidup sendiri tanpa lelaki bergelar suami di sisi.

Satu kejadian jam 4 pagi di Kuala Selangor, sebulan lalu ketika dia memandu sendirian untuk ke lokasi penggambaran drama bersiri "Dendam Maya' kini masih menghantuinya dan menyebabkan dia paranoid, terutama apabila mengingatkan kes Datuk Soosilawati dibunuh dan mayatnya dibakar bersama tiga yang lain.

Ketika itu kata Wan, dia memandu melalui jalan sunyi apabila melihat seseorang dari lori memberi isyarat menggunakan lampu suluh. Dia yang tidak mengesyaki apa-apa terus sahaja memperlahankan keretanya apabila melihat isyarat itu.

Bagaimanapun, ketika keretanya hampir berhenti, sekumpulan lebih empat lelaki tidak dikenali terus menyerbu dan menghampiri keretanya.

"Saya lihat seorang daripada mereka membaling batu ke kereta saya. Segera itu saya teringatkan kes Datuk Soosilawati yang dibunuh sekumpulan lelaki sebelum mayatnya dibakar" katanya kepada Harian Metro.

Syukur, Wan tidak panik dan terus bertindak memecutkan keretanya kerana mengesyaki kumpulan lelaki itu berniat tidak baik terhadap dirinya.

Dalam keadaann menggigil dan menangis Wan terus memasuki kawasan masjid berhampiran untuk menenangkan dirinya. Walaupun kejadian itu telah sebulan berlalu, namun dia masih trauma terutama mengenangkan kejadian itu berlaku awal subuh dan di kawasan yang amat sunyi.

Terbayang-bayang dalam fikirannya kes pembunuhan Datuk Soosilawati. Dan sesekali Wan terasa bagaikan terlepas satu hukuman.

Wan yang masih belum bertemu pengganti selepas bercerai dengan suaminya, penerbit One Sdn Bhd, Fazli Baharom, 38, terbabit dalam banyak drama sebelum ini. Antara drama itu ialah Riang Tirana, Sindarela, Emil Emilda dan Bujang Antik.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10