nuffnang ads

Monday, November 29, 2010

BEBERAPA ANGGOTA POLIS TRAFIK KUALA LUMPUR DITUMBUK SEORANG PEMBULI JALAN

PEMBULI jalanan yang belum puas membuli seorang pemandu Perodua Kancil semalam, bertindak ganas dan menumbuk beberapa anggota trafik yang cuba menghalang perbuatannya.

Kejadian itu berlaku jam 3 pagi semalam apabila sepasukan polis trafik Jalan Bandar sedang melakukan operasi bagi membanteras kegiatan samseng jalanan didalangi kumpulan Mat Rempit di sekitar pusat ibu kota.

Ketika membuat rondaan, anggota trafik terlihat sebuah kereta mewah jenis Audi berwarna kelabu dipandu laju seolah-olah sedang mengejar sebuah kereta Perodua Kancil di hadapannya.

Pemandu kereta Audi itu beberapa kali menghimpit kereta Kancil menyebabkan ia terbabas dan berhenti di persimpangan lampu isyarat. Pemandunya kemudian keluar dan menghampiri kereta Kancil dan cuba membuka pintu kereta itu tetapi gagal.

Selepas diasak beberapa kali, pemandu kereta Kancil itu membuka pintu dan melarikan diri dalam keadaan ketakutan kerana bimbang dipukul samseng jalanan itu.

Berikutan itu beberapa aggota polis segera menghampiri lokasi dan memperkenalkan diri dan meminta penjelasan daripada pemandu Audi itu. Sebaliknya dia buat tidak peduli dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Seorang anggota trafik cuba mengalihkan kereta Kancil yang tersadai, tetapi dia ditarik oleh pemandu Audi itu dengan kasar. Polis terpaksa menunjukkan kad kuasanya sekali lagi, namun tidak diendahkan suspek sebaliknya menolak anggota polis itu hingga terjatuh.

Tindakan kasar itu menyebabkan polis tiada pilihan dan menahannya kerana cuba mengganggu tugas penjawat awam. Sebaliknya dia melawan dan menumbuk anggota polis menyebabkan polis terpaksa bergelut menahannya.

Dia yang masih meronta-ronta kemudian digari dan dibawa ke balai polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10