nuffnang ads

Tuesday, November 30, 2010

MANTERA SATIRA

SEBUAH stesyen minyak milik seorang nelayan yang hanya menangkap ikan menggunakan jala meletup dibakar. Itu semua kerja seorang lelaki gila berusia 60 tahun yang telah dilucutkan jawatannya sebagai menteri di negara jiran kita.

Ketika stesyen minyak itu terbakar, terdengar bunyi KEBABOOM! Serentak itu dengar ketawa terbahak-bahak lelaki gila 60 tahun itu sambil memanggil nama nelayan, empunya stesyen minyak itu.

"Hoi mat! Akulah!" dia menjerit ke arah seorang nelayan yang dikenalinya sejak awal merdeka dulu kerana sama-sama mencari sundal di Medan. "Akulah...aku yang bakar stesyen minyak engkau ni. Engkau dengar tak bunyi kebaboom tadi?"

Mat nelayan pun tercangak-cangak. Seluarnya yang diikat menggunakan tali rafia hampir terlondeh. Dicekutnya cepat-cepat sebab kalau terlondeh seluarnya, alangkah malu sebab dia sepanjang hayat tak pernahnya memakai seluar dalam!

"Engkau???!" akhirnya Mat bersuara. Dia menatap lelaki 60 tahun yang gila itu. "Engkau bukankah sudah kaya raya. Kenapa engkau buat kerja gila bakar stesyen minyak aku ni? Engkau tak habis-habis dendamkan aku?"

Lelaki gila itu ketawa terbahak-bahak, sesekali bunyinya macam anjing menyalak, sesekali bunyinya macam orang terberak. "Aku dah kena buang menterilah. Aku dengar orang cakap engkau yang report kata aku main sundal sampai kerajaan aku tak sukakan aku lagi!"

"Engkau gila ke Kontot Buncit?" Mat nelayan bengang. Seluarnya dicekut lagi, takut terlondeh. Takut dia kalau si Kontot Buncit yang pernah menjadi kawan rapat dulu terpandang betapa 'hebat'nya dia kalau seluar itu terlondeh. Tentang si Kontot Buncit punya dia pernah ternampak, Mat nelayan terpandang hanya sedekahkan gelak!

"Engkau gila bakar stesyen minyak aku?"

"Ya...aku dah gila. Engkau buat aku gila. Engkau tikam belakang aku sampai aku kena buang menteri. Sekarang hati aku puas dapat bakar stesyen minyak engkau. Kebaboomm!" si lelaki gila 60 tahun @ Kontot Buncit itu pun ketawa terbahak-bahak.

"Ahh...sudahlah Kontot Buncit. Dulu bila engkau naik menteri, aku pun engkau tak kenal lagi!" Mat nelayan marah, mengungkit pula dia cerita lama. "Sekarang bila kena buang menteri buat lagi dajal kat aku...bakar stesyen minyak aku!"

"hahahahaha...huahauahuahua...lahabau...kelakau..lahabau..." si Kontot Buncit terus tergelak.

 ..bersambung

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10