nuffnang ads

Tuesday, November 30, 2010

PENGAWAL SAKIT JIWA TUMBUK IBU MUDA HAMPIR BERSALIN DI HOSPITAL MUAR

SEORANG pengawal yang menghadapi masalah mental berjaya menyembunyikan penyakitnya selama dua bulan daripada diketahui pengurusan Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar.

Bagaimanapun, kelmarin apabila penyakitnya datang semula, keadaan sebenar dirinya terbongkar. Perbuatan kejamnya meninju perut seorang ibu muda yang hampir bersalin mengakibatkan dia pula dimasukkan ke wad psikiatrik hospital berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Chong Guan, berkata kejadian itu berlaku di dalam sebuah lif ketika seorang ibu muda mendaftar untuk bersalin di hospital berkenaan.

Menurutnya, pengawal berkenaan menyorong mangsa menggunakan kerusi roda ke dalam lif, sementara suaminya meletakkan kenderaan di petak parkir. Bagaimanapun, ketika di dalam lif, pengawal keselamatan itu menumbuk berkali-kali perut mangsa tanpa sebarang sebab.

Mangsa mengadu kepada suaminya yang kemudian membuat laporan polis. Berdasarkan aduan itu polis menahan pengawal keselamatan berkenaan.

Dia kemudian ditahan di wad psikiatrik hospital berkenaan, manakala mangsa telah selamat melahirkan bayinya. 

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10