SIRI rompakan bersenjata menjadikan mesin ATM sebagai mangsa berleluasa di Universitas Bung Hatta, Padang Indonesia, apabila sekumpulan 10 perompak bersenjata api dan pemotong gas berjaya melarikan wang daripada tiga ATM yang disediakan di kampus universiti berkenaan. Sebuah lagi ATM bagaimanapun tidak sempat dirompak.
Kejadian itu bermula subuh tadi dan sehingga kini dua darpada mereka telah mati ditembak polis, manakala enam yang lain berjaya ditahan termasuk dua yang cedera terkena tembakan ketika berbalas serangan. Sementara dua yang lain kini melarikan diri di hutan Gunung Singgalang di Bukit Tinggi.
Ketua Polis Sumbar, Brig Jeneral Andayono, memberitahu media Indonesia sehingga jam 4 petang tadi waktu Malaysia, polis sedang mengepung Gunung Singgalang bagi memberkas dua yang melarikan diri. Namun mereka diberi tentangan kerana kedua perompak dikatakan masih bersenjata api.
Dalam kejadian subuh tadi, kumpulan 10 perompak itu telah berjaya melarikan wang tunai hampir RM300,000 daripada ketiga-tiga mesin ATM yang dipecahkan. Kumpulan itu turut menjadi 3 warga kampus dan 2 penjaga masjid di dalam univrersiti berkenaan sebagai pelindung sebaik menyedari kehadiran pasukan polis.
Kejadian terbaru dipercayai didalangi kumpulan pengganas dan militan ini adalah sambungan daripada beberapa kejadian ganas yang telah mereka lakukan dalam tempoh sebulan. Ogos lalu, bank CIMB Niaga bank berkepentingan negara ini di Medan, dirompak oleh 16 lelaki bersenjata api dan mereka berjaya melarikan lebih RM200,000.
Namun polis berjaya membunuh tiga dan enam yang lain ditahan sepanjang minggu ini. Bagaimanapun, sebagai membalas kematian tiga ahli kumpulan yang ditembak itu, mereka menyerang balas sebuah markas polis malam kelmarin dan membunuh tiga anggota polis yang sedang bertugas.
Dipercayai, kumpulan pengganas dan militan yang sedang berleluasa melakukan keganasan dan rompakan ini mempunyai keahlian lebih 170 orang dan terlatih menggunakan senjata api. Malah risikan juga percaya, mereka turut merekrut ahli daripada Afghanistan dan Iraq bagi menjayakan misi menimbulkan suasana huru hara di negara itu.
nuffnang ads
Saturday, September 25, 2010
LIN DAN LAWAN CHONG WEI PERTEMUAN AKHIR KEJOHANAN TERBUKA BADMINTON JEPUN
PERTEMBUNGAN klasik pasti menjanjikan sesuatu buat peminat badminton dunia apabila dua jaguh dunia, Lin Dan dan Lee Chong Wei akan berentap di pertandingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Jepun.
Hari ini, Lin Dan menumpaskan Peter Gade 21-11 dan 21-19 manakala Chong Wei pula meranapkan impian Bonsak Ponsana dari Thailand untuk membuat kejutan ke peringkat akhir dengan kemenangan 21-13 dan 21-18.
Pertembungan peringkat akhir perseorangan wanita pula sudah pasti milik China apabila dua wakil mereka bakal bertembung sesama sendiri. Wang Xin menewaskan Tine Baun dari Denmark pada peringkat separuh akhir dengan 21-17 dan 21-16. Sementara Jiang Yanjiao pula menewaskan Wang Shixian 21-19 dan 23-21.

SOSILAWATI TAJA JAMAL ABDILLAH RM25,000
KISAH KEBAIKAN Datuk Sosilawati dengan pelbagai pihak sentiasa terdengar, begitu juga halnya bagi Raja Pop negara, Jamal Abdillah. Jutawan Ratu Kosmetik itu bagi Jamal adalah seorang kawan baik yang telah begitu banyak membantunya.
Menurut Jamal, ratu kosmetik itu telah banyak membantu menaikkan namanya dalam industri muzik termasuk juga ketika dia bercadang untuk menghasilkan sendiri produk kesihatan baru-baru ini.
"Dia telah banyak membantu saya memberikan idea dan menyediakan pelbagai bantuan dalam proses penghasilan produk kesihatan jenama saya yang dijangka akan dilancar mulai Mei tahun depan," kata Jamal kepada NST.
Menurut Jamal lagi, kali terakhir dia menemui Sosilawati ialah pada majlis hari jadi anak sulungnya, Erni Dekritawati Yuliana ke 25 tahun pada Julai lalu.
Selain menghormati Sosilawati yang dianggapnya mudah didekati, mesra dan tidak sombong, Jamal juga mendedahkan bahawa ratu kosmetik itu juga pernah menaja RM25,000 kepadanya bagi menjayakan konsert "Jamal Kembara Seniman" di Istana Budaya, 8 September lalu.
Namun semua itu kini hanyalah kenangan yang memilukan bagi Jamal, selepas insan yang pernah membantunya itu pergi untuk selama-lamanya selepas menjadi mangsa pembunuhan kejam didalangi suspek bergelar peguam bersama tiga yang lain.

POLIS CARI SEMULA BUKTI PENTING PEMBUNUHAN SOSILAWATI DI KUNCI AIR BANTING
LEBIH 10 kenderaan polis terutama jabatan Forensik dilihat berada di sekitar kunci air pekan Banting hari ini, sambil suspek utama dikatakan dilihat di dalam salah sebuah kenderaan itu.
Mereka dipercayai menjalankan gerakan mencari semula satu bukti penting pembunuhan - TELEFON bimbit Datuk Sosilawati yang dipercayai dibuang di kawasan berkenaan oleh suspek pembunuhan kejam itu.
Telefon bimbit itu dipercayai antara bukti penting mengukuhkan lagi siasatan terhadap pembunuhan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamarudin yang dipercayai dilakukan suspek utama bersama beberapa lelaki yang lain.
Sosilawati dipercayai dibunuh, dibakar dan abu mayatnya dibuang di sungai sebagai sebahagian cara untuk menghilangkan bukti dalam pembunuhan yang disyaki didalangi oleh dua peguam adik-beradik.
Sebelum ini banyak bukti juga ditemui seperti cincin, zing, tulang dan jam tangan. Namun telefon bimbit yang dicari lagi hari ini dikatakan antara bukti penting yang mampu merungkai antara kes pembunuhan berprofil tinggi itu.
Sehingga kini lapan lelaki telah ditahan reman bagi membantu siasatan. Kertas siasatan polis yang diserahkan kepada peabat peguam negara beberapa hari lalu telah dipulang semula. Peguam Negara mengarahkan supaya kes itu disiasat lebih mendalam dan terperinci.
Semoga pasukan polis dapat menemui apa yang mereka cari sekaligus menyelesaikan pembunuhan kejam yang amat menyentuh perasaan pelbagai pihak.

ROSMAH SERING BERZINA DI HOTEL MEWAH
"Aku kutip dia daripada manusia terbuang. Engkau pun tahu. Aku bela dan jaga dia daripada manusia terhina. Sudah-sudah ini balasan dia pada aku!"
Saya tertunduk ke tanah. Mendengar luah hati itu, atma saya sedikit terusik. "Sebenarnya aku dah lama dengar dia buat perangai macam ini, tapi aku pekakkan telinga sebab aku tak mahu terlalu percayakan cakap orang,"
Saya terus diam. Simpati. Saya kenal Rosmah. Saya kenal suaminya Samat. Mereka berkahwin 15 tahun lalu atas dasar suka sama suka. Rosmah bukan jenis orang baik-baik. Samalah Samat. Tapi Samat cepat berubah haluan hidupnya, daripada penggemar urutan batin berazam mahu menjadi suami yang baik. Sebab itu apabila Rosmah bersetuju untuk berkahwin dengan Samat, saya rasa lapang dada.
Sejak berkahwin, Rosmah jadi isteri sepenuh masa. Duduk di rumah dan melayan suami. Rezeki Samat sebagai kontraktor kelas F ketika itu semakin murah. Tidak lama dapat naik kelas D.
Sejak jadi kontraktor kelas D, merasalah Samat memakai kereta mahal. Hidup mereka nyata berubah. Dapat beli rumah baru, berharga lebih RM300,000. Saya bangga.
Kami tak berjumpa lebih enam tahun dan raya baru ini saya terserempak Samat di sebuah kompleks beli belah di Shah Alam.
Dan ketika saya mula bertanyakan tentang kehidupannya suami isteri selepas kami lama tidak berjumpa, terbongkarlah satu cerita yang menyayukan hati.
Cerita Samat: "Rupanya Rosmah dalam diam ada menyimpan teman lelaki yang dikenalnya menerusi internet. Lama aku tak dapat menghidu perbuatannya!
Kemudian Samat menambah lagi. "Sebelum puasa, dia minta izin pulang ke kampung. Masa tu aku tak boleh ikut sebab ada projek di Kulai, Johor. Hendak ditunjukkan Tuhan, ada orang yang aku tak kenal hantar mesej kata Rosmah ada dengan jantan di hotel Kuala Lumpur!'
Saya pun bertanya mahu tahu. "Tak kan langsung kau tak terhidu perangai dia?"
"Sumpah! Bukan tak terdengar umpat orang. Tapi aku jenis susah nak percaya.. Lagi pun aku sentiasa sibuk. Sebulan seminggu dua mesti ada kat luar tengok projek," jawap Samat.
"Kau pergilah kat hotel tu?"
"Aku pergi dengan kawan-kawan. Kita orang bertiga. Bila ketuk pintu bilik, memang betul. Lagipun masa semak nama gunakan kenalan kawan aku kat kaunter, memang bilik itu gunakan nama Rosmah!"
"Lepas tu?"
"Itu hari last kami jumpa. Aku bagi penendang. Aku bagi talak tiga! Masa turun kaunter, kenalan kawan aku tanya member dia. Rupanya, dia orang pun tahu memang Rosmah selalu sangat sewa bilik bawa jantan. Berzina!"
Saya tak dapat berkata apa-apa lagi. Selesai minum kami pun berpisah, tapi saya dapat perhatikan susuk tubuh kawan lama saya itu semakin susut. Fikirannya mungkin semakin kecamuk. Simpati dan sedih mengenang nasibnya. Sabarlah Samat. Perempuan kalau tak pernah berpaling menjenguk asal usul dan arah datang, memang macam itu.

PENJARA 14,400 TAHUN KERANA ROGOL ANAK
OLEH KERANA merogol anaknya hampir setiap hari selama setahun, seorang lelaki penarik beca di Filipina dihukum penjara 14,400 tahun!
Ini adalah rekod penjara paling lama dikenakan kepada pesalah. Lelaki itu merogol anaknya kerana isteri dia berada di Hong Kong bekerja sebagai pembantu rumah.
mgbnhwsdesshtsfgxz54hgbkgfdn!!!!

PEGAWAI PENJARA CABUL PEGAWAI WANITA IMIGRESEN DI KLIA
KETIKA banyak pihak masih marah dan mempertikaikan kejadian 20 mangsa pemerdagangan rakyat Afghanistan berjaya meloloskan diri dari Depoh Tahanan Pendatang Asing di KLIA Sepang, seorang pegawai penjara berusia 40-an yang bertugas di depoh itu bersenang lenang melayan nafsunya, mencabul rakan sekerja, pegawai wanita Imigresen.
Patutlah kejadian 20 orang rakyat asing itu serentak boleh lolos tanpa disedari boleh berlaku, jika macam inilah sikap segelintir pegawai yang bertugas di depoh berkenaan!
Dalam kejadian 22 September lalu, pegawai penjara terbabit dikatakan memeluk dari belakang pegawai wanita imigresen, menyebabkan mangsa tidak berpuas hati lalu bertindak membuat laporan polis di Balai Polis KLIA, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Darah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob, mengesahkan laporan polis dibuat oleh pegawai wanita imigresen berkenan. Difahamkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda atau sebat.
Pada Ogos lalu, pelbagai pihak terkejut, apabila seramai 20 pendatang mangsa pemerdagangan orang Afghanistan berjaya meloloskan diri daripada kawalan depoh tahanan tempat pegawai penjara dan pegawai imigersen itu bertugas.

TINDAKAN 12 OKU DEMONSTRASI BUNUH ANJING MILIK PEGUAM, TINDAKAN ORANG BODOH
Seramai 12 Orang Kurang Upaya (OKU) terbabit dalam satu bantahan dan demonstrasi membantah Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) membunuh 9 anjing milik peguam suspek pembunuhan Datuk Sosilawati atas alasan ia dilakukan secara terburu-buru dan kejam.
Tanpa faham kesulitan dihadapi polis untuk menjalankan tugas mengesan bukti di kawasan ladang Gadong, tempat pembunuhan kejam itu berlaku, OKU berkenaan seolah-olah memikirkan nyawa anjing lebih berharga daripada nyawa manusia yang dibunuh secara kejam.
Yang Dipertua MDKL, Abdul Razak Jaafar, mempertahankan tindakan pihaknya membunuh anjing berkenaan kerana haiwan yang dibela suspek itu amat berbahaya kepada pasukan forensik yang menjalankan tugas dan turut mengancam keselamatan ternakan seperti kambing dan lembu.
Malah, katanya petugas MDKL turut diserang oleh anjing berkenaan ketika menjalankan tugas, menyebabkan MDKL tidak mempunyai pilihan terpaksa membunuh anjing buas yang dipercayai kelaparan selepas pemiliknya ditahan polis.
Polis juga kata Abdul Razak, turut mengemukakan permohonan kepada MDKL supaya menangani masalah anjing berkenaan yang jelas amat mengganggu tugas penting mencari bukti di tempat kejadian.
Kepada OKU dan mereka yang mendalangi bantahan itu diminta berfikir banyak kali, terutama terhadap keselamatan pegawai kerajaan yang sedang menjalankan tugas.

'PAKAR' LETUPAN DI APARTMEN CHERAS, DITANGKAP
SEORANG lelaki disifatkan sebagai pakar dalam membuat letupan yang dipercayai terbabit kejadian 'umpan dan bom' sehingga membunuh dua orang di sebuah apartmen di Cheras, 25 Ogos lalu diberkas polis pagi semalam.
Lelaki itu ditahan sepasukan polis di satu lokasi di Sungai Buloh, Selangor selepas menerima maklumat orang ramai. Sebelum ini polis pernah meminta orang ramai mengesan seorang lelaki bernama Mohd Khairil Ismail, 45, bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata pihaknya percaya lelaki yang ditahan kira-kira jam 6 pagi semalam dapat membantu polis menyelesaikan kes letupan yang membunuh Goh Weng Sing, 38 dan Ng Siew Hong, 51, sebulan lalu.
Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa yang diminta majikan mereka membuka sebuah kotak di depan unti kediamannya, merupakan umpan meragut nyawa. Sebaik kotak mengandungi limau itu dibuka, satu letupan kuat berlaku menggegarkan beberapa blok berdekatan. Mangsa cedera parah dan terbunuh beberapa hari kemudiannya.

CADANG BERKAHWIN DENGAN ABANG, TAPI DINIKAHKAN DENGAN ADIK
AJAL MAUT JODOH PERTEMUAN ditentukan Tuhan. demikian nasib menimpa Siti Aliyah atau Lia, apabila jodohnya untuk bernikah dengan Suwono tidak kesampaian. Pada hari pernikahannya, Suwono telah diberkas polis kerana disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas di Medan. Selepas mesyuarat sesama ahli keluarga, keputusan diambil menikahkan Siti Aliya dengan adik Suwono, Teguh Subago. Inilah dinamakan orang, nasi kalau baru mahu disuap, belum tentu rezeki kita. Ia akan hanya menjadi rezeki kita setelah dikunyah dan masuk ke dalam perut! (Kompas.Com) |
TIGA CEDERA BOM MELETUP DI JALAN RAMA 111
![]() |
Dua remaja perempuan dan seorang lelaki menjadi mangsa letupan bom yang berlaku di Jalan Rama 111 di daerah Yannasat, Bangkok, kira-kira jam 5 petang semalam. Berikutan kejadian itu, Timbalan Perdana Meteri, Suthep Thaugsuban, menafikan ura-ura penghapusan perintah berkurung yang dilaksanakan kerajaan. (Bangkok Post) |
DUA BAYI MATI TERCEKIK SUSU DI PUTRAJAYA
DUA bayi masing-masing berusia tiga bulan dan sembilan bulan, mati dipercayai tercekik susu di dua pusat jagaan kanak-kanak yang berasingan, di Putra Jaya dalam tempoh berselang 48 jam pada Isnin dan Selasa lalu.
Dalam kejadian pertama, Nur Amira Mohd, sembilan bulan mati ketika dalam perjalanan ke hospital. Ketua Polis Daerah Putrajaya, CP Abdul Razak Abdu Majid, mengesahkan kejadian itu.
Sementara dalam kejadian kedua pula pada Selasa lalu, seorang lagi bayi, Farisha Nur Hazree Mohd Fairuz, juga menemui ajal berpunca yang sama selepas dihantar ibunya kes sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Presint 9.
Ibu bayi itu, Haney Usniza Abdul Hamid, 30, berkata kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya selepas menghantar anaknya itu ke pusat jagaan. Bagaimanapun, katanya kira-kira jam 10.15 pagi dia menerima panggilan telefon daripada pengasuh anaknya.
Menurut Haney, pengasuh terbabit memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri. Usaha difahamkan pusat jagaan itu cuba menyelamatkan anaknya tetapi tidak berjaya dan dia disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Putrajaya.
Ayah mangsa, Mohd Fairuz Mohd Stap, 31, pula memberitahu mereka sempat membawa anaknya itu pulang beraya di Kampung Sungai Tengi, Kuala Kubu Bahru pada Aidilfitri lalu.
Bagaimanapun, mereka sekeluarga tidak bercadang mengambil tindaan undang-undang ke atas pusat jagaan berkenaan kerana menganggap ia suatu takdir.

Friday, September 24, 2010
HAPUSKAN KUMPULAN GANGSTER: HAPUSKAN ARAK DAN DADAH!!
Kempen menghapuskan kumpulan gangster di negara ini mesti dilaksanakan secara besar-besaran kerana ia sama bahayanya dengan ancaman denggi dan H1N1. Jika kerajaan mempunyai statistik yang ambil secara bersistematik terhadap kematian angkara nyamuk Aedes dan penyebab H1N1, statistik kematian kerana dibunuh oleh kumpulan gangster juga memerlukan kaedah yang sama.
Sebarang kelewatan menangani gejala jenayah oleh kumpulan gangster ini akan menyebabkan kehidupan seharian rakyat menjadi tidak menentu. Keselamatan rakyat juga akan pasti menjadi semakin tidak terjamin. Banyak laporan kematian dipercayai dibunuh dilaporkan di dalam akhbar, namun ketiadaan statistik dan rekod yang jelas kepada rakyat menyukar kita membuat penilaian tentang kegiatan itu. Namun di segi logiknya, pembunuhan secara kejam dan berkumpulan sememangnya cenderung dilakukan atau ditaja oleh kumpulan gangster.
Sehingga kini, beberapa kawasan di negara ini memang diakui sering berlaku jenayah pergaduhan dan pembunuhan yang trend dan logiknya terarah dilakukan oleh kumpulan gangster.
Namun kita jangan terlupa bahawa gangster amat sinomin dengan dadah dan arak kerana kedua-dua bahan haram itu menjadi keperluan bagi mereka sama ada semasa bertemu ataupun dalam kebanyakan perbuatan yang mereka lakukan.
Jadi, untuk membanteras kumpulan gangster, kita kena membanteras sama arak dan dadah. Sama seperti Aedes. Untuk mencegah denggi, nyamuk berbahaya itu mesti dimusnahkan. Dan paling penting punca pembiakannya juga mesti dibersihkan. Bersih arak dan dadah, bereslah jenayah! Cubalah, kalau tak percaya.

PERTUNJUKAN UDARA BANDUNG BERTUKAR TRAGEDI: PESAWAT TERHEMPAS
![]() |
PERTUNJUKAN UDARA BANDUNG yang berlangsung pagi tadi bertukar tragedi apabila sebuah pesawat Cessna (warna biru) terhempas apabila juruterbangnya, Alexander Supelli, gagal melakukan aksi 'rolling back'. Gambar ini dirakam sejurus sebelum ia melakukan aksi itu dan terhempas ke landasan Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung. Alexander yang mempunyai rekod penerbangan 2,000 jam kini amat kritikal dan dirawat di Rumah Sakit Hasan Sadikin. (Kompas.Com) |
ADA KATA SUSPEK BUNUH SOSILAWATI PATAH GIGI DAN CEDERA TULANG BELAKANG....
ADA pihak menyebut suspek bunuh Datuk Sosilawati mengalami kecederaan. Giginya patah dan tulang belakangnya cedera. Konon dakwanya polis telah membelasah dia. Macam-macam dengar. Ada kata dia ditumbuk dan ditendang. Ada juga kata dia dilibas dengan getah paip. Dia juga memaklumkan peguamnya supaya memberitahu yang dia tidak terlibat langsung dalam kes itu. Cuma apabila diminta memberi kerjasama, dia melakukannya bagi memudahkan polis menyiasat.
Tadi, peguam dia yang satu masa dulu pernah heboh dengan kes perlakuan seks yang dirakamkan di media-media tanah air pula memaklumkan, anak guamnya itu mahu sangat penjelasannya disiarkan akhbar supaya laporan media kini tidak berat sebelah. Itu hajat anak guamnya. Rasional peguam D P Vijandran lagi anak guamnya itu berhak mendapat pembelaan sewajarnya. Katanya laporan akhbar seolah-olah telah menghukumnya seperti telah bersalah.
Senang saja ulasan tentang cerita peguam itu. Suruh peguam dia buat laporan polis. Kalau ada cedera, tunjukkan kepada doktor. Minta doktor periksa betul-betul. Dakwaan asyik kena belasah dengan polis ini bukan cerita baru. Banyak sangat pernah kita dengar. Cuma untuk pastikan yang mana betul, susahlah sikit. Maklumlah dalam keadaan tersepit ke dinding, apalah lagi ada alasan untuk meraih simpati. Dan tentang kata-katanya yang mendakwa dia tidak terlibat langsung dalam pembunuhan itu, sabar sajalah. Cerita dalam mahkamahlah.
Ada pula orang kata, kalau tak ada sesuatu macam mana boleh tempua bersarang rendah. Orang pun hairan juga, kalau kata tak tahu menahu, kenapa pula dia dibawa ke sana-sini tempat mecari bahan bukti. Kemudian polis jumpa juga barang-barang yang ada kaitan dengan si mangsa pembunuhan.
Paling menarik tentang dakwaan pemuda/remaja 19 tahun berhati kering. Keringkah lagi hatinya bila berada dalam lokap. Banyak juga yang bocor bila disiasat. Kalau hati kering, sampai kiamat pun tak buka mulut. Kata sesetengah orang, kalau telah mentekedarah dadah, semua kerja jadi beres. Sebagai manusia, mana ada hati kering. Yang hati kering itu bila jasadnya dibakar!
Membaca komen orang, tergelak pun ada. Sampai ada yang minta kalau boleh hukuman bakar dilakukan seperti mana mangsa dibunuh dan dibakar.
Tak apalah. Biarlah suspek mahu berkata apa pun. Dalam dunia ada hukum, tunggu sahaja biar semua diceritakan di dalam mahkamah.

ANAK PEREMPUAN BEKAS PESURUHJAYA POLIS SARAWAK DITEMUI MATI
ANAK perempuan bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak, Tan Sri Hamdan Sirat, ditemui mati di rumahnya tengah hari tadi.
Mayat Latifah Hamdan, 47, ditemui di dalam kediamannya di Demak Laut dalam keadaan lehernya terikat dengan tali.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kok Keong, mengesahkan kejadian itu. Polis sedang menyiasat dan setakat ini belum diketahui motif atau punca kejadian.

TERKINI: KARTUNIS ZUNAR DITAHAN POLIS!
KARTUNIS terkenal dan kontroversi negara, Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee Anwar Alhaque, ditahan sepasukan polis jam 4 petang tadi, disyaki atas dakwaan mengikut Akta Hasutan kerana menerbitkan buku yang boleh mencetuskan ganggu gugat dan mempengaruhi orang awam menentang dasar kerajaan.
Sepasukan polis, diketuai ASP Arikrishnan Apparau dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menahan Zunar di pejabatnya di Brickfields dan merampas 70 naskah buku berjudul CARTOON-O-PHOBIA yang dijangka dilancarkan malam ini.
Ketua Polis Bandaraya, Datuk Muhammad Sabtu Osman, mengesahkan penangkapan itu dan berkata polis turut merampas beberapa bahan tulisan di pejabat Zunar, termasuk buku dan lukisan kartun hasil kerja tangan beliau.
Menurutnya, berdasarkan rampasan, pihaknya mendapati kebanyakan isu yang terkandung dalam buku CARTOON-O-PHOBIA itu menyentuh isu sensitif politik dan keselamatan. Antaranya ialah isu pembunuhan Altantunya, isu Rosmah Mansor, konspirasi ke atas Anwar Ibrahim, kapal selam Scorpene tak boleh menyelam, kehilangan enjin jet pejuang dan pelbagai isu lain yang memudaratkan.
Buku terbaru CARTOON-O-PHOBIA yang diterbitkan oleh Malaysiakini itu dijangka dilancarkan jam 8 malam tadi oleh bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin.

DUA LAGI MANGSA PEGUAM DILAPORKAN HILANG!
DUA lagi laporan dikatakan membabitkan kehilangan mangsa selepas berurusan dengan peguam adik-beradik yang menjadi suspek pembunuhan Datuk Sosilawati, dibongkar oleh Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, menjadikan isu pembunuhan 'bersiri' ladang Gadong, Tanjung Sepat, semakin panas.
Manikavasagam yang mendedahkan cerita terbaru itu petang tadi, mendakwa satu laporan mengenai kehilangan itu dilaporkan di Balai Polis Rawang. Bagaimanapun, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Rawang ACP Abdul Rahim Abdullah, menafikan adanya laporan berkenaan.
Menurut ahli parlimen itu, satu lagi laporan belum dapat dipastikan dan beliau juga tidak mendedahkan identiti kedua-dua mangsa yang dikatakan hilang selepas berurusan dengan peguam berkenaan di Banting, Selangor. Sebaliknya beliau berjanji akan mendedahkan perkara itu esok.
Kedua-dua mangsa dikatakan hilang selepas berurusan dengan suspek di antara lapan dan sembilan bulan lalu. Manikavasagam berkata demikian di luar ibu pejabat Polis Bukit Aman, selepas menyerahkan bahan bukti berupa sebuah telefon bimbit kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Telefon bimbit itu dikatakan mengandungi rakaman percakapan di antara S Usharani isteri ahli perniagaan India yang hilang awal tahun ini, Allal Kanthan Muthuraja dengan lelaki yang meminta wang bagi membantu mencari suaminya itu.
Turut sama beliau ke Bukit Aman ialah Usharani.

SUSULAN: JANGAN RAMPAS GELARAN WANITA PERTAMA MILIK DYMM TUANKU NUR ZAHIRAH!
KERAJAAN mesti tegas dalam hal menentukan pemakaian gelaran Wanita Pertama negara. Gelaran milik DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah itu tidak boleh dipakai walaupun oleh isteri Perdana Menteri.
Kecualilah ada fakta dan hujah yang boleh diterima oleh rakyat, maka gelaran itu baru layak digunakan oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.
Jangan jadikan protokol negara ini sebagai protokol yang cacamarba. Sila jelaskan secepat mungkin supaya rakyat tidak melihat seperti adanya perbuatan kaduk naik ke junjung. Sekali pun ia mahu dipakai oleh isteri Perdana Menteri, jika tidak layak di segi protokol dan peruntukan perlembagaan, perbuatan itu mesti dihalang.

MUHYIDDIN DALAM RANCANGAN BERI TANAH BINA SEKOLAH KEBANGSAAN CINA DAN TAMIL LEBIH BANYAK
DALAM perkembangan apa yang dilihat sebagai umpan pilihanraya, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, dikatakan sedang dalam perbincangan memberi lebih banyak tanah kepada komuniti Cina dan India untuk dijadikan tapak sekolah jenis kebangsaan di negara ini.
Menerusi cadangan itu, semua kawasan kediaman yang didiami majoriti Cina atau India di antara 3,000 dan 7,500 rumah akan diberi tanah berkenaan bagi memastikan sebuah sekolah jenis kebangsaan dapat dibina di kawasan itu.
Nampaknya kecenderungan kerajaan sekarang adalah mengutama dan menjaga kepentingan kedua-dua bangsa berkenaan dan ia dikatakan adalah umpan menarik sokongan kaum terbabit dalam pilihanraya akan datang.
Setakat ini perbincangan mengenai perkara itu telah berlangung di antara Muhyiddin dengan Presiden MCA, Chua Soi Lek dan timbalannya, Liow Tiong Lai.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Chor Chee Heung juga memberitahu beliau telah ditanyakan oleh Muhyiddin mengenai cadangan pembinaan sekolah jenis kebangsaan di setiap kawasan kediaman Cina dan India itu.
Jika cadangan itu menjadi kenyataan, masyarakat Cina dan India tentu gembira kerana bilangan sekolah jenis kebangsaan boleh menyamai bilangan sekolah kebangsaan di negara ini. Bayangkan berapa ribu kawasan yang padat dengan masyarakat Cina dan India di negara ini! Setiap kawasan itu akan mendapat sebuah sekolah jenis kebangsaan.
Apa jadi dengan konsep 1Malaysia yang berteraskan perpaduan? Bagaimana nanti jika bilangan bangsa asing yang tidak faham dan fasih berbahasa Malaysia semakin meningkat sedangkan pada masa sama masing-masing mahu mengaku anak Malaysia. Terkuburlah juga hasrat pembentukan sekolah satu aliran!
Apakah Muhyiddin yakin cadangan pembinaan sekolah jenis kebangsaan di setiap kediaman padat masyarakat Cina dan India ini boleh memberi manfaat kepada Malaysia? Lihatlah juga negara jiran Singapura dan Indonesia! Mereka tak mengamalkan apa yang kita amalkan, sedangkan mereka juga mempunyai jumlah masyarakat majmuk yang bukan sedikit.

BILA MAHATHIR MELATAH DAN MELALUT
DR Mahathir yang semakin lemas dalam hiruk-pikuk kebencian orang Melayu, nampaknya mula melatah dan melalut. Konon katanya orang Melayu akan hilang kuasa kalau PR dipilih menerajui negara ini, sekaligus beliau meggunakan pelbagai cara berkempen mempertahankan supaya rakyat terutama orang Melayu khususnya terus memilih Umno sebagai tugu yang tidak boleh dialih kedudukannya.
Nampak sangat cakap Dr Mahathir tidak ubah seperti nasihat seorang ibu atau bapa sekitar tahun 50-an dan 60-an yang menakutkan anak mereka kononnya banyak hantu berkeliaran di luar rumah ketika senja. Jadi kerana terlalu takutkan hantu yang dimomokkan itu, anak-anak pun lintang pukang masuk ke rumah masing-masing. Pada hal tujuan sebenar ibu bapa adalah untuk memastikan anak-anak sentiasa berada di rumah, terutama ketika waktu selepas senja. Dan jika orang Melayu hari ini terpedaya dengan taktik murahan Dr Mahathir ini, maka akan bergembiralah bekas Perdana Menteri itu kerana telah berjaya memperbodohkan orang Melayu sekali lagi.
Apa yang Dr Mahathir melalut dan bercakap mengenai kebimbangan konon orang Melayu akan kehilangan kuasa, adalah umpama seseorang yang menyisir rambut tanpa cermin. Dr Mahathir masih duduk pada pemikiran lama iaitu menyangka selama ini orang Melayu di negara ini memang kaya dengan kuasa politik. Dan dengan kekayaan kuasa itu, orang Melayu fikirnya sejak dulu telah selamat menghuni negara tanah tumpah air mereka ini. Dia sangka selama ini, selama Umno memerintah, orang Melayu hidupnya sentiasa kebanjiran dengan kuasa. Sentiasa melimpah ruah dengan keistimewaan. Sebenarnya pandangan Dr Mahathir ini tidak sepenuhnya betul! Beliau masih bermimpi. Sepanjang Umno memerintah yang berkuasa hanya pemimpin, kroni dan saudagar-saudagar mereka sahaja, Orang Melayu bawahan hanyalah pemegang saham kemiskinan yang terbesar. Orang Melayu adalah pengarah-pengarah syarikat kemelaratan.
Sebenarnya yang berkuasa sepanjang Umno memerintah adalah golongan yang disebutkan tadi, iaitu pemimpin tertentu, kroni, saudara-mara dan kawan-kawan saudagar-saudagar yang seringkali bertindak merangkap sebagai broker politik!
Merekalah sebenarnya yang merasai nikmat kemewahan hasil kuasa yang dimiliki Umno seperti yang dilalutkan oeh Dr Mahathir. Orang Melayu yang lain hanyalah pengemis di tepi jalan. Selepas memberi undi kepada Umno, mereka terus dibiarkan dalam kemiskinan dan kemelaratan. Orang Melayu majoritinya tidak mendapat apa-apa. Orang Melayu masih miskin selepas negara merdeka 53 tahun. Apa guna kalau betul pun Melayu ada kuasa kalau kuasa itu tidak dapat melonjakkan nasib orang Melayu? Apa guna kalau kononnya ada kuasa jika orang Melayu seperti pengemis di negara sendiri?
Menakutkan orang Melayu kononnya jika PR berkuasa, Cina dan India menjadi Perdana Menteri, adalah satu spekulasi jahat yang amat rasis bunyinya dari mulut seorang bekas perdana menteri. Dr Mahathir sebenarnya bukan mahu membela orang Melayu dengan berkata begitu, tetapi hanya mahu menyelamatkan Umno yang semakin ditolak oleh rakyat terbanyak. Saya sebagai orang Melayu bersedia menerima bangsa asing sebagai Perdana Menteri jika itu lebih baik berbanding orang Melayu sendiri menjadi Perdana Menteri. Bagi saya apalah gunanya orang Melayu jadi Perdana Menteri jika dalam tempoh 53 tahun tidak mampu menolong bangsanya sendiri.
Dulu Umno kata PR akan berkubur seperti mana nasib beberapa parti serpihan Umno sebelum ini. Namun kini nada sinis itu telah berubah menjadi paranoid dalam diri Dr Mahathir. Beliau mula mengakui dan melihat PR terutama Parti Keadilan Rakyat mula diterima pengundi dan semakin kukuh menjadi ancaman yang amat besar kepada Umno. Itu sebabnya Dr Mahathir mula menggunakan taktik menakut-nakutkan orang Melayu. Pada hemah saya, orang Melayu tidaklah sebodoh yang beliau sangka. Orang Melayu tidak akan mudah merujuk semula sokongan mereka kepada Umno dengan ugutan-ugutan berbaur perkauman ini.
Dr Mahathir mesti mengakui dan menerima realiti bahawa majoriti orang Melayu telah sekian lama berdukacita dan memendam rasa akibat tindak-tanduk pemimpin Umno yang gagal membantu orang Melayu, khususnya untuk menguasai ekonomi di dalam negara ini. Selepas 53 tahun memerintah mereka tidak mampu menguasai perusahaan, perindustrian, peruncitan dan pelbagai sektor utama sekonomi negara.
Seperkara lagi yang Dr Mahathir lupa ialah orang Melayu bukan di dalam Umno sahaja. Umno dan Melayu juga kini telah tidak sinonim lagi. Jumlah orang Melayu di dalam parti PKR dan PAS sebenarnya telah melebihi jumlah orang Melayu di dalam Umno sendiri. Di mana rasionalnya jika dikatakan orang Melayu akan kehilangan kuasa jika PR memerintah. Ketika Umno semakin kecil jumlah orang Melayunya, dan pemimpinnya pula hanya berkisar di sekitar ahli keluarga pemimpin Umno dulu-dulu, PR mula merentasi sempadan apabila membuka peluang kepada lebih ramai orang Melayu yang layak menjadi pemimpin parti. Sikap Dr Mahathir yang menyindir konon PR adalah Anwar Ibrahim adalah tidak betul sama sekali, sebaliknya ia terkeluar daripada mulutnya akibat desakan rasa bimbang, marah, dengki dan dendam yang tidak putus-putus terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Akhirnya beliau cuba memerangkap rakyat terutama orang Melayu dengan kenyataan berbaur ugutan dan perkauman!
Dr Mahathir tidak perlulah bermain dengan isu perkauman. Najib sendiri mempertahankan konsep negara ini sebagai tanah air semua bangsa. Maknanya ketika orang Melayu tetap dipertahankan sebagai pemimpin utama, hak dan nasib bangsa lain tidak wajar diperlekehkan.
Dr Mahathir juga mengambil contoh konon pemimpin PR di negeri perintah pembangkang dikuasai DAP. Apakah Dr Mahathir tidak melihat sejak 53 tahun lalu, UMNO lagi dayus dicucuk hidungnya oleh Gerakan dan MCA serta MIC. Minta universiti untuk MCA, bagi. Minta bandar dimajukan ikut kaum bagi (contoh China Town dan Little India). Minta sekolah pelbagai aliran ikut bahasa ibunda patuh. Minta kementerian tertentu dikekalkan menterinya berdasarkan bangsa ikut (contohnya menteri pengangkutan untuk Cina, menteri kerja raya untuk India). Minta kawasan majoriti Melayu ditandingi wakil bukan Melayu ikut. Akhirnya, apa jadi wahai Dr Mahathir? Orang Melayu melopong.
Bila kementerian pengangkutan diberikan kepada menteri Cina, cuba renungkan apa berlaku? Bisnes pengangkutan, bas awam, treler besar, kapalterbang, kontena, kapal laut dan perniagaan berkait seperti forwarding dan freight serta perniagaan dari tepi laut hingga ke tengah laut dikuasai bangsa itu. Menteri Melayu walaupun dapat menjadi menteri kewangan, pertahanan, pendidikan dan dalam negeri tetapi portfolio kementerian yang ada kaitan dengan 'lubuk ekonomi' seperti pengangkutan, kesihatan dan kerja raya diberikan kepada bangsa lain.
Kini orang Melayu telah berani melakukan perubahan. Walaupun hakikatnya perubahan adalah sesuatu yang sukar dilakukan manusia kerana sifat manusia itu sendiri yang lebih selesa di zon kehidupan sama bagi tenmpoh yang lama, namun orang Melayu telah terpaksa melakukan perubahan. Mereka terpaksa menolak Umno kerana selama 53 tahun Umno telah gagal. Mereka terpaksa melakukannya kerana orang Melayu selama ini telah tidak tahan lagi diperdaya dan ditindas oleh pemimpin Melayu/Umno sendiri.

GAMBAR ISTERI-ISTERI SUSPEK PEMBUNUH DATUK SOSILAWATI
![]() |
BERSOPAN SANTUN DAN PEMALU. SESEKALI FUNGSI TUDUNG DAPAT MELINDUNGI WAJAH SEBENAR! INILAH DIA DIPERCAYAI ISTERI-ISTERI DUA SUSPEK ADIK BERADIK DALAM KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI. |
Thursday, September 23, 2010
KALAU ORANG JENIS MUKA TEBAL...
KALAU ORANG JENIS MUKA TEBAL, ditegur orang fasal sikapnya yang tidak elok pun dia buat tak reti. Lagilah kalau dia ada kedudukan, ada sedikit kuasa yang ditumpang daripada suaminya. Orang jenis ini memang tak reti bahasa. Disindir orang, ditegur orang, dinasihatkan orang, dia buat muka toya.
KALAU ORANG JENIS MUKA TEBAL, dia tak akan peduli walaupun dia tahu telah berbuat salah. Orang jenis ini biasanya bila di hujung-hujung nanti dapat balasan yang sangat-sangat teruk. Masa itu dia akan rasa menyesal, tetapi sesal kemudian tak berguna lagi.
KALAU ORANG JENIS MUKA TEBAL, dia peduli apa kalau nak rampas hak orang. Dia sentiasa ingat orang lain mesti tunduk dan dengar cakap dia sahaja. Kalau dia buat salah pun, tangannya akan menuding ke arah orang lain. Dia rasa dirinya maksum.
KALAU ORANG JENIS MUKA TEBAL, dia akan gunakan konsep matlamat menghalalkan cara. Dia tamak dengan kedudukan, kuasa dan paling yang dia tidak sedar dia jenis perasan. Konon dirinyalah yang paling cantik, paling hebat dan paling berkuasa. Sedangkan realitinya, dia bak tiang jamban, setiap masa jijik dipandang orang.

SUSPEK UTAMA DAKWA KENA TENDANG DAN TUMBUK. EHEMMM!
ADA CERITA WOOO..Suspek utama mengadu kepada peguamnya, D P Vijandran dan Ravi Nekoo kononnya dia ditumbuk, ditendang dan dipaksa menandatangani dokumen ketika berada dalam tahanan polis.
Dia juga mendakwa menerusi peguamnya yang dia tiada kena mengena dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain tetapi sepanjang ditahan reman sentiasa memberikan kerjasama.
Dua peguam itu berkesempatan bertemu suspek utama, adik-beradik yang juga peguam kira-kira jam 3 petang tadi sambil diiringi isteri-isteri kedua suspek.
Dalam sidang akhbar mereka, kedua-dua peguam itu juga memaklumkan dakwaan suspek utama konon dia dibelasah menggunakan paip getah dan menyebabkan kecederaan kepada bahagian tulang belakangnya tetapi masih belum berpeluang mendapatkan rawatan.
Kesian kan kita mendengarnya. Kesian betul. Hishh...hisssh. Tapi jangan kita terpedaya. Dengar boleh, percaya belum tentu sebab itu hanya dakwaan dia. Kita tak tengok kan...Biarlah dia buat laporan polis dan biarlah mahkamah yang menentukan. Media hanya melaporkan.
Isteri kedua-dua suspek juga berpeluang melepaskan rindu lebih kurang 10 minit bertemu suami masing-masing, tetapi tidak dibenarkan berada pada jarak terlalu dekat. Petemuan kali pertama itu diawasi beberapa pegawai dan anggota polis.

DYMM RAJA PERMAISURI AGONG TUNKU NUR ZAHIRAH ADALAH WANITA PERTAMA MALAYSIA, BUKAN ROSMAH
PENGIKTIRAFAN Wanita Pertama Malaysia sepatutnya adalah milik Raja Permaisuri Agong Tunku Nur Zahirah dan bukannya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bagaimanapun, tindakan Rosmah meletakkan dirinya di atas kapasiti kedudukan tertinggi wanita di negara ini dengan menganjurkan forum berkelas antarabangsa amatlah menyedihkan. Tindakan ini dilihat seperti membelakangkan kedudukan Tunku Nur Zahirah sebagai Raja Permaisuri Agong.
Berdasarkan Artikel 32, Perlembagaan Malaysia, jelas menyebut Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah ketua pertama negara. Ini bermakna Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah Wanita Pertama, bukannya isteri Perdana Menteri.
Banyak pihak menyelar perbuatan Rosmah meletakkan dirinya sebagai Wanita Pertama dan Rosmah sewajarnya menerima teguran yang pernah diterimanya sebelum ini berkaitan kedudukan perkara itu. (Sila baca blog Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja)
Semoga perkara ini segera diperbetulkan dan jika ada hujah Rosmah layak menduduki gelaran sebagai Wanita Pertama Malaysia, sila maklumkan kepada rakyat.
Seperkara lagi, sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, adalah wajar jika Rosmah mahu meletakkan dirinya sebagai Wanita Pertama, memakai tudung bagi mencerminkan imej keislaman negara ini pada kaca mata pemimpin luar negara. Contohilah Raja Permaisuri Agong Tunku Nur Zahirah yang amat disenangi dan dihormati oleh rakyat kebanyakan.

Subscribe to:
Posts (Atom)
MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT
MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10