nuffnang ads

Saturday, September 25, 2010

ROSMAH SERING BERZINA DI HOTEL MEWAH

"Aku kutip dia daripada manusia terbuang. Engkau pun tahu. Aku bela dan jaga dia daripada manusia terhina. Sudah-sudah ini balasan dia pada aku!"

Saya tertunduk ke tanah. Mendengar luah hati itu, atma saya sedikit terusik. "Sebenarnya aku dah lama dengar dia buat perangai macam ini, tapi aku pekakkan telinga sebab aku tak mahu terlalu percayakan cakap orang,"

Saya terus diam. Simpati. Saya kenal Rosmah. Saya kenal suaminya Samat. Mereka berkahwin 15 tahun lalu atas dasar suka sama suka. Rosmah bukan jenis orang baik-baik. Samalah Samat. Tapi Samat cepat berubah haluan hidupnya, daripada penggemar urutan batin berazam mahu menjadi suami yang baik. Sebab itu apabila Rosmah bersetuju untuk berkahwin dengan Samat, saya rasa lapang dada.

Sejak berkahwin, Rosmah jadi isteri sepenuh masa. Duduk di rumah dan melayan suami. Rezeki Samat sebagai kontraktor kelas F ketika itu semakin murah. Tidak lama dapat naik kelas D.

Sejak jadi kontraktor kelas D, merasalah Samat memakai kereta mahal. Hidup mereka nyata berubah. Dapat beli rumah baru, berharga lebih RM300,000. Saya bangga.

Kami tak berjumpa lebih enam tahun dan raya baru ini saya terserempak Samat di sebuah kompleks beli belah di Shah Alam.

Dan ketika saya mula bertanyakan tentang kehidupannya suami isteri selepas kami lama tidak berjumpa, terbongkarlah satu cerita yang menyayukan hati.

Cerita Samat: "Rupanya Rosmah dalam diam ada menyimpan teman lelaki yang dikenalnya menerusi internet. Lama aku tak dapat menghidu perbuatannya!

Kemudian Samat menambah lagi. "Sebelum puasa, dia minta izin pulang ke kampung. Masa tu aku tak boleh ikut sebab ada projek di Kulai, Johor. Hendak ditunjukkan Tuhan, ada orang yang aku tak kenal hantar mesej kata Rosmah ada dengan jantan di hotel Kuala Lumpur!'

Saya pun bertanya mahu tahu. "Tak kan langsung kau tak terhidu perangai dia?"

"Sumpah! Bukan tak terdengar umpat orang. Tapi aku jenis susah nak percaya.. Lagi pun aku sentiasa sibuk. Sebulan seminggu dua mesti ada kat luar tengok projek," jawap Samat.

"Kau pergilah kat hotel tu?"

 "Aku pergi dengan kawan-kawan. Kita orang bertiga. Bila ketuk pintu bilik, memang betul. Lagipun masa semak nama gunakan kenalan kawan aku kat kaunter, memang bilik itu gunakan nama Rosmah!"

 "Lepas tu?"

 "Itu hari last kami jumpa. Aku bagi penendang. Aku bagi talak tiga! Masa turun kaunter, kenalan kawan aku tanya member dia. Rupanya, dia orang pun tahu memang Rosmah selalu sangat sewa bilik bawa jantan. Berzina!"

Saya tak dapat berkata apa-apa lagi. Selesai minum kami pun berpisah, tapi saya dapat perhatikan susuk tubuh kawan lama saya itu semakin susut. Fikirannya mungkin semakin kecamuk. Simpati dan sedih mengenang nasibnya. Sabarlah Samat. Perempuan kalau tak pernah berpaling menjenguk asal usul dan arah datang, memang macam itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10