nuffnang ads

Friday, September 24, 2010

ADA KATA SUSPEK BUNUH SOSILAWATI PATAH GIGI DAN CEDERA TULANG BELAKANG....

ADA pihak menyebut suspek bunuh Datuk Sosilawati mengalami kecederaan. Giginya patah dan tulang belakangnya cedera. Konon dakwanya polis telah membelasah dia. Macam-macam dengar. Ada kata dia ditumbuk dan ditendang. Ada juga kata dia dilibas dengan getah paip. Dia juga memaklumkan peguamnya supaya memberitahu yang dia tidak terlibat langsung dalam kes itu. Cuma apabila diminta memberi kerjasama, dia melakukannya bagi memudahkan polis menyiasat.

Tadi, peguam dia yang satu masa dulu pernah heboh dengan kes perlakuan seks yang dirakamkan di media-media tanah air pula memaklumkan, anak guamnya itu mahu sangat penjelasannya disiarkan akhbar supaya laporan media kini tidak berat sebelah. Itu hajat anak guamnya. Rasional peguam D P Vijandran lagi anak guamnya itu berhak mendapat pembelaan sewajarnya. Katanya laporan akhbar seolah-olah telah menghukumnya seperti telah bersalah.

Senang saja ulasan tentang cerita peguam itu. Suruh peguam dia buat laporan polis. Kalau ada cedera, tunjukkan kepada doktor. Minta doktor periksa betul-betul. Dakwaan asyik kena belasah dengan polis ini bukan cerita baru. Banyak sangat pernah kita dengar. Cuma untuk pastikan yang mana betul, susahlah sikit. Maklumlah dalam keadaan tersepit ke dinding, apalah lagi ada alasan untuk meraih simpati. Dan tentang kata-katanya yang mendakwa dia tidak terlibat langsung dalam pembunuhan itu, sabar sajalah. Cerita dalam mahkamahlah.

Ada pula orang kata, kalau tak ada sesuatu macam mana boleh tempua bersarang rendah. Orang pun hairan juga, kalau kata tak tahu menahu, kenapa pula dia dibawa ke sana-sini tempat mecari bahan bukti. Kemudian polis jumpa juga barang-barang yang ada kaitan dengan si mangsa pembunuhan.

Paling menarik tentang dakwaan pemuda/remaja 19 tahun berhati kering. Keringkah lagi hatinya bila berada dalam lokap. Banyak juga yang bocor bila disiasat. Kalau hati kering, sampai kiamat pun tak buka mulut. Kata sesetengah orang, kalau telah mentekedarah dadah, semua kerja jadi beres. Sebagai manusia, mana ada hati kering. Yang hati kering itu bila jasadnya dibakar!

Membaca komen orang, tergelak pun ada. Sampai ada yang minta kalau boleh hukuman bakar dilakukan seperti mana mangsa dibunuh dan dibakar.

Tak apalah. Biarlah suspek mahu berkata apa pun. Dalam dunia ada hukum, tunggu sahaja biar semua diceritakan di dalam mahkamah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10