nuffnang ads

Saturday, September 25, 2010

POLIS CARI SEMULA BUKTI PENTING PEMBUNUHAN SOSILAWATI DI KUNCI AIR BANTING

LEBIH 10 kenderaan polis terutama jabatan Forensik dilihat berada di sekitar kunci air pekan Banting hari ini, sambil suspek utama dikatakan dilihat di dalam salah sebuah kenderaan itu.

Mereka dipercayai menjalankan gerakan mencari semula satu bukti penting pembunuhan - TELEFON bimbit Datuk Sosilawati yang dipercayai dibuang di kawasan berkenaan oleh suspek pembunuhan kejam itu.

Telefon bimbit itu dipercayai antara bukti penting mengukuhkan lagi siasatan terhadap pembunuhan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamarudin yang dipercayai dilakukan suspek utama bersama beberapa lelaki yang lain.

Sosilawati dipercayai dibunuh, dibakar dan abu mayatnya dibuang di sungai sebagai sebahagian cara untuk menghilangkan bukti dalam pembunuhan yang disyaki didalangi oleh dua peguam adik-beradik.

Sebelum ini banyak bukti juga ditemui seperti cincin, zing, tulang dan jam tangan. Namun telefon bimbit yang dicari lagi hari ini dikatakan antara bukti penting yang mampu merungkai antara kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Sehingga kini lapan lelaki telah ditahan reman bagi membantu siasatan. Kertas siasatan polis yang diserahkan kepada peabat peguam negara beberapa hari lalu telah dipulang semula. Peguam Negara mengarahkan supaya kes itu disiasat lebih mendalam dan terperinci.

Semoga pasukan polis dapat menemui apa yang mereka cari sekaligus menyelesaikan pembunuhan kejam yang amat menyentuh perasaan pelbagai pihak.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10