AJAL MAUT JODOH PERTEMUAN ditentukan Tuhan. demikian nasib menimpa Siti Aliyah atau Lia, apabila jodohnya untuk bernikah dengan Suwono tidak kesampaian. Pada hari pernikahannya, Suwono telah diberkas polis kerana disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas di Medan. Selepas mesyuarat sesama ahli keluarga, keputusan diambil menikahkan Siti Aliya dengan adik Suwono, Teguh Subago. Inilah dinamakan orang, nasi kalau baru mahu disuap, belum tentu rezeki kita. Ia akan hanya menjadi rezeki kita setelah dikunyah dan masuk ke dalam perut! (Kompas.Com) |