KALAU ORANG JENIS MUKA TEBAL, ditegur orang fasal sikapnya yang tidak elok pun dia buat tak reti. Lagilah kalau dia ada kedudukan, ada sedikit kuasa yang ditumpang daripada suaminya. Orang jenis ini memang tak reti bahasa. Disindir orang, ditegur orang, dinasihatkan orang, dia buat muka toya.
KALAU ORANG JENIS MUKA TEBAL, dia tak akan peduli walaupun dia tahu telah berbuat salah. Orang jenis ini biasanya bila di hujung-hujung nanti dapat balasan yang sangat-sangat teruk. Masa itu dia akan rasa menyesal, tetapi sesal kemudian tak berguna lagi.
KALAU ORANG JENIS MUKA TEBAL, dia peduli apa kalau nak rampas hak orang. Dia sentiasa ingat orang lain mesti tunduk dan dengar cakap dia sahaja. Kalau dia buat salah pun, tangannya akan menuding ke arah orang lain. Dia rasa dirinya maksum.
KALAU ORANG JENIS MUKA TEBAL, dia akan gunakan konsep matlamat menghalalkan cara. Dia tamak dengan kedudukan, kuasa dan paling yang dia tidak sedar dia jenis perasan. Konon dirinyalah yang paling cantik, paling hebat dan paling berkuasa. Sedangkan realitinya, dia bak tiang jamban, setiap masa jijik dipandang orang.