nuffnang ads

Thursday, September 23, 2010

SUSPEK UTAMA DAKWA KENA TENDANG DAN TUMBUK. EHEMMM!

ADA CERITA WOOO..Suspek utama mengadu kepada peguamnya, D P Vijandran dan Ravi Nekoo kononnya dia ditumbuk, ditendang dan dipaksa menandatangani dokumen  ketika berada dalam tahanan polis.

Dia juga mendakwa menerusi peguamnya yang dia tiada kena mengena dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain tetapi sepanjang ditahan reman sentiasa memberikan kerjasama.

Dua peguam itu berkesempatan bertemu suspek utama, adik-beradik yang juga peguam kira-kira jam 3 petang tadi sambil diiringi isteri-isteri kedua suspek.

Dalam sidang akhbar mereka, kedua-dua peguam itu juga memaklumkan dakwaan suspek utama konon dia dibelasah menggunakan paip getah dan menyebabkan kecederaan kepada bahagian tulang belakangnya tetapi masih belum berpeluang mendapatkan rawatan.

Kesian kan kita mendengarnya. Kesian betul. Hishh...hisssh. Tapi jangan kita terpedaya. Dengar boleh, percaya belum tentu sebab itu hanya dakwaan dia. Kita tak tengok kan...Biarlah dia buat laporan polis dan biarlah mahkamah yang menentukan. Media hanya melaporkan.

Isteri kedua-dua suspek juga berpeluang melepaskan rindu lebih kurang 10 minit bertemu suami masing-masing, tetapi tidak dibenarkan berada pada jarak terlalu dekat. Petemuan kali pertama itu diawasi beberapa pegawai dan anggota polis.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10