nuffnang ads

Saturday, September 25, 2010

PEGAWAI PENJARA CABUL PEGAWAI WANITA IMIGRESEN DI KLIA

KETIKA banyak pihak masih marah dan mempertikaikan kejadian 20 mangsa pemerdagangan rakyat Afghanistan berjaya meloloskan diri dari Depoh Tahanan Pendatang Asing di KLIA Sepang, seorang pegawai penjara berusia 40-an yang bertugas di depoh itu bersenang lenang melayan nafsunya, mencabul rakan sekerja, pegawai wanita Imigresen.

Patutlah kejadian 20 orang rakyat asing itu serentak boleh lolos tanpa disedari boleh berlaku, jika macam inilah sikap segelintir pegawai yang bertugas di depoh berkenaan!

Dalam kejadian 22 September lalu, pegawai penjara terbabit dikatakan memeluk dari belakang pegawai wanita imigresen, menyebabkan mangsa tidak berpuas hati lalu bertindak membuat laporan polis di Balai Polis KLIA, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Darah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob, mengesahkan laporan polis dibuat oleh pegawai wanita imigresen berkenan. Difahamkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda atau sebat.

Pada Ogos lalu, pelbagai pihak terkejut, apabila seramai 20 pendatang mangsa pemerdagangan orang Afghanistan berjaya meloloskan diri daripada kawalan depoh tahanan tempat pegawai penjara dan pegawai imigersen itu bertugas.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10