nuffnang ads

Saturday, September 25, 2010

10 PEROMPAK PECAHKAN TIGA MESIN ATM. DUA DITEMBAK MATI, ENAM DITAHAN DAN DUA MELARIKAN DIRI

SIRI rompakan bersenjata menjadikan mesin ATM sebagai mangsa berleluasa di Universitas Bung Hatta, Padang Indonesia, apabila sekumpulan 10 perompak bersenjata api dan pemotong gas berjaya melarikan wang daripada tiga ATM yang disediakan di kampus universiti berkenaan. Sebuah lagi ATM bagaimanapun tidak sempat dirompak.

Kejadian itu bermula subuh tadi dan sehingga kini dua darpada mereka telah mati ditembak polis, manakala enam yang lain berjaya ditahan termasuk dua yang cedera terkena tembakan ketika berbalas serangan. Sementara dua yang lain kini melarikan diri di hutan Gunung Singgalang di Bukit Tinggi.

Ketua Polis Sumbar, Brig Jeneral Andayono, memberitahu media Indonesia sehingga jam 4 petang tadi waktu Malaysia, polis sedang mengepung Gunung Singgalang bagi memberkas dua yang melarikan diri. Namun mereka diberi tentangan kerana kedua perompak dikatakan masih bersenjata api.

Dalam kejadian subuh tadi, kumpulan 10 perompak itu telah berjaya melarikan wang tunai hampir RM300,000 daripada ketiga-tiga mesin ATM yang dipecahkan. Kumpulan itu turut menjadi 3 warga kampus dan 2 penjaga masjid di dalam univrersiti berkenaan sebagai pelindung sebaik menyedari kehadiran pasukan polis.

Kejadian terbaru dipercayai didalangi kumpulan pengganas dan militan ini adalah sambungan daripada beberapa kejadian ganas yang telah mereka lakukan dalam tempoh sebulan. Ogos lalu, bank CIMB Niaga bank berkepentingan negara ini di Medan, dirompak oleh 16 lelaki bersenjata api dan mereka berjaya melarikan lebih RM200,000.

Namun polis berjaya membunuh tiga dan enam yang lain ditahan sepanjang minggu ini. Bagaimanapun, sebagai membalas kematian tiga ahli kumpulan yang ditembak itu, mereka menyerang balas sebuah markas polis malam kelmarin dan membunuh tiga anggota polis yang sedang bertugas.

Dipercayai, kumpulan pengganas dan militan yang sedang berleluasa melakukan keganasan dan rompakan ini mempunyai keahlian lebih 170 orang dan terlatih menggunakan senjata api. Malah risikan juga percaya, mereka turut merekrut ahli daripada Afghanistan dan Iraq bagi menjayakan misi menimbulkan suasana huru hara di negara itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10