nuffnang ads

Thursday, September 23, 2010

DYMM RAJA PERMAISURI AGONG TUNKU NUR ZAHIRAH ADALAH WANITA PERTAMA MALAYSIA, BUKAN ROSMAH

PENGIKTIRAFAN Wanita Pertama Malaysia sepatutnya adalah milik Raja Permaisuri Agong Tunku Nur Zahirah dan bukannya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagaimanapun, tindakan Rosmah meletakkan dirinya di atas kapasiti kedudukan tertinggi wanita di negara ini dengan menganjurkan forum berkelas antarabangsa amatlah menyedihkan. Tindakan ini dilihat seperti membelakangkan kedudukan Tunku Nur Zahirah sebagai Raja Permaisuri Agong.

Berdasarkan Artikel 32, Perlembagaan Malaysia, jelas menyebut Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah ketua pertama negara. Ini  bermakna Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah Wanita Pertama, bukannya isteri Perdana Menteri.

Banyak pihak menyelar perbuatan Rosmah meletakkan dirinya sebagai Wanita Pertama dan Rosmah sewajarnya menerima teguran yang pernah diterimanya sebelum ini berkaitan kedudukan perkara itu. (Sila baca blog Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja)

Semoga perkara ini segera diperbetulkan dan jika ada hujah Rosmah layak menduduki gelaran sebagai Wanita Pertama Malaysia, sila maklumkan kepada rakyat.

Seperkara lagi, sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, adalah wajar jika Rosmah mahu meletakkan dirinya sebagai Wanita Pertama, memakai tudung bagi mencerminkan imej keislaman negara ini pada kaca mata pemimpin luar negara. Contohilah Raja Permaisuri Agong Tunku Nur Zahirah yang amat disenangi dan dihormati oleh rakyat kebanyakan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10