DUA bayi masing-masing berusia tiga bulan dan sembilan bulan, mati dipercayai tercekik susu di dua pusat jagaan kanak-kanak yang berasingan, di Putra Jaya dalam tempoh berselang 48 jam pada Isnin dan Selasa lalu.
Dalam kejadian pertama, Nur Amira Mohd, sembilan bulan mati ketika dalam perjalanan ke hospital. Ketua Polis Daerah Putrajaya, CP Abdul Razak Abdu Majid, mengesahkan kejadian itu.
Sementara dalam kejadian kedua pula pada Selasa lalu, seorang lagi bayi, Farisha Nur Hazree Mohd Fairuz, juga menemui ajal berpunca yang sama selepas dihantar ibunya kes sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Presint 9.
Ibu bayi itu, Haney Usniza Abdul Hamid, 30, berkata kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya selepas menghantar anaknya itu ke pusat jagaan. Bagaimanapun, katanya kira-kira jam 10.15 pagi dia menerima panggilan telefon daripada pengasuh anaknya.
Menurut Haney, pengasuh terbabit memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri. Usaha difahamkan pusat jagaan itu cuba menyelamatkan anaknya tetapi tidak berjaya dan dia disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Putrajaya.
Ayah mangsa, Mohd Fairuz Mohd Stap, 31, pula memberitahu mereka sempat membawa anaknya itu pulang beraya di Kampung Sungai Tengi, Kuala Kubu Bahru pada Aidilfitri lalu.
Bagaimanapun, mereka sekeluarga tidak bercadang mengambil tindaan undang-undang ke atas pusat jagaan berkenaan kerana menganggap ia suatu takdir.