PERTEMBUNGAN klasik pasti menjanjikan sesuatu buat peminat badminton dunia apabila dua jaguh dunia, Lin Dan dan Lee Chong Wei akan berentap di pertandingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Jepun.
Hari ini, Lin Dan menumpaskan Peter Gade 21-11 dan 21-19 manakala Chong Wei pula meranapkan impian Bonsak Ponsana dari Thailand untuk membuat kejutan ke peringkat akhir dengan kemenangan 21-13 dan 21-18.
Pertembungan peringkat akhir perseorangan wanita pula sudah pasti milik China apabila dua wakil mereka bakal bertembung sesama sendiri. Wang Xin menewaskan Tine Baun dari Denmark pada peringkat separuh akhir dengan 21-17 dan 21-16. Sementara Jiang Yanjiao pula menewaskan Wang Shixian 21-19 dan 23-21.