KUMPULAN sindiket penjenayah Yakuza, Yamaguchi-Gumi kehilangan seorang lagi pemimpin mereka, apabila ketua nombor tiga kumpulan gangster itu ditahan semalam.
Tadashi Irie ditahan bersama dua lagi anggota kumpulan gangster berkenaan ketika sedang menyerahkann pampasan kepada keluarga seorang anggota kumpulan itu yang kini dipenjarakan.
Penahanan Tadashi dilakukan selepas dua minggu ketua nombor dua kumpulan berkenaan diberkas polis Jepun dan dipenjarakan.
Ketua utama Yamaguchi-Gumi, Kenichi Shino, 68, kini bagaimanapun masih berada di dalam penjara. Dia dijangka dibebaskan pada April tahun depan selepas menjalani hukuman penjara sejak 2005.
Dianggarkan terdapat 50,000 anggota kumpulan gangster itu di Jepun, menjadikan jumlah itu separuh daripada jumlah kesemua gangster yang ada di negara matahari terbit itu.
nuffnang ads
Wednesday, December 1, 2010
BERITA RINGKAS: MALAYSIA KALAH 1-5
MALAYSIA memulakan kempen pertandingan bola sepak piala Suzuki AFF di Stadium Bung Karno di Jakarta dengan kekalahan 1-5 kepada Indonesia, malam ini.
Kedudukan separuh masa pertama 1-2, tetapi pada separuh masa kedua, Indonesia membedil tiga lagi gol ke gawang pasukan negara.
Kedudukan separuh masa pertama 1-2, tetapi pada separuh masa kedua, Indonesia membedil tiga lagi gol ke gawang pasukan negara.
MENARIK: LELAKI BEKAS TENTERA MENYAMAR DOKTOR DITAHAN KERANA KES CABUL
DIA pernah menjadi seorang tentera dan berkhidmat di sebuah Hospital Tentera di Melaka sehingga 2006. Selepas itu dia amat berani menjadi seorang 'doktor' dan berkhidmat di beberapa klinik termasuk di Rawang dan Batang Berjuntai.
Selama menyamar sebagai doktor dia telah berjaya menyambut sembilan kes kelahiran bayi di beberapa klinik tanpa disyaki sesiapa walaupun hakikatnya dia hanyalah bekas pembantu perubatan yang hanya memiliki Diploma dari sebuah kolej di Seremban.
Namun langit tidak selalu cerah. Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh juga ke tanah. Pada 11 November lalu seorang pembantu klinik berusia 18 tahun tempat dia bertugas membuat laporan polis di IPD Klang kerana mendakwa dicabul lelaki terbabit.
Di situlah bermula segalanya. Bertindak di atas laporan cabul dibuat pembantu klinik, polis menahan lelaki itu. Akhirnya terbongkar segala tembelang. Dia bukan sahaja akan didakwa kerana kes cabul, tapi turut didakwa kerana menyamar sebagai doktor.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Shukor Sulong, berkata polis menahan bapa 9 anak berusia 41 tahun itu jam 11.30 pagi di sebuah klinik di Taman Klang Utama ketika sedang bersiap-siap mahu menyambut kelahiran seorang bayi!
Menurut Mohd Shukor, bekas tentera itu hanya memiliki Diploma dan pernah bekerja sebagai pembantu hospital sebelum diterima berkhidmat di dalam ATM. Dia berhenti pada tahun 2006 daripada perkhidmatan tentera dan selepas itu bekerja sebagai doktor palsu di beberapa tem;pat termasuk Rawang dan Batang Berjuntai.

BAS BAWA PENJAWAT AWAM HANGUS: 40 PENUMPANG SELAMAT
BAS membawa 40 penjawat awam pulang dari pejabat di Putrajaya terbakar dalam satu kejadian di Lebuhraya Sungai Besi, berdekatan Desa Petaling, Kuala Lumpur petang tadi.
Kejadian itu disedari seorang penumpang wanita yang terlihat asap dari bahagian belakang bas dan memaklumkannya kepada pemandu bas berkenaan.
Kejadian berlaku jam 5 petang dan bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 5.50 petang.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, ketika anggota penyelamat tiba, bas berkenaan telah rentung tetapi kesemua 40 penumpang dan pemandunya berjaya menyelamatkan diri.

SATU LAGI GOL UNTUK INDONESIA. KINI INDONESIA ATASI MALAYSIA 3-1
INDONESIA menyumbat satu lagi gol menerusi Mohamad Ridhwan untuk mengubah kedudukan semasa di antara Malaysia dan Indonesia kepada 3-1. Kini perlawanan hanya tinggal 37 minit.
SEPARUH MASA PERTAMA PIALA SUZUKI AFF: MALAYSIA 1, INDONESIA 2
SEPARUH masa pertama perlawanan sulung di antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut piala Suzuki AFF di Jakarta kini berkedudukan, Malaysia 1 dan Indonesia 2.
WOMAN ALLEGEDLY SET MAN ALIGHT AFTER HE TOUCHED HER BREASTS
![]() |
Gary Stewart died in hospital |
A woman who allegedly doused a friend in petrol and set him alight told police he had touched her breasts while she was sleeping, a court has heard.
Kerry Anne McNiven, 43, appeared in Wangaratta Magistrate Court, Australia yesterday charged with the murder of Gary Stewart, 50 on November 18 last year.
The first day of the commital hearing heards Ms McNiven of no fixed address, admitted to Sergeant Briann McCormick of Wangaratta Police that she was responsible for the attack of Mr Stewart.
The attack occured on the banks of the Oven River near the Templeton Street boat ramp, about 6.20pm.
MOLESTER FOLLOWED VICTIM HOME
A businessman who followed a woman home and molested her outside her unit was jailed six months on Wednesday.
Kuan Wei Tzuu, 34, pleaded guilty to stroking the 24-year-old waitress' upper body and grapping her breast outside her flat in Toa Payoh, Singapore.
The court heard that while the engineering graduate was at the Toa Payoh Bus Interchange, he saw the victim and decided to follow her.
He took the same feeder bus as her and alighted at a bus stop along Braddel Road sometime past midnight. Kuan was arrested at his home 11 days later.

FLASH FLOODS, TRAFFIC JAMS IN KLANG VALLEY AFTER HEAVY RAIN
![]() |
flash flood in Klang Valley |
Several users reported a heavy traffic build-up at the Subang exit of the NKVE around 5 pm.
SEEKOR LAGI BAPA HARUAN DITAHAN DI WANG KELIAN
SEEKOR lagi bapa haruan ditahan polis di Kompleks Bebas Cukai, Wang Kelian selepas dia disyaki merogol anak kandungnya yang berusia 11 tahun sebanyak 5 kali sejak setahun lalu di sebuah ladang di Felcra Lubuk Sireh.
Bapa haruan berusia 38 tahun itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan polis pada 23 November lalu selepas menerima laporan daripada mangsa. Mangsa ditemani neneknya membuat laporan polis di Balai Polis Padang Besar.
Dia ditahan reman sehingga hari ini. Mangsa menceritakan kejadian rogol itu kepada neneknya selepas mengadu perit di bahagian anunya ekoran peristiwa dirogol kali terakhir oleh bapa haruan itu minggu lalu.
Difahamkan, suspek mengambil peluang merogol anaknya ketika bersama ke ladang dan mengugut anaknya itu supaya jangan memberitahu sesiapa yang dia memakan anak sendiri!

SALJI TEBAL: 4 LAPANGAN TERBANG DITUTUP HARI INI
FENOMENA salji tebal yang melanda bahagian barat Eropah hari ini menyebabkan empat lapangan terbang terpaksa ditutup manakala beberapa penerbangan yang telah dijadualkan terpaksa ditangguh.
Dengan suhu berada di bawah paras kosong darjah, kebimbangan terhadap masalah keselamatan dikatakan menjadi faktor utama dipertimbangkan sebelum 4 lapangan terbang berkenaan ditutup.
Semua lapangan terbang yang ditutup itu ialah, lapangan terbang paling sibuk di Britain, iaitu Gatwick. Sebuah lagi ialah lapangan terbang Edinburgh di Scotland.
Dua lagi lapangan terbang yang terpaksa ditutup kerana salji tebal ialah lapangan terbang kedua terbesar di Switzerland, iaitu Geneva dan lapangan terbang Lyon-Bron di Perancis.

AYUH BEDIL INDONESIA MALAM INI: BOLA SEPAK KITA TELAH LAMA KEMARUK
AYUH skuad bola sepak negara. Malam ini pasukan negara akan bertempur dengan skuad bola sepak Indonesia di Stadium Bung Karno. Ini malam penuh keramat. Ini malam kita julangkan martabat.
Ayuh bedil ke gawang gol lawan untuk mencari kemenangan. Sorakan penonton di stadium itu tidak mungkin menenggelamkan semangat baru bola sepak negara. Kita telah berdepan Jepun dan China. Kenapa harus berasa tunduk menentang Indonesia?
Ayuh! Bedil Indonesia! Tapi awas, jangan bedil kaki lawan. Bedil bolanya ke gawang lawan.

RAMAI SANGAT NAK MAIN POLITIK. NAK GUNA RAJA: NAK BANTAH ITU INI
APA kata kalau ada orang Melayu hantar pula memorandum bantah kepada Raja-raja Melayu fasal Umno perintah 53 tahun dan janji nak bagi 30 peratus ekuiti ekonomi orang Melayu sejak 53 tahun lalu, tapi sampai sekarang tak dapat-dapat.
Ini pun satu penganiayaan dan penyelewengan kuasa kepada orang Melayu menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang kumpulan orang Melayu lain pun boleh menghantar bantahan kerana berasa kecewa dan terpedaya. Lagi lama, 53 tahun berbanding, konon penyelewengan kerajaan Pakatan yang baru dua tahun lebih memerintah sesetengah negeri.
Kita kena rasional, terutama orang Melayu. Jangan kerana kepentingan politik kita bercakaran! Orang lain tepuk tangan!
Sekarang adalah masa untuk orang Melayu bersatu. Insaflah. Kemiskinan orang Melayu hari ini bukan kerana pemerintahan dua setengah tahun oleh parti pembangkang di beberapa negeri, khususnya di Selangor. Ini yang banyak orang Melayu lupa.
Kemiskinan ini adalah wabak yang diwarisi dari 53 tahun dulu. Bersatulah orang Melayu, jangan jadi pak pandir! Carilah jalan untuk menaikkan martabat orang Melayu. Bukan membangsatkan lagi bangsat Melayu yang sedia merempat.

SERPIHAN PESAWAT LATIHAN YANG DISYAKI TERHEMPAS DITEMUI DI SELAT SUNDA
SERPIHAN sebuah pesawat latihan yang disyaki terhempas ketika menjalani latihan penerbangan Cross Country, dari Curug ke Branti, Lampang, dikatakan telah ditemui di Selat Sunda.
Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia, Bambang S Ervan, berkata pihaknya masih meneliti maklumat yang diterima itu bagi memastikan ia sahih dan benar milik pesawat malang berkenaan.
Bambang mengulas kejadian sebuah pesawat latihan bernombor pendaftaran PK-AGM dari jenis TB-10 yang hilang dari radar sebaik sahaja berlepas 20 minit menjalani latihan pagi ini (Rabu).
Pesawat berkenaan berlepas jam 9.36 waktu Malaysia dan 20 minit kemudian memohon untuk berpatah balik kerana cuaca buruk.
Bagaimanapun, pesawat yang dipandu oleh seorang juruterbag pelatih pengambilan ke 62, dikenali sebagai Faruki itu hilang dan gagal dikesan radar selepas itu.

KAREN MOK TUNJUK BRA KEPADA PENONTON!
![]() |
Macam coli mawas sakit aje...itu pun nak tunjuk sampai 3 kali...hahahahaha |
SAMBUTAN ulangtahun ke 30 Konsert Happy Paradise berlangsung meriah minggu ini di Taipei Arena, melibatkan penyertaan 60 penyanyi.
Namun di sebalik kemeriahan itu, ada dua tarikan yang sukar dilupakann penonton. Pertama tentang kisah penyanyi Wakin Chau yang hampir jatuh terlentang apabila berjalan di atas pentas. Gara-gara terlalu ghairah dijadikan sasaran lensa kamera jurugambar, kakinya tersadung. Namun saat dia hampir terlentang, seorang kakitangan pentas dengan pantas menyelamatkannya.
Walaupun begitu, Chau tetap mendapat kecederaan ringan dan bahagian belakang badannya dilaporkan bengkak akibat insiden itu.
Namun tarikan kedua yang amat diingati penonton ialah tindakan selamba penyanyi Karen Mok yang tiba-tiba begitu berani menyelak baju dipakainya. Dia menyelak bajunya sebanyak tiga kali bertujuan menunjukkan kepada penonton coli dan payu dara yang terpenjara dalam kepuk coli berwarna hitamnya itu.
PENGALAMAN SAYA MEMBUAT LIPUTAN BERITA KES MONA FANDEY/KES BUNUH KERAT 18, ANTARA KES BERPROFIL TINGGI DI NEGARA INI
HARIAN Metro antara akhbar terawal menghidu berita kehilangan Adun Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris sekitar1993. Khabar itu kemudian keesokannya membawa penangkapan sepasang suami isteri di Subang Jaya dan dibawa untuk siasatan ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur. Antara pegawai yang terbabit secara langsung dalam siasatan itu ialah DSP (jawatan ketika itu) Takbir.
Saya masih bertugas sebagai wartawan di meja jenayah ketika itu. Turut ditahan ialah pembantunya, Juraimi Hussin.
Saya bertolak ke Kampung Peruas, Ulu Dong, sebaik sahaja dimaklumkan Datuk Zaman Khan dan pegawai serta anggotanya bergegas ke sebuah rumah di situ untuk menggali mayat Datuk Mazlan yang rupanya telah dibunuh oleh Juraimi Hussin dengan didalangi pasangan suami isteri Mona Fandey atau Maznah Ismail dan suaminya, Mohd affandi Abdul Rahman.
Suasana kampung yang sunyi menjadi gempar secara tiba-tiba dengan berita pembunuhan itu dan kehadiran begitu banyak kenderaan polis turut menarik perhatian ramai orang. Saya dan jurugambar Yahaya Hashim sampai beberapa ketika selepas kedatangan Datuk Zaman Khan. Tubuh Datuk Mazlan disahkan menjadi mangsa bunuh dan dikerat 18!
BAKAL PENGANTIN TERBUNUH DI MARANG
SEORANG bakal pengantin terbunuh awal pagi tadi apabila motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah bas eksress yang gagal mengelak dalam satu kejadian di Marang.
Bakal pengantin hanya dikenali sebagai Shahabudin, 31, dikatakan dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu apabila motosikalnya dirempuh dari arah bertentangan, selepas mangsa dikatakan gagal meberi isyarat membelok.
Mangsa meninggal di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala manakala bas ekspress terbabit turut terbalik. Bagaimanapun, pemandunya Abdul Rahman Abu terselamat.
Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan kejadian itu.

PEMILIK WIKILEAKS HADAPI WARAN TANGKAP INTERPOL
![]() |
Julian Assange diburu Interpol gara-gara Wikileaks banyak mendedahkan rahsia buruk Amerika Syarikat selama ini |
DALAM satu cubaan dipercayai membalas dendam ke atas peneraju Wikileaks, Julian Assange, Amerika Syarikat dan beberapa sekutunya dipercayai terbabit mencipta konspirasi seksual bagi membolehkan Assange didakwa di mahkamah.
Notis Merah (Red Notice) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Sweden yang meminta Interpol menahan Assange adalah konspirasi terbaru. Assange konon dikehendaki di Sweden atas dakwaan rogol dan gangguan seksual.
Sejak seminggu lalu, Wikileaks membocorkan beberapa rahsia dari kabel dan telegram melibatkan komunikasi diplomatik Amerika Syarikat dengan beberapa negara lain, sehingga mencetuskan kekecohan di merata dunia.
Antara rahsia dan maklumat penting dunia yang dibocorkan oleh Wikileaks ialah rahsia permintaan Arab Saudi yang meminta Amerika Syarikat menyerang Iran, dakwaan China tidak akan membantu Korea Utara,
kisah diplomat Amerika yang dirakam mengejar anjing dan arnab di dalam pejabatnya ketika dikunjungi tetamu diplomatik dan penempatan nuklear Amerika Syarikat di Belanda secara rahsia selama ini.
Pihak berkuasa Sweden dipercayai bersekongkol dengan perisik Amerika mendakwa Assange merogol dua wanita di Enkpoing dan Stockholm Ogos lalu, sedangkan peguam Assange menyatakan ia hanyalah satu hubungan seks suka sama suka di antara Assange dengan dua wanita berbeza.
Masalahnya ialah apabila kedua-dua wanita itu mengetahui lelaki yang menjadi teman tidurnya adalah Assange, pemilik Wikileaks, mereka terpedaya dengan umpan perisik Amerika untuk memerangkap rakyat Australia itu.
Bagaimanapun, sesetengah negara seakan mengabaikan permintaan Sweden kerana beranggapan Notis Merah itu tidak sah ditakrifkan sebagai satu waran untuk menangkap Assange.
GEMPA BUMI BERUKURAN SEDERHANA MELANDA UTARA SUMATERA PAGI INI
GEMPA bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter dikesan berlaku di bahagian utara Sumatera kira-kira jam 8.50 pagi tadi, kira-kira 28 kilometer dari Permatang Siantar, Sumatera dan 241 kilometer dari Pulau Pangkor, Perak.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan memaklumkan beberapa gegaran dirasai oleh penduduk di beberapa kawasan di sekitar Selangor. Bagaimanapun, kenyataan itu menyatakan tiada ancaman Tsunami dilaporkan berlaku.
Jabatan Bomba dan Penyelamat sehingga kini tidak menerima sebarang laporan kerosakan atau bantuan daripada mereka yang terbabit dalam kesan gegaran gempa bumi itu.

YANG PERLU KITA TAHU; ANTARA BARANGAN PELIK JADI HANTARAN PERKAHWINAN
DICATATKAN sebahagian daripada barangan hantaran perkahwinan yang pelik-pelik seperti diberitahu kepada Radio Era dan diketahui penulis sehingga kini:
1.PENGANTIN LELAKI - menghantar lesung batu bersama puluhan bungkus rempah-ratus dalam satu dulang untuk bakal isterinya sebagai isyarat rajin-rajin memasak. Pemanggil ini memberitahu bakal isterinya memang tidak tahu memasak.
2.PENGANTIN PEREMPUAN - menghantar sedulang 'sport rim' yang dibungkus indah kerana tahu bakal suaminya amat menggilai spot rim kereta sejak mereka bertunang. Lucunya, dia hanya hantar satu sport rim, manakala tiga yang lain disimpan di rumah!
3.PENGANTIN LELAKI - menghantar 17 helai tudung direka seperti menara berkembar kerana dia menyindir bakal isterinya yang sebelum ini liat sangat memakai tudung...macam ada yang seorang tu lah!
4.PENGANTIN LELAKI - beberapa bungkus pelekat kertas double-sided dan dibungkus dalam sebuah kotak kecil dibalut pula dengan gambar susunan gari. Kata pemanggil sebagai sindiran kepada isteri apabila berkahwin jangan terlalu banyak mengomel dan berjalan @ merayau.
5.PENGANTIN PEREMPUAN -menghantar satu set alat DIY termasuk tukul, pahat, pemutar skru dan starter lampu kepada bakal suaminya yang memang diketahui sedikit aww..aww.

MENTUA ATLET MENEMBAK NEGARA KEMALANGAN
Shamsuri selepas mendapat rawatan.. |
Motosikal dinaiki Shamsuri remuk di depan. |
BAPA mentua atlet menembak negara, Hasli Izwan Amir, terbabit dalam kemalangan pagi ini apabila motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Kota Kemuning, Shah Alam kira-kira jam 7 pagi tadi.
Bagaimanapun, Shamsuri Dalhar, 68, terselamat hanya cedera ringan walaupun bahagian depan motosikalnya remuk berlanggar dengan sebuah kereta dipandu seorang guru wanita.
Isteri Hasli, Hayati Shamsuri, berkata ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya, dia ternampak motosikal ayahnya tersadai di tengah jalan dan mempunyai kesan kemalangan, tetapi ayahnya dan kereta yang terbabit tiada di tempat kejadian.
Berikutan bimbang dengan keadaan ayahnya, usaha mencari dilakukan di beberapa hospital namun tidak berhasil. Bagaimanapun, kira-kira jam 9.30 pagi guru wanita yang terbabit dengan kemalangan itu menghantar mangsa berjumpa Hayati dan Hasli yang menunggu di tempat kejadian.
Mereka dimaklumkan Shamsuri dihantar oleh guru berkenaan mendapatkan rawatan di klinik dan doktor mengesahkan tiada kecederaan teruk.
PENGGANAS INDONESIA TERBABIT ROMPAK BANK CIMB RM139 JUTA DITAHAN DI NEGARA INI
![]() |
Antara penjenayah terbabit rompak CIMB Medan Ogos lalu. Fadli salah seorang yang terbabit |
Suspek Fadli Sadama, 27, dipercayai telah merancang menggunakan senjata yang diseludup itu untuk menyerang sebuah penjara di Indonesia bagi membebaskan seorang lagi rakan militan mereka, iaitu Toni Togar.
Fadli ditahan 13 Oktober lalu ketika berada di dalam sebuah bas menuju ke Johor. Polis turut menemui dua pucuk revolver daripadanya yang dipercayai dibeli ketika dia berkunjung ke Sungai Golok.
Toni Togar yang ditahan di penjara pula dipercayai ketua atau dalang kumpulan militan yang merompak Bank CIMB dan beberapa bank lain di utara Sumatera. Bekas Ketua Polis Indonesia, Jeneral Bambang Hendarso Danuri pernah dipetik media Indonesia mengesahkan perkara itu.
Sementara itu seorang lagi anggota militan Acheh yang turut terbabit dalam keganaasan telah ditahan di Shah Alam pada 29 September lalu.
Demikian seperti dijangka dalam catatan sebelum ini bahawa tidak mustahil penjenayah yang terbabit dalam rompakan CIMB itu mungkin melarikan diri ke negara ini.
DENGARLAH LUAHAN HATI NABIL: MEHH...DENGAR
TENTANG ADA YANG KATA POPULARITI NABIL TELAH MERUDUM
Bagi saya populariti datang dan pergi. Ada musim saya dan ada musim orang lain naik. Macam anugerah baru-baru ini, Zizan menang Shout! Awards. Saya tak kisah dan sokong kerana ini masa dia. Saya sudah dua kali menang anugerah dalam ABPBH katogeri pelakon Komedi Popular, biarlah orang lain pula merasa.
Saya rasa selesa orang lain menang kerana membuktikan dunia seni kita berkembang. Saya nak ruang untuk diri sendiri....
KOMEN MENGENAI PENYEBARAN GAMBAR (GAMBAR BERCIUM MULUT)
Saya tak hendak komen apa-apa lagi fasal gambar itu kerana ia sudah dikeluarkan pun. Saya tak hendak ambil tahu lagi. Buat apa hendak komen lagi kerana ia tak akan mengubah keadaan. Bagi saya ia satu perkara yang mengaibkan. Kalau saya jumpa gambar orang lain dalam keadaan begitu, saya tak akan sebarkan kerana ia akan mengaibkan dia. Lebih BAIK SAYA BAKAR KERANA BUAT APA HENDAK MEMALUKAN DIA.
Semua orang ada lakukan kesilapan. Buat apa hendak memburukkn orang lain. Perkara ini menuntut sesuatu pengertian yang mendalam oleh masyarajkat. Kenapa tak orang itu berjumpa saya dan beri nasihat? Itu lebih baik daripada sengaja hendak mengaibkan orang. Kesilapan yag berlaku memang akan dijadikan pengajaran oleh setiap orang.
Walaupun saya dikatakan milik masyarakat, saya tetap manusia biasa. Sepatutnya mereka datang bersemuka dengan saya jika tak puas hati. Tapi kalau benda sudah jadi macam ini, saya tak boleh komen apa lagilah.
TENTANG KENPA NABIL TIDAK SAMAN SAHAJA PIHAKYANG MENYEBARKAN GAMBAR INI
Kalau saya nak saman semua pihak termasuk akhbar yang menyiarkan gambar ini memang susahlah. Siapa hendak siarkan cerita saya dalam akhbar nanti? Semua ini terjadi kerana kecanggihan teknologi internet....
KENAPA NABIL TAK BUAT LAPORAN POLIS
Kalau buat laporan polis, lagi pihak itu suka kerana niat hendak memporak-perandakan saya akan tercapai. Saya nak cepat akhiri isu ini dan berdiam diri adalah jalan terbaik. Yang penting sekarang, saya buat kerja dengan ikhlas dan jadikan kisah itu sebagai pengajaran....
Ridzuan Abdul Rahman (HM) mendapatkan penjelasan daripada Nabil berhubung perkara berkaitan. Di atas adalah sebahagian petikan disiarkan di dalam HM.
Cobaan paling hebat dihadapi Nabil adalah kontroversi gambar bercium dengan pelakon remaja yang diambil ketika mereka bercuti di sebuah pulau peranginan popular di luar negara.

GADIS 21 TAHUN LARI IKUT PENSYARAH IPT DISYAKI WARGA INDIA
![]() |
Zuhaili, abag Iza menunjukkan laporan polis |
![]() |
Mat Petola...lelaki yang disyaki melarikan Iza, warga India |
Sejak 1 November lalu Nur Aliza atau Iza anak keempat daripada lima beradik tidak lagi dapat dihubungi selepas dia disyaki bersama pensyarah itu di di Kochi, India.
Abangnya, Zuhaili, 29. berkata mereka pernah memeriksa rekod penerbangan dan mendapati nama Iza memang ada dalam penerbangan ke Kochi, India.
Dalam blognya, sehari sebelum hilang Iza dilaporkan ada menulis seolah-olah bermaksud mahu pergi jauh.
Lelaki pensyarah kontrak perubatan itu sebelum ini pernah dibawa datang ke rumah dan berjumpa ibu Iza, iaitu Hashimah Brahim, 48, dan diberitahu Iza sebagai kawannya.
Laporan kehilangan Iza telah dibuat di IPD Kuching pada 5 November lalu. Mereka mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat.(HM)
LUAR NEGARA: MISTERI REMAJA HILANG SELEPAS TERJUN TASIK PUPUKE
![]() |
Polis dan rakan-rakan menunggu di tepi Tasik Pupuke dalam usaha mengesan mangsa yang hilang selepas terjun ke tasik itu. |
PELBAGAI pihak termasuk polis dan penyelamat hanya mampu menggelengkan kepala apabila terbabit dalam usaha menyelamat seorang remaja lelaki 16 tahun yang dilaporkan hilang di Tasik Pupuke, New Zealand selepas menyelam kira-kira jam 2.40 petang semalam waktu tempatan.
Remaja itu yang datang bersama sekumpulan remaja lain terbabit dalam satu program belia yang dianjurkan oleh sebuah persatuan.
Kehilangannya menjadi amat misteri kerana selepas menyelam dia tidak timbul beberapa ketika, sehingga merisaukan rakan-rakannya yang lain. Namun selepas itu dia muncul ke permukaan air melambaikan tangan meminta tolong sebelum tenggelam semula dan lenyap.
Beberapa rakan yang cuba membantu turut gagal mengesan remaja itu menyebabkan mereka menghubungi polis dan pasukan penyelamat.
Bagaimanapun, pegawai kanan Bomba dan Penyelamat Takapuna, Shaun Pilgrim, berkata pelbagai usaha dilakukan termasuk menyelam untuk mengesan remaja itu, namun gagal.
Usaha masih diteruskan mengesan remaja itu walaupun sebelum ini diketahui tasik berkenaan pernah menelan beberapa mangsanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT
MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10