nuffnang ads

Wednesday, December 1, 2010

DENGARLAH LUAHAN HATI NABIL: MEHH...DENGAR

TENTANG ADA YANG KATA POPULARITI NABIL TELAH MERUDUM
Bagi saya populariti datang dan pergi. Ada musim saya dan ada musim orang lain naik. Macam anugerah baru-baru ini, Zizan menang Shout! Awards. Saya tak kisah dan sokong kerana ini masa dia. Saya sudah dua kali menang anugerah dalam ABPBH katogeri pelakon Komedi Popular, biarlah orang lain pula merasa.

Saya rasa selesa orang lain menang kerana membuktikan dunia seni kita berkembang. Saya nak ruang untuk diri sendiri....

KOMEN MENGENAI PENYEBARAN GAMBAR (GAMBAR BERCIUM MULUT)
Saya tak hendak komen apa-apa lagi fasal gambar itu kerana ia sudah dikeluarkan pun. Saya tak hendak ambil tahu lagi. Buat apa hendak komen lagi kerana ia tak akan mengubah keadaan. Bagi saya ia satu perkara yang mengaibkan. Kalau saya jumpa gambar orang lain dalam keadaan begitu, saya tak akan sebarkan kerana ia akan mengaibkan dia. Lebih BAIK SAYA BAKAR KERANA BUAT APA HENDAK MEMALUKAN DIA.

Semua orang ada lakukan kesilapan. Buat apa hendak memburukkn orang lain. Perkara ini menuntut sesuatu pengertian yang mendalam oleh masyarajkat. Kenapa tak orang itu berjumpa saya dan beri nasihat? Itu lebih baik daripada sengaja hendak mengaibkan orang. Kesilapan yag berlaku memang akan dijadikan pengajaran oleh setiap orang.

Walaupun saya dikatakan milik masyarakat, saya tetap manusia biasa. Sepatutnya mereka datang bersemuka dengan saya jika tak puas hati. Tapi kalau benda sudah jadi macam ini, saya tak boleh komen apa lagilah.

TENTANG KENPA NABIL TIDAK SAMAN SAHAJA PIHAKYANG MENYEBARKAN GAMBAR INI

Kalau saya nak saman semua pihak termasuk akhbar yang menyiarkan gambar ini memang susahlah. Siapa hendak siarkan cerita saya dalam akhbar nanti? Semua ini terjadi kerana kecanggihan teknologi internet....

KENAPA NABIL TAK BUAT LAPORAN POLIS
Kalau buat laporan polis, lagi pihak itu suka kerana niat hendak memporak-perandakan saya akan tercapai. Saya nak cepat akhiri isu ini dan berdiam diri adalah jalan terbaik. Yang penting sekarang, saya buat kerja dengan ikhlas dan jadikan kisah itu sebagai pengajaran....

Ridzuan Abdul Rahman (HM) mendapatkan penjelasan daripada Nabil berhubung perkara berkaitan. Di atas adalah sebahagian petikan disiarkan di dalam HM.

Cobaan paling hebat dihadapi Nabil adalah kontroversi gambar bercium dengan pelakon remaja yang diambil ketika mereka bercuti di sebuah pulau peranginan popular di luar negara.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10