APA kata kalau ada orang Melayu hantar pula memorandum bantah kepada Raja-raja Melayu fasal Umno perintah 53 tahun dan janji nak bagi 30 peratus ekuiti ekonomi orang Melayu sejak 53 tahun lalu, tapi sampai sekarang tak dapat-dapat.
Ini pun satu penganiayaan dan penyelewengan kuasa kepada orang Melayu menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang kumpulan orang Melayu lain pun boleh menghantar bantahan kerana berasa kecewa dan terpedaya. Lagi lama, 53 tahun berbanding, konon penyelewengan kerajaan Pakatan yang baru dua tahun lebih memerintah sesetengah negeri.
Kita kena rasional, terutama orang Melayu. Jangan kerana kepentingan politik kita bercakaran! Orang lain tepuk tangan!
Sekarang adalah masa untuk orang Melayu bersatu. Insaflah. Kemiskinan orang Melayu hari ini bukan kerana pemerintahan dua setengah tahun oleh parti pembangkang di beberapa negeri, khususnya di Selangor. Ini yang banyak orang Melayu lupa.
Kemiskinan ini adalah wabak yang diwarisi dari 53 tahun dulu. Bersatulah orang Melayu, jangan jadi pak pandir! Carilah jalan untuk menaikkan martabat orang Melayu. Bukan membangsatkan lagi bangsat Melayu yang sedia merempat.