nuffnang ads

Wednesday, December 1, 2010

MENTUA ATLET MENEMBAK NEGARA KEMALANGAN

Shamsuri selepas mendapat rawatan..
Motosikal dinaiki Shamsuri remuk di depan.

BAPA mentua atlet menembak negara, Hasli Izwan Amir, terbabit dalam kemalangan pagi ini apabila motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Kota Kemuning, Shah Alam kira-kira jam 7 pagi tadi.

Bagaimanapun, Shamsuri Dalhar, 68, terselamat hanya cedera ringan walaupun bahagian depan motosikalnya remuk berlanggar dengan sebuah kereta dipandu seorang guru wanita.

Isteri Hasli, Hayati Shamsuri, berkata ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya, dia ternampak motosikal ayahnya tersadai di tengah jalan dan mempunyai kesan kemalangan, tetapi ayahnya dan kereta yang terbabit tiada di tempat kejadian.

Berikutan bimbang dengan keadaan ayahnya, usaha mencari dilakukan di beberapa hospital namun tidak berhasil. Bagaimanapun, kira-kira jam 9.30 pagi guru wanita yang terbabit dengan kemalangan itu menghantar mangsa berjumpa Hayati dan Hasli yang menunggu di tempat kejadian.

Mereka dimaklumkan Shamsuri dihantar oleh guru berkenaan mendapatkan rawatan di klinik dan doktor mengesahkan tiada kecederaan teruk.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10