SEEKOR lagi bapa haruan ditahan polis di Kompleks Bebas Cukai, Wang Kelian selepas dia disyaki merogol anak kandungnya yang berusia 11 tahun sebanyak 5 kali sejak setahun lalu di sebuah ladang di Felcra Lubuk Sireh.
Bapa haruan berusia 38 tahun itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan polis pada 23 November lalu selepas menerima laporan daripada mangsa. Mangsa ditemani neneknya membuat laporan polis di Balai Polis Padang Besar.
Dia ditahan reman sehingga hari ini. Mangsa menceritakan kejadian rogol itu kepada neneknya selepas mengadu perit di bahagian anunya ekoran peristiwa dirogol kali terakhir oleh bapa haruan itu minggu lalu.
Difahamkan, suspek mengambil peluang merogol anaknya ketika bersama ke ladang dan mengugut anaknya itu supaya jangan memberitahu sesiapa yang dia memakan anak sendiri!