nuffnang ads

Wednesday, December 1, 2010

KETUA YAKUZA NOMBOR TIGA KENA CEKUP!

KUMPULAN sindiket penjenayah Yakuza, Yamaguchi-Gumi kehilangan seorang lagi pemimpin mereka, apabila ketua nombor tiga kumpulan gangster itu ditahan semalam.

Tadashi Irie ditahan bersama dua lagi anggota kumpulan gangster berkenaan ketika sedang menyerahkann pampasan kepada keluarga seorang anggota kumpulan itu yang kini dipenjarakan.

Penahanan Tadashi dilakukan selepas dua minggu ketua nombor dua kumpulan berkenaan diberkas polis Jepun dan dipenjarakan.

Ketua utama Yamaguchi-Gumi, Kenichi Shino, 68, kini bagaimanapun masih berada di dalam penjara. Dia dijangka dibebaskan pada April tahun depan selepas menjalani hukuman penjara sejak 2005.

Dianggarkan terdapat 50,000 anggota kumpulan gangster itu di Jepun, menjadikan jumlah itu separuh daripada jumlah kesemua gangster yang ada di negara matahari terbit itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10