SERPIHAN sebuah pesawat latihan yang disyaki terhempas ketika menjalani latihan penerbangan Cross Country, dari Curug ke Branti, Lampang, dikatakan telah ditemui di Selat Sunda.
Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia, Bambang S Ervan, berkata pihaknya masih meneliti maklumat yang diterima itu bagi memastikan ia sahih dan benar milik pesawat malang berkenaan.
Bambang mengulas kejadian sebuah pesawat latihan bernombor pendaftaran PK-AGM dari jenis TB-10 yang hilang dari radar sebaik sahaja berlepas 20 minit menjalani latihan pagi ini (Rabu).
Pesawat berkenaan berlepas jam 9.36 waktu Malaysia dan 20 minit kemudian memohon untuk berpatah balik kerana cuaca buruk.
Bagaimanapun, pesawat yang dipandu oleh seorang juruterbag pelatih pengambilan ke 62, dikenali sebagai Faruki itu hilang dan gagal dikesan radar selepas itu.