nuffnang ads

Wednesday, December 1, 2010

YANG PERLU KITA TAHU; ANTARA BARANGAN PELIK JADI HANTARAN PERKAHWINAN

DICATATKAN sebahagian daripada barangan hantaran perkahwinan yang pelik-pelik seperti diberitahu kepada Radio Era dan diketahui penulis sehingga kini:

1.PENGANTIN LELAKI - menghantar lesung batu bersama puluhan bungkus rempah-ratus dalam satu dulang untuk bakal isterinya sebagai isyarat rajin-rajin memasak. Pemanggil ini memberitahu bakal isterinya memang tidak tahu memasak.
2.PENGANTIN PEREMPUAN - menghantar sedulang 'sport rim' yang dibungkus indah kerana tahu bakal suaminya amat menggilai spot rim kereta sejak mereka bertunang. Lucunya, dia hanya hantar satu sport rim, manakala tiga yang lain disimpan di rumah!
3.PENGANTIN LELAKI - menghantar 17 helai tudung direka seperti menara berkembar kerana dia menyindir bakal isterinya yang sebelum ini liat sangat memakai tudung...macam ada yang seorang tu lah!
4.PENGANTIN LELAKI - beberapa bungkus pelekat kertas double-sided dan dibungkus dalam sebuah kotak kecil dibalut pula dengan gambar susunan gari. Kata pemanggil sebagai sindiran kepada isteri apabila berkahwin jangan terlalu banyak mengomel dan berjalan @ merayau.
5.PENGANTIN PEREMPUAN -menghantar satu set alat DIY termasuk tukul, pahat, pemutar skru dan starter lampu kepada bakal suaminya yang memang diketahui sedikit aww..aww.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10