nuffnang ads

Wednesday, December 1, 2010

PEMILIK WIKILEAKS HADAPI WARAN TANGKAP INTERPOL

Julian Assange diburu Interpol gara-gara Wikileaks banyak mendedahkan rahsia buruk Amerika Syarikat selama ini

DALAM satu cubaan dipercayai membalas dendam ke atas peneraju Wikileaks, Julian Assange, Amerika Syarikat dan beberapa sekutunya dipercayai terbabit mencipta konspirasi seksual bagi membolehkan Assange didakwa di mahkamah.

Notis Merah (Red Notice) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Sweden yang meminta Interpol menahan Assange adalah konspirasi terbaru. Assange konon dikehendaki di Sweden atas dakwaan rogol dan gangguan seksual.

Sejak seminggu lalu, Wikileaks membocorkan beberapa rahsia dari kabel dan telegram melibatkan komunikasi diplomatik Amerika Syarikat dengan beberapa negara lain, sehingga mencetuskan kekecohan di merata dunia.

Antara rahsia dan maklumat penting dunia yang dibocorkan oleh Wikileaks ialah rahsia permintaan Arab Saudi yang meminta Amerika Syarikat menyerang Iran, dakwaan China tidak akan membantu Korea Utara,
kisah diplomat Amerika yang dirakam mengejar anjing dan arnab di dalam pejabatnya ketika dikunjungi tetamu diplomatik dan penempatan nuklear Amerika Syarikat di Belanda secara rahsia selama ini.

Pihak berkuasa Sweden dipercayai bersekongkol dengan perisik Amerika mendakwa Assange merogol dua wanita di Enkpoing dan Stockholm Ogos lalu, sedangkan peguam Assange menyatakan ia hanyalah satu hubungan seks suka sama suka di antara Assange dengan dua wanita berbeza.

Masalahnya ialah apabila kedua-dua wanita itu mengetahui lelaki yang menjadi teman tidurnya adalah Assange, pemilik Wikileaks, mereka terpedaya dengan umpan perisik Amerika untuk memerangkap rakyat Australia itu.

Bagaimanapun, sesetengah negara seakan mengabaikan permintaan Sweden kerana beranggapan Notis Merah itu tidak sah ditakrifkan sebagai satu waran untuk menangkap Assange.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10